Memaparkan catatan dengan label Annas Easkey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Annas Easkey. Papar semua catatan

Isnin, 27 Ogos 2012

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Annas Easkey!

 

Assalamualaikum…

 

Wahh meriahnye Syawal, umat Islam menyambut kemenangan sebulan kita berpuasa. Tapi sedih jugak sebab Ramadhan bulan mulia dah berlalu.. Apakah kita berpeluang lagi nak mengumpul amal ibadah di bulan Ramadhan akan datang? Mudah-mudahan ya…

 

Di bulan Syawal ni jugak aku kena berkejar buat review yang dah lama sangat sangat tertangguh, entry berbuka puasa, events dan entry raya. Semua kena buat sebelum aku berangkat ke Pulau Mutiara. Baiklah.. entry kali ni adalah entry sebagai tanda syukur kepada Allah dan terima kasih kepada blogger / photographer yang amat dikenali rakyat Malaysia iaitu ANNAS EASKEY.

 

Sebelum raya hari tu photographer Annas Easkey menganjurkan contest duit raya. Peserta cuma perlu buat entry mengenai beliau. Syarat pun mudah aje. Aku suka join contest yang syaratnye mudah-mudah je. Hehe.. aku ambil hampir sejam jugak sebelum mula menaip. Sebab aku nak hasilkan entry yang ikhlas untuk Annas Easkey. Menang atau tidak, itu rezeki masing-masing kan..

 

annas3

 

Hari ni aku masuk blog Annas Easkey setelah di Dashboard blogger.com aku memaparkan yang beliau ada entry terbaru. Dup dap dup dap kejap bila entry baru beliau itu adalah entry mengenai keputusan contest yang dianjurkan beliau. Allah! Aku hampir saja lupa mengenai contest tu! Oh ya, untuk contest Annas tu, KLIK SINI untuk baca entry aku.

 

annas4

YA ALLAH !! Terkejut aku melihat senarai pemenang yang dipilih oleh Annas Easkey. Nama yang kedua tu.. Nisa Kay.. Ya Allah macam tak percaya pun ada.. dua kali aku refresh page blog Annas sebab nak make sure apa yang aku nampak. Ternyata nama dan link blog aku yang tertera di situ.

 

ALHAMDULILLAH !! Ya Allah.. rezeki Syawal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Kepada Annas Easkey juga, anda juga seorang yang pemurah. Terima kasih di atas keikhlasan hati anda untuk berkongsi rezekiNYA dengan kami. Semoga Allah permudahkan jalan anda, dan semoga Annas terus tabah dan terus mencipta nama sebagai rakyat Malaysia yang berjaya inshaAllah !

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 13 Ogos 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh raya dah semakin hampir. Pasti kita semua tengah bergembira sebab tak lama lagi raya boleh makan juadah raya yang sedap-sedap, pakai baju baru, jumpa sanak saudara dan sahabat handai.. yang paling best, dapat duit raya!

 

Tapi jangan pula kita terlalu bergembira. Dalam bergembira syukur menyambut raya yang bakal tiba, bersedihlah kita kerana Ramadhan yang teramat mulia ini akan meninggalkan kita. Sudah banyakkan amal ibadah yang kita lakukan? Apakah kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengannya?

 

Membebel pulak aku!! Motif??? Aku sebenarnya buat entry ni sebab photographer terkenal se-Malaysia nak bagi duit raya uolls! Siapa taknak wehh? Hahaha aku selaku pengikut tegar blog photography beliau, haruslah nak duit raya kan! Siapa photographer itu.. tak lain tak bukan ANNAS EASKEY pap pap oleyy!!

 

 

SAYA SUKA ANNAS EASKEY KERANA…

Beliau adalah seorang beliau adalah seorang photographer yang sangat sangat sangat berbakat, dan paling membanggakan dia orang Malaysia! Aku ingat lagi masa first time aku masuk ke blog Annas (yang link lama), ada gambar perempuan pakai dress putih kat header, lepas tu aku punyelah ingat blog tu blog photographer luar negara. Tapi aku pelik URL blog Annas masa tu bahasa melayu. Excited kejap bila tengok hasil kerja orang negara kita setanding dengan hasil kerja photographer luar negara! Malaysia boleyh ya! And bagi aku memang tugas photographer untuk menjadikan gambar itu secantik-cantiknya kerana gambar adalah a memory piece yang kita nak simpan lama. Aku tengok siapa pun yang shoot dengan Annas, dia akan sedaya upaya bagi gambar tu hasilnya kebabomm! Tak caya? sila tengok koleksi gambar Annas KAT SINI.

 

BAJU RAYA SAYA BERWARNA…

Hijau turqoise, pink, ungu dan maroon! Hehehe macam banyak je kan.. Alhamdulillah rezeki tahun ni aku mampu tempah sepasang baju raya guna duit sendiri dan beli jubah warna pink. Sepasang lagi baju warna maroon ungu tu hadiah dari orang :’) Alhamdulillah.

 

KATA-KATA SEMANGAT BUAT ANNAS EASKEY…

Kejayaan itu pasti buat mereka yang berusaha keras dan memohon berkat dan limpah rezeki dari yang Maha Esa. Namun perjalanan untuk ke puncak itu bukan semudah yang semua sangka. Segala penat lelah, pahit maung yang kita hadapi itu ujian Allah terhadap kita, apa kita layak menerima kejayaan yang diidamkan? Jika kita sentiasa sabar dengan setiap ujian, inshaAllah Allah akan beri semanis-manis kejayaan untuk kita kecapi. Dan jangan pula kita peduli terhadap mulut-mulut dan perbuatan tidak baik yang ditujukan terhadap kita. Sesungguhnya itu juga satu ujian agar kita terus-menerus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan. Dan keampunan buat mereka akan membuatkan hidup kita lebih aman dan gembira inshaAllah. Ya, kita BOLEH lakukannya :)

 

annas2

Ni adalah antara hasil photography Annas Easkey.. Walaupun Annas pernah shoot bintang-bintang popular sekalipun, tak pernah aku tengok Annas ni meninggi diri. Alhamdulillah… keep it up :)

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 19 Mei 2011

Aku berangan nak join Project X by Annas Easkey

Assalamualaikum semua…

Wahhhhh tajuk tak boleh belah! Berangan je laa keje aku.. Blog Annas Easkey ni aku selalu jugak baca… ehh maksud aku tengok.. Tengok ape? Skodeng ke? Haippp!! Ade pulak! Aku suka tengok gambar-gambar dalam blog beliau laaa.. Aku kan suka bab-bab photography nih. Wahhh gitewww!

Tapi bengom nye aku masa tu, aku tak follow blog dia, aku baca aje. So, bila aku lost link dia, ak dah tak baca dah. Aku baca balik masa Cik Epal story mory dalam blog dia pasal Annas Easkey nih. Tahu-tahu aje dia dah lancarkan Project X dia. Aduhh melepas aku! Ciss masalahnye layak kah aku? Kahkahkah!

 

Ada banyak peserta kategori muslimah yang aku minat.. Tapi aku nak reveal dua daripadanya saja yek!

AYUNNISA RAHMAN. Pemilik blogshop kegemaran aku Ayunar. Aku dah beberapa kali jumpa dia, orangnya sangat friendly dan cute! Hehehe VOTE FOR HER HERE !!!

 

IEDA MANSOR. Entah nape aku suka sangat gambar dia yang belah kiri tu. Hehehee… Jom ke blog beliau ! VOTE FOR HER HERE !!!

 

 

Bukan bermakna aku tak suka yang lain. Banyakkkk yang aku suka, tapi aku promote dua aje lah ye. Hehehee yang lain-lain tu, korang boleh tengok kat album fan page Annas Easkey Photography .

Ouhhh ye, tak lupa juga, dua peserta yang sengit bersaing!!! Sebab kedua-dua nya mendapat undian tertinggi setakat nih! Dua-dua pun aku suka! Dua-dua lawa wehhh!!!

 

 

FATIN LIYANA

 

MARIA ELENA ZARUL

 

Whaaaaaaaaa semua nya jelitawan weh! Sah sah laa aku kena kick awal-awal kalau aku mencuba nasib nak join Project X ni. Hukhukhuk~ Aku suka sangat mekap dorang nih. Tak over sangat. Sweet aje aku tengok. Kalau lah aku…. aisehhhh!! Berangan lagi aku!

By the way… goodluck kepada semua peserta PROJECT X by Annas Easkey. Korang ramai-ramai la pegi like fan page Annas Easkey Photography yek! Tak pun tengok hasil kerja Annas Easkey ni kat blog Annas Easkey.

Errr kalau ada Project X lagi, aku nak join boleh tak? Kahkahkah!


Read More»

Copyright © Nisa Kay