Memaparkan catatan dengan label blog list. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog list. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2015

5 Perkara Paling Aku Kenangi Untuk Aidilfitri Ini !

 

 

Assalamualaikum…

 

Salam Aidilfitri semua!!! Harap-harap semua dah berpeluang menjenguk saudara-saudari and keluarga tersayang..Aku baru je balik dari kampung, tapi memang dah mula ahh rindu detik-detik masa yang aku beraya dengan keluarga di kampung.. Macam tak puas raya je.. Tapi memang begitu, dah dewasa ni perlulah kita laksanakan tanggungjawab kita semua kan.

 

Segar lagi je emosi aku yang menanti-nantikan Aidilfitri sebelum balik kampung. Kalau bercakap pasal balik raya kan, mesti korang dah plan macam macam aktiviti nak buat kat kampung nanti kan ? Haa aku pun macam tu jugak ! Tapi dalam banyak banyak perkara yang duk aku senaraikan dalam kepala, ada TOP 5 perkara-perkara yang aku sangat sangat nantikan setiap raya !

 

 

#1 BERKUMPUL BERSAMA KELUARGA

DSC04729

Ini lahhh yang pertama sekali yang aku nanti-nantikan ! Ini wajib niii hahaha… Aku lahir dalam keluarga yang besar, jadi aku dah biasa membesar sambil dikelilingi ramai orang. Sooo, bila raya menjelang tiba je, berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara lah paling dinantikan. Kompem bergegar rumah bila semua berkumpul bergelak sakan di malam raya !

 

 

#2 SHOPPING BAJU RAYA !

share

Yeahhh ini semua orang pun ternanti-nantikannya ! Semua tak sabar nak melaram di pagi raya kan.. Dah macam pertandingan baju tercantik pun ada weyh !! Hahaa,… Kalau sekeluarga nak sedondon tu, boleh lah tempah awal-awal.. Macam aku, aku suka beli yang ready-to-wear aje.. Pilih pilih then bayar ! Haha.. Last year aku sanggup redah jalan TAR dengan kawan aku, tahun ni pulak aku sempat beli kat mall je sebab kesuntukan masa.. memang busy ah aku tahun ni..

 

 

#3 MENIKMATI JUADAH DI PAGI RAYA !

lontong

Lebih kurang dua tahun yang lepas, aku ada muncul di kaca TV sebelum azan maghrib di dalam sebuah iklan. Dalam iklan tu aku ade share dengan penonton mengenai juadah yang paling aku suka makan di pagi raya. Ya, juadah tu adalah LONTONG !! Hahaa alang-alang ternampak gambar Mamee Chef perisa Lontong kat Facebook Page Mamee CHEF ni, so terimbau balik kenangan pagi raya gituu..

 

lontong 2

* Gulppp ! Nampak sedap dan sama macam yang original lah ! *

Biasa kalau buat makan-makan atau open house kecil-kecilan antara juadah yang aku memang request mak masak mesti lontong ! Adehh teringin pulak… sobss.. Takpe takpe, lepas ni boleh pi cari Mamee Chef perisa Lontong ni, at least boleh ubati kerinduan pada masakan mak sementara kejauhan ni. Hiks.

 

 

#4 BERTEMU KAWAN LAMA !

DSC04809

Berkumpul dengan kawan kawan lama (kawan sekolah rendah dan sekolah menengah) merupakan antara aktiviti yang paling paling aku nanti kan ! Tak sabar rasanyaa nak berjumpa, catch up dan jugak berbual panjang ! Maklumlah kawan kawan aku dah ramai yang study luar negara, kerja luar negara, dan kerja di serata Malaysia. So susah dah nak jumpa.. Hari raya je lah masanya di mana semua akan pulang ke kampung.

 

 

#5 BERAYA DENGAN BESTIE !

cats33

Dua tahun lepas aku masih belum ada kereta sendiri, lesen pun takde lagi masa tu.. jadi masa tu aku berkesempatan beraya di kampung beliau di Tanjung Malim. Gigih aku naik bas dari Temerloh ! Hahaa.. Yang specialnya raya tahun ni… beliau akan MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN !!!! Jadi meluangkan masa dan beraya bersama bestie aku ni antara perkara yang aku nantikan menjelang Aidilfitri ni.. Hope lepas kawen laki kau still bagi aku pusing pusing kampung naik motor dengan kau ye ! Wakakaa…

 

 

Sekian LIMA perkara yang aku nanti-nantikan menjelang Aidilfitri setiap tahun.. Terlalu banyak yang nak dikongsi, tapi aku share perkara yang TOP 5 dalam senarai aku je lah ye… Lagi-lagi bab makanan tu haaa, ishh menyesal sebut-sebut lontong kat sini, kan dah teringin ! Hahaa takpe, boleh lah cuba Mamee Chef perisa Lontong yang aku sebut tadi ye ! Okayyy bye bye !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Sabtu, 14 Februari 2015

Ragam Dalam Bercinta

(Penulisan berikut adalah untuk bacaan ringan sahaja. Untuk suka-suka di waktu senggang)

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa aku kembali lagi menggegar dunia blog dengan hasil penulisan yang tak seberapa. Kuang kuang kuanggg… bajet betol. Tampor kang. Haha. Kali ini hasil penulisan aku berinspirasikan zaman-zaman aku berkapel duluuu… lebih kurang 3 tahun dulu. Haha ambui lamanya dah weh. Hampir lupa dah kenangan yang ada. And juga inspirasi yang datang dari gelagat orang sekeliling..

 

Bila bercinta, macam-macam ragam dan gelagat yang kita lakukan demi untuk mendapatkan sesuatu dari pasangan atau nak bagitahu sesuatu atau apa-apa je lah. Haa jangan tak mengaku pulak ! Most of us mesti ada buat salah satu point kat bawah kan ! Hahaa… So letsss rungkai.

 

#1 PRINT SCREEN

Ini aku rasa most girls suka buat. Pantang pakwe suwit sikittt… Caring sikittt, or berkelakuan kelakar di luar jangkaan kat WhatsApp, zasss terus dia print screen dan kongsikannya dengan besfren, group whatsapp girls besfren.. tak kurang jugak kongsi kat laman sosial dengan caption yang berbunyi “Awww awaaa suwit angat angat napeww. Cair kitew awaaa…”
Ahakkss ! Aku pun selalu jugak print screen ni. Simpan buat kenang-kenangan. Bahahhaa..

 

#2 BAGI HINT

Perlakuan ini banyak dilakukan mostly oleh perempuan (sebab aku pun selalu buat duluuu HAHA) tapi tak semua okay. Bila tarikh hari jadi / anniversary / monthsary / weeksary (?!!) semakin hampir.. dia mula dah upload gambar barang-barang yang diidam-idamkannya.. Handbag ke… Anak patung ke.. iPhone 6 ke (ambui pakwe anak dato ke nih..).. Hahaa.. kalau aku dulu, aku buat taktik scroll instashop, lepas tu tunjuk kat pakwe dengan ucapan, “Ehh you ! Tengok ni, comel lah baju niii…” atau pun.. “OMG tengok jubah ni.. sweet nya kaler dia.. lembut je.. jatuh cinta lah dengan jubah ni !!”  Hahaa…

 

 

#3 MAKAN SIAPA BAYAR ?

Haa ini isu agak kritis nak dibincangkan. Ada yang berpendapat pakwe lah yang bayor, sebabnya dia lelaki dan dia pakwe kite haha. Ada jugak yang kata, alahh sama-sama student kan, sama-sama bayar lah, nak lagi sweet makan sepinggan sesudu gituu. Ada yang kata gilir-gilir bayar lah. Kalau last week punya dating dia dah bayar, minggu ni makwe la pulak bayar, sama-sama tolak ansur gituu.. Haa aku selalu buat yang bayar gilir-gilir tu. Maklumlah dulu-dulu student lagi, duit pun tak berapa nak hado, makan pun mamak je.. Hew hew.. Korang selalu buat yang mana ?

 

 

#4 MULUT KATA LAIN, TAPI HATI…?

DSC_0231

Haaa ini paling selalu aku buat. Okay situasi yang aku nak jelaskan kat sini ialah.. bila ada masa aku dan pakwe (dulu punya cerita) bercanggah pendapat, ada masanya aku ikutkan aje kepala beliau.. sebab nya, aku malas nak bertekak. Depan dia aku angguk je, okay sajo lah. Tapi bila balik rumah, bukak twitter / facebook, mulalah keluar ayat-ayat pasrah yang berbunyi begini : “Apakan daya.. siapalah kita kan.. apa lah sangat pendapat aku ni, ditolak diabai diketepikan begitu sahaja.. aku redha Ya Allah..” Haaa biasanya pakwe like je status aku. KAH KAH KAH.

 

 

 

#5 SELFIE

DSC09518

Ahahaa ini kalau dapat pasangan yang suka selfie, mesti tak cukup sekali snap je.. Mesti nak kena snap berkali-kali sampai lah korang mencapai kesepakatan gambar manakah yang menampakkan korang lawa & hensem dan boleh di-upload ! Ambuii kena betul-betul teamwork ni ! Hahaa.. Kalau dapat pasangan yang gila-gila, time korang nak selfie sorang tu, mesti ada yang sedia setia nak photobomb selfie korang. Ataupun, bila selfie bersama, mesti salah seorang buat muka, kalau keluar sudah 1001 ekspresi muka ! Haha terlajak kreatif nih.

 

 

 

#6 PHOTOGRAPHER TETAP

Ahaaaa.. aku tidak maksudkan photographer betul-betul tu ye.. yang buat job amik gambar orang kahwin tu, bukan-bukan... Tapi dalam bercinta ni, pasangan korang mesti telah dilantik dengan sendirinya untuk menjadi korang punya “official photographer” hahaha.. Tak kiralah makwe amik gambar pakwe atau sebaliknya.. Pasangan koranglah yang korang paling harapkan untuk ambilkan gambar OOTD korang. Dah tu, selagi tak lawa, selagi tak dapat angle yang tepat, selagi tu dia kena snapkan pic korang. Kannnzzz ~

 

 

#7 DETEKTIF TERHANDAL

Haaa ini lelaki ke, perempuan ke.. dua-dua ada je buat keje ni. Tapi tak semua ya.. Kalau dulu log in Facebook, nak check notification sendiri pun malas. Ada je pasangan, terus rajin sepuluh kali ganda nak check semua benda. T A P I …. ! Check facebook pasangan lah ! Rajin betul check satu demi satu siapakah gerangan yang like status-status dan gambar-gambar beliau. Ahaa.. nampak je komen atau message di inbox yang mencurigakan, jejaga meletup lah perang dunia ke empat belas ! Heee ini pun dulu selalu jadi punca gaduh dengan pasangan iskk…  :P

 

 

#8 LAGU CINTA

Bila kita dilamun cinta ni, bila bahagia tu.. ambui bahagia sesangat.. nak gelak, nak senyum, nak sengih je memanjang… dengar lagu-lagu cinta semua teringat kan si dia.. Kalau rajin, share lagu kat facebook / twitter lepas tu tag pasangan. Tak pun tulis bahagian lirik yang korang nak tuju kat pasangan. Auwww…

 

 

#9 BAJU SEDONDON

GOPR0076

Ahaaa inilah antara faktor yang memudahkan kita meneka bahawasanya korang pasangan bercinta / suami isteri. Pakai baju kapel.. atau baju sama kaler.. Kalau oren, pasangan pun oren lah. Sebatu dah boleh nampak auww… Tapi bagi aku, apa yang paling sweet ialah bila korang tak berjanji pun, tapi bila jumpa eh eh baju sama kaler ! Auww kuat jodoh ni ! Hahaha…

 

 

#10 SETIAP MASA, SETIAP DETIK !

Ini bukan nak kata pasangan lain lah, aku pun dulu buat niii. Hahaa dulu lahhh… Tapi bagi aku kalau nak inform pasangan segala aktiviti kita pun, berpadalah ye. Jangan sampai jadi gaduh (macam aku dululah hoho~). Mana lah tak gaduhnya, masa on the way balik rumah tetibe teringat nak beli something kat kedai runcit, so singgah kejap. Tapi bila dipersoal kenapa sampai rumah lambat 2 nano saat, tak ke rasa macam “ehh kau dah kenapa” haha ! Aku ni jenis boleh je nak bagitahu segala benda, tapi jangan sampai macam polis yang soal siasat hehe. Kalau aku, aku suka kalau buat hal masing-masing.. bila dah settle, masa untuk rehat, masa tu lah layan mesej. Update pasangan mengenai aktiviti harian korang, bertukar-tukar cerita. Suwit ke idokkk ? Hehee…

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 

Sooo… itu je lah yang mampu aku list kan. Sejujurnya semua ayat di atas keluar dari kepala aku, tengah-tengah malam pulak tu menaip entry ni... Tetibe dapat idea nak update pasal list ragam-ragam ni. Hew heww.. Apa pun ragamnya, inilah yang mewarna-warnikan sesebuah perhubungan tu kan.. ehehe.. kepada yang sedang dilamun cinta, aku doakan korang cepat-cepat naik pelamin ya :) Kepada yang masih mencari (macam aku je tu? ahaha) inshaAllah satu hari nanti akan tiba giliran kita. Wahh berangan dah ni ~

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Rabu, 10 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 9 – Lima lelaki yang menarik perhatian Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ni sepatutnya publish pada 9 Sept 2014]

 

 

Ambuii al-kisahnya aku kenalah senaraikan 5 lelaki yang menarik perhatian aku. Aku tak pastilah aku yang silap ke macam mana.. tapi kalau aku nak letak senarai lima orang lelaki yang aku tertarik, memang mati lah aku nanti semua tahu siapa aku minat dalam diam. LIMA ORANG pulak tu. Haha.. So, pada hemat aku, lebih baik dan sopan andainya aku senaraikan LIMA KARAKTER atau ciri-ciri lelaki yang buat aku tertarik pada beliau. Okay, cun ??

 

aaaaa

 

1) BERPAKAIAN KEMAS / SEGAK

Haaa ini kelemahan pertama. HAHA ! Mudah sangat aku tertarik kepada lelaki yang berpakaian smart-smart macam nak masuk pejabat besar. Lebih tepat lagi, kalau pakai baju kemeja fit, pakai tali leher. Amboiii smart-smart ni nak pergi mana habang? Nak menuju ke hati saya ke? Ehh !!!

 

 

2) BERPEWATAKAN SHY SHY CAT

Sebenarnya aku lebih senang tertarik dengan lelaki yang berpewatakan pemalu. Tapi dalam pemalu dia tu, bila dah biasa dengan kita, dia akan sporting dan open up sikit la kita.. Takde lah terus tak pemalu langsung kan. Sebab aku rasa orang pemalu sikit sikit ni.. comel? BAHAHA !!!

 

 

 

jensen Serius gambar ni takde kena mengena ! Haha just one of my fav actor – Jensen Ackles.
Hero siri Supernatural
.

 

 

 

3) KELAKAU NAU

Hahaha… dalam pada pemalu tu, aku lebih senang berkawan dan tertarik dengan orang yang ade sense of humor. I mean natural one okay. Bukan yang buat-buat lawak lepas tu tak lawak, lepas tu hambar je bila takde orang gelak atau punch line tak sampai. Bahahaa.. Orang kelakar ni lebih senang nak get along dan cepat rasa selesa.

 

 

4) SUARA SEDAP

Aku perasan aku tertarik kepada lelaki yang bersuara sedap ni sejak zaman universiti. Tak kisahlah suara sedap karaoke je ke.. or memang sedap sampai tahap boleh jadi penyanyi antarabangsa ke. Mungkin dengan berkawan dengan orang bersuara sedap ni, makin mudah lah aku cari geng nak terjah karaoke nanti. Ehh !!!

 

 

5) MEMPUNYAI MINAT YANG SAMA

Tipulah kalau kita tak mudah tertarik dengan orang yang mempunyai minat sama dengan kita kan.. At least dalam banyak-banyak hobi dan minat kita, eh ada pulak tersama jugak satu atau dua. Orang yang ada minat yang sama ni senang buat modal berborak. Gituu..

 

 

 

Haa pendek kata memang tu je lah kot aku nak taip. Nak taip lebih-lebih malu woiii.. Macam nak announce kat semua : “Wahai para lelaki dengan ciri-ciri di atas, meh la berkenalan.” Haha serius rasa nak tampar muka sendiri, boleh ??? Ecececehhh.. Actually ada satu dua ciri WAJIB pada lelaki yang kompem kompem buat aku tertarik. Bahahaa.. Tapi biarlah rahsia (cehh konon ! Besfren aku tahu kot apa dia ciri-ciri ittew hahaaa).

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Jumaat, 25 November 2011

#8 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Sekali lagi, aku datang dengan entry bersiri ”Aku di entry mereka”. Ramai yang berpendapat aku buat entry bersiri ni kerana aku bajet fofuler sangat. Ehh hello? Kalau korang nak cakap pasal orang fofuler pergi cakap pasal Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha or Cik Epal okay? Aku bukan fofuler.

 

Aku buat entry bersiri ni sebagai simbol penghargaan aku kepada blogger-blogger yang sudi mention nama aku atau blog aku yang cabuk ni dalam blog dorang. Ia adalah satu pernghormatan bagi aku. Terharu betol aku rasakan, sebab aku rasa blog aku ni biasa saja. Mungkin takde input berkualiti, hanya pasal hidup budak comot seperti aku.

 

blog ciap

doodleheader

header

New Header 2 copy

 

Empat blog di atas aku tayang kat sini untuk suruh korang terjah beramai-ramai yek! Ribuan terima kasih buat blogger-blogger di atas sebab dorang pernah mention aku dalam salah satu entry dorang. Terima kasih banyak-banyak! Rasa kecik pulak diri ini sebab blog aku tak seberapa kalau nak dibanding dengan blog lain.

 

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang aku dapat sepanjang menempuh perjalanan sebagai seorang blogger. Sesungguhnya segala kesenangan tidak datang bergolek. Masih banyak yang perlu aku belajar.

 

 

So apa lagi, sila terjah blog-blog di atas!!!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Isnin, 14 November 2011

#7 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Aku try taip entry ni selaju mungkin. Ahhh mungkin aku perlu tukar tajuk blog ini “TAIP LAJU-LAJU” ?? Mungkinkah?? Argghh apa karutan ini? Aku tengah study ni. But aku degil, bajet pandai huhhhh, kemain bukak blog bukak twitter, study entah ke mana. Herher…

 

Dah lah mengarutnye… aku nak berterima kasih dekat blogger-blogger di bawah sebab sudi mention aku atau blog aku yang picisan nih kat blog dorang. Sayang ketat-ketat!! Herherr… Jom terjah mereka :

 

yaya

header

header (1)

Untitled-3

Capture

 

Haaa saja aku promote 5 blog malam ni. Biasanya 4 eh.. Heee aku bukanlah berlagak trafik aku tinggi sangat sampai nak offer promote blog orang, tapi alhamdulillah… aku berkongsi dengan kalian sekadar yang termampu..

 

Korang yang membaca ni jangan ternganga lagi.. pergi terjah blog-blog kat atas, klik aje pada banner blog kat atas ni ye… Pergi godek blog dorang. Hehehe okay aku nak sambung study. Wish me luck! Muahhh!!

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 8 November 2011

#6 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Selamat tengah malam ye semua.. Hohooo… Hari ni aku nak rajinkan diri membelek 4 buah blog yang pernah mention aku dalam entry dorang. Wahhh sweet nye dorang! Sudi gaks mention aku atau blog aku yang tak seberapa ni. So kepada readers semua, jom bagi dorang tujahan trafik mendadak. JOM TERJAH!!!

 

tolong la jadi copy

Capture

new header

header3

 

Haaa demikian 4 header bagi blog-blog yang aku maksudkan. Apa tercegat lagi kat blog aku? Pergi terjah blog dorang pulak ye. Korek sikit blog dorang nih, mana tahu ada content yang best dibaca ke? Ye tak?

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Rabu, 21 September 2011

#5 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh dinginnya cuaca!! Maklumlah hari ni hujan agak lebat di sekitar Shah Alam. So cuaca sejuknya tu menjadi-jadi bila malam! Pakai sweater walaupun dalam rumah kot! Huhuuu..

 

Okay hari ni sebab takde idea nak buat entry dah, aku postponed entry MAYBELLINE ke esok hari ye. Hari ni sebelum pukul 12am aku nak promote 4 lagi blog yang baik hati telah mention nama aku / nama blog aku dalam entry dorang.

 

new-motion-banner

 

headereienrazaktransparent

 

headerHafiz

 

header diana toink copy

 

Jengggg jenggg sudah ku paparkan 4 header dari blog-blog yang bertuah untuk aku promote malam ni. Cewahhh ayat bajet blogger retis ajek. Lain lah kalau aku ni Fatin Liyana si honey koyuki ke.. atau Cik Epal gonjeng tuh. Dorang tu baru larr retis!!

 

Hooo merapu meraban lah pulak aku kan kan kan.. Dah lah, tak payah cakap banyak, korang rajinkan diri terjah blog-blog di atas ye. Selamat malam!

 

 

sign NISA


Read More»

Ahad, 20 Februari 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Yeahhhh jom join segmen dari abang Ben Ashaari. Beliau memang rajin buat segmen… Untuk kebaikan bersama jugak kan :)

Macam biasa… letak header hensem Abang Ben.

Aku memang blogger aktif! Tiap-tiap hari mau update maaa… Kalau tak update rasa guilty ajek. Hahaa boleh? :P

Ohh ye, aku join segmen ni sebab nak blog aku di senaraikan dalam bloglist di blog BENASHAARI2. Mau join? Mau join? Jom laa join… Klik aje pada banner di atas okeh?

 

Babai.Peace.


Read More»

Copyright © Nisa Kay