Memaparkan catatan dengan label terjah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terjah. Papar semua catatan

Rabu, 24 Julai 2013

Berpeluang menemuramah duta LINE Malaysia–Nazim Othman dan Neelofa

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku dan team AMANZ dijemput ke majlis berbuka puasa bersama jenama messaging app yang tengah naik kat Malaysia ni, iaitu LINE. LINE ni asalnye dari Korea dan apa yang menariknya LINE app ni ada sticker yang comel comel sangat sesuai untuk korang ekspresikan perasaan korang Ahaa gituu.

 

DSC06400

Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, para hadirin turut diperkenalkan kepada 3 orang artis Malaysia yang dipilih menjadi duta LINE Malaysia. Tak lain tak bukan para pelakon Nazim Othman, Fizo Omar dan Neelofa.

 

 

cats

Ahaaa dah namanya datang buat keje kan.. So kena lah interview orang kan.. Aku sangat berbesar hati dapat interview selebriti dan duta LINE Malaysia ni haaa.. Pada asalnya aku interview ketiga-tiga duta ni.. tapi too bad video interview Fizo Omar got problem and cannot be uploaded :(

 

 

DSC06403

Selebriti dan duta LINE Malaysia yang pertama aku interview adalah Nazim Othman.. It was just a quick interview.. memandangkan kami AMANZ hanya cover berita teknologi, tapi nak jugak kita tahu mengenai penggunaan aplikasi oleh para artis kan? So just a quick interview with Nazim Othman :

 

 

DSC06406

Alaaa takde gambar berdua dengan Neelofa pulakk! Tapi ade gak gambar ni haaa. Asalnya nak bergambar dengan Melakaboy (tengah) then Lofa dengan kiut nye nak fit into frame jugaakk. Hehehe. Nasib ade jugaklah gambar. Nak tengok gambar mesra aku dengan Lofa boleh follow instagram aku amboi promote ! Watch this quick interview with Lofa :

 

 

Ahaaa kalau nak tau ini lah pertama-tama kalinyaa.. buat julung-julung kalinyaa… AMANZ menampilkan artis dalam video-video terbitan mereka tau! Sekali dapat lak Lofa dengan Nazim Othman para duta LINE Malaysia lagii.. Curlass.

 

Tak dinafikan dunia teknologi memberi manfaat kepada semua.. So inshaAllah kalau boss approve akan ada lagi video selingan macam ni, menanyakan pendapat para selebriti Malaysia mengenai perkembangan dunia teknologi, dan kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Till then, YOSHHH !!!

 

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 4 April 2011

Kerinduan terhadap kawan-kawan blogger kini terubat!

Yeahhh macam yang aku cakap dalam entry semalam, aku keluar ke Subang Parade bersama beberapa rakan blogger untuk jenjalan dan menyelesaikan misi aku untuk shopping!!! Barang yang aku target ialah beg dan kasut! So… adakah misi aku berjaya???

Apa-apa pun meh aku bagi korang jeles sikit tengok gambar kami bergumbira kat Subang Parade semalam… Hua hua haaa…

 

IMG_2955Jangan keliru! Kepala anda mungkin sedikit teleng untuk melihat gambar ni. Gambar ni aku ambil dalam lif, syiling lif tu lak bercermin. Heeee ape lagi aku suruh semua dongak ke atas dan aku pon snap gambar nih.

 

IMG_2963Baru je sampai dan berjumpa dengan Eman The Halia dan Aman Firdaus. Belum apa-apa lagi dah merakam! Eazy Izzuddin ni betul-betul jurukamera handal. Huahuaa~

 

IMG_3050Gara-gara Ery Farieha yang terbabas tidur, aku ingat aku seorang aje gadis yang datang. Sob sob~ Nasib baik laa lelaki seksi datang membawa Tia comel, yeahhhh!!! Ohh Akmal Hilmi abang terjah, anda sudah menyelamatkan saya!!! Hohooo~

 

IMG_2998Bila tengok gambar ni, aku teringat kat gambor BEN ASHAARI dan si kecik comeyl Yuyu Zulaikha! Huahuaaa!!! Sorry ye koranggg.. aku sebenarnye nak cakap aku pon kecik comel jugakkk sampaikan nampak perbezaan ketara bila aku duduk di sebelah Eazy Izzudin!

 

IMG_3043Muka memasing dah lemau. Habes satu Subang Parade dah kami jelajah. Satu demi satu booth yang kami terjah, collecting name cards for those online shop owners. Ohhhh yaaaa… aku dengan Akmal Hilmi telah merancang untuk buat review online shop yang kitorang ambil name card.

 

So… seminggu aku mungkin review satu atau dua online shop??? Hmmm sebenarnya aku tak check pon lagi bape banyak name card yang aku dah kutip semalam. Heheheee… apa-apa pun, thanks a lottttttt kepada kengkawan blogger yang sudi datang semalam. Wuaaaa dah lama kot tak hangout dengan kawan blogger camnih!

Wuuuu kerinduan aku untuk lepak sesama kawan blogger kini terubat! Love you all lahh!!! Mmmuuahhh!! Nantikan video “gila” kami. Hek hek hekk,,,

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 2 April 2011

Akikah kentang goreng dengan rakusnya di Subang Parade

Heyhooooo!!! Eksaited beb!! Eksaited gilerrrr!!! Aku sekarang update blog secara langsung dari Subang Parade yawwww... Dah macam blogger terkenal BEN ASHAARI lak update di mana-mana... Heheheee....



Hahahahahaaaa gigih tak aku menaip??? Aku macam eksaited pulak update entry on the spot.. Tak pernah aku update macam ni woii.. Ni yang membuat aku berkeinginan untuk memiliki netbook dan seekor berukband supaya aku leh jadi junior kepada Abang Ben pulak.. Huahuahuaaa perasan lak haku! Ohhh ye, terima kasih daun keladi kat Eazy Izzuddin atas kesudian beliau merelakan laptopnye ditujah-tujah oleh aku hahaha!!!



Wooaargghhh!! Rakus giler kot memasing meng-akikah kan kentang goreng McDonalds. Nasib laa kentang goreng tu sedap. Huahuahuaaa licin jugaaa akhirnyaa.. Hehehee.. oke.. nampaknye Tia dan lelaki seksi si Akmal Hilmi tu dah sampai.. jom mula jelaja I LOVE BAZAAR. huahuahuaaaa

MANUSIA TERJEBAK :


Byeee :D

Read More»

Hari tu kata best bercinta dengan blogger, sekarang kata tak best pulak dah???

Dasar lalang ditiup angin! Ke kiri ditiup, melentok lah ke kiri. Ke kanan ditiup, ke kanan lah lentoknye! Hadoii kenapa harus begini dong!!! Uhukkk betulkan anak tekak yang tetiba mengeluarkan slang indon.

Oke… berbalik kepada tujuan buat entry ini.. suatu ketika dahulu aku ada buat entry Apa yang best bercinta dengan blogger ?? . Tu sume gara-gara aku join segmen Bro Framestone Bertanya. Dah dia tanya apa yang best kannn.. so, aku jawab la ape yang best. Takkan aku nak jawab ape yang tak best lak? Hohohooo

Oke, kali ni aku nak kemukakan pulak 3 sebab kenapa tak best bercinta dengan blogger. Tak best pulak dah??? Bukan bermakna pendirian aku berubah. Aku nak tekankan kat sini yang pendapat aku merangkumi pro dan contra. Oke? Sooo apa yang tak best nye kalau bercinta sesama blogger???

 

1. Time borak pun blog, time dating pun blog, time marah pun blog!

IMG_0642

Dah namanye blogger pun kan… Semua benda mesti kait dengan blog.. Tapi keadaan camni tak berlaku kat semua orang. Ada pasangan sesama blogger yang tak boleh lepas pasal blog. Nak dating pon cakap pasal blog kahh??? Haiyohhh lama kelamaan boleh ganggu relationship tau.

 

 

2. Nak berkawan pon kena fikir dua tiga kali.

IMG_0637

Dah namanya blogger, hidup mula tiada privasi. Yelah, si dia baca blog kita, kita baca blog si dia. Nak bergambar dengan kawan-kawan sesama blogger pun kena jaga-jaga. Yelah, salah caranya boleh mendatangkan cemburu buta! Ye tak?? Macam gambor di atas.. maunye kalau girlpren si Kyerull nampak ni mesti jeles wohhh.

 

3. Tak semua orang suka.

Haaaa ini memang pedih sikit laa.. Bila dah namanye bercinta, mesti laa tak terlepas tulis pasal si dia dalam blog kan. Masuk blog si perempuan dok cite laa bf bagi hadiah itu ini.. Masuk blog si lelaki, duk cite sweetnye saat indah berdating erkkk!!! Contoh yang aku bagi agak melampau ke? Hahaha dah namanya blogger, mesti ade anonymous atau orang yang tak suke. So entry sebegitu pasti menjadi bahan kutukan orang lain. Huhuu… Sabor je la ekk.

 

DSC_1397

HAHHH!!! Hamik kau kasi panas bontot bila baca entry ni? Hahahaa kepada sesiapa yang tidak mengetahui cerita sebenar, hentikan spekulasi. Terima kasih. WAWAWAAAA :D

So… ketahuilah bahawa setiap perkara pon ada baik dan buruk nya.. ada pro and cons nye… So, pandai-pandai lah kita ye…. Hehehehee  

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 6 Mac 2011

Kena terjah dengan blogger masa tengah syok shopping.

Haaa dalam ENTRY YANG INI aku  dah letak pesanan sikitttt kat bahagian bawah, yang aku ade bertemu dengan seorang blogger semasa di Times Square…

Ahah!! Dalam banyak banyak blogger, blogger yang manakah telah menerjah aku dengan jayanya??? Hohohoo… alert betol mata beliau, ingatkan takde sape laa nampak aku tengah jakun memilih gelang pada hari itu. Haha sekali kantoi derr… Kantoi…

 

IMG_1465

Kan aku dah cakap derrr… jakun gilers la aku memilih gelang… Semua bling bling… Naik juling mata aku. Amoi yang jual gelang ni pulak kalau boleh semua dia nak kasi aku try… Haihhh… tak tahu betol lah aku nak pilih macam mana… Sudahnya aku pilih dua set! Hah amik kau. Ahakss….

Lepas tu, kejakunan aku disaksikan oleh seorang blogger yang kebetulan ada jugak kat Times Square uh. Adess malu malu miaw aku ditegur beliau.. Muka macam familiar lah.. Betol lah! Puas aku perah hotak aku untuk berfikir. Huhuuu…

 

IMG_1459

TARAAAAA…. Beliau adalah ADZ RAZALI … Patut lah macam familiar giler! Aku pon follow blog beliau meyh! Ahaks… Tapi otak aku neh lembab sangat nak memproses. Sudahnye, aku lak gi tanya dia nama dia.. Hohooo tak malu meyh aku :P

Aku bukan sengaja tak cam dia meyh.. Ye lah, selama ni tengok dia dalam gambar pon alahai comel nye… Lepas tu jumpa depan-depan, jujur aku cakap muka dia nampak jauh lebih muda lah!

 

IMG_1460

Haaaa mesra-mesraan lak kami kan kan kan. Jangan jelesh ye. Ahaks… Thanks kat Adz Razali yang tegur aku.. Hehehee aku ni kalau dah keluar jalan-jalan ke Times Square atau Sungei Wang memang tak sedar diri dah. Haha… maklumlah sekali dah jejak kaki sure la nak membeli dan membelah apa yang patut kan kan kan :D

So kengkawan.. moh le ramai-ramai kita terjah blog Adz Razali . . . Hehehee ouhh ye jangan lupa singgah blogshop beliau, klik sini cepat . Banyak aksesori menarik dan ada jugak barangan lain.. Tadi aku dok usha usha laarrr blogshop beliau, harga gerenti murah dan berpatutan! Korang taknak ke? Rugi oiii… so pergi terjah blogshop LE BEAU MONDE milik Adz Razali sekarang!! Yeahhh :D

 

sign NISA


Read More»

Sabtu, 26 Februari 2011

Empat Budak Hitam Serbu Uptown Bila Kelaparan

 

cats

Bila kebulur, macam ni lah gayanya… Char kuey tiow kegemaran di Uptown Shah Alam menjadi pilihan kalbu. Fuiyohh fuiyohh kalau boleh nak balun semua.. Huuu tapi angan-angan semata-mata.. Tangki perut aku yang cinonet ini sama sekali tidak membenarkan aku untuk menyumbat semua makanan di atas. HUHUUUU~

 

IMG_0929

Yeahhh dua budak hitam pertama. Yang bercermin mata tebal ala nenek kebayan yakni bernama Nisa. Fuhhh itulah manusia yang berperut kecik. Lantas perut keciknye itu menyebabkan beliau terpaksa memendam perasaan untuk makan banyak-banyak.

Budak hitam kedua berbaju putih. Beliau sangat suka jus tembikai. Kata beliau dengan jus buah-buahan kulit beliau mampu menjadi putih melepak bak Julia Ziegler, halus mulus seperti Lisa Surihani dan tampan seperti Fahrin Ahmad! Erkkk~

 

IMG_0975

Budak hitam nombor tiga, berbaju hitam juga. Buat buat pandang tempat lain bila lensa dihalakan tepat kepadanya. Konon-konon muke innocentm yakni taktik untuk mengelak daripada membayar bil makanan.

Budak hitam baju kotak kotak. Buat muka cool, padahal menahan untuk melepaskan sendawa yang berukuran 8.8 skala Richter. Yakni jika beliau melepaskan sendawa tersebut, berterbangan lah segala kerusi meja di kawasan sekitar.

 

IMG_1140Tiba-tiba… PUTRAJAYA?????? Kau biar betul? Woi budak budak hitam jangan buat keje gila oke.

 

IMG_1167Oke ini band baru. Nama band ni… THE JANTANS JEJANTAS.

 

 

Oke babai. Peace.


Read More»

Ahad, 20 Februari 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Yeahhhh jom join segmen dari abang Ben Ashaari. Beliau memang rajin buat segmen… Untuk kebaikan bersama jugak kan :)

Macam biasa… letak header hensem Abang Ben.

Aku memang blogger aktif! Tiap-tiap hari mau update maaa… Kalau tak update rasa guilty ajek. Hahaa boleh? :P

Ohh ye, aku join segmen ni sebab nak blog aku di senaraikan dalam bloglist di blog BENASHAARI2. Mau join? Mau join? Jom laa join… Klik aje pada banner di atas okeh?

 

Babai.Peace.


Read More»

Sabtu, 19 Februari 2011

Ruang hidup saye… bukan ruang awak. Keh keh keh..

Heheheeee kalau ruang hidup saya, maknanya saya punya.. Bukan awak punya. Yang awak sebelah tuh, bukan awak punya jugak!!! Bwekkk.. Hek hek hekkk….

Okeh ape lah daku merapu nih… Daku sebenarnye nak menyahut seruan abang kac-hakk Taufiq Helios untuk bermurah hati mem-promote blog seseorang. Hehee…

 

naim

Haaaa… kan aku dah kata… ruang hidup saya, bukan awak punye.. Wahahaaa… pemilik blog Ruang Hidup Saye ialah …..

 

Naim Noor Alim

IMG_1328

Blog Ruang Hidup Saye ni macam personal blog yang lain, mengandungi kisah kehidupan seharian si pemilik blog… Haaa kalau nak tahu cerita pasal apa?? Pergi laa ramai ramai blog beliau, klik aja pada banner eh? Eh?

Peace.

 

 

P/S : Terlepas nak review dua blog… Haishhh…


Read More»

Jumaat, 18 Februari 2011

Gadis suka menaip kena terjah! Nahh tengok video hangit!

Hahhhhh tajuk entry memang tak boleh tahan! Terjah? Dengan melodi kah?? Tuuiihhh!! Kau ingat kau artis ke nak kena terjah dengan Melodi pulak??? (monolog dalaman)

Baru-baru ni, pada 15 Februari, aku telah meng-join-kan diri dengan Mini Gathering yang dianjurkan oleh group Sahabat Blogger… Haaa entry penuh mengenai gathering yang best ni aku tulis lain kali ye? Hahahaa….

 

IMG_1262

Hohhhhh??? Siapakah tuan punya gambor nih??? Beria betul aku nak censored hohoooo…. Mesti ramai meluat + menyampah dengan entry aku kebelakangan ni.. Asyik cerita pasal blogger aje kan.. Hohooo….

Tak apalah, aku cuma nak share kegembiraan aku mengenali mereka, biarpun cuma menerusi laman maya.. Eh eh macam menyimpang dari tajuk aje.. Jom lah layannnn ape yang terjah menerjah nye?

 

TERJAHKlik gambor untuk tumbesaran lebih sehat!

Hahhhhhh bukan main aku kena terjah dengan paparazzi, jurukamera, siap ade pengacara terjah lagi tuh! Hamboi hamboi, kalau artis Malaysia tengok ni mau berdarah hidung okeh! Semua makan hati, sebab aku yang comot ni pon kena terjah!

Hahaaa oke statement perasan! Bunuh diri betullah aku nih. Dah dah takmo buang masa jom lahhh tonton video hangit hangus nih!

 

Video credit to : Eazy Izzuddin

Haaaa… lihatlah dunia betapa aku di terjah sebegitu rupa.. Auwww… Hohooo… Aku rasa Lelaki Seksi ni berpotensi besar untuk jadi pengacara segmen gosip / terjah.

Hohooo tapi melihat kepada kepakaran beliau membicarakan pasal aktiviti kat Extreme Park tu, aku rasa beliau boleh jadi pengacara rancangan pelancongan! Erkkk!!! Pelancongan?? Pon boleyyyyy~

 

IMG_1298Ahaaaa… dah kena terjah baru lah tahu nak cover muka lah, apa lah… Hahahaa…

 

Oke oke korang semua jangan salah faham.. Aku dengan Bro Framestone (dalam gambar) tidak ada apa apa ye… Korang jangan buat rancangan Melodi sendiri pulak! Kang tak dapat cari makan lak Nas Ahmad. Hoooo~

Sesi terjah menerjah tersebut telah dilakukan dengan suka suki nye oleh blogger yang join gathering hari tu… Haa lihatlah betapa ceria, meriah dan sporting nye masing masing kan kan kan??? Heee siapa kata tak best jadi blogger? Hehee

Ohhh ye ni ada lagi satu video, aku dok menggedik dalam video tuh! Nak tengok??? KLIK SINI dengan penuh sopan santun yeh!

Peace!

 

 

P/S : Lepas ni ada rezeki lagi nak join lagi gathering!


Read More»

Copyright © Nisa Kay