Memaparkan catatan dengan label Nokia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nokia. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2015

NOKIA 215 - Bateri tahan hampir sebulan !

 

Assalamualaikum..

 

Bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ni agak membuka mata aku, bahawasanya kita rakyat Malaysia SEHARUSNYA mempunya sebuah telefon bimbit Nokia yang lama tu. KENAPA ? Sebabnya bila banjir, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik. Lepas tu, telefon tak boleh charge, kemudian telefon mati, selepas daripada itu tak boleh call / contact sesiapa sebab bateri tarakk ! Jadi bila takde bateri ni, memang boleh bikin kita susah hati ! Lebih-lebih lagi bila kita ada kawan atau saudara mara yang terlibat dengan banjir ni. Allah je tahu betapa hati tu susah sangat bila tak dapat contact orang yang tersayang.

 

nisakay - nokia 215

TETAPI !!! Sekiranya telefon Nokia yang jenis lampu-lampu suluh tu or yang 3310 tu dah susah nak cari, mungkin korang boleh beli phone NOKIA 215 ni bila dah masuk Malaysia nanti. Ye bebeh.. phone ni masih belum available untuk pasaran Malaysia (kalau tak silap aku, buat masa entry ini ditaip). Harganya pun dalam USD…

 

Yang best nya, phone NOKIA 215 ni datang dengan slot 1 sim dan juga slot 2 sim ! Haa ye lah.. macam situasi banjir hari tu kan, ada sesetengah telco mengalami gangguan, so nak call sesiapa yang terlibat dengan banjir pun agak sukar… Untuk single-sim punya phone, bateri dia boleh bertahan sehingga 29 hari ! Kalau pakai yang dual-sim pulak boleh tahan sehingga 21 hari. Haa lama gila kan.

 

Kalau nak tahu, NOKIA 215 ni menyokong jugak apps Facebook, Facebook Messenger dan jugak Twitter. Haaa kire boleh la tuuu, daripada takde langsung kan. Kot la nak update status mengenai suasana semasa ke apa kan.. Tapi sayangnya, WhatsApp lak takdok! Tapi takpelah.. bagi aku, for the sake of communication, call dan sms pun dan mencukupi kan. Janji kekal berhubung gituu..

 

nisakay - nokia 215 (3)

 

Haaa LAMPU SULUH ! Ni kire henpon Nokia lampu suluh yang upgrade version la kan.. sebab ada jugak pemain MP3 dan radio FM. Haa best best. Memang sesuai lah untuk telefon bimbit kedua. Bukan takat masa banjir je ni boleh guna, tapi masa-masa kecemasan. Contoh lah kau urgent nak call orang, sekali phone habis bateri, powerbank pulak lupa charge. Tak ke boleh buat mengamuk tu ? Time letrik takde pun berguna phone ni, sebab ada lampu suluh.

 

 

nisakay - nokia 215 (2)

 

Bagi aku, kalau lepas ni kerajaan nak bagi powerbank untuk persediaan berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, aku rasa baiklah bagi phone ni haa.. Powerbank tu akan habis jugak. Kalau seminggu takde letrik? Boleh tahan ke powerbank tu. Janji phone ni fully charged. InshaAllah boleh bertahan sampai sebulan kalau memang guna untuk call and mesej je..

 

Macam abang aku yang number dua.. dia memang ada phone kedua, phone Nokia lama yang ada lampu suluh tu.. memang khas untuk emergency call & SMS.. Sebab smartphone kan cepat je habis bateri.. dia pulak malas angkut powerbank. Gitu lah. So.. nanti kalau dah start jual, mungkin harganya sekitar $29 gitu.. lebih kurang RM102 gitu lah.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Khamis, 2 Mei 2013

Nokia Asha 310 – Kecil bergaya, komunikasi setiap masa !

 

Assalamualaikum…

 

Adalah baiknya anda semua beri perhatian jitu terhadap blog post aku yang satu ni.. Korang nak kan smartphone supaya boleh keep in touch dengan kawan-kawan melalui laman sosial di hujung jari? Tapi sebagai pelajar sekolah atau perlajar IPT macam di luar kemampuan pulak nak membeli telefon pintar yang mahal-mahal kan?

 

Kang dah ada telefon pintar pulak, nak kena fikir tambah nilai setiap minggu untuk langgan internet dan data ! Ohhh banyak juga nak berhabis ni? Apa kata korang cari telefon pintar yang mampu milik dengan harga di bawah RM500, tetapi dalam masa yang sama korang masih boleh berpuas hati dengan ciri-ciri dan aplikasi yang boleh anda guna?

 

DSC00635

Ahaaaaaaaaa……. Inilah rahsianyaa…. NOKIA ASHA 310..  telefon pintar yang datang dengan harga mampu milik.. tambah pula dengan pilihan warna menawan. Tengoklah dalam gambar di atas ni haa… Feeling macam pegang emas sebenar aje.. Hek hek hek ! Kilauan menawan kan?

 

 

DSC00675

Selain dari pilihan warna keemasan yang turut ditawarkan daripada 3 pilihan warna, antara ciri lain yang ada pada Nokia Asha 310 ialah fungsi DUAL SIM dan juga sokongan wifi. Yaaaa personally bagi aku kedua-dua ciri ni adalah ciri yang “mesti-ada” pada setiap telefon pintar. Kadang kala kita perlukan dua simkad untuk mengasingkan panggilan atau mesej untuk urusan peribadi dan kerja kan?

 

Ruang simkad kedua yang berada di bahagian luar telefon ni juga suatu ciri yang sangat memudahkan kita.. So kalau kita nak bertukar-tukar simkad pun tak ada masalah, tak payah nak cabut bateri dan ganggu simkad utama kita.. Ye kan?

 

DSC00641

Well.. bila aku menggunakan sesuatu telefon bimbit yang baru, aku akan membelek interface telefon tu. Aku suka sangat design interface yang ringkas, konsep minimalis dan mesra pengguna. Haa macam interface Nokia Asha 310 ni laaa… Comel-comel semua icon nye kan kan. Senang nak tengok, nak cari aplikasi.

 

 

DSC00652

Siapa kata beli telefon pintar dengan harga mampu milik tak boleh ada aplikasi laman sosial? Cuba tengok gambar kat atas ni, gambar ni aku ambil masa tengah online facebook menggunakan Nokia Asha 310. Sangat comel icon nya.. Kan aku dah kata aku suka konsep minimalis.

 

Selain Facebook, aplikasi yang dah sedia ada adalah seperti Twitter, eBuddy dan aplikasi LINE ! Ahaaa… best sangat keep in touch dengan kawan-kawan dan ekspresi perasaan menggunakan stickers yang sangat sangat comel ! Dengan Nokia Asha 310 korang boleh je hantar emel, atau layan video kat Youtube !

 

 

DSC00679

Okay kejap kejap… meh nak share dengan korang ada beberapa lagi ciri dan aplikasi yang best yang ada dalam Nokia Asha 310 yang boleh membantu dalam kehidupan seharian kita !

  • SESAT??? Ahahhh!! Nokia Asha 310 dilengkapi dengan Nokia Maps yang boleh digunakan ketika online atau offline !
  • Ada aplikasi web Nokia Nearby yang boleh digunakan untuk discover macam-macam tempat menarik! Kedai makan ke.. shopping mall ke.. cool kan!
  • Ada lebih banyakkk aplikasi termasuk Foursquare
  • Untuk siri telefon pintar Nokia ada lebih 125,000 content items yang korang boleh dapati dari Nokia Store termasuklah siri ASHA.

 

 

DSC00658

GAMES ! Salah satu perkara yang tak boleh tak ada dalam telefon bimbit kannn! Selain komunikasi dan penggunaan beberapa aplikasi berguna, games mestiii ada dalam phone sebab kadang-kadang bila kita bosan, nak spend time main game kan.. yang best nya bila korang beli telefon pintar Nokia Asha 310 ni, korang akan dapat 40 games dengan PERCUMA yeahhh! Tak lupa juga dapat voucher Old Town White Coffe yang bernilai RM10.

 

 

IMG_6338

Kekal berhubung dengan kawan-kawan dengan cara yang sangat menarik ! Jujurnya, aku pun peminat aplikasi LINE sebab dengan LINE ada sticker yang sangat comel untuk dihantar kepada kawan-kawan, ada games dan macam-macam lagi! Jika anda peminat LINE, korang berpeluang menang patung karakter LINE yang sangat comel ni di  Nokia roadshow cruiser atau lawati http://www.nokia.com/my-en/ashapromo

 

Ada macam-macam lagi perkara menarik mengenai NOKIA ASHA 310, Kalau nak tahu dengan lanjut dan lebih terperinci, jom jom usha website http://www.nokia.com/my-en/products/asha-new/ Okay???

 

 

*          *          *          *          *

clip_image001

Comel tak LINE characters ni??? Auwwww gebu-gebu dorang ni rasa nak bawak balik, boleh buat bantal peluk…. Nak menang dorang tak? Ehhhh bukan yang gabak ni….

 

 

clip_image002

TAPI YANG INI !!!! 3 patung LINE untuk dimenangi!!! Patung ni takkan dapat kat mana-mana.. Takde jual kat kedai-kedai ye… sebab patung-patung yang amat comelss ini hanya boleh didapati eksklusif dari Nokia dan LINE Korea sahaja okay !

 

So… kalau kamu semua nak menang patung-patung yang comel ini, boleh lah ikuti langkah-langkah mudah yang berikut :

  1. Tulis komen mengenai : NOKIA, LINE dan SAYA
  2. Blogger dengan kisah yang paling menarik akan memenangi patung LINE di atas !
  3. Sertakan NAMA PENUH dan alamat EMEL untuk dihubungi dalam komen anda tu ye !
  4. 3 pemenang akan dipilih.
  • It can be your memory of your first Nokia phone. Atau pengalaman yang kelakar atau pelik bersama telefon bimbit Nokia anda. Atau jika anda sudah pun menggunakan aplikasi LINE, ceritakan juga karakter LINE kegemaran anda.

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 6 MEI 2013

 

Okay, I’ll be waiting your comments ! Tata titi tutuuuu~

 

XOXO


Read More»

Rabu, 10 April 2013

Amanz di Singapura

 

Assalamualaikum..

 

It has been a very tired week for me. Tanggap 1 April, bos bagitahu kami akan ke Singapura untuk cover story pasal event Startup Asia 2013. Gila nak percaya? Dah lah on April Fool masa tu, naluri aku kuat mengatakan bahawa aku bakal ditipu hidup-hidup oleh bos-bos aku yang duk cover gelak je.

 

Punya lah berusaha mereka meyakinkan aku, so aku pun percaya, esoknya terus buat passport, balik rumah terus kemas barang. Pagi Rabu aku rushing gila siapkan macam-macam benda sebelum tinggalkan tanah air. Cehhh macam nak pergi jauh sangat je.

 

DSC04316

1ST DAY - Ini jalan raya Singapura. Oh kami stay kat JB sahaja. Tak cukup bajet nak stay kat Singapura miahahaha. Bertolak dari KL pun naik kereta dengan bos-bos.Well.. pagi hari pertama di Singapura yang tidak begitu memberangsangkan sebab jalan jammed, ada jalan ditutup.

 

 

DSC04322

Gambar camwhore dalam kereta yang menunjukkan wajah nan lebar harus ada. Bonus apabila dapat snap sekali gambar bos Aman Firdaus kat belakang. Sebab bos ni kalau nampak orang nak ambil gambar dia, dia akan tutup lens kamera dengan tangan dia, bak artis menghalang paparazzi.

 

 

DSC04339

Okay dah sampai pun kat tempat kejadian. Hahaha di sinilah event Startup Asia 2013 berlangsung. Di Matrix, Biopolis. Berdekatan Ministry of Education Singapore. Ohhh keje aku ialah interview para startup, discover apa aplikasi dan perkhidmatan terbaru yang best-best. Kalau nak tahu bolehlah baca AMANZ ehh nanti.

 

 

DSC04354

Ini makan malam kami. Sup tulang merah Singapura. Makan di Restoran M A Deen Biasa (S) Pte Ltd, Jalan Sultan Singapura. Kuahnya walaupun aku macam batak melihatnya, tapi sedap weh. Tapi aku tak makan ler tulang tu. Aku makan roti perancis cicah kuah dia sedap weh.

 

 

DSC04356

Aku tak tahu kena rasuk dek jin apa sebab sejak dua menjak ni aku kuat makan nasi. Padahal dulu aku ni tak suka makan nasi, liat sungguh nak makan nasi ! Tapi bila lapar, benda pertama dalam otak aku ialah NASI. So aku order jugak nasi goreng biasa, telur goreng satu! Tapi telur goreng dia dah macam benjo aku tengok.

 

Lepas perut kenyang kami pergi Mustafa Center pulak. Tempat tu aku tengok ala-ala Mydin macam kat Malaysia. Tapi Mustafa Center ni dibuka 24 jam dan lagi besar sebab ada dua tiga blok kalau tak silap aku. Paling popular kalau nak beli souvenir murah and PERFUME MURAH SEPARUH HARGA DARI HARGA DI MALAYSIA !! Hahaha… Tapi dengar citer dari kawan yang merupakan orang Singapura jugak, perfume kat situ tak pasti ori ke idok. Pulak dah?

 

 

DSC04358

Penat usha-usha barang, kitorang gi minum-minum kat kedai mamak. Sayangnye takde satu pun kedai yang kami pergi tahu BANDUNG CINCAU. Dorang tahu bandung aje. Iskk. Kempunan aku. Oleh kerana money changer tak terima duit syiling, maka aku dermakan semua syiling aku untuk bayar minuman kami. Muahaha.

 

 

DSC04399

2ND DAY – Hari terakhir di Singapura. Kerja luar yeh yeh!! Hari sebelumnya kami dah interview 7 startup. Hee cukup la tu ye bosss. Penat kot nak berjalan and berdiri pakai wedges tinggi ni. Iskk. Hari kedua ni kami shoot video mingguan di luar. Yehh dapat jugak aku tengok apa yang menariknya Singapura ni..

 

 

DSC04416

Shoot video di area One Fullerton ni je haa. Alaa yang dekat Merlion Park tu.. Walaupun cuaca panas tak hengat kemain ramai jugak pelancong kat sini. Maklumlah datang Singapura tak sah kalau tak melawat Merlion statue kannnzzz…

 

 

DSC04419

Aku pun nak jugak wehhh bergambar macam orang selalu buat. Tadah mulut laa.. ape laa.. aku tadah tangan je laa konon-konon sambut air yang keluar dari mulut sang merlion. Hehehee…

 

 

DSC04422

Lagi satu gambar kenang-kenangan…

 

 

DSC04426

Shoot untuk outro video mingguan Amanz, khas di Singapura. Cewahhhh.. Walaupun Singapura di seberang jambatan cuma, tapi merasa jugak lah aku kerja kat negara orang kan… Bila datang ke Singapura, nak beli apa-apa mesti fikir pat belas kali, sebab matawang sana lagi mahal..

 

Lagipun kami datang ke sana bukan nak berjimba-jimba.. tapi nak bekerja la hoii.. So kepada kawan-kawan maaf kan daku ye sebab daku tak bawak apa-apa buat tangan pun untuk korang. Maybe next time kalau ada rezeki lagi aku ke sana, boleh lah korang kirim perfume eh. Hahahaha…

 

 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

 

IMG_6456

Hey guys! I went to a workshop last week and I was like gasping for air as I was showed this latest gadget ! Available in gold colour too ! Gosh I already fall for the goldish fancy looks of this gadget. I’ve tried it myself too, and I cant waitttttt to share it with you guys too ! Till then !

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay