Memaparkan catatan dengan label Percintaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percintaan. Papar semua catatan

Rabu, 17 Jun 2015

[DAY 11] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

Okay okayy nasib bangun pagi hari ni.. terasa produktif je update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni hahaha.. Okay last entry then nak bersiap keluar dahhh. Ade kerja lah hahaha.. lepas tu malam kang nak update pasal sehari di Paris.. event.. dan lain lain..

 

11)   Your worst/funniest/most embarrassing date

 

 

Hmmmm… a date ?? Lama dah hoi tak berdating kah kah kahhh…. Okay tipuuu… date paling teruk tu takde lah kot.. Everything boleh dikelaskan pada tahap Okay kepada tahap paling sweet hahahaha pffttt !! Gelakkan diri sendiri.

 

GOPR3786

 

Okay kisah nye mengenai my most embarrassing date ! It happened many years ago ! Masa tu umur aku 17 tahun. Hahahaa…. aku ada la keluar dengan sorang mamat ni, budak sekolah aku jugakk. Eh maksud aku dia ex-schoolmate aku.. sebabnya aku tingkatan 5 dan dia tua setahun dari aku. Kami berkawan dah setahun camtu… duduk pun satu taman perumahan.

 

Masa tingkatan 5 tu aku single.. ecewahh.. so aku keluar la dengan mamat ni kan. Masa tu aku baru habis tusyen, then kami jalan-jalan ke bandar lepas tu nak balik ke taman perumahan kami tu, kami naik bas… Dalam bas tu aku duduk sebelah dia la kan…

 

Nak dijadikan cerita, bekas pakwe aku masa tingkatan 4 ada dalam bas tu hoihhh ! Haha aku buat bodoh je la kan… Bekas pakwe aku tu ada dalam bas tu sekali dengan besfren dia yang merupakan kawan yang aku kenal jugak laa… Aku buat biasa saja lah kann nak buat macam mana lagi… Tiba-tiba besfren bekas pakwe aku tu menyanyi kuat-kuat dalam bas “BILA BUNGAAAAA DIPETIK ORANGGGGG…” Lebih kurang macam tu la lirik lagu dia.

 

Malunye aku masa tu takyah nak kata lah kan.. Mamat yang aku date tu bukan tak kenal bekas pakwe aku tu, sebab kami semua satu sekolah ! Kah kah kahh… Nasib la mamat tu cool je.. dari naik bas sampai laa aku turun bas. Serius rasa nak sumpah seranah tapi aku buat bodo je la.. tapi malu gila siot! Hahahaa….. Ngeng je bila ingat balik zaman cinta monyet HAHA !!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Ahad, 7 Jun 2015

[DAY 4] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!





Assalamualaikum...



Memandangkan dah beberapa hari terlepas nak update cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! niii.. maka terkocoh-kocohlah aku nak kejar semua kann. Hahaha so topik seterusnya ialah... :






4)      Your biggest fear as a single person.




Ahahaaaa biggest fear sebagai orang single eh ? Hmmmmm kejap kejap aku cari idea kejap.. Ade ke tak biggest fear. Gituu... Okay laha da dua point.. Jomss baca !







Okayy... biggest fear eh.. sejujurnya TAKDE... Kalau aku dah senang, mudah dan selesa hidup single.. alhamdulillah aku takde lah nak ade biggest fear ke apa.. Kalau aku belum punya pasangan tuan punya tulang rusuk ke apa, inshaAllah aku ada family aku.. FAMILY aku ialah cinta hati aku dunia akhirat.. aku ada mak ayah aku. Aku susah macam mana pun abah mak akan ada dengan aku, akan tetap pandang aku sebagai anak dorang.. dan sebagai orang yang mereka ingin lindungi.. Gituhhh....


Jujurnya.. bagi aku, TAK PERLU TAKUT kalau single... just enjoy the moment ! Korang akan ada masa untuk diri korang, lebih fokus terhadap apa korang nak buat dan sebagainya.. Ada pasangan bagus juga sebab saling melengkapi, boleh minta pendapat dan ada tempat mengadu kan.. And ada masa macam "pffttt" sikit bila kawan kita dating dan bermesraan dengan pasangan depan kita ahaha !!


TAPI... tak perlulah takut sangat hidup single sampaikan nampak macam desperado sangat nak berlaki. Gitu.. biar cinta dan jodoh datang naturally... kita berdoa yang baik baik saja lah ye... Kalau sampai masa yang Allah tetapkan.. inshaAllah sampai juga giliran kita hidup berpasangan ye.. Hehehe.. enjoy life ! Allah sebaik-baik perancang !








XOXO,
Putewi Hensem !






Read More»

Sabtu, 14 Februari 2015

Ragam Dalam Bercinta

(Penulisan berikut adalah untuk bacaan ringan sahaja. Untuk suka-suka di waktu senggang)

 

Assalamualaikum..

 

Ahaa aku kembali lagi menggegar dunia blog dengan hasil penulisan yang tak seberapa. Kuang kuang kuanggg… bajet betol. Tampor kang. Haha. Kali ini hasil penulisan aku berinspirasikan zaman-zaman aku berkapel duluuu… lebih kurang 3 tahun dulu. Haha ambui lamanya dah weh. Hampir lupa dah kenangan yang ada. And juga inspirasi yang datang dari gelagat orang sekeliling..

 

Bila bercinta, macam-macam ragam dan gelagat yang kita lakukan demi untuk mendapatkan sesuatu dari pasangan atau nak bagitahu sesuatu atau apa-apa je lah. Haa jangan tak mengaku pulak ! Most of us mesti ada buat salah satu point kat bawah kan ! Hahaa… So letsss rungkai.

 

#1 PRINT SCREEN

Ini aku rasa most girls suka buat. Pantang pakwe suwit sikittt… Caring sikittt, or berkelakuan kelakar di luar jangkaan kat WhatsApp, zasss terus dia print screen dan kongsikannya dengan besfren, group whatsapp girls besfren.. tak kurang jugak kongsi kat laman sosial dengan caption yang berbunyi “Awww awaaa suwit angat angat napeww. Cair kitew awaaa…”
Ahakkss ! Aku pun selalu jugak print screen ni. Simpan buat kenang-kenangan. Bahahhaa..

 

#2 BAGI HINT

Perlakuan ini banyak dilakukan mostly oleh perempuan (sebab aku pun selalu buat duluuu HAHA) tapi tak semua okay. Bila tarikh hari jadi / anniversary / monthsary / weeksary (?!!) semakin hampir.. dia mula dah upload gambar barang-barang yang diidam-idamkannya.. Handbag ke… Anak patung ke.. iPhone 6 ke (ambui pakwe anak dato ke nih..).. Hahaa.. kalau aku dulu, aku buat taktik scroll instashop, lepas tu tunjuk kat pakwe dengan ucapan, “Ehh you ! Tengok ni, comel lah baju niii…” atau pun.. “OMG tengok jubah ni.. sweet nya kaler dia.. lembut je.. jatuh cinta lah dengan jubah ni !!”  Hahaa…

 

 

#3 MAKAN SIAPA BAYAR ?

Haa ini isu agak kritis nak dibincangkan. Ada yang berpendapat pakwe lah yang bayor, sebabnya dia lelaki dan dia pakwe kite haha. Ada jugak yang kata, alahh sama-sama student kan, sama-sama bayar lah, nak lagi sweet makan sepinggan sesudu gituu. Ada yang kata gilir-gilir bayar lah. Kalau last week punya dating dia dah bayar, minggu ni makwe la pulak bayar, sama-sama tolak ansur gituu.. Haa aku selalu buat yang bayar gilir-gilir tu. Maklumlah dulu-dulu student lagi, duit pun tak berapa nak hado, makan pun mamak je.. Hew hew.. Korang selalu buat yang mana ?

 

 

#4 MULUT KATA LAIN, TAPI HATI…?

DSC_0231

Haaa ini paling selalu aku buat. Okay situasi yang aku nak jelaskan kat sini ialah.. bila ada masa aku dan pakwe (dulu punya cerita) bercanggah pendapat, ada masanya aku ikutkan aje kepala beliau.. sebab nya, aku malas nak bertekak. Depan dia aku angguk je, okay sajo lah. Tapi bila balik rumah, bukak twitter / facebook, mulalah keluar ayat-ayat pasrah yang berbunyi begini : “Apakan daya.. siapalah kita kan.. apa lah sangat pendapat aku ni, ditolak diabai diketepikan begitu sahaja.. aku redha Ya Allah..” Haaa biasanya pakwe like je status aku. KAH KAH KAH.

 

 

 

#5 SELFIE

DSC09518

Ahahaa ini kalau dapat pasangan yang suka selfie, mesti tak cukup sekali snap je.. Mesti nak kena snap berkali-kali sampai lah korang mencapai kesepakatan gambar manakah yang menampakkan korang lawa & hensem dan boleh di-upload ! Ambuii kena betul-betul teamwork ni ! Hahaa.. Kalau dapat pasangan yang gila-gila, time korang nak selfie sorang tu, mesti ada yang sedia setia nak photobomb selfie korang. Ataupun, bila selfie bersama, mesti salah seorang buat muka, kalau keluar sudah 1001 ekspresi muka ! Haha terlajak kreatif nih.

 

 

 

#6 PHOTOGRAPHER TETAP

Ahaaaa.. aku tidak maksudkan photographer betul-betul tu ye.. yang buat job amik gambar orang kahwin tu, bukan-bukan... Tapi dalam bercinta ni, pasangan korang mesti telah dilantik dengan sendirinya untuk menjadi korang punya “official photographer” hahaha.. Tak kiralah makwe amik gambar pakwe atau sebaliknya.. Pasangan koranglah yang korang paling harapkan untuk ambilkan gambar OOTD korang. Dah tu, selagi tak lawa, selagi tak dapat angle yang tepat, selagi tu dia kena snapkan pic korang. Kannnzzz ~

 

 

#7 DETEKTIF TERHANDAL

Haaa ini lelaki ke, perempuan ke.. dua-dua ada je buat keje ni. Tapi tak semua ya.. Kalau dulu log in Facebook, nak check notification sendiri pun malas. Ada je pasangan, terus rajin sepuluh kali ganda nak check semua benda. T A P I …. ! Check facebook pasangan lah ! Rajin betul check satu demi satu siapakah gerangan yang like status-status dan gambar-gambar beliau. Ahaa.. nampak je komen atau message di inbox yang mencurigakan, jejaga meletup lah perang dunia ke empat belas ! Heee ini pun dulu selalu jadi punca gaduh dengan pasangan iskk…  :P

 

 

#8 LAGU CINTA

Bila kita dilamun cinta ni, bila bahagia tu.. ambui bahagia sesangat.. nak gelak, nak senyum, nak sengih je memanjang… dengar lagu-lagu cinta semua teringat kan si dia.. Kalau rajin, share lagu kat facebook / twitter lepas tu tag pasangan. Tak pun tulis bahagian lirik yang korang nak tuju kat pasangan. Auwww…

 

 

#9 BAJU SEDONDON

GOPR0076

Ahaaa inilah antara faktor yang memudahkan kita meneka bahawasanya korang pasangan bercinta / suami isteri. Pakai baju kapel.. atau baju sama kaler.. Kalau oren, pasangan pun oren lah. Sebatu dah boleh nampak auww… Tapi bagi aku, apa yang paling sweet ialah bila korang tak berjanji pun, tapi bila jumpa eh eh baju sama kaler ! Auww kuat jodoh ni ! Hahaha…

 

 

#10 SETIAP MASA, SETIAP DETIK !

Ini bukan nak kata pasangan lain lah, aku pun dulu buat niii. Hahaa dulu lahhh… Tapi bagi aku kalau nak inform pasangan segala aktiviti kita pun, berpadalah ye. Jangan sampai jadi gaduh (macam aku dululah hoho~). Mana lah tak gaduhnya, masa on the way balik rumah tetibe teringat nak beli something kat kedai runcit, so singgah kejap. Tapi bila dipersoal kenapa sampai rumah lambat 2 nano saat, tak ke rasa macam “ehh kau dah kenapa” haha ! Aku ni jenis boleh je nak bagitahu segala benda, tapi jangan sampai macam polis yang soal siasat hehe. Kalau aku, aku suka kalau buat hal masing-masing.. bila dah settle, masa untuk rehat, masa tu lah layan mesej. Update pasangan mengenai aktiviti harian korang, bertukar-tukar cerita. Suwit ke idokkk ? Hehee…

 

 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 

Sooo… itu je lah yang mampu aku list kan. Sejujurnya semua ayat di atas keluar dari kepala aku, tengah-tengah malam pulak tu menaip entry ni... Tetibe dapat idea nak update pasal list ragam-ragam ni. Hew heww.. Apa pun ragamnya, inilah yang mewarna-warnikan sesebuah perhubungan tu kan.. ehehe.. kepada yang sedang dilamun cinta, aku doakan korang cepat-cepat naik pelamin ya :) Kepada yang masih mencari (macam aku je tu? ahaha) inshaAllah satu hari nanti akan tiba giliran kita. Wahh berangan dah ni ~

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Copyright © Nisa Kay