Rabu, 28 November 2012

Pokok Krismas LEGO tertinggi di Asia

 

Assalamualaikum…

 

Selamat menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan dan pembaca yang menyambutnya ya! Bersempena perayaan Christmas yang akan datang, tadi aku usha-usha Facebook Page LEGOLAND Malaysia. Dorang ada upload gambar ni..

 

[All pictures are taken from LEGOLAND Malaysia Facebook page. I do not own any of these pictures.]

lego

Wowwww selama ni aku tengok kat TV pokok krismas tu dibuat dari pokok yang betul. Lepas tu orang yang merayakannya akan letakkan macam-macam jenis hiasan kat pokok tu. Lepas tu letakkan lampu lip lap lip lap kat pokok krismas tu.. Yang ni pertama kali aku tengok pokok krismas dibina dengan menggunakan LEGO !

 

lego2

Ini pulak mungkin dia punya hiasan kat pokok krismas tu lah kot? Hahaha entahlah aku pun tak pasti… Hahahaha…

 

 

lego3

Ohh ye just sharing.. kepada semua yang bakal menyambut perayaan Krismas, dan mungkin you guys ada di sekitar Johor, bolehlah saksikan pokok ni pertama kali dinyalakan. Err bukan nyalakan api, tapi nyalakan lampu la kan?

 

Kalau you guys yang tak menyambut Krismas pun nak tengok takpelah kot. Bukannye kita memang berniat nak sambut perayaan ni kan? Datang mungkin kebetulan korang tengah bercuti kat LEGOLAND ke.. Atau just nak tengok pokok yang diperbuat dari LEGO… Kan?

 

All pictures are taken from LEGOLAND Malaysia Facebook page. I do not own any of these pictures. Visit and like LEGOLAND Malaysia facebook page for more pictures.

~Nisa Kay~


Read More»

Selasa, 27 November 2012

Lancôme In Love Make-up Collection Spring 2013

 

Assalamualaikum semua…

 

Apa khabar readers sekalian? Harap korang sihat supaya dapat terus menyinggah kat blog aku yang tak seberapa ni.. Hehehee…. baiklah hari ni aku bangun awal dengan semangat waja nak pergi kelas. Errr sebenarnya semangat tu tak berapa nak waja sangat lah. Bangun pun sebab sakit perut nak ke toilet ahahaha!!

 

Memandangkan aku ni selalu promote online shop atau produk apa yang best aje… jadi kali ni aku nak share jugaklah dengan korang tentang apa yang terbaru dalam pasaran produk kecantikan di Malaysia.. Ewahh !!! Dan seperti tajuk entry ni, aku nak share dengan korang pasal produk terbaru dari Lancôme.

 

image001

Koleksi mekap sempena musim bunga di Lancôme dipanggil “IN LOVE” gituuu… Wahhhh feeling-feeling di alam percintaan gitu… Berwarna warni namun sesuai dipakai untuk semua warna kulit, kolek In Love membawakan anda dengan gaya musim bunga di bandar.

 

“Vibrant  shades inspired by the light of spring (neon pink and coral predominate, complemented by turquoise and violet) contrast with  the  luminous  pastels of urban nature in abundant renaissance (rose petal, almond green...). Shades range from daring to soft, from electric to sweetly sensual... No colour combination is off-limits. There’s just one rule: freshness in pure pop hues!”

 

image002

Jeng jeng jeng…. dan wajah “IN LOVE” by Lancôme – EMMA WATSON ! Ikon gaya Perancis yang mengesahkan kesegaran kontemporari.

 

Meraikan semangat musim bunga Paris, Lancôme mencipta semula motif unggul Perancis iaitu : toile de Jouy. Kain kapas yang terkenal yang tercipta pada abad ke-18 di Jouy-en Josas terkenal dengan reka bentuk floral, karakter dan lanskap yang unik. Lancôme mencipta semula gaya klasik mutlak dengan sedikit sentuhan keseronokan untuk penampilan koleksi “IN LOVE” .

 

Jadi apa yang menariknya dalam koleksi “IN LOVE” ni?? Haa ini yang aku seronok nak kongsi dengan uolls yang tengah membaca.. Jadi girls, teruskan membaca ya !

 

 

lipstick

Baume In Love : Pop kisses (Retail Price: RM75)

Lip balm Baume In Love oleh Lancôme – dengan formula terbaru mengandungi Shea Butter dan datang dengan 4 warna : fuschia, coral, purple dan pink. Keempat-empat warna ni memberikan kesan bibir yang lebih bermaya, ala-ala kesan bibir yang digigit gitew auwww… “All the daring of pop hues combined with intense moisture and an incredibly protected feel... “

Datang dengan 4 kod warna :

  • 100 Sugar Rose
  • 110 Rose Macaron
  • 120 Peach Mélodie
  • 130 A La Folie, Cherry

TIPS Lancôme : Gunakan lip balm ini untuk melengkapkan gincu klasik anda, memberikan ilusi cahaya, kelembapan dan bersinar kemilau halus.

 

 

blusher

BLUSH IN LOVE : Springtime glow (Retail Price: RM110)

Tengok bekasnye saja dah menarik perhatian kan? Ada dua warna berbeza, yang dapat diharmonikan dengan complexion setiap wajah gitewww. "Peche Joue-Joue" adalah berasaskan warna coral yang akan memberikan warm complexion manakala “Pommettes d’Amour” pulak campuran fuschia dan oren untuk menampakkan wajah yang lebih segar dan bermaya

Datang dengan dua kod warna :

  • 10 Pêche Joue-Joue
  • 20 Pommettes d’Amour

TIPS Lancôme : Apply  the coral shade to the centre of  the  cheekbone followed by the pink shade just above for a guaranteed “Doll Cheeks” effect!

 

 

LANCÔME_DEWY_MIST

Dewy Mist : Splash of freshness (Retail Price: RM75)

Diperkaya dengan minyak pati, dewy mist ni macam air ajaib la… Sembur kat muka sebelum mekap atau selepas pakai mekap untuk membuatkan mekap tampak lebih segar dan semula jadi kat kulit kita. Haaa kan ajaib tuuu. Hehee.. Dewy Mist ni melembutkan, melicinkan dan memberikan fresh-faced complexion. Baunye pun ala-ala bau bunga di musim bunga. Wangiii~

 

 

eyeshadow

Ombre In Love : Colour block eyes (Retail Price: RM70)

Koleksi eyeshadow ni memang aku suka sangat. Warna yang lembut dan tahan lama ni datang dalam bekas yang diberi sentuhan toile de Jouy. Ada 3 warna pastel yang sesuai dengan mereka yang berkulit cerah dan 3 warna pop yang lebih menyerlah pada orang yang berkulit gelap.

Datang dengan 6 warna :

  • 10 Sugar Rose
  • 20 Romance Tagada
  • 30 Violette Candy
  • 40 Blueberry Love
  • 50 Pistachio Cream
  • 60 Cosmopolitan Mint

 

 

eyeliner

Khôl In Love : Electro-chic intensity (Retail Price: RM70)

Memang pilihan tepat untuk mata yang lebih menyerlah dan menawan gitewww !! Datang dengan 3 warna ceria, termasuk warna yang memang tengah in musim ni iaitu warna turqoise ! Eyeliner ni sangat creamy dan tekstur mantap, mudah untuk garisan tepat di mata anda !

Datang dengan 3 warna yang best :

  • 10 Deepwater Blue
  • 20 Jade Crush
  • 30 Chocolate Affair

 

 

bb cream

UV Expert BB Cream SPF 50 PA+++ (Retail Price: RM175)

Kalau kat luar negara musim bunga, kita kat Malaysia pulak memang panas dan lembap sepanjang tahun kan. Jadi keluar rumah tu jangan lupa perlindungan untuk kulit! Bagi yang malas nak pakai berlapis-lapis mekap untuk lindungi kulit, pakai aje BB Cream yang pertama dari Lancôme ni, dengan SPF 50++ lagi tu!

Perlindungan yang ideal untuk kulit, tekstur yang lembut dan sangat ringan, sesuai untuk kegunaan sehari-hari. BB Cream ni dapat bantu korang cover bintik hitam, warna kulit yang tak sekata dan garus halus! Ditambah lagi ia mampu membuat wajah anda glowing gitu…

 

Lanc-me-In-Love-Photoshoot-emma-watson-32720020-800-527
Jadi… kenapa Emma Watson ye? Kerana dia cantik? Kerana style fesyen nye? Atau…. Haaa hanya Lancôme yang mempunyai jawapan pasti. Kekekekee… Emma Watson sebagai duta Lancôme pada pandangan mata aku menampilkan imej yang ceria dan bertenaga serta watak yang menyerlah. Sangat sesuai laa dengan semangat musim bunga giteww….

 

 

Jadi apa yang korang tenung lagi? Dapatkan koleksi “In Love” by Lancôme dari kaunter-kaunter Lancôme yang berdekatan anda !

 

 

~Nisa Kay~


Read More»

Isnin, 26 November 2012

Sambutan kejayaan Yana Samsudin dan ulangtahun YSF yang kedua

 

Assalamualaikum..

 

Ambuiii dah lama betol aku peram entry ni. Kalau entry ni umpama buah, dah jadi jeruk dah haa aku duk simpan lama-lama. Hohooo.. al-maklumlah busy busy busy dan banyak entry lain yang aku dahulukan, so entry mengenai events ni aku tangguhkan kejap.

 

Well, seperti pembaca setia semua tahu, sejak aku sambung belajar nun jauh di pulau ni, aku tidak lagi berpeluang join events. Walaupun ada pihak-pihak yang sangat baik tetap menghantar emel jemputan pada aku, tapi dek kerana jarak yang memisahkan, maka tak dapatlah aku join. Ewahhh !

 

4 (1)

Jadi pada cuti pertengahan semester seminggu yang lepas aku berpeluang menyertai acara yang sangat sangat sangat best iaitu sambutan ulang tahun kedua kelab peminat Yana Samsudin iaitu YANA SUPER FRIENDS (YSF). Majlis tu jugak diadakan sempena kejayaan Yana Samsudin merangkul anugerah Heroin Terhebat masa Anugerah Blockbuster yang diadakan baru-baru ni…

 

P1019336

Majlis makan-makan ni diadakan di restoran Nando’s Taipan USJ. Memandangkan ruang adalah terhad, jadi tak semua ahli YSF dapat join. Jadi diharap agar ahli-ahli YSF yang lain tidak berkecil hati ya.. inshaAllah akan ada peluang lain untuk join events dengan YSF dan Yana Samsudin :)

 

 

cats

Thank you so much Nando’s Taipan USJ sebab YSF serta jemputan khas semua dijamu dengan resipi terbaru iaitu Democracy Platter! Nyum Nyum Nyum~ Sedapppp sangat! Ayamnye banyak. Yana siap datang hidang ayam kat meja kami tau! Lupa nak snap gambar. Hahahaa…

 

 

IMG_0912

Sorry gambar kurang berkualiti.. al-maklumlah ambil cuma guna iPod aku aje… Huhuu.. persembahan oleh Ahmad Syazli…

 

P1019351

YSF semua ternganga tengok sedutan aktiviti-aktiviti YSF sebelum ni. Turut ditayangkan sedutan atau trailer drama dan filem lakonan Yana Samsudin. Herherherr…

 

 

P1019400

Haaa yang baju kuning tudung kuning tu aku lerrr… Hahh aku nak buat ape lak tuh? Menyibuk betul aku. Herrr~

 

P1019468

Hahhh ape lagi aku buat tuhh? Aku menyanyi ke? Rapping ke? Bersajak kemerdekaan ke?? Haa kalau nak tahu sila tengok video nye DI SINI yeee :p

 

P1019403

Kek sambutan ulangtahun YSF dan sambutan kejayaan Kak Yong kesayangan :D

 

P1019447

Kak yong Yana Samsudin bergambar dengan Mejar K David Teo dan isterinya Madam Jane. Di belakangnya pengarah filem dan pelakon-pelakon di bawah MiG.

 

IMG_0924

Ohh ye ini sepupu aku, Pali. First time evahhhh aku bawak sedara aku join aktiviti ! Hahaha patutnye aku nak pergi event ni dengan sorang kawan. Kawan tu tak jadi la pulak. So aku hangkut sepupu aku. Hahaha…

 

IMG_0925

With Azhar of MiG.

 

IMG_0922

With Ned ku sayang muahhxxx !

 

IMG_0938

With Razali Razak, presiden YSF yang kacak sekali. HAHAHA…

 

IMG_0935

Siapa yang mengikuti siri Bini-Bini Perkasa mesti kenal Man Unta ni. Hahahahaa… With Fadzil Zahari.. Jangan lupa follow instagram abang hensem ni @fadzilzahari hehe~

 

P1019435

With MELAKA BOY ! Follow instagram beliau @melakaboy !

 

P1019476

Tuuuu diaaa Epy Kodiang !! Hahahaa jangan lupa saksikan lakonan beliau dalam filem Budak Pailang dan juga filem Ajiboy okayh??? Follow jugak instagram beliau @epykodiang hehee~

 

P1019339

Tak lupa gambar with Kak Long Arymas yang datang long way from Kota Singa, SINGAPURA ! Rindunyeee kak longgg. Heee..Thanks kat YSF sebab menemukan kami dalam event ni..

 

cats2

Okay basically ni gaya tudung aku hari tu… Aku saje buat bulat kat depan muka sebab aku dapat inspirasi dari hijabster indonesia. So aku nak try sama ada gaya tudung bawal bulat sesuai ke tak dengan muka aku. Err aku rasa okay aje. HAHAA… oh ye mekap pun sendirian berhad. Hohoo..

 

IMG_0916

TAK LUPAAA… GAMBAR DENGANNN Yana Samsudin  !!! Muahhxxx !! Tahniah kak yong ! We YSF will alwaysss love youuu !!! And we will definitely support you !! And kepada sesiapa yang baca ni, jangan lupa beli surat khabar Berita Harian banyak-banyak and undi Yana Samsudin untuk ABPBH tauuuu !!!

 

 

MACAM MANA NAK JOIN YANA SUPER FRIENDS ???

Haaa aku banyak kali dapat soalan ni… Kalau nak join YSF korang perlu buat ni :

FOLLOW TWITTER YANA SUPER FRIENDS : @YanaSuperFriend

Lepas tu letak hashtag #YanaSuperFriend & #DuniaYana kat bio korang okay? Lepas tu just keep update dengan twitter YSF untuk sebarang update dengan segala aktiviti mengenai YSF ye? Lepas tu jangan lupa sokong Yana dengan Like fanpage Yana Samsudin : KLIK SINI dan Follow twitter Yana Samsudin KLIK SINI YE :)

 

OH YEEE ! Jangan lupa saksikan filem Yana yang seterusnya iaitu STRABERI CINTA. Lakonan bersama Pierre Andre dan Diana Amir.

 

 

 

 

~xoxo NK~


Read More»

Copyright © Nisa Kay