Assalamualaikum…
Lama sangat dah rasanya aku tak update pasal segmen Aku Dia dan DSLR ni. Bukan taknak buat dah.. tapi DSLR aku dah rosak.. So nak suruh kawan ambil gambar tak boleh lah selalu ye dak.. Ditambah dengan kesibukan sehari-hari.. So memang takde masa langsung nak buat photoshoot sendirian berhad ni…
Baiklah… Aku Dia dan DSLR kali ni di shoot selepas aku balik dari event produk Pure Beauty. Haa produk apa tu? Nantikan entry aku ya.. Asyik terlupa aje nak update! ish ish ishh…
My new favorite pink scallop blazer. Beli kat Times Square je. Tolong jangan tanya kedai mana aku beli. Bukan kedekut nak share, tapi aku sendiri pon tak ingat kedai mana satu yang aku beli blazer ni…
Aku ni kalau dah berjalan ke TS tu aku tak pandang-pandang dah kedai yang aku masuk. Semua aku terjah tak ketentuan hala. Bila ada yang berkenan di mata, terus rembat. Balik rumah baru check balik apa yang dibeli. Sebab tu aku tak ingat langsung kedai mana aku beli barang-barang…
My new pashmina pon beli kat Time Square aje. Walaupun dah jarang pakai pashmina tebal ni, tapi.. sebab color combination dia cantik, aku rembatkan aje… Ish ish ish..
Muka kurang bermaya untuk posing posing. Mekap pun cikai cikai sebab dah lambat pergi event masa tu..
Dengan kemalasan tahap gaban, kesihatan pon tak ketentuan hala, maka editing gambar pon jadi cincai cincau aje. Arggghh pedulikan!
My new favorite maxi skirt in turquoise. Beli kat uptown Damansara sana. Mulanya tak plan nak beli, tapi dah terrrrnampak pulak warnanya yang cantek maka ku korbankan duit ku tanpa perasaan dan tanpa kompromi. Hukhuk…
Apa-apa pun, all pictures credit to photographer of the day iaitu PEN MERAH. DSLR siapa lagi aku nak suruh lenjan amik gambar aku yang hudoh ni kalau bukan DSLR dia.. Kahkahkahh!!! Dan sekali lagi, nantikan entry mengenai product kecantikan Pure Beauty!
Read More»