Isnin, 12 Januari 2015

NOKIA 215 - Bateri tahan hampir sebulan !

 

Assalamualaikum..

 

Bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ni agak membuka mata aku, bahawasanya kita rakyat Malaysia SEHARUSNYA mempunya sebuah telefon bimbit Nokia yang lama tu. KENAPA ? Sebabnya bila banjir, ada kawasan yang terputus bekalan elektrik. Lepas tu, telefon tak boleh charge, kemudian telefon mati, selepas daripada itu tak boleh call / contact sesiapa sebab bateri tarakk ! Jadi bila takde bateri ni, memang boleh bikin kita susah hati ! Lebih-lebih lagi bila kita ada kawan atau saudara mara yang terlibat dengan banjir ni. Allah je tahu betapa hati tu susah sangat bila tak dapat contact orang yang tersayang.

 

nisakay - nokia 215

TETAPI !!! Sekiranya telefon Nokia yang jenis lampu-lampu suluh tu or yang 3310 tu dah susah nak cari, mungkin korang boleh beli phone NOKIA 215 ni bila dah masuk Malaysia nanti. Ye bebeh.. phone ni masih belum available untuk pasaran Malaysia (kalau tak silap aku, buat masa entry ini ditaip). Harganya pun dalam USD…

 

Yang best nya, phone NOKIA 215 ni datang dengan slot 1 sim dan juga slot 2 sim ! Haa ye lah.. macam situasi banjir hari tu kan, ada sesetengah telco mengalami gangguan, so nak call sesiapa yang terlibat dengan banjir pun agak sukar… Untuk single-sim punya phone, bateri dia boleh bertahan sehingga 29 hari ! Kalau pakai yang dual-sim pulak boleh tahan sehingga 21 hari. Haa lama gila kan.

 

Kalau nak tahu, NOKIA 215 ni menyokong jugak apps Facebook, Facebook Messenger dan jugak Twitter. Haaa kire boleh la tuuu, daripada takde langsung kan. Kot la nak update status mengenai suasana semasa ke apa kan.. Tapi sayangnya, WhatsApp lak takdok! Tapi takpelah.. bagi aku, for the sake of communication, call dan sms pun dan mencukupi kan. Janji kekal berhubung gituu..

 

nisakay - nokia 215 (3)

 

Haaa LAMPU SULUH ! Ni kire henpon Nokia lampu suluh yang upgrade version la kan.. sebab ada jugak pemain MP3 dan radio FM. Haa best best. Memang sesuai lah untuk telefon bimbit kedua. Bukan takat masa banjir je ni boleh guna, tapi masa-masa kecemasan. Contoh lah kau urgent nak call orang, sekali phone habis bateri, powerbank pulak lupa charge. Tak ke boleh buat mengamuk tu ? Time letrik takde pun berguna phone ni, sebab ada lampu suluh.

 

 

nisakay - nokia 215 (2)

 

Bagi aku, kalau lepas ni kerajaan nak bagi powerbank untuk persediaan berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, aku rasa baiklah bagi phone ni haa.. Powerbank tu akan habis jugak. Kalau seminggu takde letrik? Boleh tahan ke powerbank tu. Janji phone ni fully charged. InshaAllah boleh bertahan sampai sebulan kalau memang guna untuk call and mesej je..

 

Macam abang aku yang number dua.. dia memang ada phone kedua, phone Nokia lama yang ada lampu suluh tu.. memang khas untuk emergency call & SMS.. Sebab smartphone kan cepat je habis bateri.. dia pulak malas angkut powerbank. Gitu lah. So.. nanti kalau dah start jual, mungkin harganya sekitar $29 gitu.. lebih kurang RM102 gitu lah.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


6 ulasan:

  1. One thing I love about Nokia is they truly concerned about what the peoples really need. One of our biggest problem nowadays is handphone cepat habis battery. Pengenalan Nokia 215 ni menunjukkan bahawa pihak Nokia begitu peka dengan situasi terkini! :)

    BalasPadam
  2. memang best guna nokia nipis ni..dulu masa duduk ostel suka bawak then selit kat baju..hihi

    BalasPadam
  3. power bank pun nk kena cas & cepat je habis mcm smart phone kan.. rasa macam masih simpah phone nokia lama. kena cas & simpan elok2 ni....

    BalasPadam
  4. eh.. ingatkn skrang smua berebut nk buat henpon canggih manggeh.. tp ni nokia buat henpon biasa jer...wah!!! terbaik. bateri tahan sebulan tu

    BalasPadam
  5. memang dh lama tunggu phone mcm ni ade tenet ke x de tu langsung x kisah yg penting bateri thn lamaaaaa n bleh call n msg.. mostly hnset zmn sekarang kemain canggih tp bateri asyik nk nkong je, klu ade hanset yg leh tukar jadi bumblebee pon tp bateri asyik x thn x gune jgk. asyik nk usung powerbank je bik beli hanset gajah je cmtu... cant wait to buy this as my 2nd phone tp td pi kedai x sampai2 lagi mybe pertengahan tahun baru ade huhu

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay