Memaparkan catatan dengan label Geek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geek. Papar semua catatan

Isnin, 12 Januari 2015

NOKIA 215 - Bateri tahan hampir sebulan !

 

Assalamualaikum..

 

Bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ni agak membuka mata aku, bahawasanya kita rakyat Malaysia SEHARUSNYA mempunya sebuah telefon bimbit Nokia yang lama tu. KENAPA ? Sebabnya bila banjir, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik. Lepas tu, telefon tak boleh charge, kemudian telefon mati, selepas daripada itu tak boleh call / contact sesiapa sebab bateri tarakk ! Jadi bila takde bateri ni, memang boleh bikin kita susah hati ! Lebih-lebih lagi bila kita ada kawan atau saudara mara yang terlibat dengan banjir ni. Allah je tahu betapa hati tu susah sangat bila tak dapat contact orang yang tersayang.

 

nisakay - nokia 215

TETAPI !!! Sekiranya telefon Nokia yang jenis lampu-lampu suluh tu or yang 3310 tu dah susah nak cari, mungkin korang boleh beli phone NOKIA 215 ni bila dah masuk Malaysia nanti. Ye bebeh.. phone ni masih belum available untuk pasaran Malaysia (kalau tak silap aku, buat masa entry ini ditaip). Harganya pun dalam USD…

 

Yang best nya, phone NOKIA 215 ni datang dengan slot 1 sim dan juga slot 2 sim ! Haa ye lah.. macam situasi banjir hari tu kan, ada sesetengah telco mengalami gangguan, so nak call sesiapa yang terlibat dengan banjir pun agak sukar… Untuk single-sim punya phone, bateri dia boleh bertahan sehingga 29 hari ! Kalau pakai yang dual-sim pulak boleh tahan sehingga 21 hari. Haa lama gila kan.

 

Kalau nak tahu, NOKIA 215 ni menyokong jugak apps Facebook, Facebook Messenger dan jugak Twitter. Haaa kire boleh la tuuu, daripada takde langsung kan. Kot la nak update status mengenai suasana semasa ke apa kan.. Tapi sayangnya, WhatsApp lak takdok! Tapi takpelah.. bagi aku, for the sake of communication, call dan sms pun dan mencukupi kan. Janji kekal berhubung gituu..

 

nisakay - nokia 215 (3)

 

Haaa LAMPU SULUH ! Ni kire henpon Nokia lampu suluh yang upgrade version la kan.. sebab ada jugak pemain MP3 dan radio FM. Haa best best. Memang sesuai lah untuk telefon bimbit kedua. Bukan takat masa banjir je ni boleh guna, tapi masa-masa kecemasan. Contoh lah kau urgent nak call orang, sekali phone habis bateri, powerbank pulak lupa charge. Tak ke boleh buat mengamuk tu ? Time letrik takde pun berguna phone ni, sebab ada lampu suluh.

 

 

nisakay - nokia 215 (2)

 

Bagi aku, kalau lepas ni kerajaan nak bagi powerbank untuk persediaan berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, aku rasa baiklah bagi phone ni haa.. Powerbank tu akan habis jugak. Kalau seminggu takde letrik? Boleh tahan ke powerbank tu. Janji phone ni fully charged. InshaAllah boleh bertahan sampai sebulan kalau memang guna untuk call and mesej je..

 

Macam abang aku yang number dua.. dia memang ada phone kedua, phone Nokia lama yang ada lampu suluh tu.. memang khas untuk emergency call & SMS.. Sebab smartphone kan cepat je habis bateri.. dia pulak malas angkut powerbank. Gitu lah. So.. nanti kalau dah start jual, mungkin harganya sekitar $29 gitu.. lebih kurang RM102 gitu lah.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Rabu, 22 Februari 2012

Aku nak Samsung Galaxy S2 !!!

 

Assalamualaikum..

 

Dalam entry DG Smart Plan and my Android Phone yang lepas aku dah cukup menaip dengan panjang lebar kenapa aku nak Samsung Galaxy S2 kann? Betapa… betapa… (lagu Betapa oleh Sheila On 7 tiba-tiba berkumandang di cuping telinga)

 

Samsung-Galaxy-S2-Contract1

 

Yeaaa entry geek lagi?? Hahaa entah. Geek mungkin, sebab video yang bakal aku tepek kat blog aku ni ialah video tentang salah satu aplikasi android. Aku lebih fokuskan kepada aplikasi di telefon bimbit android sebab aku ni seorang pengguna telefon yang tegar, terutamanya when it comes to Twitter, Facebook and BBM!

 

Jadi video kali ini aku ekspresikan rahsia hati aku yang sebenar, iaitu aku mahu memiliki salah satu DiGi Android – Samsung Galaxy S II. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu kan kan kan?? Kalaulah rezeki berpihak pada aku, dapat jugaklah kot aku merasa pakai Samsung Galaxy S II… Kihkihkih…

 

 

Video ni aku buat sebab nak menang handphone Samsung Galaxy S2. Di samping tu, aku dok membebel pasal application tu, diharap akan memberi sedikit informasi jelas mengenai aplikasi PATH dalam android. Sebenarnya video yang terhasil sudah lain sikit dari idea asal, but roughly apa yang aku fikir dah terlaksana sikit dalam video ni.

 

 

So wish me luck uollss!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 20 Februari 2012

DG Smart Plan and my Android Phone

 

Asslaamualaikum…

 

Wahh hari ni feeling-feeling geek kejap ye, bercerita pasal android. Cehh mentang-mentang lerja dengan website ICT habis feeling geek pulak aku? Heee mengarut pulak aku. Hari ni aku nak bawak korang selami dunia android pilihan aku. Cehh metafora lagi tau!

 

 

1. Telefon android yang manakah yang anda inginkan dari laman web Digi???

 

Samsung-Galaxy-S2-Contract1

 

Haa dah terang lagi bersuluh, kalau tak cukup terang silakan spotlight terus!! Kalau tak nampak lagi gambar SAMSUNG GALAXY S II kat atas aku tak tahu nak kata apalah. Sejak melihat kawan aku pakai Samsung Galaxy S, aku pun teringin nak guna telefon android. Tapi dia rekemen kat aku Samsung Galaxy S II. Apa lagi, aku pun Google lah!!! Jatuh cinta pandang pertama wa cakap sama lu!!!

 

Samsung_Galaxy_S2_review_420x315

Bukan setakat jatuh cinta dengan reka bentuk Samsung Galaxy S II yang sangat slim macam supermodel runaway ni, tapi tertarik dengan spesifikasi utama seperti paparan Super Amoled 4.3 inci yang dipertingkatkan kadar kebolehbacaan dan nilai tontonan terbaik dari mana-mana telefon pintar!! Pergghh tak tidur aku 7 hari 7 malam macam ni.

 

img_S2Camera

Tambah geram dengan Samsung Galaxy S II sebab dia ada Dual Core Application Processor yang membuatkan ianya sungguh efisien dalam aspek multi-tasking, UI yang smooth, streaming dan permainan yang cekap!

 

Tak cukup dengan tu, bagi seorang sangat sangat suka camwhore macam aku, kamera 8 mega pixel Samsung Galaxy S II ni cukup buat aku meraung kalau tak dapat!! Okay better aku stop cerita benda-benda awesome pasal S II ni kang tak tidur pulak aku.

 

 

2. Mengapa peranti Android anda lebih bijak dengan DG Smart Plan?

dg

Yang ini pun please pakai spotlight kalau agak-agak skrin komputer korang kurang jelas untuk melihat rajah di atas. Cehhh rajah! Macam sekolah-sekolah pulak kan… Dah tunjuk kat atas lagi mahu tanya??? Android aku yang bijak akan menjadi lebih bijak dengan pelan bijak dari Digi! Haaa bijak tak aku? Herherher…

 

Dengan Digi, aku boleh dapatkan Samsung Galaxy S II dari harga serendah RM1199!!! Haaa kalau beli kat luar mana dapat harga ni oiii. Paling koman tu kena lebih 1800. Tu dah nak dekat RM2000 kot. Maka buatlah keputusan bijak dengan mendapatkan Samsung Galaxy S II dari Digi ye?

 

DG Smart Plan buat android aku bijak berkali-kali ganda sebab yuran bulanan yang rendah iaitu RM48 atau RM68 aje! Aku yang keje part time ni pun boleh bayar bulan-bulan. Kekekee… Pastu kadar panggilan murah ya amat oii!! Bolehlah aku bergayut dengan abang superhero tiap-tiap malam.. ehhh!!!

 

Haaa tu baru call dua tiga jam, belum lagi kira nak sms kawan-kawan, sedara mara, mak abah semua.. Lepas tu nak MMS gambar kat nenek kat kampung… perghhh banyak jimat nih! Paling best DG Smart Plan ni boleh upgrade! Kalau nak tahu pasal tu pergi tanya Digi sendiri.

 

 

digi-fandroid-blog-badges_1

Kalau anda pengguna android yang bijak sebijak android anda, silalah pilih DG Smart Plan yang bijak! Bijakkan kita? Okay sekian.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 25 Januari 2012

Kongsi artikel di kartikel.com !

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni kita bercerita pasal satu website ye readers sekalian. Ohhh entry geek? Homaiiiii makin berubah dah blog aku ni. Kuikuikui~ Semalam berjimba dengan rerakan blogger, bergosip tak hingat dan menghayati kecomelan kucing. Tengahari tadi pon I really enjoy the press conference of Pilih Kasih 3. Tu cerita kemudian boleh?

 

Okay jom straight to the point. Aku nak kenalkan dengan korang satu lagi laman ping yang baru iaitu KARTIKEL.COM. Kartikel stands for “kongsi artikel” okay. Nama kartikel ni pon senang nak ingat. Cuba korang sebut kartikel kartikel kartikel banyak kali. Kekekee… So, macam mana nak kongsi artikel korang kat website ni???

 

kartikel1

1) First, pergi kat KARTIKEL.COM, lepas tu nampak tak button “Sign in with Facebook” tu? Korang tekan situ.. And then ada lah tu korang kena macam register. Ala just simple registration. Takdenya nak details peribadi ape sume..

 

 

kartikel2

2) Lepas tu sign in lah masuk akaun ada di KARTIKEL.COM tuuu. Nama anda akan terpapar seperti dalam facebook anda (tengok kotak kuning di penjuru atas kanan gambar). Okay nak kongsi artikel? Nampak tak butang “Kongsi Artikel” tu? Just klik kat situ.

 

 

kartikel3

3) Okay then, akan keluar page macam ni. Isikan permalink untuk artikel atau blog post anda di ruangan “Alamat URL” lepas tu klik “Seterusnya”.

 

 

kartikel4

4) Lepas tu letak sikit deskripsi pasal blog post / artikel anda. Kalau nak biarkan auto text yang ada kat situ pun tak kisah. Dalam print screen kat atas tu aku dah tukar description kepada ayat sendiri. Lepas tu pilih Kategori yang sesuai dengan blog post / artikel. Last sekali klik “Hantar” senang je kan?

 

*          *          *          *          *

 

Heee aku suka website KARTIKEL.COM ni sebab dia sangat simple, mesra pengguna dan, mudah difahami dan kemas! Website ni masih baru, semoga lebih banyak penambahbaikan pada masa akan datang. Jad korang tunggu apa lagi, kongsi artikel menarik atau artikel tulisan anda yang anda rasa best!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay