Hahhh!! Ni apekehal nye aku duk meluah perasaan negatif je nih??? Tak elok betol la… Dah laa cuaca panas, aku ni saje nak kasi reader tambah panas ke tengok entry panas aku??? Tengok, kan dah berbelit lidah nak menyebutnya…
Aku menulis ni adalah untuk join segmen BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA ! oleh blogger top Ben Ashaari..

SIAPA SANG ANONYMOUS NI????
Adatlah dalam dunia blogging akan wujudnya anonymous atau maksudnya tanpa nama ini. Aku sendiri pon banyak je pengalaman dengan anonymous. Tapi malas nak kecoh-kecoh.. Aku bukan jenis printscreen komen sang anonymous, lepas tu canang satu dunia yang aku dianiaya! That’s just not me okeh!
Tapi kena ingat!! Tak semua anonymous itu jahat… Ade je yang sering datang ke blog aku sebagai anonymous dan mengutarakan pandangan / cadangan bernas buat aku… Anonymous jenis macam ni, yang datang secara aman, aku terima kedatangan mereka dengan terbuka.. Ye lah mana tahu orang tu takde blog ke.. Atau secret admirer ke… Kan? Kan?
KENAPA AKU TAK SUKA ANONYMOUS ???
Bagi aku, pihak yang SENGAJA menjadi anonymous dengan niat tidak baik, yang itulah yang patut kita abaikan. Pernah je aku terima kutuk cacian makian daripada anonymous nih. Tapi aku tak peduli sangat pon, sebab bagi aku kata-kata sebegitu sikit pun tak membawa apa-apa faedah, so buat apa kita pedulikan, ye tak?
Dan aku tahu kita hidup ni tak semua yang suka kita. Apa boleh buat? Manusia tiada yang sempurna, termasuklah aku! Aku buat blog bukan untuk puaskan hati mana-mana individu secara spesifiknya. Aku muka blogging sebab aku memang banyak cakap, dan aku interpretasikan cakap-cakap aku dalam bentuk penulisan. Maka lahirlah blog SAYA SUKA MENAIP.
NASIHAT AKU KEPADA YANG SUKA MENCACI, MEMAKI HAMUN DALAM BLOG
Ini datangnya dari pandangan aku sendiri ye.. Harap maaf jika ada pihak yang tersinggung. First sekali, kita kena fikir, kita buat blog ni untuk apa. Kalau setakat bina blog sekadar nak memaki orang tanpa berfikir panjang, baik tak payahlah. Kau delete aje lah blog kau. Kau maki orang, kau dapat dosa. Orang lain baca, kau pon dapat dosa sebab kau dah sebarkan cacian makian kau tuh.
Niat nak tegur? Ingat ye, niat tak menghalalkan cara. Kalau nak menegur, biar berhemah, biar tegur secara baik. Tak salah pon, tak mati pon kan? Maka dengan itu, elakkan lah mencaci maki ni yeh! Tak guna kita jatuhkan kaum sendiri. Baik kita support satu sama lain, barulah kaum kita boleh maju! Tidaklah terkandas pada tahap pemikiran kelas ketiga aje kan?
Kepada yang membaca penulisan aku ni, harap maaf ye jika ada yang terasa. Maaf, ini semua datang dari pendapat aku insan kerdil semata-mata. Tak ada niat pun nak tujukan pada sesiapa. Entry ini general okeh? Live life well.. Bye!
Read More»
