Assalamualaikum...
Okay Nisa update one more entry pasal cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. nanti Nisa akan sambung entry ke Paris dan juga pasal event yang meletops letops. Hahaaa.. Marilah kita ke topik seterusnya iaitu jeng jeng jenggg....
6) Sound off on the quote “Every woman has the exact love life she wants”
Okay this time kena bagi pendapat pasal quote di atas.. Well.. dah namanya pendapat kan, jadi tak semestinya kita kena setuju dengan quote di atas.. dan tak semestinya jawapan kita tidak bersetuju. When it comes to giving opinion, there is no right or wrong. Gituu...
Pada pendapat aku, aku kurang sependapat dengan quote di atas. KENAPA ? Sebab most of the time kita sukar nak dapat apa yang kita nak.. bukan ? Aku percaya setiap wanita di muka bumi ini ada impian tersendiri bila kita berbicara soal love life. Ada yang nak lelaki macho, gagah perkasa.. ada yang nak lelaki yang simple, sporting dan sebagainya.. Tapi kalau duk berangan saja tak jadi jugak kan ?
Begitu jugak aku, aku ada impian tersendiri kalau bercakap mengenai lelaki idaman, kisah cinta yang diangankan.. dan sebagainya. TAPI aku tak mahu bergantung harap pada impian dan angan-angan semata-mata.. sebab aku yakin apa yang kita duk harap-harapkan tu belum tentu ia baik untuk kita kan???
Seringkali kita menginginkan sesuatu.. tapi end up Allah kurniakan sesuatu yang lain, yang tidak kita jangka pun ! Tapi akhirnya.. ada hikmah di sebaliknya... Aku percaya jika Allah tidak mengurniakan kita apa yang KITA MAHUKAN, maka Dia akan menurunkan kepada kita APA YANG SEBENARNYA KITA PERLUKAN.. Begitulah juga situasinya dalam love life.. Kan ?
Kadang kala kita tak sedar pun benda ni kan... Bukanlah aku nak suruh korang tak payah berimpian sangat, boleh tu boleh tetapi jangan terlalu mengharapkan keindahan dan kesempurnaan.. Gitu.. Seharusnya kita berdoa sahaja supaya Allah mengurniakan yang baik-baik untuk kita..
Sekali lagi, TAK SALAH untuk mengimpikan your dream love life.. tapi jangan terlampau memburu sangat.. Kalau betul Allah tetapkan rezeki kita untuk dapat apa yang diimpikan, alhamdulillah syukur ! Kalau tidak seperti yang diangankan... janganlah kecewa. Muah ciked !
XOXO,
Putewi Hensem
entry yang best..
BalasPadamsemue orang pun harap akan memenuhi impian yang diimpikan....tapi looking back...ai memang xcapai lansung apa yang ai impikan....sedihkan.......
BalasPadam