(Penulisan berikut adalah untuk bacaan ringan sahaja. Untuk suka-suka di waktu senggang)
Assalamualaikum..
Ahaa aku kembali lagi menggegar dunia blog dengan hasil penulisan yang tak seberapa. Kuang kuang kuanggg… bajet betol. Tampor kang. Haha. Kali ini hasil penulisan aku berinspirasikan zaman-zaman aku berkapel duluuu… lebih kurang 3 tahun dulu. Haha ambui lamanya dah weh. Hampir lupa dah kenangan yang ada. And juga inspirasi yang datang dari gelagat orang sekeliling..
Bila bercinta, macam-macam ragam dan gelagat yang kita lakukan demi untuk mendapatkan sesuatu dari pasangan atau nak bagitahu sesuatu atau apa-apa je lah. Haa jangan tak mengaku pulak ! Most of us mesti ada buat salah satu point kat bawah kan ! Hahaa… So letsss rungkai.
#1 PRINT SCREEN
Ini aku rasa most girls suka buat. Pantang pakwe suwit sikittt… Caring sikittt, or berkelakuan kelakar di luar jangkaan kat WhatsApp, zasss terus dia print screen dan kongsikannya dengan besfren, group whatsapp girls besfren.. tak kurang jugak kongsi kat laman sosial dengan caption yang berbunyi “Awww awaaa suwit angat angat napeww. Cair kitew awaaa…”
Ahakkss ! Aku pun selalu jugak print screen ni. Simpan buat kenang-kenangan. Bahahhaa..
#2 BAGI HINT
Perlakuan ini banyak dilakukan mostly oleh perempuan (sebab aku pun selalu buat duluuu HAHA) tapi tak semua okay. Bila tarikh hari jadi / anniversary / monthsary / weeksary (?!!) semakin hampir.. dia mula dah upload gambar barang-barang yang diidam-idamkannya.. Handbag ke… Anak patung ke.. iPhone 6 ke (ambui pakwe anak dato ke nih..).. Hahaa.. kalau aku dulu, aku buat taktik scroll instashop, lepas tu tunjuk kat pakwe dengan ucapan, “Ehh you ! Tengok ni, comel lah baju niii…” atau pun.. “OMG tengok jubah ni.. sweet nya kaler dia.. lembut je.. jatuh cinta lah dengan jubah ni !!” Hahaa…
#3 MAKAN SIAPA BAYAR ?
Haa ini isu agak kritis nak dibincangkan. Ada yang berpendapat pakwe lah yang bayor, sebabnya dia lelaki dan dia pakwe kite haha. Ada jugak yang kata, alahh sama-sama student kan, sama-sama bayar lah, nak lagi sweet makan sepinggan sesudu gituu. Ada yang kata gilir-gilir bayar lah. Kalau last week punya dating dia dah bayar, minggu ni makwe la pulak bayar, sama-sama tolak ansur gituu.. Haa aku selalu buat yang bayar gilir-gilir tu. Maklumlah dulu-dulu student lagi, duit pun tak berapa nak hado, makan pun mamak je.. Hew hew.. Korang selalu buat yang mana ?
#4 MULUT KATA LAIN, TAPI HATI…?
Haaa ini paling selalu aku buat. Okay situasi yang aku nak jelaskan kat sini ialah.. bila ada masa aku dan pakwe (dulu punya cerita) bercanggah pendapat, ada masanya aku ikutkan aje kepala beliau.. sebab nya, aku malas nak bertekak. Depan dia aku angguk je, okay sajo lah. Tapi bila balik rumah, bukak twitter / facebook, mulalah keluar ayat-ayat pasrah yang berbunyi begini : “Apakan daya.. siapalah kita kan.. apa lah sangat pendapat aku ni, ditolak diabai diketepikan begitu sahaja.. aku redha Ya Allah..” Haaa biasanya pakwe like je status aku. KAH KAH KAH.
#5 SELFIE
Ahahaa ini kalau dapat pasangan yang suka selfie, mesti tak cukup sekali snap je.. Mesti nak kena snap berkali-kali sampai lah korang mencapai kesepakatan gambar manakah yang menampakkan korang lawa & hensem dan boleh di-upload ! Ambuii kena betul-betul teamwork ni ! Hahaa.. Kalau dapat pasangan yang gila-gila, time korang nak selfie sorang tu, mesti ada yang sedia setia nak photobomb selfie korang. Ataupun, bila selfie bersama, mesti salah seorang buat muka, kalau keluar sudah 1001 ekspresi muka ! Haha terlajak kreatif nih.
#6 PHOTOGRAPHER TETAP
Ahaaaa.. aku tidak maksudkan photographer betul-betul tu ye.. yang buat job amik gambar orang kahwin tu, bukan-bukan... Tapi dalam bercinta ni, pasangan korang mesti telah dilantik dengan sendirinya untuk menjadi korang punya “official photographer” hahaha.. Tak kiralah makwe amik gambar pakwe atau sebaliknya.. Pasangan koranglah yang korang paling harapkan untuk ambilkan gambar OOTD korang. Dah tu, selagi tak lawa, selagi tak dapat angle yang tepat, selagi tu dia kena snapkan pic korang. Kannnzzz ~
#7 DETEKTIF TERHANDAL
Haaa ini lelaki ke, perempuan ke.. dua-dua ada je buat keje ni. Tapi tak semua ya.. Kalau dulu log in Facebook, nak check notification sendiri pun malas. Ada je pasangan, terus rajin sepuluh kali ganda nak check semua benda. T A P I …. ! Check facebook pasangan lah ! Rajin betul check satu demi satu siapakah gerangan yang like status-status dan gambar-gambar beliau. Ahaa.. nampak je komen atau message di inbox yang mencurigakan, jejaga meletup lah perang dunia ke empat belas ! Heee ini pun dulu selalu jadi punca gaduh dengan pasangan iskk… :P
#8 LAGU CINTA
Bila kita dilamun cinta ni, bila bahagia tu.. ambui bahagia sesangat.. nak gelak, nak senyum, nak sengih je memanjang… dengar lagu-lagu cinta semua teringat kan si dia.. Kalau rajin, share lagu kat facebook / twitter lepas tu tag pasangan. Tak pun tulis bahagian lirik yang korang nak tuju kat pasangan. Auwww…
#9 BAJU SEDONDON
Ahaaa inilah antara faktor yang memudahkan kita meneka bahawasanya korang pasangan bercinta / suami isteri. Pakai baju kapel.. atau baju sama kaler.. Kalau oren, pasangan pun oren lah. Sebatu dah boleh nampak auww… Tapi bagi aku, apa yang paling sweet ialah bila korang tak berjanji pun, tapi bila jumpa eh eh baju sama kaler ! Auww kuat jodoh ni ! Hahaha…
#10 SETIAP MASA, SETIAP DETIK !
Ini bukan nak kata pasangan lain lah, aku pun dulu buat niii. Hahaa dulu lahhh… Tapi bagi aku kalau nak inform pasangan segala aktiviti kita pun, berpadalah ye. Jangan sampai jadi gaduh (macam aku dululah hoho~). Mana lah tak gaduhnya, masa on the way balik rumah tetibe teringat nak beli something kat kedai runcit, so singgah kejap. Tapi bila dipersoal kenapa sampai rumah lambat 2 nano saat, tak ke rasa macam “ehh kau dah kenapa” haha ! Aku ni jenis boleh je nak bagitahu segala benda, tapi jangan sampai macam polis yang soal siasat hehe. Kalau aku, aku suka kalau buat hal masing-masing.. bila dah settle, masa untuk rehat, masa tu lah layan mesej. Update pasangan mengenai aktiviti harian korang, bertukar-tukar cerita. Suwit ke idokkk ? Hehee…
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sooo… itu je lah yang mampu aku list kan. Sejujurnya semua ayat di atas keluar dari kepala aku, tengah-tengah malam pulak tu menaip entry ni... Tetibe dapat idea nak update pasal list ragam-ragam ni. Hew heww.. Apa pun ragamnya, inilah yang mewarna-warnikan sesebuah perhubungan tu kan.. ehehe.. kepada yang sedang dilamun cinta, aku doakan korang cepat-cepat naik pelamin ya :) Kepada yang masih mencari (macam aku je tu? ahaha) inshaAllah satu hari nanti akan tiba giliran kita. Wahh berangan dah ni ~
XOXO,
Putewi Hensem.
HAHA :D hebat naww kisah cintanya, hehe tapi semuanya memang betul. Lagi2 yang print screen tuh. hehe wajib buat. taktau knp ^^"
BalasPadamok semua pon buat...so warna warni sangattttt...hahahahaha
BalasPadamBetul tu! Anis suka printscreen.. Tp xingat dh cmne printscreen sdgkan pakai fon cikai je
BalasPadam