Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadget. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2015

NOKIA 215 - Bateri tahan hampir sebulan !

 

Assalamualaikum..

 

Bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ni agak membuka mata aku, bahawasanya kita rakyat Malaysia SEHARUSNYA mempunya sebuah telefon bimbit Nokia yang lama tu. KENAPA ? Sebabnya bila banjir, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik. Lepas tu, telefon tak boleh charge, kemudian telefon mati, selepas daripada itu tak boleh call / contact sesiapa sebab bateri tarakk ! Jadi bila takde bateri ni, memang boleh bikin kita susah hati ! Lebih-lebih lagi bila kita ada kawan atau saudara mara yang terlibat dengan banjir ni. Allah je tahu betapa hati tu susah sangat bila tak dapat contact orang yang tersayang.

 

nisakay - nokia 215

TETAPI !!! Sekiranya telefon Nokia yang jenis lampu-lampu suluh tu or yang 3310 tu dah susah nak cari, mungkin korang boleh beli phone NOKIA 215 ni bila dah masuk Malaysia nanti. Ye bebeh.. phone ni masih belum available untuk pasaran Malaysia (kalau tak silap aku, buat masa entry ini ditaip). Harganya pun dalam USD…

 

Yang best nya, phone NOKIA 215 ni datang dengan slot 1 sim dan juga slot 2 sim ! Haa ye lah.. macam situasi banjir hari tu kan, ada sesetengah telco mengalami gangguan, so nak call sesiapa yang terlibat dengan banjir pun agak sukar… Untuk single-sim punya phone, bateri dia boleh bertahan sehingga 29 hari ! Kalau pakai yang dual-sim pulak boleh tahan sehingga 21 hari. Haa lama gila kan.

 

Kalau nak tahu, NOKIA 215 ni menyokong jugak apps Facebook, Facebook Messenger dan jugak Twitter. Haaa kire boleh la tuuu, daripada takde langsung kan. Kot la nak update status mengenai suasana semasa ke apa kan.. Tapi sayangnya, WhatsApp lak takdok! Tapi takpelah.. bagi aku, for the sake of communication, call dan sms pun dan mencukupi kan. Janji kekal berhubung gituu..

 

nisakay - nokia 215 (3)

 

Haaa LAMPU SULUH ! Ni kire henpon Nokia lampu suluh yang upgrade version la kan.. sebab ada jugak pemain MP3 dan radio FM. Haa best best. Memang sesuai lah untuk telefon bimbit kedua. Bukan takat masa banjir je ni boleh guna, tapi masa-masa kecemasan. Contoh lah kau urgent nak call orang, sekali phone habis bateri, powerbank pulak lupa charge. Tak ke boleh buat mengamuk tu ? Time letrik takde pun berguna phone ni, sebab ada lampu suluh.

 

 

nisakay - nokia 215 (2)

 

Bagi aku, kalau lepas ni kerajaan nak bagi powerbank untuk persediaan berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, aku rasa baiklah bagi phone ni haa.. Powerbank tu akan habis jugak. Kalau seminggu takde letrik? Boleh tahan ke powerbank tu. Janji phone ni fully charged. InshaAllah boleh bertahan sampai sebulan kalau memang guna untuk call and mesej je..

 

Macam abang aku yang number dua.. dia memang ada phone kedua, phone Nokia lama yang ada lampu suluh tu.. memang khas untuk emergency call & SMS.. Sebab smartphone kan cepat je habis bateri.. dia pulak malas angkut powerbank. Gitu lah. So.. nanti kalau dah start jual, mungkin harganya sekitar $29 gitu.. lebih kurang RM102 gitu lah.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Isnin, 1 April 2013

Samsung Galaxy Note II versi pinky pinky !!!

 

Assalamualaikum..

 

Masa Samsung Galaxy Note keluar dulu aku macam tak berapa minat sebab terlalu gabak pulak kurasakan… Lepas tu aku pergi lak roadshow Galaxy Note, ada karikatur buatkan ilustrasi muka aku menggunakan Galaxy Note, aku rasa macam cool gila..

 

pink note

 

Pastu keluar lak Galaxy Note versi warna hot pink. Berpinar mata gua weeyhhh!! Aku pun tak tahu sejak bila aku minat gila pink.. sebab aku kecik-kecik dulu suka warna-warna kelam jek. Hahahaha sejak masuk UNISEL kot laa aku suka pink?? HAHAHA…

 

Tapi gua makan hati sangat-sangat sebab Galaxy Note pink ni kan limited edition. By the time aku ada duit je nak beli ni, phone ni dah takdak kat pasaran. Aku pasrah dan berserah. Sedih dan terkilan sebab tak sempat nak beli henpon kaler kegemaran aku. Masa tu roommate aku pon nak beli, ponnn tak dapat jugek ! Maka dia belilah Note biasa.. aku pun teruskan hidup dengan Galaxy S 2 aku..

 

NOTE 2 PINK

Pastu aku nampak plak kat Google, ada gambar Galaxy Note II warna pink lembut hoiiii !! Kalau sebelum ni Galaxy Note ada edisi warna pink pekat, kali ni versi warna pink lembut. Hadehhhh cair gua haihhh!!

 

Gua nakkkkk sangat sangat sangat trade in Note II gua ni dengan Note II pink version ni.. Apakan daya rezeki tak menyebelahi gua.. sobss sobss… Gua kena menyimpan duit untuk buat lesen, and bayar muka kereta. Huk huk.. Takpe.. pengorbanan untuk sesuatu yang lebih besar kan..

 

 

note pink

Pastu tambah makan hati makan jantung makan limpa bila gua bukak blog kawan gua, Tia Fazunia, dia dapat Galaxy Note II warna pink ni. Iskk iskk tahniahhhh (sambil air mata mengalir bak air terjun) Hahaha..

 

Mungkin bukan rezeki aku lah kot nak merasa dapat Galaxy Note II pink ni ye.. Mungkin di lain masa, ada tab versi pink ke? iPad versi pink ke? Hahahahah mungkin masa tu kalau aku ade duit boleh laa aku rembat. Hahhaha Kalau laaa :P

 

 

XOXO


Read More»

Sabtu, 9 Februari 2013

CELCOM PORTAWIFI – Your wifi on the go !


Assalamualaikum…


As a blogger, I always spend my time outside, meeting people, attending events and many more. And most of the time too, I had to carry my laptop or my other devices such as iPad or iPod to events because sometimes I need to do a live update. But what if the place I go dont even have wifi????


Sometimes I was frustrated because I came with my laptop on the back, or carry around my devices, but then.. no WIFI??? Howw can I work like this? And apparently my old broadband didn’t give much help.. It was so slow when I want to connect with internet and it is totally useless when I’m on the road. I mean when you stuck in traffic jam, what can you do other than singing along with the songs you listen from radio?




120806-CelcomFirstWiFi-main

I was wondering IF there is any broadband that can do more or give more advantage rather than being used at laptop only. And yeah I’ve been reading about this BIGGGG thing from Celcom ! It’s Celcom Portawifi ! A broadband now, not just a plain broadband! It can be your wifi modem at home, in the car or using it with laptop!





portawifi

I think this is the coolest portable wifi device that I ever known! I always, alwaysss wanted to have a wifi device in the car, so that I will not be so boring in a long journey or stuck in the traffic jam! Because I have devices that can only work with wifi only.. So, Celcom Portawifi is the best choice for me !



And this is best for families too. How? Well, children might get tired and boring in the long journey going back to hometown. And when they’re boring, they tend to make noise and fight with each other. To make them behave, one of the way is give them an iPad or any devices, let them play games and online. Ahaaa! This time Celcom Portawifi will become so handy !





With PortaWiFi, you can surf up to speeds of 21Mbps and share the connection with up to 5 friends! So stay online and connected wherever you go ! And GOOD NEWS to all of you ! Get a Celcom Portawifi device with only RM99 by trading in your old broadband with a brand new Portawifi! How cool is that?? And you guys can enjoy rebates of up to RM276 when you sign up with any Celcom First Data plan ! Easy peasy right?

Capture




Ouhhh you dont have any old broadband to trade in but still want to own this super cool Celcom Portawifi ?? No worries, you can still enjoy rebates up to RM216 by signing up with any of our Celcom First Data plans.

Capture2


See? Now everybody can enjoy having your own wifi wherever you go! And please take note everyone, in order to trade in your old broadband with Celcom Portawifi RM99 only, you MUST make sure that your broadband still in good working condition okay? Dont come and give them something that has broken :(



120808-celcom-portawifi-mifi-hotspot


WHERE TO GET Celcom Portawifi ?? Go to your nearest Blue Cube outlet and start networking and connecting using your personal wifi woot woot!! Trade in your old broadband NOW and enjoy fasttttt connection with Celcom Portawifi !






MORE INFO ABOUT CELCOM PORTAWIFI :







XOXO

Read More»

Jumaat, 1 Februari 2013

NINETOLOGY Black Pearl 2

 

Assalamualaikum..

 

Walaupun isu rebat RM200 untuk telefon pintar macam dah kureng diperkatakan, aku tetap nak berkongsi dengan korang mengenainya… Dalam senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan rebat RM200 oleh SKMM, salah satu jenama yang turut tersenarai ialah telefon pintar NINETOLOGY.

 

Mungkin ramai yang belum tahu apakah NINETOLOGY ini?? Haa aku pon belum tahu sangat pasal phone ni. Masa NINETOLOGY buat roadshow kat Low Yatt aku berlalu begitu sahaja tanpa singgah dan tengok apa yang dorang offer untuk pengguna. Amboi mementang jenama belom populer kannn.. So sejak jenama NINETOLOGY dimasukkan ke dalam senarai telefon pintar rebat RM200 ni. aku pon macam berminat nak tahu..

 

ninetology 2

So basically inilah rupa NINETOLOGY Black Pearl 2 tu.. macam Samsung Galaxy Y pon ade, tapi aku yakin pon ni lagi nipis, selain dari skrinnye yang lagi besar.. Well.. mungkin korang sedang mempertimbangkan nak beli smartphone ape dengan rebat RM200 tu kann…

 

ninetology 1

Setelah ku godek-godek Google, aku terjumpa spec phone ni. Not bad lah phone ni. Wajarlah dengan harganya.. Kalau beli dengan rebat RM200 tu, NINETOLOGY akan tambah rebat RM100 pulak. So tolak RM300 lah kan.. Boleh tahan la kan..

 

Mungkin korang pon macam tertanya-tanya.. phone ni dah lah jenama baru di Malaysia, so korang masih belum tahu rupa bila phone ni di-on-kan, performance dalam dia.. antaramuka dia dan bermacam-macam lagi kesangsian lah katakan. Haa aku nak share video mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2 ni, hope boleh mengurangkan rasa ingin tahu korang.

 

 

Hope video ni membantu korang mengenali serba sedikit mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2.. Mana tahuuuu ada antara korang yang nak beli smartphone dengan rebat RM200 dan mahu try beli NINETOLOGY ni kee…

 

Pada pandangan aku, phone ni not bad lah kalau ikut spesifikasi dia.. Kalau nak pakai smartphone yang murah, mungkin boleh masukkan NINETOLOGY dalam pertimbangan anda… Tapi kalau berangan nak henpon mahal jugak.. kumpul la duit bebanyok ye.. Aku ni jenis panas sikit telinga dengan orang yang cakap gebang nak beli phone cecanggih tapi poket habuk je ada. #Ehh tetibe. Haha kbai.

 

 

XOXO


Read More»

Selasa, 5 Jun 2012

You guys should watch this video lar!

 

Assalamualaikum..

 

Fuhh hari yang sibuk untuk aku. Banyak urusan yang perlu aku settle kan sebelum hujung minggu, sebab hujung minggu nanti ada hal lain pulak. Duhhh penat! Tapi takpe, I enjoy doing all these things, I mean going to various events and meeting new wonderful people.

 

Tapi kesibukan yang jitu sama sekali tak menghalang aku untuk melakukan rutin harian aku iaitu usha-usha website Youtube untuk cari video apa yang best. Aku mulakan aktiviti aku dengan menonton klip video lagu-lagu kpop, trailer filem terbaru dan video lucu dari vlogger kegemaran. Aku teruskan aktiviti aku tu dalam satu jam jugak lah sampai lah aku jumpa video ini….. :

 

Sekali tengok macam short film pulak, sebab video ni menunjukkan macam mana seorang salesman kat kedai handphone berusaha meyakinkan amoi tu untuk beli handphone. Teringat dulu ada short film pasal jual-jual barang macam ni.

 

Kali kedua aku tengok video ni baru aku perasan handphone yang di-usha oleh amoi-amoi tu SAMSUNG GALAXY MINI 2! Mula-mula aku macam “What the??? Ada Galaxy Mini 2 ker?? Ade ke??” Well, nampaknya Samsung dah ada ahli keluarga baru untuk rangkaian android Galaxy yerr??

 

Dalam video tu jugak ada beberapa fungsi dan spec Samsung Galaxy Mini 2 ni disebut-sebut oleh salesman berbangsa India tu. Maka untuk meleraikan keraguan aku pasal handphone baru ni, apa lagi aku pon search la kat internet!

 

Mini_2_2 (1)

Well, inilah rupa Samsung Galaxy Mini 2 tu yerr.. Hmmm comel jugaks. Hikhik. Alamakkk.. alamakkk terpikat nih! Macam mana nih!!! Macam mana niiii!!! *peluk Samsung Galaxy S II aku ketat-ketat*

 

 

bigpic

Well, kecik-kecik cili padi orang kata. Bila aku tengok video tadi, dan aku dengar spec handphone ni yang salesman tu mention, macam kurang percaya. Tapi percayalah beb, aku dah search pasal specs and info pasal Mini 2 ni, memang benar!

 

Rekaan Galaxy Mini 2 ni aku tengok mengikut trend Galaxy Mini yang terdahulu, dan handphone ni slimmmmm sangat cuma 11.85mm aje! Sure selesa kalau pegang atau letak dalam poket. Bagi pengguna macam aku lak, aku pentingkan bab screen handphone tu. Tapi Galaxy Mini 2 ni, nampak je kecik tapi paparan skrin 3.27 inci yang lebih jelas dan terang! Pergghh hebat!

 

Samsung-Galaxy-Mini-2-official-2

Aku sanggup replay balik video tu dua tiga kali semata-mata nak pastikan apa yang aku dengar tak salah. Yesss phone kecik molek ni mempunyai kapasiti 0.9GB untuk application dan 1.8GB untuk simpanan gambar, video, lagu dan games! Hebat dowh! So kalau korang suka ambil gambar or dengar lagu takyah risau kayh!

 

Dah namanya guna android, mesti korang tak berhenti tweeting atau facebooking kan? Tu belum kire duk ambil gambar, dengar lagu lagi? Takpe wehh… bateri pun 1300mAh kompem tahan lama!! Best best! Ni yanggg aku nak dengar nih!

 

 

samsung-galaxy-mini-2-spesifikasi

Dah macam salesgirl lak aku ni kan? Patutnye aku lah kan yang berlakon dalam video tadi kan kan?? Hahaa apa aku mengarut ni. Okay last aku nak bagitau korang, Samsung Galaxy Mini 2 ni guna processor 8000MHz, boleh download Chat ON dengan Music Hub. Pastuu banyak lagi la function lain.

 

Aku rase senang-senang korang pergilah check kat website SAMSUNG. Kang aku salah bagi info kang aku lak kena bash? Hukhuk gurau je meyh! By the way tahniah kat individu yang rajin buat video di atas. Kalau bukan kerana video tu, aku takkan tahu kewujudan SAMSUNG GALAXY MINI 2!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 8 Mei 2012

Bantu Yuna untuk realisasikan The Sparkle Project!


Asslamualaikum..


Yuna GALAXY Note_Picture 2

Tak berapa lama dulu Yuna telah memeriahkan roadshow Galaxy Note Studio yang memang kebaboom. Aku ada jugak turun KL semata-mata nak bertemu Yuna lagi. Tapi entah apa silap aku, masa aku datang tu Yuna dah takde. Ecehh padahal aku yang lambat! So makan hatilah nak berjumpa Yuna kan…




Yuna GALAXY Note_Picture 5

Ohhh ye, bercerita pasal Galaxy Note ni kan, ianya tampil dengan satu lagi aplikasi yang sangat sangat cool dan membuatkan banyak mulut-mulut yang ternganga. Lihat saja gambar di atas, lukisan karikatur kini boleh dilukis menggunakan Galaxy Note! Hebat betul!!! Aku pun dapat satu karikatur hasil lukisan Galaxy Note BACA SINI.




Yuna GALAXY Note_Picture 9

Dengan menggunakan peranti Samsung Galaxy Note ni jugak, Yuna bakal tampil dengan THE SPARKLE PROJECT ! Apakah The Sparkle Project ini? The Sparkle Project ini adalah di mana Yuna akan bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan klip video terbaru untuk single beliau yang akan datang iaitu Sparkle dengan menggunakan SAMSUNG GAALXY NOTE!! How cool is that???




Yuna GALAXY Note_Picture 3

BANTU YUNA REALISASIKAN “THE SPARKLE PROJECT” !!!


Jadi, apa korang boleh buat untuk bantu Yuna realisasikan projek ini? Korang perlu menyumbang idea dan mana tahu idea korang tu akan diguna pakai dan menjadi sebahagian daripada video klip Yuna??? Wowww this is amazing!!



Tema minggu ini ialah ‘Beauty’ and ‘Dreams’ ! Apa lagi, kini masanya untuk anda semua memerah otak dan keluarkan idea bernas, segar, unik dan ada style untuk bantu Yuna melaksanakan The Sparkle Project ini! Untuk maklumat lanjut ramai-ramailah ke www.sparkleproject.my untuk maklumat lanjut dan hantarkan idea-idea anda !



BLOGGERS!! Tulis satu blog post khas untuk Yuna dan interpretasikan idea anda di dalam entry anda. Anda boleh sertakan gambar, video atau ilustrasi untuk membantu anda menyampaikan idea dengan lebih baik. Jadi kreatif dan unik, mana tahu idea anda akan terpilih untuk ditampilkan dalam video klip Sparkle oleh Yuna???







Jangan lupa layari www.sparkleproject.my dan hantarkan idea anda sekarang!!!




Sign PNG NisaKay

Read More»

Isnin, 26 Mac 2012

VIDEO – Unboxing the iPad 2

 

Assalamualaikum…

 

Mulanya aku malu nak publish video ni. Ye lah orang malaysia ni kan kuat mengata (ehh aku pun orang Malaysia!).. kang ada kata aku nak menunjuklah, apelah.. Ehh aku tengok orang luar negara banyak je buat video unboxing macam ni… Takde kes kena troll pun? So renung-renungkanlah ye…

 

 

So.. pada yang tak tahu.. sekarang dah tahulah ye dalam kotak iPad tu ade ape je… Ada basic things aje pun.. Yang mahalnye, device tu. Tapi boss aku cakap takde apa yang murah kalau aksesori untuk produk jenama Apple ni. Huhuu lebih seratus jugak aku habis nak beli leather case dengan screen protector!

 

Apa-apa pun, full credit to boss aku dari AMANZ for this video and editing and uploading.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 9 Mac 2012

Celcom and Prada, the perfect match.


Assalamualaikum….



P3021330

Dalam entry sebelum ini (KLIK DI SINI) aku dah pernah berkongsi dengan pembaca semua pengalaman aku menghadiri majlis pelancaran telefon bimbit eksklusif LG Prada hanya dari Celcom. Sangat seronok kerana aku turut bertemu rakan-rakan sesama blogger yang meletup semuanya.




P3021322

Tapi itu baru kisah majlisnya, kali ni aku nak share dengan korang mengenai telefonnya pula. Dengan reka bentuk nipis, senang dipegang dan dimasukkan ke dalam poket, telefon bimbit LG Prada yang elegan dan tampak mewah ini hanya boleh di dapati daripada Celcom!




LG Prada

Sekali lagi aku ingatkan, korang semua yang dah jatuh hati pada telefon bimbit LG Prada ni hanya boleh dapatkannya daripada Celcom! Takde jual kat tempat lain. Haaa eksklusif sangat kan???



Dah ada smartphone, maka apa yang penting ialah internet coverage yang bagus supaya penggunaannya boleh dimaksimumkan! Yelah, zaman sekarang ni banyak betul urusan menerusi internet sahaja. Jadi, dengan Celcom kita boleh dapat liputan internet yang paling luas kat Malaysia.


celcom plan

Dengan plan data Celcom yang sangat berpatutan ni, semua yang memiliki LG Prada nanti pasti berpuas hati dengan liputan Celcom! Dah ada telefon yang sangat bergaya, mestilah nak ada internet kan. Tiada internet umpama hilang separuh fungsinya! Hehehee…


Cepat-cepat beli LG Prada dari Celcom! Ini kerana Celcom bakal memberikan LG Bluetooth yang eksklusif kepada 100 pembeli pertama di outlet Blue Cube yang terpilih! Jadi jangan lupa lawati http://www.celcom.com.my/smartphones/ untuk maklumat lanjut mengenai LG Prada dan pelan di atas.







LG Prada dan Celcom, pasangan yang tepat.


Sign PNG NisaKay

Read More»

Isnin, 5 Mac 2012

Meeting bloggers at Celcom LG Prada’s launch

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku berpeluang meng-join-kan diri untuk majlis pelancaran telefon bimbit pintar terbaru dari jenama LG yang menggunakan jenama Prada sebagai perantara dan imej telefon bimbit it, sekali gus memepamerkan imej telefon yang mewah, elegan dan bergaya.

 

P3021322

Inilah rupa telefon bimbit LG Prada yang hanya boleh didapati daripada Celcom tau! Haaa siapa yang meminati jenama LG dan Prada bolehlah rembat handphone ini secepat mungkin ye. Nipis, ringan dan imej yang mewah bergaya!

 

 

P3021330

Tu dia… aku dan abang Eyriqazz menjadi model Celcom LG Prada yang tak bertauliah. Herherher.. Mentang-mentanglah aku berpakaian serba biru yek! Abam Eyriqazz pulak hensem memakai kot dengan tie biru, aku ingat staff Celcom dah! Hikhik…

 

 

P3021342

Yaaa.. tu dia blogger dan model yang gojes lagi penuh kontrolbesi iaitu Jejari Runcing uolllss!! Haaa aku yang bergambor dengan beliau kontrolbesi tak?? Oke tak, aku ni kontrolBASI ade lahh… Harharharr…

 

 

P3021403

Tu diaaaa aku Nisa Kay yang suam-suam kuku kaki bergambor bersama blogger + model + pelakon hangat panas lagi jelitawansss uolls, tak lain tak bukan Hanis Zalikha!!! Turut bergambar sama ialah ibu Hanis iaitu akak Nani Rostam. Aku nak panggil aunty segan sebab aku tengok Kak Nani kita ni muda lagi uolls. Cantik vouge de vass lagi okay. Tengok lah muka jelita Hanis menurun dari maknye yang cantik uolls.

 

 

P3021422

Yaaa… lagi bersama blogger panas dan fofuler uolls… Si kecik bertudung hijau ialah Yuyu Zulaikha dan diva berwarna merah Red Mummy de vass all the time. Semua yang datang blogger femes ames uolls, malu pulak aku nak mingle around dengan dorang.. Hikhikk..

 

 

P3021392

See?? Aku dah cakap kan semua blogger fofuler uolls.. malu pulak aku… In picture : Red Mummy , adik beradik Jejari Runcing & Aimie Hazerin , Yuyu Zulaikha , Cik Epal dan Wawa Tasliman. Turut bergambar sama ialah Farah, one of the Nuffies.

 

 

P3021381

Yang best nye semestinya makanan!!! Hahahaa yeahhh ada angel’s hair pasta. Kuahnya sangat sedap okayhhh!!!

 

 

P3021383

And makan pulak dengan meatball memang meraung anak tekak sebab sedap sangat uolls. Speechlees kejap. Aku dengan budak tecik tomey Yuyu Zulaikha siap makan dua kali. Hakhakhak…

 

 

P3021339

And nasib baik sangat sebab ada pistachio macarons yang sedap sangat wehhh!! Hahahaa…

 

 

P3021414

Malam tu ada contest best posing. Semua hadirin yang datang boleh bergambar dengan Model-model Celcom LG Prada dan dua tetamu yang bergambar dengan pose terbaik akan bawa pulang sebuah telefon LG Prada setiap seorang!!! Dalam gambar di atas tu salah seorang blogger yang menang telefon bimbit LG Prada. Wahhh bertuah badan!!

 

 

P3021373

Okay sekian kisah aku bermingle-around dengan blogger letop pom pom di Celcom LG Prada launch ceremony. Jangan lupa usha website Celcom untung mengetahui lebih lanjut mengenai LG Prada phone hanya dari Celcom!

 

 

 

Like Saya Suka Menaip’s facebook page for more picture!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 4 Mac 2012

Ramainya blogger menang Samsung Galaxy S II ??

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh mengundang sangat tau tajuk entry. Ramai blogger menang telefon bimbit android Samsung Galaxy S II (SGS2) ???? Wahh memang bertuah badan masing-masing bila dapat bawak balik SGS2. Sure tidur malam pun sambil tersenyum-senyum, tak pun tidur sambil peluk kotak SGS2 !! Hahaa…

 

P3031622

Okay pertama sekali jom kita skodeng MadamMondoq. Wahh kemain tau posing trademark. Hehehe kalau perasan MadamMondoq suke posing macam ni tau, sebab tu aku panggil posing trademark beliau! Hehee.. wahh kemain ceria bebenor bergambor dengan SGS2 ye Madammm.

 

 

P3031623

Okay sekarang kita teropong Cik Lily Putih yang kelihatan gembira sesangat bergambor dengan SGS2. Wahhh kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata gituuu. Tengah makan pon Cik Lily Putih boleh stop kejap bila aku nak ambil gambor beliau dengan SGS2.

 

 

P3031625

Hakak Pen Merah pon nak menunjuk SGS2 beliau. Wahhh beliau punyer ke?? Hikhikhik.. Kemain tau semua nak posing maut dengan SGS2. Untunglahhh ramai benor yang menang SGS2. Ehhh menang ke nih? Menang keh?? Hikhik…

 

 

Sii

Gambar dicilok dengan jayanya dari belog Abang Jejai, wahhh berseri-seri mukanya dengan SGS2 ye! Dah macam awet muda pulak ye Abang Jejai… Maaflah ambik gambar dari blog, baru perasan gambor Abang Jejai takde dalam kamera sayeee…

 

 

P3031624-horz

Wahhh ramai lagi rupenye yang bertuah!! Masing-masing posing maut dengan SGS2. Dari kiri Putra, Uzair dan juga AdamEben kemainnnn masing-masing dengan SGS2 yek!!! Haa bak kata Putra, semua bawa pulang KENANGAN je laa sebab merasa “pegang” SGS2 tu sebab…..

 

 

P3031627

Sebab aku adalah pemenang sebenar Samsung Galaxy S2 ni sebenarnya!! Muahaha… rasa nak terlompat pun ada semasa pengacara majlis berkata ,”Do we have Nisa Kay here??” Aku dengan excited dan ternganga-nganga melangkah lah ke depan untuk menerima hadiah.

 

 

P3031599

Ini gambar masa menerima hadiah dari wakil DiGi. Abaikan muka berminyak tuh. Banyak sangat flash dari kamera-kamera blogger yang hadir. Hikhik.. Malunye aku sebab aku macam tak percaya yang aku menang!! Hahaa…Mesti ramai nak tahu macam mana aku boleh menang handphone android Samsung Galaxy S II ni kan kan kan?? Okay macam ni..

 

Aku telah dapat invitation untk Digi Fandroid Day bersama-sama Nuffnang. So masa event tu ada contest Tweet & Win. Cuma perlu jadi yang terpantas tweet nama android yang menggunakan Ice Cream Sandwich dan tagline DG Smart Plan. Tak sangka aku pulak pemenangnyaa!!!

 

 

P3031640

Heee segan makkk!! Ohh ye, terima kasih DiGi, Samsung Malaysia and of course Nuffnang ! I had so much fun at Fandroid Day event. Met bloggers and cool activities. Thank you! Thank you! Tak tahu nak cakap macam mana dah niiii. Dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

 

 

More story about Fandroid Day event will be posted out later yah! Nantikan gambar-gambar sekitar event di fan page Saya Suka Menaip. Muahhh!!! ALHAMDULILLAH.

 

 

Sign PNG NisaKay

 

P/S : Ramai yang mengucapkan tahniah kepada SEMUA blogger di atas. Kantoi lerrr awok sume tak baca entry ni betul-betul ye dak?? Hikhikhik….


Read More»

Copyright © Nisa Kay