Memaparkan catatan dengan label Randomness. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Randomness. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2016

TIPS TRAVEL - Baiki bagasi anda di CITY LUGGAGE Kuala Lumpur !



Assalamualaikum...


Okay lah, nak diringkaskan cerita, roda depan luggage Nisa rosak semasa trip ke Barcelona tahun lepas. Rosak sebab beg berat dan heret naik bukit di kaki lima jalan menuju ke stesen keretapi untuk ke airport. Memang takde masa langsung nak repair. Dah nak setahun kot ! 


Lepas tu sebelum pergi Tokyo pun tak sempat nak hantar repair. Lagi satu, pusat repair luggage yang ada kat shopping malls tu semua caj agak mahal. Sebab yang rosaknya satu tayar aje pun. Maka Nisa biarkan tidak dinaiki roda kecilnya tu. Sampai di Tokyo memang mengheret lah beg turun naik jejantas. Haha padan muka kat diri sendiri ! 


Jadi Nisa tekad nak baiki. Kot lah nanti nak travel ke mana-mana, takdelah kelam kabut nak heret beg. Haaa. Maka Nisa pun tanya-tanyalah kawan-kawan. Yang Nisa tahu pun, kat bahagian basement kat shopping mall Sogo KL, ada satu tempat repair. Tapi Nisa tak rasa nak pergi situ. Pertama sebab kedainya lokasi di basement, jadi kita kena masuk parking dan bayar parking. Kedua, Nisa rasa macam cajnya pasti mahal. 


Maka Nisa pun google "repair luggage KL" dan antara result yang keluar ialah sebuah laman forum. Bila Nisa baca, kebanyakan orang suggest satu kedai kat KL ni. Siap bagi alamat lagi. Tapi forum tersebut bertarikh tahun 2012 ke 2013 gitu. Hmmm Nisa pun was-was la, kedai ni ada lagi ke tak ? Bila check kat Google nama kedai ni, ada je lagi. Kawan yang tinggal kawasan situ pun tak pasti.







Disebabkan nak cepat settle pasal repair tayar luggage ni, Nisa cuba-cuba waze alamat kedai ni.. dan Nisa sampai je kat depan kedai ni... "Erkkk bukak ke tidak ni?" Nisa turun dan melihat-lihat ke dalam kedai. Ohhh kedainya memang bukak kecik macam ni pintunya, sebab kat dalam tu penuh bertimbun-timbun luggage. Masa Nisa tengok-tengok tu, aunty kedai ni tengah layan seorang customer nak ambil luggage dia siap repair.


Lepas tu Nisa pun pergi ke kereta balik then ambik luggage pink Nisa. Nisa tunjuk kat aunty ni roda yang rosak tu, dia kata caj satu roda tu dalam RM30. Nisa okay kan saja. Bila ditanya bila boleh siap, aunty tu kata dua tiga hari. Alamakkk. Satu roda jurr haha. Nisa pun buat muka kesian. "Aunty boleh tak siap segera? Sebab saya urgent nak pakai beg ni.." Alololo muka memang memintak penampor je Nisa ni haha. Aunty tu angkut beg Nisa bawak masuk dalam, dia nak check ada tak roda yang sama dengan roda luggage Nisa tu.






Tak lama lepas tu dia kembali tanpa luggage Nisa, katanya ada rodanya dan dia boleh pasang segera. Tak sampai lima minit dah siap. Nisa dah mintak dia buangkan pulak roda yang rosak tu, kalau tak boleh jugak tunjuk sebelum dan selepas. Haaa dalam gambar kat atas ni, roda belah kanan atas tu lah yang ditukar baru. Dah kotor sikit, sebab lepas siap je Nisa heret keluar kedai. Hahaha.


Tapi baguslah sebab dia sudi buat repair express. Tanpa caj tambahan pulak tu. Aunty tu pun baik dan friendly sangat. Dia tanya Nisa tahu kat mana Nisa dapat tahu pasal kedai dia. Nisa kata Nisa baca kat Google, tapi forum tu dah lama. Nisa ni pun cuba nasib je nak tengok kedai beroperasi lagi ke tak. Alhamdulillah memang rezeki Nisa nampaknya. Syukur. Nisa bagitahu aunty tu, kat Waze pun ada location kedai aunty ni. So orang nak datang pun senang. Aunty tu cakap something like this "I am very grateful for the people who recommend my shops and put it on internet.."








Kedai ni bukan saja repair roda beg bagasi, dia boleh repair lock yang rosak (bagi luggage yang ada lock apa sume tu), boleh repair pemegang, dan lain-lain.. Boleh contact CITY LUGGAGE Maluri KL ni. Kalau Google City Luggage ni, boleh tekang butang Call (dalam gambar di atas, kiri) untuk pertanyaan.


Kalau nak pergi sana tanya kos repair kerosakan beg bagasi korang, korang Waze je "City Luggage" nanti dia keluar result macam kat atas ni (gambar kanan). Mudah je. Mungkin ramai dah tahu tempat ni.. Nisa pun baru je tahu malam tadi, dan Nisa nak berkongsi dengan yang lain yang masih belum tahu. Moga bermanfaat.







XOXO, 
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 8 Ogos 2012

Randomness – taken from facebook

 

 

Saya sayang semua orang yang berada di sekeliling saya,


Orang orang yang mendekati saya,
Orang orang yang menggembirakan saya,
Orang orang yang sudi berkawan dengan saya,
Orang orang yang sentiasa mendoakan saya,

Orang orang yang sudi mengunjungi blog saya.....


-------------------------------------------------------


Terima kasih sebab menggembirakan saya
Terima kasih sebab menjadi teman duka saya
Terima kasih sebab selalu buat saya ketawa
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya
Terima kasih sebab selalu memuji saya
Terima kasih sebab selalu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen di blog / page saya
Terima kasih sebab tak jemu jemu mengunjungi blog / page saya
Terima kasih sebab memahami saya..


-------------------------------------------------------


Saya minta maaf...
Sebab kadang kala saya alpa kehadiran kamu semua
Sebab kadang kala saya lupakan kamu semua
Sebab kadang kala saya menjauhkan diri dari kamu semua
Sebab kadang kala saya menghindari kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas kunjungan kamu semua
Sebab kadang kala saya tak balas komen kamu semua


 

Maafkan Saya, Saya Tidak Sempurna :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 5 Jun 2012

Penjelasan Diana Amir…

 

Assalamualaikum..

 

Bila aku update entry review filem X semalam rupanya masih ada yang tertanya-tanya kenapa ada gambar pelakon Diana Amir yang tidak bertudung? Aku ingat semua faham.. rupanya masih ada tak faham..

 

Sebentar tadi, pelakon Diana Amir telah membuat penjelasan menerusi fanpage beliau :

 

diana

Menurut Diana, semasa penggambaran filem X tu dijalankan, beliau masih belum bertudung ye. Filem-filem beliau semasa belum bertudung seperti filem 3 Temujanji dan X pulak keluar tahun ni, iaitu selepas beliau bertudung.

 

 

nuremy-ramli-2

Pic credit to blog MiG Online. Pelakon baru Nuremy Ramly pun dah bertudung sekarang ni. Antara filem yang dilakonkan sebelum bertudung ialah 3 Temujanji, Nongkrong, X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S).

 

Diharap mereka di luar sana jangan buat fitnah pada mereka ye… beliau tak minta keadaan macam ni jadi.. Daripada berkata yang bukan-bukan pada mereka, ada baiknya kita sama-sama mengucapkan syukur sebab mereka dan juga ramai selebriti lain sudah terbuka hati untuk berubah kearah kebaikan dan menutup auratnya.

 

Aku hairanlah dengan orang zaman sekarang.. Bila tak bertudung dicaci dihina.. bila seseorang individu tu dah elok-elok nak berubah, ada jugak mulut-mulut yang mengata. Ohh hal ni aku katakan sebagai umum ye, tak semestinya pasal Diana Amir aje. Sepatutnya orang yang berubah kita kena bagi sokongan dan panduan. Diri kita sendiri pun banyak lagi benda yang nak kena improve kan?

 

Aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa atau sesentap mak hayam dengan entry aku ni.. Ini cuma luahan hati dan juga peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa mencari ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 4 Jun 2012

Biskut comel dari Pangkor

 

Assalamualaikum..

 

Seriously macam takde motif je aku nak update pasal biskut. Ye korang tak silap baca, aku nak update pasal BISKUT. Eh ehh kalau takde motif takdelah aku nak update kat belog kan? Sebab ada motif la aku nak update ni haaa… (Apa yang aku merepek da..)

 

P1010430

Baru-baru ni aku pergi bercuti ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam. Ya Allah memang bersyukur sangat di atas rezeki ni, memang best! So story mory pasal Pangkor kemudian lah ye? Aku nak cerita pasal biskut dalam gambar kat atas ni ha..

 

Kat Pulau Pnagkor ada kilang satay ikan. Errr ye kot nama dia kilang satay ikan? Dalam tempat tu bukan aje ada jual makanan proses dari hasil laut, tapi ada banyak biskut-biskut dan makanan ringan yang dijual 3 bungkus RM10. So salah satunya aku beli biskut kat atas ni lah.

 

P1010431

Mula-mula macam malas je bukak kan. Macam budak-budak sangatlah pulak aku beli biskut ni. Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh beli biskut ni. Tapi bila bukak, maka terlihatlah paket-paket biskut yang amat comel.

 

P1010433

Okay seriously boleh meleleh air mata aku dek kecomelan yang nyata, ada kartun-kartun pada packaging dia. Hambuiii melebih betol aku nih!

 

P1010435

Dalam packaging mini tu pulak ada biskutnya yang comel jugak! Gemok-gemok hoiii biskutnya!! Nak gigit pun rasa sayang. Rasa nak tenung je biskut tu sampai berkulat! Aiyooo~

 

P1010437

Yang aku suka pasal biskut ni? Dah lah packaging comel, rupa bentuk comel, dalam biskut gemok tadi ada pulak isi coklat. Haiyaaaa memang comel sangat lah! Hishhh biskut je pun! Yang kau comel sangat ni kenapa hah??!

 

Tetiba kan, melihat kecomelan biskut tersebut, aku rasa menyesal pulak tak borang banyak-banyak kasi adik aku kat rumah. Huuu entah bila pulak kan aku nak balik Pahang ye dak? Kalau aku beli banyak pun susah pulak aku nak hangkut balik nanti… Hukhuk… 

 

Sooooo nak mintak tolong ye kat kengkorang semua, kalau ada nampak biskut ni jual kat mana-mana kedai tolong bagitahu ye. Mintak-mintak lah ada jual kat area Shah Alam ke, Damansara ke.. Sebab aku tak pernah jumpa biskut ni laa aku beli masa kat Pangkor tu tau! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 15 Februari 2012

Oh my new baby!

 

Assalamualaikum…

 

Heee rasa gembira bukan kepalang dikala nak menaip entry ini! Rezeki yang dikurnia olehNYA sangat-sangat aku syukuri. Tak sangka betul ada yang memahami keadaan diri lalu menghadiahkan sesuatu yang memang di luar jangkaan!

 

Kini hadiah itu telah menjadi my new baby! Heee bukan baby yang bermaksud bayi tu ye! Kiranya hadiah ni dah jadi antara barang kesayangan aku lah heheee…. Dah namanya hadiah kan, takkan tak sayng kottt?? Orang dah bagi maka haruslah kita jaga dengan sebaik-baiknya kan??

 

IMG_2095

Please welcome Olympus PEN Mini E-PM1, siap dengan mini bag warna pink lembut, just perfect to put my new baby and the flash in it.

 

 

IMG_2096

A close up of Olympus PEN Mini.

 

Kenapa PEN Mini ni jadi my new baby pulak? Bukan aku dah ade DSLR Canon 1000D ke?? Ouhhh itu sudah jadi sejarah mungkin?? Ehhh belum lagi! Canon 1000D masih selamat dalam jagaan aku, cuma mungkin aku dah tak guna sangat beliau. It seems that the autofocus is having a problem. Aku takkan jual kot camera tu, sebab aku nak tunggu ada duit, then aku nak repair DSLR tu…

 

 

P2140659

Ini adalah gambar yang aku ambil guna Olympus Mini ni. Tak edit okayh!

 

 

P2120261

Yang ini lagilah aku tak edit! Just letak watermark aje! The camera works very well with the light! Yeayyy me like very much!!!

 

 

Pendek kata, rezeki ni datang tepat pada masa. Dan juga memudah urusan kerja aku. Memang bersyukur sangat sangat Ya Allah! Tak sangka tau. Thanks a lotttt untuk insan yang berkenaan. You’ve just made my life better ihiks…

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay