Jumaat, 25 Januari 2013

Musim salji di Malaysia ! Nikmati European winter di Genting SnowWorld !

 

Assalamualaikum..

 

Yeah semangat aku nak taip entry hari ni sebab aku malas bertangguh! Kang tak ber-update pulak pasal event yang aku baru pergi semalam.. Haaa gitu lah semangat waja yang harus semua blogger ade okeh? Lepas pergi event mohon update dengan kadar segera! Lewat 3 hari pon tak leh diterima!

P1230543

Amboi poyonye ucapan mukadimah akuu. Hukhuk… Baiklah.. semalam merupakan hari yang alhamdulillah syukur sangat indah buat aku sebab Allah bagi aku satu lagi rezeki di mana aku menyertai kumpulan blogger dan media ke majlis pembukaan rasmi Genting SnowWorld di Genting Highland ! Pagi-pagi dan terpacak depan Wisma Genting dengan rakan blogger Eazy Izzuddin. Macam sakai pulak aku ni seluar dengan tudung pakat warna biru. Iskkk.

 

 

P1230547

Aku ni memang gayat + penakut okeh. Sepanjang perjalanan mendaki ke Genting Highland memang aku tido syiokkk je dalam bas tu. Sampai-sampai je semua dibawa berarak ke GENTING SNOW WORLD yeahh!!

 

 

P1230548

Here we are!  Meriah betul hari ni dengan kehadiran para media, bloggers, VIP dan maskot-maskot Genting yang ke hulu ke hilir.

 

 

P1230563

Okay semua abang-abang jangan berebut ambil gloves dan boots ye.
Malu sikit haa kat adik ni haa.. Kekekeke…

 

 

P1230581

Yeahh! Saya dah sedia.. saya dah sedia (gaya Spongebob). Gambar berkabus kemain sebab kedinginan yang kian mencengkam di kala aku berdiri di depan pintu SnowWorld!

 

 

P1230625

2355651

Yeahhh we are here at Grand Launching of SnowWorld, Genting Highland !

 

 

P1230619

Setelah dibuka semula sejak 5 bulan lalu, SnowWorld  kini tampil dengan kelainan untuk para pengunjung dan akhirnya dibuka secara rasmi semalam. Majlis dirasmikan oleh Naib Presiden Eksekutif Genting Malaysia Berhad iaitu YB Dato Kevin Sim.

 

 

P1230612

Persembahan tarian kpop! Haa bila aku upload gambar ni kat instagram, ada yang bertanya aku penari-penari tu tak sejuk ke? Gila tak sejuk!! Kami yang pakai kot tebal ni pon menggigil, apatah lagi para penari tu kan.. Tapi dorang tetap buat persembahan dengan baik.

 

 

P1230623

“Grrr!! Ko dah kenapa pandang aku macam tu??! Ada hutang ka?? Grr!!”

 

 

cats

Kita makan duluuuu!! Yeargghh suka makanan yang kecik-kecik macam ni. Sebab kita boleh makan banyak kali dan rasa semua makanan! Hahaha sedap-sedap semuanya! Memang lain feelnya bila makan dalam suhu –6 darjah celcius !!

 

 

P1230634

Dalam sejuk-sejuk tak hengat tu pun para hadirin dijamu aiskrim khas SnowWorld !
Haa aku rasa sikit aje. Sedap! Tapi aku ni tak tahan sejuk! Hikhik..

 

 

2359902

A pic of me with bloggers and media friends. Haha aku paling obvious kot kat situ. Sebab jaket perempuan dan lelaki lain-lain warnanya. Heeeee suke tak hengat kan kamii..

FAKTA MENGENAI GENTING SNOW WORLD

  • SnowWorld pertama dibina pada tahun 2003 dan menjadi tarikan salji terbesar di Malaysia
  • Tarikan ini menjalani rombakan besar dan telah ditutup kepada orang ramai pada bulan November 2011 selama lapan bulan.
  • Perbelanjaan penyusunan semula ini memakan jumlah RM15juta termasuk sistem penyejukan yang dibeli dari Jerman yang membolehkan pengawalan suhu bilik ke subzero.
  • Sejak pembukaan semula pada 31 Ogos 2012 hingga 18 Januari, SnowWorld telah dikunjungi 192417 pelawat yang terdiri daripada 140854 (73%) daripada orang dewasa dan 51563 (27%) kanak-kanak.
  • SnowWorld yang telah diubahsuai ini mempunyai kawasan seluas 22.800 kaki persegi dan tarikan yang paling penting, tidak pernah dilihat sebelum ini.

 

 

P1230655

Okay jom sambung bergambar. Iskkk apa lah tak senonohnye perangai.
Anak sapa la nih.. Isk iskk…

 

 

P1230671

“Ouhhh hellooo. Welcome to Europe!”

 

 

P1230694

Perangai tak senonoh part 2.

 

 

P1230678

Dah masuk SnowWorld ni jangan lupa cuba Play Slide ni! Memang wohoooo!!! Best best! Feeling bebenor main salji sambil slide slide niii…

 

 

P1230711

Geng aku  si kanak-kanak riang Eazy Izzuddin dan si budak jambu Kifli Mally.

 

 

P1230704

And I even met BAK! My friend, jurukamera untuk TV9. Dah berbulan oii tak jumpa. Hahah excited aku nak menghayati salji dengan kawan-kawan gitoo!

 

 

P1230713

Terbaru di SnowWorld, suasana ala-ala di Eropah gituuu…

 

 

P1230676

Pemandangan sebahagian dari SnowWorld yang diambil dari Look Out Point.

 

 

ANTARA TARIKAN TERBARU DI GENTING SNOW WORLD

  • ‘Winter Downtown and World Heritage Concept’. Rekaan SnowWorld menggambarkan suasana musim sejuk di bandar Eropah. The English Tea Shop, French Bakery, and Italian Pizzeria – kesemuanya memberi pengalaman pelbagai budaya dalam satu tempat!
  • Tarikan lain termasuk ‘L.E.D. Animation Scheme’ skim cahaya unik yang secara beransur-ansur mengubah suasana SnowWorld seakan-akan dari subuh ke senja.
  • ‘The LookOut Point’ memberi peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan seluruh SnowWorld dan of course latar yang cantik-cantik untuk bergambar!
  • ‘The Warm House’ sebuah igloo dibuat khusus bagi pelanggan untuk berehat sebelum ‘menyejukkan diri' lagi.
  • Sukakan cabaran? Jangan lupa cuba permainan Play Slide atau Cresta Run Slide okay?

 

 

 

P1230684

WARTAWAN : “Apa pendapat adik tentang SnowWorld dengan konsep baru ni?”
ADIK : “Pendapat? Aaaa… sejuk.”

*Dialog adalah rekaan semata-mata*

 

 

P1230723

Okay last vain pic of me, I promise! Hahaha.. Bukan apa.. kalau korang datang SnowWorld pada hari biasa, NO CAMERAS and PHONES are allowed okayh! Kami ni bergambar sakan sampai nak retak lensa kamera sebab semasa acara macam ni la kami blogger dan media dibenarkan bawak masuk kamera dan phone. Gitoo!

 

 

P1230689

Baiklah… bagi kalian yang nak merasa main salji, nak merasa suhu –6 darjah celcius.. nak merasa macam mana winter di Eropah, meh la ramai-ramai datang ke GENTING SNOW WORLD ! Selain daripada main salji semata-mata, ada banyak port yang best untuk bergambar. Ada jugak LED light animation yang memukau. Gitoo!

 

Genting SnowWorld

Level T2A, First World Plaza

TICKET PRICE :

RM30.00 for adult

RM25.00 for child and senior citizen

*bayaran termasuk sewaan jaket, gloves dan boots*

 

 

Datang ramai-ramai ye! Jangan lupa pakai tebal-tebal! Haa kita orang Malaysia yang belum pernah merasa musim salji di negara orang mesti tak tahan sejuk yang teramatttt sangat! Heee! Adios!

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 23 Januari 2013

NUFFNANG PREMIERE SCREENING – Hansel & Gretel

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni alhamdulillah aku bahagia sekali bila berpeluang join event NUFFNANG yeahuuu! Lama dah rindu nak join event sobs sobs. Eh entry bahasa melayu kali ni? Heeee cuma malas nak memikir ayat dalam bahasa Inggeris hari ni. I is penat tahu?

 

hansel-and-gretel-21391438

Masa kecik-kecik mesti kite pernah baca buku cerita pasal dua kanak-kanak iaitu Hansel dan adiknye Gretel yang tersesat dalam hutan dan terjumpa rumah yang diperbuat daripada coklat, biskut dan gula-gula kan? And with a lil’ trick they manage to escape when they found that the old lady who owns the house was actually a witch kan? Tapi.. bukan Hansel & Gretel yang ni yang aku tengok tadi.

 

HG_HighRes-690x1024 

Pergghh betapa bergayanya Hansel & Gretel alaf baru ni kenzz! Tambah power dengan senjata membunuh ahli sihir woot woot ! Hansel & Gretel ditinggalkan dalam hutan, tanpa diketahui sebab sebenarnya. Mereka tersesat dan ditangkap oleh ahli sihir jijik lagi huduh di rumah gula-gula (candy house).

 

Keberanian Gretel telah menyelamatkan Hansel daripada “dimasak” oleh ahli sihir itu. Dan hidup mereka berubah sejak itu. Kedua beradik ini membesar sebagai pemburu ahli sihir yang terkenal. Sana sini mereka mencipta nama dan sejarah dengan memburu dan menumpaskan ahli sihir.

 

Tapi sampai di Augsburg, Hansel dan Gretel menghadapi masalah apabila syerif bandar tersebut berkeras untuk menggunakan cara tersendiri untuk menangkap ahli sihir. Syerif tu tak sedor bahawasanya ahli-ahli sihir yang duk menculik budak-budak kat bandar tu bukan ahli sihir biasa.

 

 

hansel-and-gretel-5

Fuhh dah lah cun, bergaya dengan senjata dan melawan ahli sihir pulak tu! Ini GRETEL, lakonan Gemma Arterton. Sebenarnya ada sejarah dan cerita disebalik pemburuan ahli sihir yang amat berkuasa ni. Pertemuan beliau dengan ahli sihir tersebut juga merupakan kunci kepada kisah silam mereka.

 

 

hansel-and-gretel-4

Hansel yang hensem aum aum ni lakonan Jeremy Renner. Tapi beliau takde 6 pack. Ehh? Pastu macam ade kencing manis jek sebab masa kecik-kecik tu ahli sihir huduh yang tangkap dia tu torture dia, suruh makan gula-gula banyak sangat. Herher. Pastu jatuh cinta dengan ahli sihir jugak. Berlawan pon hebat gak. Huahua!

 

 

HG-04024Rv4-jpg_155539

Apa yang aku boleh katakan, jalan cerita yang bagus, sebab memang ada twist dari kisah dongeng yang asal. Dan aksi berlawan yang hebat. Tapi memang tak boleh ditonton kanak-kanak la kot sebab muka ahli sihir memang amat huduh sampai aku pon tak sanggup tengok.. Dan aksi ganas yang keterlaluan jadi intipati filem.

 

Namun jalan ceritanya agak mudah dibaca dan kita sedikit sebanyak boleh predict apa yang bakal berlaku. Namun plot cerita yang pantas dan Hansel & Gretel sama-sama mengalahkan ahli sihir jahat di akhir filem. Namun semua itu tidak mudah kerana Gretel ditangkap oleh ahli sihir tu. Sebab.. ada sesuatu yang mereka perlukan dari Gretel.

 

Apa-apa pun filem yang agak bagus untuk tontonan korang semua di hujung minggu! Ehem ehem.. Khamis public holiday kan?? Boleh ler pkat ramai-ramai tengok movie ni okay? Herher.. movie HANSEL & GRETEL : WITCH HUNTERS akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 24 Januari 2013 ini.

 

Sekali lagi terima kasih tak terhingga kepada NUFFNANG sebab memilih aku sebagai salah satu blogger bertuah untuk menyertai premiere screening kali ini yeahuuu!! Lain kali aku nak join lagi! Herherher… Thanks! Adios!

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 16 Januari 2013

Tak bertegur lebih tiga hari…

 

Assalamualaikum…

 

Well, aku kembali menulis dalam bahasa Melayu, namun untuk entry tertentu sahaja.. Aku ternampak hadis yang kawan aku post di status facebook beliau.. Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

 

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

 

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

 

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

 

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

 

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

 

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

 

Rasulullah saw bersabda
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

 

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

 

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

 

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

 

 

 

XOXO

*correct me if I’m wrong*


Read More»

Copyright © Nisa Kay