Memaparkan catatan dengan label Aku Dia dan DSLR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Dia dan DSLR. Papar semua catatan

Selasa, 17 Julai 2012

Aku Dia dan DSLR [PART 21] – Special version of Pangkor Island!

 

Assalamualaikum…

 

Terima kasih kepada semua yang masih setia membaca blog picisanku ini. Agak malas nak update belog sebab aku balik Pahang dan bila sampai sini aku ada banyak sangat sangat barang yang perlu aku kemas.

 

So, seperti yang aku janji dalam entry KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 3 ari tu, aku dah kata nak share sedikit gambar-gambar photoshoot tepi pantai di Pulau Pangkor kan. Ececeh feeling-feeling beach girl gituuuu. So photographer aku di Pangkor ialah photog tak rasmi aku, sebab aku rembat cameraman TV9 untuk amik gambar aku. Kekeke…

 

DSC_0660

Feeling-feeling pergi pulau uolls, haruslah ade pos berjalan kaki ayam, sambil kaki disimbah ombak dan kat tangan tengah bawak sandal / selipar gituuuu…. Ohhh ye, lokasi pantai adalah private beach Pangkor Island Beach Resort. So haruslah tak malu nak posing bagai sebab takde orang!

 

 

DSC_0669

Spek mata besau ya amat ni pinjam dari BJ TV9, cik Azila kiteee. Walaupun spek tu besau tak sesuai dengan muka dan tudungku, tapi aku buat tak reti tetap nak pakai. Muahaha…

 

 

DSC_0682

Ala-ala kesepian. Menanti putera duyung. Ehhh?

 

 

DSC_0690

Mood of black and white.

 

 

DSC_0686

DSC_0707

DSC_0666

DSC_0706

 

And.. Last but not least…

 

DSC_0694

Harusss ada gambar lompat uolss! Dengan lompatan ni korang boleh hasilkan gambar yang ada story dan berseni! Erkkk apekah aku merapu meraban neh? Kalau entry Aku Dia dan DSLR memang aku harus lebihkan gambar dari menaip!

 

Mencari, mengedit dan meng-upload gambar-gambar ni di blog untuk entry kali ni buat aku merindui Pangkor sangat-sangat. One of the best place I’ve ever been! Thank you M Mode Media dan Tourism Malaysia! Tak lupa juga penaja tempat tinggal kami iaitu Pangkor Island Beach Reasort!

 

 

 

P/S : Nantikan entry PART 4 mengenai Kembara Media Fotografi ke Perak!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 18 Mei 2012

Aku Dia dan DSLR [PART 20]

 

Assalamualaikum…

 

Lama sangat dah rasanya aku tak update pasal segmen Aku Dia dan DSLR ni. Bukan taknak buat dah.. tapi DSLR aku dah rosak.. So nak suruh kawan ambil gambar tak boleh lah selalu ye dak.. Ditambah dengan kesibukan sehari-hari.. So memang takde masa langsung nak buat photoshoot sendirian berhad ni…

 

EDITED 1

Baiklah… Aku Dia dan DSLR kali ni di shoot selepas aku balik dari event produk Pure Beauty. Haa produk apa tu? Nantikan entry aku ya.. Asyik terlupa aje nak update! ish ish ishh…

 

 

EDITED 2

My new favorite pink scallop blazer. Beli kat Times Square je. Tolong jangan tanya kedai mana aku beli. Bukan kedekut nak share, tapi aku sendiri pon tak ingat kedai mana satu yang aku beli blazer ni…

 

Aku ni kalau dah berjalan ke TS tu aku tak pandang-pandang dah kedai yang aku masuk. Semua aku terjah tak ketentuan hala. Bila ada yang berkenan di mata, terus rembat. Balik rumah baru check balik apa yang dibeli. Sebab tu aku tak ingat langsung kedai mana aku beli barang-barang…

 

 

EDITED 3

My new pashmina pon beli kat Time Square aje. Walaupun dah jarang pakai pashmina tebal ni, tapi.. sebab color combination dia cantik, aku rembatkan aje… Ish ish ish..

 

 

IMG_8377

Muka kurang bermaya untuk posing posing. Mekap pun cikai cikai sebab dah lambat pergi event masa tu..

 

 

IMG_8379

Dengan kemalasan tahap gaban, kesihatan pon tak ketentuan hala, maka editing gambar pon jadi cincai cincau aje. Arggghh pedulikan!

 

 

IMG_8380

My new favorite maxi skirt in turquoise. Beli kat uptown Damansara sana. Mulanya tak plan nak beli, tapi dah terrrrnampak pulak warnanya yang cantek maka ku korbankan duit ku tanpa perasaan dan tanpa kompromi. Hukhuk…

 

Apa-apa pun, all pictures credit to photographer of the day iaitu PEN MERAH. DSLR siapa lagi aku nak suruh lenjan amik gambar aku yang hudoh ni kalau bukan DSLR dia.. Kahkahkahh!!! Dan sekali lagi, nantikan entry mengenai product kecantikan Pure Beauty!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 18 Februari 2012

Aku Dia dan DSLR [Part 20] – Taman Metropolitan Kepong

 

Assalamualaikum….

 

Yeahhh… Entry siri Aku Dia dan DSLR kembali lagi!! Kalau korang nak tahu, ini kesinambunagn dari entry Aku Dia dan DSLR [Part 19] sebab photoshoot kali ni diadakan sehari selepas street photoshoot kat Bukit Bintang tu.. Herherr gigih kan kami.

 

Setelah kami lepak di mamak, makan kenyangkan perut, rehatkan otak serta urat leher yang tegang akibat karaoke, maka kami berdiskusi tentang tempat photoshoot. Entah siapa entah yang bagi cadangan Taman Metropolitan Kepong (atau lebih dikenali sebagai Taman Layang-layang), kami semua ikutkan aje.

 

TARIKH : 7 Februari 2012

LOKASI : Taman Metropolitan Kepong (Taman Layang-layang)

 

 

Pembukaan. Gambar intro yang kurang senonoh. Bila dah penat lari satu taman layang-layang (oke ini tipu) aku pun baring sebab kepenatan. Feeling-feeling sleeping beauty gituuu.. Mampu?? Hahaa!! Terima kasih KIRIN SELAMA PERAK for this picture!

397923_370851952927432_171556019523694_1606028_466707382_n

 

 

Dua gambar dibawah adalah hasil tangkapan AndyHowtt. Kemain tau sekarang dah ada DSLR, lepas tu makin minat pulak dalam bidang photography?? Hehee takpe takpe.. Keep it up Andy!

430082_3164116657607_1106094573_33230421_1714194994_n

402071_3152863176277_1106094573_33226288_536946962_n

 

Dua lagi gambar di bawah ialah hasil tangan Fad Ali GambarGrapher.

420208_358984577464408_100000586063333_1348771_1222349261_n

404927_358401954189337_100000586063333_1347910_1734662896_n

Dalam gambar : Fad Ali GambarGrapher, Akmal Hilmi, AndyHowtt, GeGambar Kayif, Koqin Karemo, Cik Sab dan Nisa Kay. Turut berada di lokasi adalah Kirin Selama Perak.

 

 

Photos below by Fad Ali GambarGrapher, editing by Nisa Kay.

IMG_9048 copy

IMG_9036

IMG_8995

 

Maka sampai situ ajelah koleksi gambar siri Aku, Dia & DSLR kali ini. Terima kasih sangat sangat kepada yang telah bekerjasama serta meluang masa untuk join lepak sambil photoshoot di Taman Metropolitan atau lebih dikenali sebagai Taman Layang-layang ni…

 

Pendek kata memang best shoot kat sini sebab berangin aje walaupun panas. Lagi satu, tengahari tak ramai orang so tak seganlah aku nak posing macam mana pun kan. Hikhikhik… memang tak duduk diam aku dibuatnya.. lari sana.. lari sini.. bergolek macam hindustan pun ada. Huhuhuu..

 

RAKAN BLOGGER :

Fad Ali GambarGrapher

Akmal Hilmi

AndyHowtt

GeGambar Kayif

Koqin Karemo

Cik Sab

Kirin Selama Perak

 

Jumpa lagi ye korang! Will be missing you guys extremely much! And I really really had a great time with all of you! Hope lepas ni akan ada lagi masa lepak-lepak macam ni. Best sangat! Heee….

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 9 Februari 2012

Aku Dia dan DSLR [Part 19] – Street Photography with Fad Ali & Kayif

 

Assalamualaikum…

 

MasyaAllah betapa lamanya aku rasa aku tak update pasal gambar photoshoot aku. Ada je satu koleksi gambar photoshoot sendirian berhad, tapi itu aku simpan buat pekasam ye… Kali ni aku nak update entry mengenai street photography. Bagi aku street photography dihiasi dengan elemen spontan dan gelagat ketika kita di jalanan.

 

TARIKH : 6 Februari 2012

LOKASI : Hadapan Sg Wang Plaza & Pavillion KL

TALENTS : Nisa Kay & Akmal Hilmi

 

Yang berikut adalah sedikit gambar hasil tangkapan photographer Fad Ali Gambargrapher. Ini kali kedua aku photoshoot dengan beliau selepas nerdy girl photoshoot di Putrajaya suatu masa dulu..

 

PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher

429073_359137037449162_100000586063333_1349131_1203233648_n

 

404937_358358900860309_100000586063333_1347846_601698113_n

Gambar ni gambar candid!

 

PHOTOS BY : Fad Ali Gambargrapher, EDITING BY : Nisa Kay

IMG_8842

IMG_8916

IMG_8884

IMG_8856

 

 

Tiga gambar di bawah pula hasil tangan seorang rakan blogger aku yang kini mula berjinak-jinak dengan dunia photography. Harap semua memberikan sokongan kerana beliau masih belajar selok-belok bidang ini.

 

PHOTOS BY : GeGambar Kayif

 

418825_2994257612281_1137392269_33027869_2102350388_n

Dalam gambar : Nisa Kay dan Fad Ali Gambargrapher

 

395872_2994749264572_1137392269_33028037_593788756_n

420742_2994449137069_1137392269_33027931_608231434_n

My outfit on that day. Chiffon top I bought from a pre-loved sale, yellow mustard button down skirt by Batik Valley and pashmina. Hmmm… aku melihatnya sebagai tidak sarat. Cuma bermain dengan elemen color block. Aku gabungkan warna biru kuning. Pelik? Pedulik pulak haku???

 

Fuhhh memang rindu nak photoshoot! Sebenarnya ingat nak lepak-lepak aje. Alih-alih terrrr-photoshoot pulak! Kat tepi jalan pun jadilah ye! Hohooo… Lagipun aku dah lama tak shoot kan.. So dah ada dua photographer, ape guna tak ambil gambar ye tak?? Hahaa….

 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan blogger yang lepak sama di Bukit Bintang iaitu Akmal Hilmi yang sama-sama jadi talent sebab memang kebetulan giler pakai baju kaler biru! Dan juga Cik Sab mata air si Kayif ehhh!! Turut terima kasih kepada Kirin Selama Perak dan juga Koqin Karemo yang turun Wangsa Walk karaoke dengan kitorang!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 1 Oktober 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 17] – with Creativeheart Photography

 

Assalamualaikum semua…

 

Heee rasa macam dah lama tak update pasal segmen AKU, DIA & DSLR ni. Bukan apa, aku sekarang dah last sem.. busy lah, so memang tak ada masa nak photoshoot. Hehehee… Gambar yang bakal aku share ni pun gambar lama.

 

Photoshoot ni dijalankan pada Ramadhan yang lalu. Tarikhnya aku dah tak ingat la pulak. Kebetulan photographer Syam Creativeheart ada berdekatan Putrajaya, so kitorang decide nak buat photoshoot di sana. Hehee.. Lokasi photoshoot ialah Taman Botani Putrajaya.

 

 

294070_206715592717549_113163178739458_513995_520486_n

Gambar ni warm up duluu. Hekhekk.. tak tahu nak posing macam mana dah ni. Maklumlah, dah agak beberapa lama aku ak photoshoot dengan photographer profesional. So agak kaku di situ yeh! Herherherr..

 

 

228830_205242682864840_113163178739458_509327_1522968_n

Yeahhh aku suka hasil editing mata by Creativeheart ni! Memang menyerlah kat part mata. Herherherr… Lepas tu jerawat yang dok menonjol pon dia dah clean kan. Herrr thanks ye Syam!

 

 

205873_205701916152250_113163178739458_510880_668949_n

Bila nampak rumput disuruhnye aku meniarap??? Erkkk.. aku tak pernah lagi kot disuruh meniarap oleh mana-mana photographer. Kalau photoshoot sendiri boleh lah meniarap ke, tergolek-golek ke. Ahaks…

 

 

294212_205221532866955_113163178739458_509295_1474027_n

Oke memang sayew shuke sanad sanad gambar ini! Oke boleh lempang aku gara-gara bahasa melayu tidak baku! Grrr…

 

 

297654_206728492716259_113163178739458_514011_2881919_n

And the last one is… my favorite picture everrrr!!! Love this one very much! Hehehe maybe sebab nampak heels aku di situ? Ahahaaa….

 

 

Okaylah, itu je gambar aku share dengan korang, kalau korang nak tengok lagi, boleh klik di album ini. Hehehe thank you very much untk abang photographer!

 

Kalau korang berminat nak ambil Syam jadi photographer untuk modelling / wedding / family portraiture, korang boleh tengok hasil kerja Syam di sini : CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY FANPAGE

 

Kalau korang nak belajar editing, boleh tengok tutorial kat BLOG KISAH CREATIVEHEART


Read More»

Khamis, 11 Ogos 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 16]

 

Assalamualaikum semua..

 

Yeah, staright to the point lah ye. Ini masanya untuk aku update mengenai segmen Aku, Dia & DSLR. Kali ni dah pun masuk PART 16. Fuhhh setelah sekian lama aku dok peram-peram gambor yang ada jadi pekasam! Kahkahkah!!

 

Photoshoot kali ni berlangsung di Park Avenue Condo. Ambil gambar pun cuaca petang-petang. Sebab aku memang tak ke mana. Cuma tengahari nye tu aku ade aktiviti sikit. Herherrr… Dah jangan buang masa jom cuci mata!

 

DSC_0736

My full outfit for that day. Oh ye!! Ada jugak beberapa manusia yang tanya aku, aku ni suka beli baju brand apa. Jawapan aku? TAKDAK BRAND lah oii. Kahkahkah. Sebab aku sangat suka shopping kat Times Square. Ada jugak baju aku beli kat Temerloh. So maybe tak jumpa sangat kat tempat lain kot???

 

Buat apa lah korang dok ingat aku beli barang branded bagai. Bukan diriku meyh. Aku sebagai student yang hanya mengharapkan duit PTPTN untuk bayar yuran dan belanja sehari-hari memang TAK mampu lah nak pakai branded sangat oii..

 

 

DSC_0852

Gambor ni dah lama jadikan profile picture di Facebook. Biasanya bila aku up satu gambor baru kat FB, maknanya aku ada stok gambar untuk update segmen Aku, Dia & DSLR. Cuma nye aku ni kadang-kadang ambil masa sangat untuk proses gambar-gambar lain.

 

DSC_0928

Mula-mula aku letak gambar ni sebagai teaser di FB. Tapi…..!!! Pakwe kecintaan request suruh letak gambar yang mana muka aku pandang kamera. Errr nape kah? Tak pandang kamera tak cantik ke ?? Kehkehkeh!!

 

DSC_0800

Ouhhh aku memang suka edit terang-terang camnih. Apa orang panggil…? High-key?? Entah lah! Kahkahkah. Tak tahu lah betul ke tak :P

 

DSC_1014 copy

Yang ni aku suka ekspresi muka aku. Kahkahkah. Puji diri sendiri siot!! Ptuihhh.. Kahkahkah!!! Gambar ni aku tetiba rajin buka photoshop, lalu ku touch up guna photo action. Ahaksss…

 

DSC_1028 copy

Huwarggghhh muka tak boleh belah! Ku rasakan seperti mahu telan aje manusia yang dok lalu lalang depan aku masa nak shoot. Aku akui aku agak terganggu semasa photoshoot ni di jalan.. Huwaa huwaaa…

 

Baiklah! Itu aje aku nak share dengan korang. Hikhik aku pon dah lama jugak tak menggila depan DSLR camtuh eh eh. Sebab semester ni merupaka semester last aku. Aku nak tamat diploma dengan penuh gemilang. (Amin….)

 

So, lepas ni aku rasa aktivit gila-gilaan aku macam ni mesti kurang dah ek? Ek? Tapi sayang-sayang ku semua ni mesti masih terus baca blog aku kan? Hehhe sayang readers aku. Muah muah!!!

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Jumaat, 15 Julai 2011

Aku, Dia & DSLR [Part 15]

 

Assalamualaikum semua….

 

Entry aku Aku, Dia & DSLR kali ni sangat ringkas ye. Gambar pulak sikit. Aku pulak tengah busy, so ada kekangan masa untuk aku mengedit gambar. FYI, mengedit gambar pakai photoshop sangat memakan masa.

 

Tapi anda tahu teknik tertentu menggunakan software editing yang automatik yang ada zaman sekarang, contohnye Photoscape, Picnic, gambar pun akan jadi lawa!

 

Gambar-gambar yang diambil di bawah semuanya hasil tangan classmate aku, El Kira yang join aku jalan-jalan di Subang Parade bersama kawan-kawan blogger aku satu masa dulu. Check ‘em out!

 

nisa1 copy

My outfit on that day. Sangat simple. Malas pakai heels! Hari tu aku sakit kaki sikit. Wuuuu…

 

 

nisa2 copy

Dari kerana mata… aku tergoda terkecewa…

 

 

nisa4

Who to believe?

 

nisa6

Just shhhhh…..

 

 

Sekian gambar-gambar syiokk sendiri dari aku. Gambar-gambar ni dah lama aku edit dan tersimpan dalam folder yang agak tersorok. Tu yang aku dok lama tak ber-update pasal Aku, Dia & DSLR dulu tu. Sebab tak jumpa gambar! Hohohooo…

 

Gambar-gambar kali ni pulak aku tak banyak yang posing, banyak gambar dekat aje. Ye lah asyik gambor posing sana posing sini. Aku sedar la diri aku bukan macam top model pon hahahaha!!!

 

Okay lah, selesai menaip di sini. Bye bye!

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay