Memaparkan catatan dengan label Cabaran 30 Hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran 30 Hari. Papar semua catatan

Isnin, 29 Jun 2015

[DAY 20] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Sekarang ni aku ada kat kampung… so untuk elakkan diri daripada tidur selepas sahur ialah dengan update blog ! Hahaa nak sambung entry untuk  The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! sebenarnya… Sooo letsss next topic !

 

20)   Describe your most difficult breakup and what you learned from it

 

 

MOST DIFFICULT BREAK UP ?

 

nisakay5

 

Ya, ada satu masanya aku menghadapi most difficult break up so far… tapi aku telah mengambil keputusan untuk TIDAK menceritakannya secara detail kat sini… Kisah aku dan dia, biar aku, dia dan Tuhan saja tahu apa yang telah berlaku antara kami…

 

Apa yang aku pelajari, the biggest lesson is… JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG. Sayang macam mana pun kita pada seseorang tu, jangan mudah memberikan kepercayaan sepenuhnya. Bila kita percaya sangat padanya, kita akan letak harapan yang tinggi. Bila dah letak harapan, kita akan kecewa apabila tidak end up seperti yang kita angankan…

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

[DAY 19] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Sekarang ni aku ada kat kampung… so untuk elakkan diri daripada tidur selepas sahur ialah dengan update blog ! Hahaa nak sambung entry untuk  The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! sebenarnya… lagi dua hari je dah nak habis bulan enam ni.. Tapi aku baru sampai ke topik 19 haaa… Walaupun bulan Jun akan berakhir tapi aku tak akan akhiri cabaran ni ! Aku akan habiskan jugakk..

 

19)   What is something about you that people would be surprised to learn?

 

Hmmmm…. bila dah beberapa tahun blogging ni, aku jadi ragu-ragu.. ade ke benda yang orang masih tak tahu pasal aku ? Hahaaa it seems that I shared too much things about myself selama blogging ni kan ? Hahaa so tengah fikir ade ke tak perkara mengenai diri aku yang boleh buat orang terkejut bila dapat tahu..

 

nisakay4Hmmm kejap. Fikir kejap eh !!

 

 

Okayyy… just a fact about me (nak terkejut ke tidak tu tak tahu lah)… instead of my confident and chatter-box character, aku sebenarnya SANGAT MUDAH MENANGIS. Haaaaa terkejut ke idok ? Hahahaa… Nampak je penuh konfiden, banyak cakap.. ala ala happy go luck at times.. tapi sebenarnya hati aku ni serapuh keropok yang baru goreng – mudah patah dan hancur. Gituuuu..

 

Aku rasa aku ni sangat sensitif. Sikit je benda boleh buat aku menangis. Tapi well.. bertahun hidup seorang jauh dari keluarga buat aku jadi sedikit kental.. dah boleh sembunyikan perasaan, dah boleh berlagak kuat depan orang lain.. huhuu.. tapi aku rasa itu semua lumrah manusia. Bila dah kena berkali-kali, we tend to come out stronger. Kan ?

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 26 Jun 2015

[DAY 18] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay kita try sambung topik-topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni laju sikit naaa.. maklumlah semua dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan enam.. tapi cabaran ni tak siap siap lagi. Wahahaha.. tapi kalau dah habis bulan 6 pun, aku tetap akan habiskan topik-topik ni…

 

18)   If you could have a conversation with yourself in high school, what would you say?

 

Ahahahhahaha ini menarik ! Sebab apa.. sebab ada banyakkk benda yang aku nak bagitau kat diri aku yang masa di sekolah menengah tuuu !! HAHA !!

 

P4143445

 

Perrgghhh sekolah menengah ! Zaman tudung bawal cotton yang dua tone, tiga tone tu ! Hahahaa.. aku try cari gambar aku masa sekolah, takdelah pulak. Mana entah perginyaaa… Ini je lah ada, itu pun gambar masa kenduri kat rumah saudara..

 

Kalau aku boleh having a conversation dengan diri aku masa sekolah menengah, ini adalah antara perkara yang aku nak bagitau dia :

1. JANGAN curi-curi makan roti dalam kelas ! Cikgu Addmath tak suke. Dah lah kau tak study elok-elok subjek dia, makan pulak masa kelas dia, memang menyirap la dia kan. Hua huaa..

2. JANGAN cengeng sangat. Masa sekolah menengah kemain kuat nangis, Sikit sikit nak nangis. Baru kena buli dengan perkataan-perkataan yang mengguris hati, dah menangis tak hengat.

3. JANGAN kapel dengan classmate angah. Haha. Dia dah ade makwe, ade pulak nak jadikan kita second girlfriend dia ! And he’s not that hot pon !

4. BERSENAM LEBIH SIKIT ! Bukannya awak takde bakat dalam bidang sukan. Biasa kalau masa sekolah rendah, acara larian dengan lompat tinggi tu semua boleh tapau. Kalau rajin bersenam, takde lah awak kena lelah tu.

 

 

Haahaha okay so far tu aje nak cakap kat dia.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

[DAY 17] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Okay kita try sambung topik-topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni laju sikit naaa.. maklumlah semua dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan enam.. tapi cabaran ni tak siap siap lagi. Wahahaha.. tapi kalau dah habis bulan 6 pun, aku tetap akan habiskan topik-topik ni…

 

17)   What are your spiritual beliefs and how do they impact your relationships/relationship status?

 

Uhukkkk… spiritual beliefs gapo dio nii…….

 

_MG_1405

 

Takdelah spiritual beliefs ke apa.. Tapi kalau di dalam friedship / relationship.. aku percaya KOMUNIKASI tu amat lah penting ! Sebab kalau takde good communication, nanti mulalah mendatangkan salah faham… sakit hati.. lepas tu melarat-larat pulak gaduhnya. Haaa… tak ke sakit jiwa macam tu ??

 

Dengan komunikasi yang baik, dua pihak boleh duduk and berbincang mengenai apa yang terbuku di hati tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana pihak sekalipun… tapi nak berkomunikasi sekali pun, kena cari masa yang sesuai.. kalau tengah gaduh tu, kena tunggu dua dua pihak reda dari kemarahan dulu dan gunakanlah ayat yang baik dan tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.. benda ni apply dalam kedua-dua friendship dan relationship. Haa gituu.. So apa apa pun, sit back and relax ya semua !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

[DAY 16] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aduh aduh sayanggg makin nak dekat dengan tarikh acara Vendeur Festival, makin busy pulak akuuu.. Lets hope semua baju aku siap on time ! Supaya ade lah stok nak dijual semasa acara tu nanti ! Hahaa… Kena gaduh lebih sikit dengan tailor ni ! Okay jom kembali ke jalan yang benar.. mari sambung next topic untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ha… entah berapa puluh entry dah aku miss ni..

 

16)   If you planted a time capsule right now of your life to be opened in 20 years, what would be in it?

 

Hmmmm…. ini pun buat aku berfikir panjang ni… agak-agak apa yang aku nak abadikan untuk dikenang / buka kembali selepas 20 tahun ya ?

 

IMGL0832

 

Kalau perlu aku tanam kapsul masa, aku akan tanam KENANGAN SEMASA DIRI AKU HIDUP SUSAH. Ya.. aku akan tanam semuanya dalam kapsul masa tu.. bagaimana masa tu seorang pun takde di sisi kau, melainkan mak ayah kau. Bagaimana masa tu kau rasa kau selangkah lagi ke arah putus asa. Masa tu kau rasa tak berguna sangat sangat. Semua tu aku akan tanam.

 

Selepas 20 tahun, akan aku buka kapsul masa ni, dan pandang balik ke belakang. Ingat balik semuanya, agar aku sentiasa ingat asal usul, siapa diri aku dan walaupun masa depan tu nanti, MUNGKIN aku berada di atas, aku nak ingat balik macam mana payah aku bermula. How hard life has treated me. Semua yang Allah tentukan, aku akur.. Semoga ada hikmah di sebalik semuanya.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Isnin, 22 Jun 2015

[DAY 15] - The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

15)   Narrate a conversation between you and someone in your life who you never had closure with (a friend, an ex, a family member, etc.) What would you say? What would they say? What outcome would you hope for?

 

Hmmmm…. agak sukar aku nak reka dialog – mengharapkan situasi yang telah berlaku, berlaku seperti yang aku fikirkan..

 

nisakay 2

 

AKU : Kalau awak tak pernah simpan perasaan sikitpun kat saya, atau awak tak pernah berniat nak serius dengan saya, jangan layan saya baik sangat. Biasa-biasa sudah.. macam sebelum ni. Jangan baik sangat. Jangan caring sangat. Saya perempuan, hati halus saya mudah tersentuh dengan layanan sebegini. Sebab nanti bila apa yang saya harapkan tak berlaku, saya yang sakit sendiri. Bukan awak.

 

DIA : Maafkan saya. Ya, mungkin memang saya begitu. Selalu sakitkan hati awak.

 

AKU : Saya tak minta maaf dari awak. Perkara dah jadi pun. Takpelah.. I’ll move on. (Walau dalam hati luka berdarah).

 

DIA : ………….

 

 

Kenapa si dia takde jawapan ? Sebab saya tahu dia takkan ada jawapan… Dan jujurnya saya sendiri tak tahu apa outcome yang saya harapkan.. Hmmm mungkin saya mengharapkannya agar dia tak melakukan perkara yang sama kepada orang lain… Agar tiada hati yang “salah faham” dan kecewa… macam saya……………………….. Atau mungkin… aku mengharapkannya membalas perasaan aku ? Hmmm sukar nak cakap… Tak dinafikan perasaan sayang ini ada.. dan aku ni, once dah sayang orang, aku sukar nak move on, it will takes time. Aku berdoa pintu hati dia terbuka untuk aku.. Tapi.. kalau dia BUKAN JODOH AKU.. Aku terima, pasti Allah punya rencana terbaik untuk aku.

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

[DAY 14] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Okayyy habis kisah Paris ! Marilah sambung upate The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni Haaaa banyak lagi nak kejar ni.. Lebih seminggu dah delay… Haa blogger jenis apalah aku ni suke hati je nak update blog ke tidakkkk !

 

14)   Describe the last moment you felt really,
truly blissful

 

nisakay

Tak perlu cakap panjang. MAK dan ABAH made my entire life truly blissful, every moment. The only people that will definitely be with me even I’m at my lowest point. I may not a good daughter to you two, but please know that Mak and Abah are the greatest gift from Allah that I could’ve asked for. And I love you both dunia akhirat.. Semoga Allah memberkati dua insan kesayangan aku ni… dan mempermudah segala urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan kurniakan kesihatan yang baik..

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Khamis, 18 Jun 2015

[DAY 13] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !

 

13)   Describe how you met the last person you texted and talk about your friendship / relationship

 

Okay.. topik hari ke-13 (aku dah lewat 5 hari !!) suruh aku describe pasal orang last aku text. Hahahaa… aku gelak sebab orang yang paling last aku text ialah boss aku ! Hahahaaa sambung gelak lagi. Should I write about him here ? HAHAHAHAHAH !! Mati la nakkk kena bahan satgi !

 

DSC05401* Gambar di ambil di Barcelona, 2014. Tengah tengok peta nak. menuju ke lokasi event. *

 

Tu boss aku yang baju kelabu tu. Nama beliau Aman Firdaus. Beliau pengasas dan ketua editor kuku besi bagi tempat aku kerja sekarang iaitu AMANZ.MY. Her her.. macam mana first jumpa dia ni ? Hmm… tahun 2010 ke 2011 camtu, aku jadi pengacara jemputan untuk satu channel video ni… Jadi aku cover event la kan senang citer. So boss aku ni ada kat situ. And dia terus offer aku kerja dengan dia. Aku masa tu masih lagi study. So aku cakap kat dia nanti aku fikir lepas habis belajar. Betul-betul habis belajar memang aku contact dia, aku bagitau aku nak try kerja jadi pengacara dengan Amanz ni..

 

 

DSC05644* Pic taken at Barcelona Aeroport on 27th Feb 2014 *

 

Talk about our friendship ? Hahaa. Boss dan pekerja.. kawan kawan la kot. Hahaha…. Bukan nak bodek sebab nak bonus raya lebih, tapi boss aku ni baik la jugak. Uhuk uhuk. Haha serius malas la puji lebih-lebih kang doranh bahan aku dowh ! Hahaa. Tengok la gambar kat atas. Beg bagasi aku yang gabak nak mammm tu pun dia yang tarik kan sampai la ke kaunter check in. Haha.. boss aku dua orang bawak beg kecik je.

 

Boss aku ni tak suke bergambar sangat. Tapi sejak dua menjak ni dia macam hilang keseganan sikit la nak bergambar. Haha sorry boss takde pic yang helok nak upload. Aku rasa ada tapi tah mana tah. Hahaha !! So far aku masih berkerja dengan AMANZ.MY sebagai pengacara mereka. Nampak macam kerja tetap tapi actually aku more to freelance. Aku bersyukur jugak dapat boss yang masuk air sebab tak stress kerja sebab boleh bahan membahan sesama sendiri. Kalau mula-mula kerja dulu aku macam awkward jugak.. lama lama aku pun jadi kaki troll macam dorang. Eh dah la kbai.

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

[DAY 12] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Selamat berpuasa semuaaa !! Hari ni kita dah mula berpuasa, jangan ada puasa olok-olok pulak, baru setengah hari dah mengigil cari makanan… Hahaa.. biasalah tu minggu pertama macam susah sikit nak tahan lapar dan dahaga tu kan… Oh baiklah, di dalam usaha untuk aku tidak tidur selepas Subuh, aku nak sambung update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni okay… Ayuhh !

 

12)   Your proudest accomplishment

 

Hmmmm… pencapaian yang paling dibanggakan ?? Aku tak sure lah apa yang patut aku banggakan dalam hidup ini… I guess, sebab aku masih belum capai apa yang aku betul-betul nak kot… Jadi aku tak rasa aku punya apa-apa yang perlu aku banggakan. Hahaa…

 

NISAKAY KONVO

Hmmmm…. serius tak tahu apa yang nak dibanggakan aku ni… blog dan penulisan pun biasa-biasa saja…. pelajaran pun alhamdulillah okay je, sebab aku ni bukanlah student yang pandai mana pun, so kena rajin lebih sikit laa masa study and buat assignment tu… Kerja pun, alhamdulillah memang buat masa ni aku di landasan yang berpaksikan passion aku. Haha maknanya aku dah ada pun my dream job iaitu hosting dan travel.. Alhamdulillah…

 

So far, aku rasa bersyukur dengan hidup yang Allah beri.. dan yang paling aku banggakan dalam hidup semestinya mak abah aku… Dua insan yang tetap teguh menahan aku tika aku jatuh. Yang tak jemu memberi sokongan dan dorongan agar aku tak terus hanyut dalam kesedihan ujian hidup.. Yang sentiasa kuat hadapi ujian yang Allah beri pada mereka. They are my life, my proud.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 17 Jun 2015

[DAY 11] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay okayy nasib bangun pagi hari ni.. terasa produktif je update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni hahaha.. Okay last entry then nak bersiap keluar dahhh. Ade kerja lah hahaha.. lepas tu malam kang nak update pasal sehari di Paris.. event.. dan lain lain..

 

11)   Your worst/funniest/most embarrassing date

 

 

Hmmmm… a date ?? Lama dah hoi tak berdating kah kah kahhh…. Okay tipuuu… date paling teruk tu takde lah kot.. Everything boleh dikelaskan pada tahap Okay kepada tahap paling sweet hahahaha pffttt !! Gelakkan diri sendiri.

 

GOPR3786

 

Okay kisah nye mengenai my most embarrassing date ! It happened many years ago ! Masa tu umur aku 17 tahun. Hahahaa…. aku ada la keluar dengan sorang mamat ni, budak sekolah aku jugakk. Eh maksud aku dia ex-schoolmate aku.. sebabnya aku tingkatan 5 dan dia tua setahun dari aku. Kami berkawan dah setahun camtu… duduk pun satu taman perumahan.

 

Masa tingkatan 5 tu aku single.. ecewahh.. so aku keluar la dengan mamat ni kan. Masa tu aku baru habis tusyen, then kami jalan-jalan ke bandar lepas tu nak balik ke taman perumahan kami tu, kami naik bas… Dalam bas tu aku duduk sebelah dia la kan…

 

Nak dijadikan cerita, bekas pakwe aku masa tingkatan 4 ada dalam bas tu hoihhh ! Haha aku buat bodoh je la kan… Bekas pakwe aku tu ada dalam bas tu sekali dengan besfren dia yang merupakan kawan yang aku kenal jugak laa… Aku buat biasa saja lah kann nak buat macam mana lagi… Tiba-tiba besfren bekas pakwe aku tu menyanyi kuat-kuat dalam bas “BILA BUNGAAAAA DIPETIK ORANGGGGG…” Lebih kurang macam tu la lirik lagu dia.

 

Malunye aku masa tu takyah nak kata lah kan.. Mamat yang aku date tu bukan tak kenal bekas pakwe aku tu, sebab kami semua satu sekolah ! Kah kah kahh… Nasib la mamat tu cool je.. dari naik bas sampai laa aku turun bas. Serius rasa nak sumpah seranah tapi aku buat bodo je la.. tapi malu gila siot! Hahahaa….. Ngeng je bila ingat balik zaman cinta monyet HAHA !!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

[DAY 10] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Hutang entry menimbun-nimbun ni haaa… marilah teruskan dengan topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! yang seterusnya.. Tapiiii semalammm I accidentally DELETED entry hari ke 8 !!! Alaaa topik yang ciri lelaki idaman tu laa.. Aduihhh boleh pulak terdeletee ! Malas nya nak cari balik or buat balik. Hahaha so teruskan je lah !

 

10)   Google the meaning of your name and talk about how it fits or doesn’t fit you

 

Okayyyyyy google eh ? Ahahaa aku pun dah macam ingat ingat lupa apa maksud nama aku kalau menurut buku nama-nama anak. Hahaa… Kan orang dulu-dulu mana ada google, dorang tengok buku nama-nama yang baik tu jurrr. Hew hew… Okay letsss google !

 

maksud 1

 

Okayyy so aku telah google dengan menggunakan keyword “maksud nama Khairunnisa” dan aku pilih link website yang appear di turutan yang pertama sekali. Malas nak belek website lain hahaha…

 

maksud 2

Ahaaa ternyata nama Khairunnisa itu ada satu maksud sahaja iaitu SEBAIK-BAIK WANITA…. Hmmm adakah maksud nama tersebut sesuai dengan diri aku ? Okay.. aku sangat sangat bersyuku sebab mak abah pilih nama yang ada maksud yang sangat indah untuk aku..Bila orang panggil aku dengan nama penuh aku ni, dia macam doalah jugak kan, agar aku menjadi sebaik-baik wanita gituuu… Dan dalam al-Quran pun ada surah yang menceritakan perihal wanita iaitu surah An-Nisa.

 

Bagi aku, aku masih lagi struggle dengab kehidupan.. mengejar cita-cita dan yang paling penting, improve diri ini. Improve dari segala macam benda… especially dalam mengukuhkan tiang agama aku.. ye lah, ada masa lubang-lubang jugak kan solat tuuu.. dan juga amal yang lain… masih lagi banyakkk benda yang aku perlu belajar dan tanamkan dalam diri agar aku jadi seperti maksud nama aku.. Kalian doakan yang terbaik ya.. In Shaa Allah…

 

 

maksud 3

Ahahaa macam-macam laa website ni.. yang last tu.. ALIM.. Aduhaiii jauh lagi aku dari taraf alim tu.. aku tak mintak jadi alim.. aku mohon agar Allah permudahkan jalan dan terangkan hati aku untuk terus belajar dan belajar untuk menjadi muslimah yang baik.. Amin…

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 12 Jun 2015

[DAY 9] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

Assalamualaikum...

Hutang entry menimbun-nimbun ni haaa… marilah teruskan dengan topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! yang seterusnya.. Walaupun sekarang aku harus buat research pasal benda lain, marilah kita update blog sebarang dua dulu.. Haha.. 

 

 

9)      Your favorite WEIRD or FUNNY single behaviour.

 

 

Ohoooo… WEIRD ? FUNNY ?? Hahaaa aku tak sure lah kalau aku ni kerap buat benda benda yang pelik tapi benar, jauh sekali nak buat perkara yang kelakar setaraf maharaja lawak mega ke apa.. Kui kui kuii…

 

 

SIRI BERCAKAP DENGAN KUCING !

 

IMG_0361

 

Ahahaaa.. yang aku tau, bila hidup single ni, aku nak kan teman.. so aku bela lah kucing. Walaupun aku ni bukanlah orang senang mana pun, makan sendiri pun tunggang langgang.. lagi mau bagi makan kucing ?? Hahaa…

 

Satu perangai aku, aku treat kucing aku MACAM ANAK SENDIRI. Walaupun aku ni takde pengalaman jaga anak orang.. tapi aku anggap kucing aku ni macam anak kecik je.. Makan diberi, berak kencing aku basuh.. aku mandikan.. And satu habit aku.. aku kerap berbual dengan kucing aku.. macam aku bercakap dengan budak-budak. Haha… Aku siap bahasakan diri “mama” kottt ! Bagi pencinta kucing yang lain ini mungkin hal biasa kalau bela kucing. Hehe..

 

 

IMG_0818

Lagi satu tabiat aku kat rumah.. aku KUAT BERANGAN !! Hahahaa.. duk berangan laa jadi m  pelakon la, pelagak ngeri la… penyanyi laa.. Haha walaupun suara ke laut uolss ! Mampuih laaa.. Ada masanya aku suka rakam video aku menyanyi. Pastu aku tengok, gelakkan diri then delete. Kah kah kahhh !! Pastu ulang balik. Rakam, tengok, delete.. Ngek betul ku rasakan !

 

So farrr… itu je lah kot tabiat aku kat rumah. Aku tak rasa aku ni mempunyai tabiat yang pelik-pelik ke apa. Biasa-biasa je laaa.. Hew hew heww…

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

[DAY 7] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aiyoooo… tertunggak lagi entry entru cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. sebabnya Nisa baru je balik dari Bangkok untuk satu acara bersama Air Asia Blogger Community. Memang best ! Apa apa pun.. mari kita teruskan dengan soalan seterusnya iaitu….

 

7)      Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point

 

 

Ahaa… ini satu topik yang memerlukan aku memikir sedalam-dalam nye gituuu…… DI MANA AKU SEKARANG ???? Mari rujuk rajah di bawah dulu ehehee…

 

SUFYA Promo 7

Sekarang aku masih lagi struggle dengan kehidupan. And I bet everyone is. Masih lagi struggle nak memperkenalkan blouse label nama aku sendiri. Serius susah… bukan mudah nak meet customers’ demand and sediakan yang terbaik untuk semua…Macam dalam gambar di atas ni, ini merupakan koleksi pertama jenama aku sendiri iaitu FSYN by Nisakay. Antara yang menjadi dilemma ialah kos produksi yang tinggi, tapi orang nak beli cheap cheap. Haha.. Adoi nakkk, harga yang diletak tu dah setara laa dengan kualiti yang kami deliver. Gitu. So far itu aje lah dilemma setiap hari..

 

 

nisakay WHI

Dann… where I thought I would be at this point ? Haaa setiap hari berangan sekarang ni aku merupakan seorang pengacara di kaca TV… doing what I do best ! Bercakap bercakap. Tapi nak bercakap bukan boleh cakap kosong, cakap tanpa fakta dan sebagainya. Sebagai pengacara kena banyak membaca juga, kena buat homework juga supaya boleh berkongsi info dengan penonton. Gituu..

 

Oh ye.. gambar di atas diambil semasa sesi pertama aku mock run shooting untuk rancangan Wanita Hari Ini di TV3. InshaAllah kalau ade rezeki aku, aku akan terpilih… Buat masa ni sesi mock run shooting masih lagi berjalan.. sampai masanya nanti pihak pengurusan akan memilih di antara 4 orang calon untuk menjadi wajah baru Wanita Hari Ini… Doakan ya ! :)

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Isnin, 8 Jun 2015

[DAY 6] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!







Assalamualaikum...



Okay Nisa update one more entry pasal cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. nanti Nisa akan sambung entry ke Paris dan juga pasal event yang meletops letops. Hahaaa.. Marilah kita ke topik seterusnya iaitu jeng jeng jenggg....




6)      Sound off on the quote “Every woman has the exact love life she wants”





Okay this time kena bagi pendapat pasal quote di atas.. Well.. dah namanya pendapat kan, jadi tak semestinya kita kena setuju dengan quote di atas.. dan tak semestinya jawapan kita tidak bersetuju. When it comes to giving opinion, there is no right or wrong. Gituu...


Pada pendapat aku, aku kurang sependapat dengan quote di atas. KENAPA ? Sebab most of the time kita sukar nak dapat apa yang kita nak.. bukan ? Aku percaya setiap wanita di muka bumi ini ada impian tersendiri bila kita berbicara soal love life. Ada yang nak lelaki macho, gagah perkasa.. ada yang nak lelaki yang simple, sporting dan sebagainya.. Tapi kalau duk berangan saja tak jadi jugak kan ?














Begitu jugak aku, aku ada impian tersendiri kalau bercakap mengenai lelaki idaman, kisah cinta yang diangankan.. dan sebagainya. TAPI aku tak mahu bergantung harap pada impian dan angan-angan semata-mata.. sebab aku yakin apa yang kita duk harap-harapkan tu belum tentu ia baik untuk kita kan???


Seringkali kita menginginkan sesuatu.. tapi end up Allah kurniakan sesuatu yang lain, yang tidak kita jangka pun ! Tapi akhirnya.. ada hikmah di sebaliknya... Aku percaya jika Allah tidak mengurniakan kita apa yang KITA MAHUKAN, maka Dia akan menurunkan kepada kita APA YANG SEBENARNYA KITA PERLUKAN.. Begitulah juga situasinya dalam love life.. Kan ? 


Kadang kala kita tak sedar pun benda ni kan... Bukanlah aku nak suruh korang tak payah berimpian sangat, boleh tu boleh tetapi jangan terlalu mengharapkan keindahan dan kesempurnaan.. Gitu.. Seharusnya kita berdoa sahaja supaya Allah mengurniakan yang baik-baik untuk kita..



Sekali lagi, TAK SALAH untuk mengimpikan your dream love life.. tapi jangan terlampau memburu sangat.. Kalau betul Allah tetapkan rezeki kita untuk dapat apa yang diimpikan, alhamdulillah syukur ! Kalau tidak seperti yang diangankan... janganlah kecewa. Muah ciked !







XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

[DAY 5] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!








Assalamualaikum...



Ayuhh ayuhh sementara ada masa ni, marilah kitaa nak update cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. Hehehee... Ada masa dapat je internet tu kemain duk online je, tengok fesbuk lah tuidder lah.. Haa marilah kita beralih ke soalan seterusnya.. jeng jeng jenggg....




5)       The biggest misconception you think people have about single life.





Ahaaa... agak berat pulak persoalan yang perlu aku jawab dan hurai ni... Misconception ehh ? Salah faham ke tanggapan salah ni ? Ehh ke dua-dua nya sama je ? Hahaha...






Hmmm.. bagi aku ramai yang mempunyai tanggapan bahawasanya orang yang hidup single mingle ni dah terlebih selesa dengan kedudukan sekarang sampaikan orang yang single ni tak mau nak berpasangan. Sebagai contoh, wanita bekerjaya dah ade pendapatan sendiri.. mampu sara diri, makan pakai, kereta.. semualah. Jadi orang ramai berpendapat bahawasanya perempuan bila dah pegang duit sendiri, mereka lebih suka single. Gituu.. Ehh entah betul entah tidak huraian aku ni.



Ini antara tanggapan yang salah yang pernah aku terima. Dikatanya aku ini sudah suka pegang duit sendiri, jadi aku tak heran kalau tak berpasangan sekalipun. Heyyyy biasa sangat dia ye mengata bagi pihak kita. Bagi aku benda tu bergantung kepada individu lah kan.. Kalau dorang lebih selesa fokus kepada kerjaya sekalipun biar lah kan.. Jodoh akan datang sendiri. Percayalah...



Kalau dalam bahasa kasarnya, tanya orang "Bila lah ko nak naik pelamin pulak ni.." bagi aku lebih kurang je kalau kau tanya "Bila lah kau nak mati ni.." sebab semua tu KETENTUAN dan RAHSIA Allah SWT. KetentuanNYA yang Dia dah susun untuk kita, kita tak tahu, dan tak terjangka. Itu je lah nak bebel. Byee...







XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Ahad, 7 Jun 2015

[DAY 4] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!





Assalamualaikum...



Memandangkan dah beberapa hari terlepas nak update cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. maka terkocoh-kocohlah aku nak kejar semua kann. Hahaha so topik seterusnya ialah... :






4)      Your biggest fear as a single person.




Ahahaaaa biggest fear sebagai orang single eh ? Hmmmmm kejap kejap aku cari idea kejap.. Ade ke tak biggest fear. Gituu... Okay laha da dua point.. Jomss baca !







Okayy... biggest fear eh.. sejujurnya TAKDE... Kalau aku dah senang, mudah dan selesa hidup single.. alhamdulillah aku takde lah nak ade biggest fear ke apa.. Kalau aku belum punya pasangan tuan punya tulang rusuk ke apa, inshaAllah aku ada family aku.. FAMILY aku ialah cinta hati aku dunia akhirat.. aku ada mak ayah aku. Aku susah macam mana pun abah mak akan ada dengan aku, akan tetap pandang aku sebagai anak dorang.. dan sebagai orang yang mereka ingin lindungi.. Gituhhh....


Jujurnya.. bagi aku, TAK PERLU TAKUT kalau single... just enjoy the moment ! Korang akan ada masa untuk diri korang, lebih fokus terhadap apa korang nak buat dan sebagainya.. Ada pasangan bagus juga sebab saling melengkapi, boleh minta pendapat dan ada tempat mengadu kan.. And ada masa macam "pffttt" sikit bila kawan kita dating dan bermesraan dengan pasangan depan kita ahaha !!


TAPI... tak perlulah takut sangat hidup single sampaikan nampak macam desperado sangat nak berlaki. Gitu.. biar cinta dan jodoh datang naturally... kita berdoa yang baik baik saja lah ye... Kalau sampai masa yang Allah tetapkan.. inshaAllah sampai juga giliran kita hidup berpasangan ye.. Hehehe.. enjoy life ! Allah sebaik-baik perancang !








XOXO,
Putewi Hensem !






Read More»

[DAY 3] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!






Assalamualaikum...



Alamakkk dah beberapa hari aku terlepas nak update cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. maklumlah.. takde internet dua tiga hari ni memang sakit sikit lah.. Ni pun alhamdulillah pihak Unifi dah settle kerja-kerja relocate Unifi aku.. So mari teruskan topik hari ketiga yang lepas :






3)      Describe a moment or a day when being single was really awesome.




Ahahahaa... ini topik best.. Kalau nak suruh aku senaraikan memang tak habis sampai esok aku duk menaip entry ni. Kekekee.... Tapi takpelah, aku kongsikan sikit je la ye.. Dan apa yang aku nak kongsikan ni bukan perkara asing lagi bagi wanita yang masih belum menemui pemilik tulang rusuk. Amboi !























PERTAMA
Kita tak payah risau lah kalau kita kena duk report kat pasangan kita kalau nak pergi mana-mana.. Ini khas untuk perempuan yang rimas dengan pasangan yang duk curiga dan cemburu tak ketentuan hala. Haa gitu lah. Ada pasangan yang tak kisah pasal ni.. tapi kalau cemburu tak tentu pasal or nak kongkong hidup kite memang TAK la kan..



KEDUA
Lebih fokus terhadap kerja ! Ini berlaku kepada diri aku sendiri. Aku dulu nak pergi event pun pasangan aku cemburu meng-khinzir buta. Haa gitu. Dengan kawan yang aku kenal lagi lama dari dia pulak tu ! Memang bye bye ler jawabnye. Huhu.








 
KETIGA
Jujurnya bila dah single ni.. bagi aku paling best ialah aku rasa aku bebas berkawan ! Seperti dalam gambar di atas, aku ni memang ramai kenalan and kawan lelaki. Bukanlah aku ni takde kawan perempuan.. Tapi aku senang get along dengan member lelaki sebab dorang ni open dan tak complicated. Haha boleh gitu ? So bila takde pasangan ni, memang takde kes aku tak boleh lepak dengan member.. tak boleh mesej dengan member.. haha memang aku takde masa nak layan kerenah cemburu lebih.





Haaa.. itu lah serba sedikit momen-momen dimanakan aku merasakan jadi single ni besttt ! Hehee bukanlah aku kabor aku taknak kahwin atau berpasangan.. Kalau dah BELUM jodoh nak buat macam mana kan.. rujuk semula entry DAY 1 yee.. Haha... Okay lah.. Bubbye..







XOXO,
Putewi Hensem.

Read More»

Copyright © Nisa Kay