Khamis, 18 Jun 2015

[DAY 13] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

13)   Describe how you met the last person you texted and talk about your friendship / relationship

 

Okay.. topik hari ke-13 (aku dah lewat 5 hari !!) suruh aku describe pasal orang last aku text. Hahahaa… aku gelak sebab orang yang paling last aku text ialah boss aku ! Hahahaaa sambung gelak lagi. Should I write about him here ? HAHAHAHAHAH !! Mati la nakkk kena bahan satgi !

 

DSC05401* Gambar di ambil di Barcelona, 2014. Tengah tengok peta nak. menuju ke lokasi event. *

 

Tu boss aku yang baju kelabu tu. Nama beliau Aman Firdaus. Beliau pengasas dan ketua editor kuku besi bagi tempat aku kerja sekarang iaitu AMANZ.MY. Her her.. macam mana first jumpa dia ni ? Hmm… tahun 2010 ke 2011 camtu, aku jadi pengacara jemputan untuk satu channel video ni… Jadi aku cover event la kan senang citer. So boss aku ni ada kat situ. And dia terus offer aku kerja dengan dia. Aku masa tu masih lagi study. So aku cakap kat dia nanti aku fikir lepas habis belajar. Betul-betul habis belajar memang aku contact dia, aku bagitau aku nak try kerja jadi pengacara dengan Amanz ni..

 

 

DSC05644* Pic taken at Barcelona Aeroport on 27th Feb 2014 *

 

Talk about our friendship ? Hahaa. Boss dan pekerja.. kawan kawan la kot. Hahaha…. Bukan nak bodek sebab nak bonus raya lebih, tapi boss aku ni baik la jugak. Uhuk uhuk. Haha serius malas la puji lebih-lebih kang doranh bahan aku dowh ! Hahaa. Tengok la gambar kat atas. Beg bagasi aku yang gabak nak mammm tu pun dia yang tarik kan sampai la ke kaunter check in. Haha.. boss aku dua orang bawak beg kecik je.

 

Boss aku ni tak suke bergambar sangat. Tapi sejak dua menjak ni dia macam hilang keseganan sikit la nak bergambar. Haha sorry boss takde pic yang helok nak upload. Aku rasa ada tapi tah mana tah. Hahaha !! So far aku masih berkerja dengan AMANZ.MY sebagai pengacara mereka. Nampak macam kerja tetap tapi actually aku more to freelance. Aku bersyukur jugak dapat boss yang masuk air sebab tak stress kerja sebab boleh bahan membahan sesama sendiri. Kalau mula-mula kerja dulu aku macam awkward jugak.. lama lama aku pun jadi kaki troll macam dorang. Eh dah la kbai.

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

[DAY 12] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Selamat berpuasa semuaaa !! Hari ni kita dah mula berpuasa, jangan ada puasa olok-olok pulak, baru setengah hari dah mengigil cari makanan… Hahaa.. biasalah tu minggu pertama macam susah sikit nak tahan lapar dan dahaga tu kan… Oh baiklah, di dalam usaha untuk aku tidak tidur selepas Subuh, aku nak sambung update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni okay… Ayuhh !

 

12)   Your proudest accomplishment

 

Hmmmm… pencapaian yang paling dibanggakan ?? Aku tak sure lah apa yang patut aku banggakan dalam hidup ini… I guess, sebab aku masih belum capai apa yang aku betul-betul nak kot… Jadi aku tak rasa aku punya apa-apa yang perlu aku banggakan. Hahaa…

 

NISAKAY KONVO

Hmmmm…. serius tak tahu apa yang nak dibanggakan aku ni… blog dan penulisan pun biasa-biasa saja…. pelajaran pun alhamdulillah okay je, sebab aku ni bukanlah student yang pandai mana pun, so kena rajin lebih sikit laa masa study and buat assignment tu… Kerja pun, alhamdulillah memang buat masa ni aku di landasan yang berpaksikan passion aku. Haha maknanya aku dah ada pun my dream job iaitu hosting dan travel.. Alhamdulillah…

 

So far, aku rasa bersyukur dengan hidup yang Allah beri.. dan yang paling aku banggakan dalam hidup semestinya mak abah aku… Dua insan yang tetap teguh menahan aku tika aku jatuh. Yang tak jemu memberi sokongan dan dorongan agar aku tak terus hanyut dalam kesedihan ujian hidup.. Yang sentiasa kuat hadapi ujian yang Allah beri pada mereka. They are my life, my proud.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Koleksi musim bunga & musim panas Jelly Bunny ! Yumss… !

 

 

Assalamualaikum..

 

DSC03591

 

Lebih kurang dua minggu lepas Nisa dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk satu sesi hi-tea bersama jenama kasut yang terkenal sejak 2011 iaitu JELLY BUNNY ! Wahh teruja betul bila melangkah masuk ke lokasi acara hi-tea iaitu di Restoran Full House, Sunway Pyramid.

 

DSC03592

Okay jeling-jeling kat meja makan kejap.. Wahhh banyak makanan yang diidamkan anak tekak ! Comel-comel pulak tu… Ehemmm adakah bakal menandingin kecomelan koleksi terbaru produk JELLY BUNNY ??

 

 

3

Antara highlight semasa acara hi-tea ini adalah sesi khas bersama Haida Yusof, seorang perunding imej. Beliau berkongsi dengan bloggers yang hadir beberapa tips and trick untuk mix-and-match kasut dan aksesori dari JELLY BUNNY untuk gaya pemakaian yang berbeza mengikut situasi.

 

 

DSC03666

Kemudian kami di bawa ke outlet JELLY BUNNY di Sunway Pyramid untuk main games ! Wahh ini memang seronok.. Sebabnya.. kalau menang, boleh dapat lagi satu kasut percuma dari Jelly Bunny ! Wah wah memang besttt !!! Gambar di atas ni ahli kumpulan Nisa.. walaupun kami tak menang tapi we had a great time !

 

 

DSC03668

Tahniah kepada kumpulan yang menanggg !!!

 

 

1

Ehemmmm usha sikitt koleksi yang ada di outlet JELLY BUNNY ! Agak-agaknya mana satu pilihan hati Nisa yaa ???

 

 

SPRING & SUMMER 2015 :
DREAMING IN THE CLOUD !

 

Wahh begitulah nama koleksi musim bunga & musim panan oleh JELLY BUNNY !! Dari namanya sahaja dah boleh bayangkan betapa sweet, tersendiri dan cantik koleksi terbaru mereka ni !

5

Kasut Jelly Bunny yang semestinya umum sudah mengetahui betapa selesanya ia, diperbuat dari bahan yang berkualiti tinggi dan tahan lasak kini didatangkan dengan rekaan baru yang sangat sweet, mudah nak match dan juga bergaya ! Memang menganga betul tengok koleksi baru niii.. Suka sangat !

 

 

DSC03664

Antara kunci utama koleksi terbaru JELLY BUNNY ialah berinspirasikan dan dihiasi dengan perhiasan seumpama manisan seperti toffies, candies dan juga liquorice ! Wahhh tengok pun dah rasa nak gigit je kan. Haha jangannn… kasut dan aksesori hanyalah untuk dipakai dan kelihatan lebih bergaya serta sweet dengannya !

 

 

DSC03698

Oopss ! My friend here cannot decide !
Too many sweet and pretty choices of Jelly Bunnies !!!

 

 

DSC03734

Setelah berjam-jam lamanya memikir kasut mana yang sesuai nak dibuat bergaya dan beraya (wahh!!) akhirnya, terpilih sudah kasut yang aku kira sangat sweet, selesa dipakai dan juga mudah nak match dengan pelbagai gaya dan warna pakaian… Gituu. Tak sabar nak pakai bawak ke event.. jalan-jalan.. hehee..

 

Thank you sooo much JELLY BUNNY for the treat ! Kalau korang cari kasut yang tahan lama, tahan lasak, serta selesa dipakai, dah boleh lah pergi usha outlet Jelly Bunny okay ?? Jangan lupa cuba koleksi SPRING & SUMMER 2015 : DREAMING IN THE CLOUD oleh Jelly Bunny nii ! Pasti terpikatt dek kemanisan koleksi nii !!

 

 

 

Like JELLY BUNNY Facebook page now
https://www.facebook.com/jellybunnyMalaysia

Follow JELLY BUNNY on Instagram for more updates and offers !
https://instagram.com/jellybunnymalaysia/

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay