Memaparkan catatan dengan label Berita Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Harian. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mac 2012

Muka keluar surat khabar Berita Harian.

 

Assalamualaikum..

 

Pagi-pagi aku dah terkujat terkujit sebab baca satu entry di blog MiG Online. Heee kembang hidung tak terkata, gembira apatah lagi.. Dapat keluar surat khabar disamping pelakon kesayangan. Uolls don’t be so jelly jelly yah!

 

Berita Harian YSF

Haaa ini gambar scan salah satu muka surat sisipan Hip dalam surat khabar Berita Harian. Aku ambil gambar ni dari salah satu entry di MiG Online yang baru aku baca tadi. Wahhh dah keluar surat khabar uolls!! Tak sangka Berita Harian nak interview Yana Samsudin sekali dengan ahli-ahli kelab peminat Yana iaitu Yana SuperFriends.

 

Alkisahnya, kami ada meet up untuk makan-makan, lepak dan sekali mengisi borang undi untuk gerak gempur mengundi Yana Samsudin untuk pusingan akhir ABPBH akan datang ni. Maka, sekalilah Yana Samsudin pun datang dengan wartawan yang ingin menemuramahnya dan merakam aksi sebahagian ahli YSF yang ada di situ.

 

Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kat Yana SuperFriends dan Yana Samsudin, tak lupa juga Berita Harian. Bagi yang meminati Yana Samsudin korang boleh follow twitter Yana SuperFriends ya! Boleh mengeratkan lagi hubungan sesama ahli YSF. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 29 Mac 2011

Jeles la pulak tengok Maya Karin mesra dengan Remy Ishak!

Haihhh 4.44am??? Aku gosok mata. Betul ke ni?? Hmmm kenapa aku tak terasa langsung nak tidur nih? Kenapa dengan diri aku ni? Ke aku ni memang biologically programmed? Hah sudah ape jadah aku mengarut pagi-pagi ni??!!

ARRGGHH!! Emosi tak stabil betullah aku! Takpe.. takpe.. minggu ni aje! Ooppsss!! Hahahaa… Haihh aku tak boleh tidur. Sedikit kecewa dengan apa yang berlaku malam tadi (oke tipu, kecewa banyak!)

Malas nak layan perasaan yang kacau, aku mimpi ape entah sampai bukak website Berita Harian Online. Tup tup!! Aku nampak pelakon favorite-aku-jugak-lah bermesraan dengan perempuan lain! Ohhhh darling kau curang dengan aku ye!!

Pic credit to : Berita Harian

Wuuuu Remy Ishak kau curang dengan aku ye?? Ape ni amik gambar sandar-sandar pulak?? Kau ingat ini sandarkan pada kenangan ke hape? HOOOOOO!!! Ke kau orang dua ni bercintan cintun?

Warrgghhh gile dah aku! Padahal aku ni takde laa minat mana pon dengan Remy Ishak ni kalau nak dibandingkan dengan Fahrin Ahmad. Ooppss!!! Haha…

 

Ceritera ‘cinta’ mereka terus berlegar, bagaikan tiada berkesudahan selagi Maya, 31 dan Remy, 28, belum menemui belahan jiwa masing-masing.


“Cerita ini tidak pernah habis dan akan ada saja yang diperkatakan,” ungkap Remy sedaya mungkin cuba meletakkan noktah daripada terus berbicara soal hati.


Pertemuan petang itu memperlihatkan sikap gentleman dan perasaan hormat yang tinggi dimiliki empunya nama lengkap, Mohd Zalimie Ishak itu terhadap wanita yang sedang didampinginya itu.

- Berita Harian

Ape nih??? Apa nih??? Pengakuan bercinta ke hape?? Haishhh!!! Jeles laaa… jeles laaa.. Hahah tetibe! Giler ke aku?

 

Remy tidak kekok memimpin tangan Maya membantu wanita itu mencari posisi selesa untuk mencantikkan sesi fotografi bersama B*POP kali ini. Santai, spontan dan bersahaja, barangkali keserasian yang bertitik tolak daripada pementasan Natrah disusuli Cun mendorong khalayak pantas membuat kesimpulan ada sesuatu antara mereka.


“Seandainya perkara itu berlaku, penonton pula percaya wujud cinta antara kami berdua itu bermakna kami berjaya melunaskan tanggungjawab yang diberikan pengarah,” kata Remy meleraikan segala tanda tanya.

- Berita Harian

Ooohhhhh… Berlakon aje ye rupenye?? Hahahhaa oke tak jeles dah! Hahahah sekali lagi, giler ke aku? Sebenarnye saje je…. Remy Ishak aje ponnnn.. Nasib laa bukan Fahrin Ahmad. Hahahaa!!!

Entah sejak bila laa pulak blog aku ni jadi blog gosip artis. Wuuuu!!! Ni sume gara-gara emosi tak stabil! Hahhhh!!

More stories : CLICK HERE

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay