Memaparkan catatan dengan label Infotech. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Infotech. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2015

NOKIA 215 - Bateri tahan hampir sebulan !

 

Assalamualaikum..

 

Bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ni agak membuka mata aku, bahawasanya kita rakyat Malaysia SEHARUSNYA mempunya sebuah telefon bimbit Nokia yang lama tu. KENAPA ? Sebabnya bila banjir, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik. Lepas tu, telefon tak boleh charge, kemudian telefon mati, selepas daripada itu tak boleh call / contact sesiapa sebab bateri tarakk ! Jadi bila takde bateri ni, memang boleh bikin kita susah hati ! Lebih-lebih lagi bila kita ada kawan atau saudara mara yang terlibat dengan banjir ni. Allah je tahu betapa hati tu susah sangat bila tak dapat contact orang yang tersayang.

 

nisakay - nokia 215

TETAPI !!! Sekiranya telefon Nokia yang jenis lampu-lampu suluh tu or yang 3310 tu dah susah nak cari, mungkin korang boleh beli phone NOKIA 215 ni bila dah masuk Malaysia nanti. Ye bebeh.. phone ni masih belum available untuk pasaran Malaysia (kalau tak silap aku, buat masa entry ini ditaip). Harganya pun dalam USD…

 

Yang best nya, phone NOKIA 215 ni datang dengan slot 1 sim dan juga slot 2 sim ! Haa ye lah.. macam situasi banjir hari tu kan, ada sesetengah telco mengalami gangguan, so nak call sesiapa yang terlibat dengan banjir pun agak sukar… Untuk single-sim punya phone, bateri dia boleh bertahan sehingga 29 hari ! Kalau pakai yang dual-sim pulak boleh tahan sehingga 21 hari. Haa lama gila kan.

 

Kalau nak tahu, NOKIA 215 ni menyokong jugak apps Facebook, Facebook Messenger dan jugak Twitter. Haaa kire boleh la tuuu, daripada takde langsung kan. Kot la nak update status mengenai suasana semasa ke apa kan.. Tapi sayangnya, WhatsApp lak takdok! Tapi takpelah.. bagi aku, for the sake of communication, call dan sms pun dan mencukupi kan. Janji kekal berhubung gituu..

 

nisakay - nokia 215 (3)

 

Haaa LAMPU SULUH ! Ni kire henpon Nokia lampu suluh yang upgrade version la kan.. sebab ada jugak pemain MP3 dan radio FM. Haa best best. Memang sesuai lah untuk telefon bimbit kedua. Bukan takat masa banjir je ni boleh guna, tapi masa-masa kecemasan. Contoh lah kau urgent nak call orang, sekali phone habis bateri, powerbank pulak lupa charge. Tak ke boleh buat mengamuk tu ? Time letrik takde pun berguna phone ni, sebab ada lampu suluh.

 

 

nisakay - nokia 215 (2)

 

Bagi aku, kalau lepas ni kerajaan nak bagi powerbank untuk persediaan berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, aku rasa baiklah bagi phone ni haa.. Powerbank tu akan habis jugak. Kalau seminggu takde letrik? Boleh tahan ke powerbank tu. Janji phone ni fully charged. InshaAllah boleh bertahan sampai sebulan kalau memang guna untuk call and mesej je..

 

Macam abang aku yang number dua.. dia memang ada phone kedua, phone Nokia lama yang ada lampu suluh tu.. memang khas untuk emergency call & SMS.. Sebab smartphone kan cepat je habis bateri.. dia pulak malas angkut powerbank. Gitu lah. So.. nanti kalau dah start jual, mungkin harganya sekitar $29 gitu.. lebih kurang RM102 gitu lah.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Jumaat, 27 Disember 2013

Beli domain dot my dengan harga best dari iChooseMY dan berpeluang menang RM10,000 !!!

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh hari ni tak buat entry pasal health and beauty ye.. hari ni nak war warkan benda best kat korang !! Ahaa macam yang korang dah baca kat tajuk, yess aku nak cerita mengenai pembelian domain dot my dengan harga best best pasti best hanya dari iChooseMY ! Hahaa over ke idokk.

 

300x250-guy-BM

 

Haaa terkejut ke idokk tengok gambar bergerak-gerak di atas !! Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai domain dot my harga best ni, aku nak cerita serba sikit la mengenai domain dot my. Padiaaa la domain dot my ni? CONTOH – Link blog aku yang sekarang ialah www.nisakay.com , then kalau aku beli domain dot my ni, link blog aku akan bertukar ke http://nisakay.my/ Haaa smart ke idok??

 

JELASNYA, dengan domain dot my ni, link blog korang akan menjadi lebih pendek, lebih ringkas, yang yang paling paling penting ialah MUDAH DIINGATI !! Amat penting bagi seorang blogger untuk memiliki link blog yang ringkas dan mudah diingati. Bila senang ingat, ramai la yang akan singgah ke blog.

 

 

pening

Kalau URL blog atau website korang macam ni : hunnybunnyloveylovepinkie.com agak agak ade tak orang nak hempuk korang dengan papan? Ape lah yang suka sangat letak URL panjang lebar lagi payah nak sebut malah jauh sekali nak ingat??? Apa kata beli je domain dot my yang murah dari iChooseMY haa ! Tak payah pening pening !

 

 

instagram 03

Ehem ehemm mai sini rapat rapat, aku nak cerita bahawasanya iChooseMY sedang melancarkan promosi best harga murah murah untuk domain dot my !! Kan bagus kalau semua orang create URL blog menggunakan nama / nickname sendiri ? Contohnya : noradanish.my atau emmamaembong.my (link ini hanya rekaan semata-mata ! Contoh sahaja)

 

 

offer

Selain dari domain dot my, laman iChooseMY juga menawarkan domain dot com dot my dan juga dot org dot my dengan harga yang berbaloi-baloi !! Tapi aku nak tekankan kat sini, domain dot my lah kan, lebih sesuai untuk kegunaan para blogger.

 

 

instagram 02

Ehemmm ade lagi satu berita best best nak bagitahu niii !! Dengan pembelian domain dot my, korang berpeluang menang RM10,000 !!! Wohooo siapa nak bagi free free woi duit banyak cengginiii !!! Haaa!! Hanya beli domain dot my, tulis entry dan hantar penyertaan ! Mana tahu rezeki korang ke kan???

 

 

 

10k

Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi cerah, boleh ke laman web iChooseMY . Haaa belum cuba belum tahu kan? Dah cuba mana tahu menang kan ? Tak cuba kang rasa rugi pulak kan, sebab dah mengalah sebelum bertanding haa ! Dah lah harga domain tengah promosi kaw kaw dari iChooseMY ni haa !!

 

 

Apa apa pun, jangan lupa ke laman web iChooseMY  untuk maklumat lanjut mengenai pembelian domain dot my. Kadang-kadang pasal URL blog pun kita anggap benda kecik, tapi aku yakin dengan penggunaan domain, yang ringkas dan mudah sebut, lebih ramai orang akan kenal laman web atau blog kita.. Kalau guna nama sendiri untuk domain juga membantu kita membina nama dalam arena blogging. Nama disebut-sebut gituu!

 

 

LAYARI :

http://www.ichoose.my/index.php

DAN JUGA INI UNTUK MAKLUMAT MENGENAI PERTANDINGAN ;

http://www.ichoose.my/contest.php

 

 

 

 

Nisa Kay


Read More»

Rabu, 24 Julai 2013

Berpeluang menemuramah duta LINE Malaysia–Nazim Othman dan Neelofa

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku dan team AMANZ dijemput ke majlis berbuka puasa bersama jenama messaging app yang tengah naik kat Malaysia ni, iaitu LINE. LINE ni asalnye dari Korea dan apa yang menariknya LINE app ni ada sticker yang comel comel sangat sesuai untuk korang ekspresikan perasaan korang Ahaa gituu.

 

DSC06400

Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, para hadirin turut diperkenalkan kepada 3 orang artis Malaysia yang dipilih menjadi duta LINE Malaysia. Tak lain tak bukan para pelakon Nazim Othman, Fizo Omar dan Neelofa.

 

 

cats

Ahaaa dah namanya datang buat keje kan.. So kena lah interview orang kan.. Aku sangat berbesar hati dapat interview selebriti dan duta LINE Malaysia ni haaa.. Pada asalnya aku interview ketiga-tiga duta ni.. tapi too bad video interview Fizo Omar got problem and cannot be uploaded :(

 

 

DSC06403

Selebriti dan duta LINE Malaysia yang pertama aku interview adalah Nazim Othman.. It was just a quick interview.. memandangkan kami AMANZ hanya cover berita teknologi, tapi nak jugak kita tahu mengenai penggunaan aplikasi oleh para artis kan? So just a quick interview with Nazim Othman :

 

 

DSC06406

Alaaa takde gambar berdua dengan Neelofa pulakk! Tapi ade gak gambar ni haaa. Asalnya nak bergambar dengan Melakaboy (tengah) then Lofa dengan kiut nye nak fit into frame jugaakk. Hehehe. Nasib ade jugaklah gambar. Nak tengok gambar mesra aku dengan Lofa boleh follow instagram aku amboi promote ! Watch this quick interview with Lofa :

 

 

Ahaaa kalau nak tau ini lah pertama-tama kalinyaa.. buat julung-julung kalinyaa… AMANZ menampilkan artis dalam video-video terbitan mereka tau! Sekali dapat lak Lofa dengan Nazim Othman para duta LINE Malaysia lagii.. Curlass.

 

Tak dinafikan dunia teknologi memberi manfaat kepada semua.. So inshaAllah kalau boss approve akan ada lagi video selingan macam ni, menanyakan pendapat para selebriti Malaysia mengenai perkembangan dunia teknologi, dan kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Till then, YOSHHH !!!

 

 

 

XOXO


Read More»

Ahad, 21 Julai 2013

VIDEO : Ringkasan perkembangan dunia IT sepanjang minggu lepas

 

Assalamualaikum..

 

Sekali lagi aku nak share video aku dengan AMANZ kat blog ni.. Mulai sekarang mungkin tiap-tiap minggu korang akan dihidangkan dengan video-video yang aku buat dengan AMANZ okayh? Jemput-jemput lah tengok videonye sambil-sambil dapat ilmu pasal dunia IT kat Malaysia dan luar negara. Tak gitu?

 

 

Terima kasih kerana mengabaikan tudung yang senget ditiup angin. Bye bye !

 

 

 

THANK YOU SO MUCH.


Read More»

Jumaat, 3 Mei 2013

Hidup anda diwarnai lagu? Install Deezer laahh !

 

Assalamualaikum..

 

Minggu lepas aku dijemput untuk majlis pelancaran aplikasi Deezer oleh Digi. Tak ada apa nak cakap sangat sebab last week sangat busy (ala this week pun berganda-ganda busy nye), so ada je jemputan aku terus confirm kan. So boleh release tension dari kerja kejap. Elehhh.

 

DSC00222

Sesampainya aku di DiGi HQ, Shah Alam, aku dibawa masuk ke tempat khas untuk para hadirin berkenal-kenalan dengan aplikasi Deezer, dan mencuba mendengar lagu dari aplikasi ni. Akak comel di atas dengan gigih dan telitinye menunjukkan aku aplikasi Deezer ni..

 

Lepas aku dengar penjelasan oleh akak comel tadi, aku terus install aplikasi Deezer.. Haaa mesti korang tertanya-tanya apa benda lah aplikasi Deezer ni kan kan kan? Haaaa sebelum aku share dengan korang apa aplikasi Deezer ni, meh aku nak tanya satu soalan..

  • ADAKAH KORANG PENGGEMAR LAGU?
  • Adakah hidup korang diwarnai lagu-lagu?
  • Adakah korang suka buat kerja atau online sambil dengar lagu?
  • Adakah banyak lagu dapat disamakan dengan perasaan atau hidup anda?

 

DSC00234

Kalau jawapan anda YA untuk semua soalan di atas, maka DEEZER adalah aplikasi yang tepat untuk korang! Errr aplikasi tepat untuk aku juga sebab jawapan aku untuk semua soalan di atas ialah YA. Muahahaha…

 

DEEZER adalah aplikasi music streaming yang boleh berfungsi kedua-dua semasa ONLINE dan OFFLINE ! Menjanjikan pemain muzik yang bebas iklan, kualiti bunyi yang tinggi dan bermacam lagi !

 

Screenshot_2013-04-24-23-12-14

So para pengguna iOS, Windows Phone 8, Blackberry dan Android.. apabila anda install aplikasi Deezer ni, anda akan diberi langganan percuma selama 15 hari ya ! Dan bagi pengguna Android (aku guna Galaxy Note 2), macam ni lah rupa home page aplikasi Deezer di telefon anda.

 

 

Apps 2

Di bahagian Search tu korang boleh cari lagu yang korang nak dengan masukkan kata kunci yang korang cari lah kan. Lepas tu carian ni boleh korang narrow kan kepada carian track, artist atau album. See.. mudah je kan?

 

 

Apps 3

So bila dah jumpa lagu yang korang berkenan tu, korang boleh klik dan lagu akan mula dimainkan.. Tekan butang menu dan satu option bar (seperti gambar kiri) akan keluar. So just klik Add to playlist…

 

 

Apps 4

Kalau korang tak ada playlist lagi, just create satu Playlist baru. Mudah je.. Masukkan nama playlist korang dan wallah dah siap.. So lepas ni kalau korang search lagu lain, korang boleh masukkan lagu tu ke dalam mana-mana playlist yang dah sedia ada.

 

 

Apps 5

So dekat homepage tu, bila korang klik Playlist, korang akan boleh lihat senarai playlist yang korang dah save. Lagu-lagu yang korang save dalam playlist tu turut boleh didengar semasa offline ! Maknanya kalau korang takde data atau internet connection pun boleh dengar woot woot ! Ohhh ye, gambar belah kanan tu menunjukkan senarai lagu artis tempatan, iaitu AIZAT AMDAN !

 

 

Jom tengok apa lagi ciri best yang ditawarkan oleh Deezer !

  • Melalui Deezer, korang boleh mengakses katalog lagu mereka yang terkandung 20 juta lagu untuk dimuat turun dan save dalam playlist !
  • Membina playlist sendiri dan berkongsi dengan kawan-kawan di Facebook atau Twitter.
  • Kawan-kawan korang di Twitter dan Facebook boleh  follow playlist anda !
  • Langganan hanya RM8 sebulan untuk pengguna DiGi ! (Manakala bagi pengguna khidmat telco lain langganan berharga RM18)

 

 

DSC00312

Bercakap mengenai Aizat Amdan, Aizat turut muncul di majlis DiGi Deezer Media Launch dan menghiburkan hadirin dengan dua tiga buah lagu. Yang best nye, single terbaru Aizat boleh didapati dalam katalog Deezer ni sebelum pelancaran album beliau Mei ini ! Jom ramai-ramai install Deezer dan dengar lagu baru Aizat !

 

 

DSC00226

Ohh yee.. Aku ada main game teka lagu masa event ni, dapat pulak hadiah langganan percuma Deezer selama sebulan. Yahuuuu!!!!!!!!!!!! Tenkiu DiGi !

 

 

DSC00236

Ohhh yaa.. ingat lagi tak playlist Kpop yang aku tunjukkan dalam Deezer aku tadi? Aku dapat playlist ni masa scan QR Code kat wall ni. Muehehehe…

 

 

cats

Dua rakan blogger yang ku temui semasa event DiGi Deezer ni.. Mohd Zaid (kanan) dan Uzair Othman (kiri).

 

 

Well.. apa-apa pun aku rasa aplikasi Deezer ni best lah. Sebab aku tak payah susah-susah nak mintak copy lagu kat kawan, or pergi download kat mana-mana website. Nak free download punye pasal, sekali pernah jugaklah aku ter-download virus ! Argghhhh!!! Bila dah banyak lagu, makan ruang kat memory card pulakkk.

 

So? Solusi untuk masalah seumpama ini adalah install aplikasi Deezer ! Tak makan banyak ruang sebab lagu korang browse and save playlist haaa gituuu… Senang sangat aplikasi ni untuk korang yang penggemar lagu. Bagi aku tak rugi pun langgan sebab kita sokong karya seni dan artis-artis !

 

And last but not least, dapatkan pakej DEEZER PREMIUM secara percuma dengan melanggan pelan-pelan tertentu dengan DiGi! Untuk maklumat lanjut korang usha habis-habis kat sini oke > KLIK DI SINI

 

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay