Assalamualaikum…
Hari yang sungguh membahagiakan ini terjadi Khamis minggu lepas. Hari tu aku pergi ke kampus untk ambil transkrip yang dah siap di proses dengan kawan-kawan yang turut sama buat transkrip. Lepas ambil transkrip kitorang ramai-ramai lunch kat Restoran Mega Sup Utara, Wisma MAIS Shah Alam.
Lepas lunch, kitorang ke cyber café, nak settle masalah permohonan UPU aku, memandangkan masalah permohonan tu tak tahu dah macam mana nak settle, aku decide nak beli nombor pin UPU yang baru, tapi rasa macam kena tipu sebab dia bagi nombor ID yang sama, tapi aku kena bayar lagi.
Lepas tu aku blah je lah, kawan aku Lela ajak pulak singgah Tutti Frutti sebab dia teringin nak makan. Mulanya aku taknak beli sebab masih kenyang. Iejam pun mulanya taknak beli sebab dia sakit gigi, takut ngilu pulak. Lepas tu tengok Lela dengan Ika beli Tutti Frutti, aku dengan Iejam pun join sekali lepak makan frozen yoghurt kat situ.
Hello, meet my classmate, Ika. Lepas makan Tutti Frutti boleh pulak dia cadangkan pergi IKEA makan meatball pulak memandangkan masing-masing free hari tu. Iejam pulak taknak terus balik Gombak sebab dia taknak stuck dalam jammed waktu maghrib nanti.
Maka, persetujuan telah dicapai dan kami pun gerak ke IKEA. Heehehe here we are! They are my classmates, (dari kanan) Ika, Iejam dan Lela. Errr minah spek mata pakai pashmina tu tuan blog ni ye, tak payah diperkenalkan ye…
Menu wajib, nyum nyum nyum.. Aku pun agak impressed dengan diri sendiri sebab masih mampu menyumbat 5 biji meatball walaupun perut masih kenyang makan mihun sup daging untuk lunch dan makan Tutti Frutti sebelum bertolak ke IKEA.
Dah muak makan meatball kot, Iejam decide nak order sandwich besarrr nih dan a slice of cake. Kek tu baru first time aku rasa, so not bad lah kot. Aku tak suka kek berkacang-kacang nih. Huhuhuuu antara kitorang 4 orang Lela je lah kot tak makan sebab dia kenyang lagi.
Dah puas berborak kat IKEA, bosan pulak duduk lama-lama kat situ… Kitorang turun ke Ikano and then jalan-jalan sikit, aku beli mekap kat Elianto.. Lepas tu gerak masuk The Curve pulak. Ohhh kalau masuk toilet nampak cermin besar memang tak sah lah kalau tak posing maut dulu ye tak???
Kesian Iejam tunggu kitorang. Bosan lagi, kitorang decide nak tengok wayang. Nasib baik movie This Means War ada!! Hehee maka kami beli tiket wayang, lepas tu lepak lagi sementara menunggu waktu tayangan jam 8.30 malam.
And… yeah, makan lagi woot woot!! Ika laa.. ape entah mimpi dia nak beli ais krim Lecka Lecka pulok dahh… Aku dah surrender, tak larat aku nak beli ais krim walaupun aku teringin jugak nak beli. Lagipun dah lama tak makan ais krim Lecka Lecka. Tapi Ika je yang beli ais krim.
Okay, lepas lepak kat Lecka Lecka, kitorang beralih ke kiosk sebelah, Hot & Roll. Kali ni Lela dengan Ika beli pulak roll. Aku dengan Iejam tak beli apa-apa. Malas nak menyumbat dah, kang cepat mengantuk. Lagipun aku tak minat Hot & Roll. Dalam gambar di atas ni cuma gambar posing dengan roll tu. Herherherr…
Okayyy masa untuk bergambar sebelum masuk dewan tayangan. Aku dah baca banyak review pasal movie This Means War. Ramai kata best!! Kawan-kawan aku pun excited nak tengok. Hehehe masa nak masuk panggung aku just beli air sebab haus.
Okay lepas tengok movie tu aku sangat sangat sangat puas hati sebab movie tu memang superb!! Memang kelakar gilaaaa!! Bayangkan dua orang yang berkawan baik boleh berperang sesama sendiri sebab berebutkan perempuan!! Last sekali, perempuan tu pilih… haa siapa belum tengok boleh tengok movie This Means War ye!
Gambar kat atas ni barang-barang mekap yang aku beli kat Elianto.. Mulanya aku nak beli lip gloss je, lepas tu nampak blusher teringat lak aku nak beli. Lepas tu kena pengaruh dengan akak sales girl untuk beli dua eyeshadow supaya cukupkan belian RM60, maka aku pun dapatkan gel wash tu dengan PERCUMA.
Balik rumah tu memang aku terbongkang kat katil sebab perut sangat-sangat kenyang dan mata pun dah mengantuk! Memang seharian keluar bergembira dengan kawan-kawan. Ye lah.. urusan transkrip pun dah settle, so lepas ni mesti dah jarang jumpa…
Ohhh thank you so much classmates! Aku taknak panggil korang ex-classmates sebab kita dah tamat belajar, aku tetap nak panggil CLASSMATES okay! Thank you so much Iejam, Ika and Lela, I had so much fun with you guys. Muah muah!! See you guys soon, take care.
Tudiaaa! Tak pecah perut ke, makan je antara aktiviti2... Hahaha...
BalasPadamhye gorgeous =p sggah jap pas usha fb..
BalasPadambest la =) hopefully prsahabatan tu kekal slamanya even da abeh study.
btw, those food... makes me hungry =p haha
wah...seronok klu bab makan2 ni..
BalasPadamala..nisa byk makan pn badan still kurus cm tu...:p
oh apply upu jugak,, no ID kalau bli banyak kali pon memang dia bagi no yang sama jugak . .
BalasPadamnice holiday :)
wow . makan tak henti . huhuhuhu
BalasPadamkak nisa.. inner y akak pakai 2 beli kat mne ek? cmey je ble pakai..
BalasPadamdah lama x pegi ikea sob :(
BalasPadammakan, makan dan makan..tu yg best..:)
BalasPadamwaw .. asik mkn je pon nisa nie . hehe untung la bnyak duit boleh la p ljan2 kua mkn2 hewhew
BalasPadamthis means war memang best! aku sampai semput nak gelak tengok cite tu..
BalasPadamhaiyoo..bnyak nya mkan..
BalasPadamhai... mag la same pin number tu.. sbb dia kn bg num pin dgn ic kte heheheh.. just p bsn n minta num tu balik je..no need to pay.. ;)
BalasPadambyk giler mkn..x muntah plak korg?hiks :P
BalasPadammeatball ikea..rindunya....
BalasPadamBanyaknya makan....
BalasPadambanyaknye makan. gemuk la nisa pas nih. hee. :D
BalasPadamdaim cake ! otw to ikea sekrang.hehe
BalasPadamKdg2 perut mmg mampu masuk mcm tue punya banyak. Terutama bila hang out dgn kawan - kawan. :D
BalasPadamsedap nye meatball tu !!!
BalasPadamkuatnyer akak makan.. tapi badan maintain je.. btw, u look so gorgeous ! :)
BalasPadamfuyooo mkn kuat...hehe tpi xpe la berat xnaik2 maintain je....
BalasPadamehh kak nisa mule2 ckp iejam xikut sbb xnk stuck dlm jammed.. tp tbe2 ade kt ikea plak.. cmne tu.. hehe.. btw sdp gile tgk gmba meatball tu
BalasPadammakan makan je tapi tak gemuk gemuk jugak. pelik -.- hahaha
BalasPadam