Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

Malam Gala Filem DUBAI MY LOVE



Assalamualaikum...

Rasanya dah lama jugak tak luang masa untuk menghadiri majlis tayangan perdana atau malam gala bagi mana-mana filem. Sebabnya ? Muka tengah break out teruk dan perasaan ada sedikit down dengan banyak perkara. So Nisa terpaksa tolak banyak undangan. I do feel really bad about it. But I'm coming back.. gitu...

Read More»

Ahad, 10 Mac 2013

[FILEM] Oz the Great and Powerful

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Beberapa hari lepas aku berpeluang join premiere screening filem yang “mungkin” dinanti ramai.. Melihat poster dan trailernya jugak buat aku macam “oh wow ohh woww”. Cehhh lebih kurang macam tu lah…

 

Masa premiere screening tu, dekat US pun belum premiere.. Maka staff GSC Mid Valley sibuk lah mengutip any electronic devices yang boleh digunakan untuk merakam gambar atau apa-apa visual dari filem tu… Tapi sebab aku ni jenis tak percaya simpan-simpan barang aku kat entah sapa-sapa, aku decide nak letak semua barang aku dalam kereta aje.

 

 

OZ-Keyart-B

 

Poster cantik kemain. Tapi heronye aku tak kenal pun lahaiii. Aku pergi pon sebab aku “expect” filem ni bakal menggegar pawagam dan meletop-letop gitu. Ahaaa… And aku nak tengok Mila Kunis yang jelita itu saja. Boleh? AHahaha…

 

 

 

Okay dah tengok trailer nye? Macam gempak kan?? “Maaaacammmm” gempak kannn?? Grrr! Do you get what I mean?????

 

 

oz1

Too bad to say here that I dont really like the movie though :( Tak bermaksud movie ni sangat sangat tak best. Mungkin pada korang yang menontonnye macam best gempak-gempak je enn.. tapi malangnya citarasa aku berlainan. Ewahhh!!

 

Pada awal cerita lagi aku dah merasakan jalan ceritanya yang slow semacam aje.. Duk sibuk menceritakan perihal si Oz yang kaki perempuan dan gitu gini gitu gini. Aku dah mula bosan pada permulaan cerita. Nak tweet-tweet atau usha instagram tak boleh lak sebab phone sume simpan dalam kereta.

 

 

oz2

Lepas tu aku rasa some part of the stories macam best and gempak je kesan khas and animasi dia tu.. Tapi some part of the film macam acah-acah aje kesan grafik dia tu.. Macam tak sync pulak aku tengok. Aku tak reti nak guna terma apa, tapi macam tak masuk lakkk. Hadehh nak explain macam mana hehh..

 

Pastu watak Glinda (dalam gambar) macam terlalu baikkk. Guna kuasa kabus-kabus aje… Tapi bila kena tangkap dengan tapir terbang konco-konco adiknya yang jahat tu, elok je lemah longlai sikit pun tak meronta. Macam sangat tak realistik. Well, sume citer macam ni pun tak realistik. Tapi yang ni macam.. er… Hahaha

 

Okaylah aku tak reti nak cerita lebih-lebih. Kalau korang nak tengok, tengoklah… aku bagi 1/5 bintang aje. Citer ni dibikin dengan kos terlalu mahal untuk buat aku rasa not worth it to watch it. Nasib baik dapat tengok free. EHHHHH!!!!!!!!! Hahahaa….

 

 

READ : Review by Tony Teh from Colourless Opinions and Yen Ling from Miss Burung Hantu.

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 30 Januari 2013

REVIEW – Wawa Semput

 

Assalamualaikum…

 

Wuargghhh berzaman dah rasanya tak join majlis pratonton filem bersama MiG Online gituuu.. Semuanya gara-gara aku yang melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh isk isk isk. Jadi cuti ini aku manfaatkan sepenuhnya untuk menggembirakan hati dan menikmati rezeki yang Allah bagi.. ALHAMDULILLAH..

 

wawasemput

Kali ni aku nak review movie WAWA SEMPUT lakonan Yana Samsudin, Along Cham, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus… Melihat pada tajuknye mesti korang meneka-neka adakah filem ini kesinambungan dari filem-filem Adnan Sempit? Jawapannya TIDAK sama sekali..

 

WAWA SEMPUT merupakan sebuah filem yang membawakan kisah dari sisi kehidupan Wawa (setiausaha Nadia dalam filem Adnan Sempit). Jika dalam filem Adnan Sempit 1 dan 2 kita melihat kisah cinta Adnan si mat rempit dan Nadia anak orang berada, diselangi gelagat Wawa dan Bobby sebagai rakan mereka, tak lupa penampilan Ismat hanya diberi fokus pada babak-babak tertentu. Kini sudut penceritaan dalam WAWA SEMPUT lebih bertumpu kepada kehidupan Wawa bersama Bobby pula.. dan juga peranan Ismat lebih diketengahkan.

 

IMG_0516

SINOPSIS (menurut pemerhatian aku sepanjang filem ini) :

Wawa dan Bobby menjalani kehidupan dengan menjual burger seperti biasa. Namun sikap Bobby yang terlalu suka berangan-angan namun malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby. Impiannya adalah untuk mempunyai bakal suami yang rajin bekerja. Dalam pada itu, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby.

 

Ketika konflik melanda hubungan Wawa dan Bobby, Ismat hadir di antara mereka dan menawarkan kasih (kenapa ayat aku macam novel hah??). Wawa yang geram terhadap Bobby melayan Ismat untuk membuatkan Bobby lebih cemburu. Namun melihatkan kesungguhan Ismat meluahkan perasaan membuatkan Wawa berbelah bahagi untuk memilih.

 

Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila rakan baiknya Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Dan Ayuni berpakat dengan Bobby untuk membuatkan Wawa cemburu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk menawan hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Adakah cara salah seorang daripada mereka berhasil memikat Wawa? Siapakah yang Wawa pilih akhirnya ?

 

IMG_2148

PENDAPAT DAN PANDANGAN PERIBADI AKU :

KELAKAR!! Satu panggung bergelak ketawa sepanjang filem ini ditayangkan. Pada yang rindu akan watak WAWA dan BOBBY dalam filem Adnan Sempit tu bolehlah menonton filem Wawa Semput pula. Sebab filem ni memaparkan sudut lain, BUKAN kesinambungan Adnan Sempit, tapi lebih kepada perjalanan cinta Wawa dan Bobby pula.

 

Watak Ismat yang lebih diberi fokus dan menjadi saingan Bobby juga pada aku agak menjadi. Kerana gelagat kedua-duanya yang ingin memenangi hati Wawa sangat mencuit hati. Penampilan Kaza melakonkan watak ayah kepada Wawa juga membuatkan ia kena dengan jalan cerita.

 

Wawa Semput tidak “meniru” atau “mengambil” elemen filem Adnan Sempit 100% kerana aku yakin mesti yang akan kaitkan jugak filem ni dengan Adnan Sempit. Filem ini mempunyai gaya penyampaian dan unsur-unsur humor yang tersendiri. Namun aksi perlumbaan motor masih dikekalkan kerana imej Bobby sebagai mat rempit.

 

cats

Antara perkara yang menarik perhatian aku sepanjang filem ini ditayangkan ialah :

  • Yana Samsudin menyanyikan lagu Awie bersama Angah Rajalawak
  • Along Cham menyanyikan lagu Siti Nurhaliza sambil memetik gitar
  • Peranan ayah Wawa, lakonan Kaza yang tidak kurang menceriakan jalan cerita
  • Penggunaan lagu-lagu latar yang sesuai dengan babak-babak tertentu
  • Babak membajak di sawah yang sangat kelakar!

 

Baiklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Kang korang kata aku melebih-lebih pulak ye dak. Takde maknanya nak melebih-lebih sebab apa yang aku review di atas semua atas pengamatan aku. Memanglah aku bukan penggiat seni, tapi aku ni penonton dan pengguna. Jadi aku sekadar berkongsi pendapat aku.

 

 

Jangan lupa ajak seisi keluarga dan sahabat handai menonton filem WAWA SEMPUT, di pawagam berdekatan anda bermula 31 JANUARI 2013 tauuu!!!

 

“Pandai-pandailah lu hidup sendiri!!”

 

XOXO


Read More»

Rabu, 23 Januari 2013

NUFFNANG PREMIERE SCREENING – Hansel & Gretel

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni alhamdulillah aku bahagia sekali bila berpeluang join event NUFFNANG yeahuuu! Lama dah rindu nak join event sobs sobs. Eh entry bahasa melayu kali ni? Heeee cuma malas nak memikir ayat dalam bahasa Inggeris hari ni. I is penat tahu?

 

hansel-and-gretel-21391438

Masa kecik-kecik mesti kite pernah baca buku cerita pasal dua kanak-kanak iaitu Hansel dan adiknye Gretel yang tersesat dalam hutan dan terjumpa rumah yang diperbuat daripada coklat, biskut dan gula-gula kan? And with a lil’ trick they manage to escape when they found that the old lady who owns the house was actually a witch kan? Tapi.. bukan Hansel & Gretel yang ni yang aku tengok tadi.

 

HG_HighRes-690x1024 

Pergghh betapa bergayanya Hansel & Gretel alaf baru ni kenzz! Tambah power dengan senjata membunuh ahli sihir woot woot ! Hansel & Gretel ditinggalkan dalam hutan, tanpa diketahui sebab sebenarnya. Mereka tersesat dan ditangkap oleh ahli sihir jijik lagi huduh di rumah gula-gula (candy house).

 

Keberanian Gretel telah menyelamatkan Hansel daripada “dimasak” oleh ahli sihir itu. Dan hidup mereka berubah sejak itu. Kedua beradik ini membesar sebagai pemburu ahli sihir yang terkenal. Sana sini mereka mencipta nama dan sejarah dengan memburu dan menumpaskan ahli sihir.

 

Tapi sampai di Augsburg, Hansel dan Gretel menghadapi masalah apabila syerif bandar tersebut berkeras untuk menggunakan cara tersendiri untuk menangkap ahli sihir. Syerif tu tak sedor bahawasanya ahli-ahli sihir yang duk menculik budak-budak kat bandar tu bukan ahli sihir biasa.

 

 

hansel-and-gretel-5

Fuhh dah lah cun, bergaya dengan senjata dan melawan ahli sihir pulak tu! Ini GRETEL, lakonan Gemma Arterton. Sebenarnya ada sejarah dan cerita disebalik pemburuan ahli sihir yang amat berkuasa ni. Pertemuan beliau dengan ahli sihir tersebut juga merupakan kunci kepada kisah silam mereka.

 

 

hansel-and-gretel-4

Hansel yang hensem aum aum ni lakonan Jeremy Renner. Tapi beliau takde 6 pack. Ehh? Pastu macam ade kencing manis jek sebab masa kecik-kecik tu ahli sihir huduh yang tangkap dia tu torture dia, suruh makan gula-gula banyak sangat. Herher. Pastu jatuh cinta dengan ahli sihir jugak. Berlawan pon hebat gak. Huahua!

 

 

HG-04024Rv4-jpg_155539

Apa yang aku boleh katakan, jalan cerita yang bagus, sebab memang ada twist dari kisah dongeng yang asal. Dan aksi berlawan yang hebat. Tapi memang tak boleh ditonton kanak-kanak la kot sebab muka ahli sihir memang amat huduh sampai aku pon tak sanggup tengok.. Dan aksi ganas yang keterlaluan jadi intipati filem.

 

Namun jalan ceritanya agak mudah dibaca dan kita sedikit sebanyak boleh predict apa yang bakal berlaku. Namun plot cerita yang pantas dan Hansel & Gretel sama-sama mengalahkan ahli sihir jahat di akhir filem. Namun semua itu tidak mudah kerana Gretel ditangkap oleh ahli sihir tu. Sebab.. ada sesuatu yang mereka perlukan dari Gretel.

 

Apa-apa pun filem yang agak bagus untuk tontonan korang semua di hujung minggu! Ehem ehem.. Khamis public holiday kan?? Boleh ler pkat ramai-ramai tengok movie ni okay? Herher.. movie HANSEL & GRETEL : WITCH HUNTERS akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 24 Januari 2013 ini.

 

Sekali lagi terima kasih tak terhingga kepada NUFFNANG sebab memilih aku sebagai salah satu blogger bertuah untuk menyertai premiere screening kali ini yeahuuu!! Lain kali aku nak join lagi! Herherher… Thanks! Adios!

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay