Memaparkan catatan dengan label Pizza Hut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pizza Hut. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

Iftar di Pizza Hut dan STEP UP Revolution

 

Assalamualaikum…

 

Sebelum aku biarkan entry ni bersawang lalu basi, lebih baik kiranya aku update kat blog dulu.. Walaupun gambar-gambar makanan yang akan menyusul tiba bakal mengundang kemarahan bagi individu berpuasa, tapi hey itulah dugaan bulan puasa right? Itulah yang kita kena tahan kan, right?

 

Tanggal 1 Ogos yang lalu, aku berkesempatan berbuka dengan ex-classmates aku semasa diploma dulu. Walaupun ade dua orang cuma, tapi mereka inilah yang sangat aku rindui. Turut menyertai berbuka puasa ialah Arip, senior gadang aku dan Syafiq Rosli, rakan blogger aku.

 

P1016531

With Ana yang kini berkerja di TM Klang dan sangat semangat pakai jersi Team Malaysia itu. Mentang-mentang kau keje TM kan, so kau dapat free je lah kan jersey tu? Ehh aku pun dapat free jugak? Hohoho..

 

P1016534

With my dear Shiema! Nun jauh datangnye dari Taiping kan.. So memang aku takkan lepaskan peluang untuk bertemu dan berbuka puasa dengan beliau. Hee Shiema ni tanyelah apepun pasal Kpop inshaAllah dia boleh jawab :p

 

P1016535

Yang berbaju hijau dan malu-malu kucing nak bergambar tu lah Arip, senior aku. Ehh pemalulah sangat kan kau ni Arip! Makan sambil tersengih-sengih, ambik gambar pun sambil sengih tutup mulut…

 

 

cats

So this is what we ate on that day.. Garlic bread, deli chicken wings, pepsi, cheese-baked meatball, and two regular pizzas. Kenyang aihh makan, tu belum masuk borak-borak lagi, padahal hakikatnye aku terpaksa berkejar pulak ke The Curve untuk premiere screening STEP UP REVOLUTION bersama Nuffnang.

 

P1016544

So inilah antara rakan-rakan blogger yang turut sama dalam premiere screening itu. DARI KIRI : Syafiq Rosli, Ikeen, Nisa Kay, Koqin Karemo dan Akmal Hilmi yang sekarang dah tak ber-blogging. Motif sangat kan kitorang bergambar depan poster Dark Knight Rises.

 

P1016547

Okay ini baru betul bergambar depan poster dan skrin yang menayangkan trailer filem STEP UP REVOLUTION. Oh lighting kat Cineleisure tu amatlah tak lawa nak ambil gambar tapi aki taram aje lahhh!

 

P1016550

With my partner on the screening day, AKMAL HILMI. Woi Kemal bila lah kau nak kembali ke zaman kegemilangan kau blogging hah? Hahahaa motif sangat aku kan!

 

P1016554

With Koqin Karemo yang sungguh berbangga dapat CD Soundtrack Step Up Revolution.

 

P1016556

Ouhhh yang ni feeling-feeling kat stesen bas lama. Kat e@Curve sekarang ni ade props ala-ala stesen bas gitu.. Feeling balik kampung nak beraya kan? Hua huaa…

 

P1016560

Sementara abang-abang yang lain decide nak lepak mana lepas tengok wayang, aku mintak tolong Ikeen amik gambar aku dekat props yang ada kat situ. Kemain tau…

 

Maka lepas kami tengok wayang tu kami decide nak lepak kat kedai mamak area situ-situ. Maka aku penuhkanlah perut aku dengan roti canai untuk sahur. Dalam pukul 2 jugaklah kami balik. Hehehe pendek kata, berbuka puasa dengan kawan-kawan best.. Filem STEP UP Revolution pun best! Tengok jangan tak tengok!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 10 Julai 2012

21 TAHUN – Dah layak mengundi dah???

 

Assalamualaikum…

 

Semalam duk blogwalking, dan salah satu blog wajib baca ialah blog Fatin Liyana. Aku duk syiok la baca entry birthday beliau. Bila beliau mention yang birthday beliau jatuh pada 12 Jun lepas, aku macam wondering “Ehhh kenapa macam ada something yang aku lupa nih?”

 

Maka lepas ku ingat-ingat, lepas ku paksa-paksa otak aku mengingat apa yang aku nak ingat, baru aku sedar yang… birthday aku jatuh sehari selepas birthday FL, iaitu pada 13 JUN!! Wohooo yeahh yeahh baru aku sedar yang aku ni dah 21 tahun. Ehh masih muda kan? Sobss…

 

So masa hari birthday aku tu, bersamaan dengan hari RABU, aku ingat lagi ada beberapa perkara yang aku buat dari pagi sampai malam! Huhuhu. Pagi-pagi lagi aku dah keluar pergi event.. Lepas tu, ikut boss meeting kejap. Lepas tu paksa boss belanja makan sebab aku birthday girl! Hahaa..

P1010897

Yeehuuu yehhuu dapat pizza ! Sebenarnya boss dah plan nak ajak makan-makan kat Seoul Garden, tapi apakan daya Seoul Garden yang kami tuju tutup pulak??? Grrr! Tapi takpe.. rezeki aku dapat makan pizza hut pon dah okay sangat!

 

 

P1010901

Pepsi for four.

 

 

P1010905

Creamy and hot mushroom soup.

 

 

P1010909

Hot and fluffy garlic bread!

 

 

P1010910

Cheesy Bite Steak Pizza yang mengancam! Pizza ni baru je keluar masa tu. Sedap jugak ar masa tu, boleh order pizza daging atau pizza ayam. Nyum nyum~

 

 

P1010914

Kasi close up sikitttt… Aummm sedap nye sedapnyee…

 

 

P1010921

Kalau pergi Pizza Hut mesti aku order smoothies ni! Sedapppp… Mango Tango Yoghurt Smoothie! So kami meeting sambil makan-makan gituuu. Sambil memanfaatkan plug dan wifi yang ade. Ngeh ngeh~

 

 

P1010938

Kami lepak sampai petang jugak lah.. Lepas maghrib, aku ikut boss pergi Menara TM pulak, sebab ada dinner sempena pelancaran MY1CONTENT. Aku tak paham sangat apa ke benda MY1CONTENT ni, aku ni ikut je boss aku dinner. Dapat makan free. Kekekee..

 

 

P1010966

Huehuehue ni lah muka aku selepas makan-makan. Actually masa tu perut ku masih kekenyangan sebab makan pizza tapi dah ikut pi dinner, maka aku makan la jugak. Hidangan lak sedap, ala-ala hotel 5 bintang gituu. Muehehee..

 

Baiklah sekian entry birthday yang bosan lagi melaghakan. Mihmihmih… Birthday aku biasa-biasa je, takde hadiah, takde surprise, takde sambutan yang betul-betul sambutan. Paling grand pun tu la dia pergi makan pizza. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 6 Januari 2012

Ultimate Cheesy Pizza! Can you handle it?

 

Assalamualaikum…

 

Hamboi hamboiii tak menahan tau letak tajuk entry slogan pizza dengan 7 jenis keju tu. Haaa dah alang-alang aku sebut, so korang dah tahu lah ye aku akan menulis satu entry mengenai PIZZA !!! Yaaa pizza!!!

 

IMG_8846

Okay kejap aku nak tayang gambar a good friend of mine. In fact daripada semester satu lagi kawan aku ni sangat baik, tak pernah gaduh dengan aku dan selalu tolong aku mana-mana yang dia mampu. Dan dia tak berkira pun dengan aku. Meet Elfiandri :)

 

 

IMG_8848

Makan-makan di Pizza Hut juga disertai oleh tetamu khas aku iaitu Eazy Izzuddin. Aku memang dah lama niat nak belanja Eazy makan pizza sebab dia tolong aku buat video mekap Maybelline aku dulu. Dan video tu lah yang melayakkan aku menjadi salah seorang finalis Maybelline’s Favourite Blogger.

 

Walaupun aku tak menang pun dalam contest tu, tapi menjadi salah seorang finalis adalah sesuatu yang masih boleh dibanggakan. So thank you so much kat Eazy Izzuddin sebab sudi tolong rakam video Maybelline aku walaupun aku mintak tolong last minute.

 

 

IMG_8851

Appetizer… Garlic bread dan mushroom soup yang masih panas! Pergghh memang membuka selera! Aku suka garlic bread cicah sup cendawan!

 

 

IMG_8852

Memandangkan aku beli satu set pizza, maka air yang sedia ada dalam menu ialah Mountain Dew. Aku malas nak tukar ke apa. Walaupun aku jarang sangat minum air ni, tapi aku tibai aje…

 

 

IMG_8855

Yeahhhh large Ultimate Cheesy Pizza! Dengan 7 jenis keju di dalam pizza ni cukup buat air liur kitorang meleleh-leleh beb!! Baunye pun buat aku terangkat! Tak sabar nak makan oiii!!!

 

 

IMG_8856

Kejappp.. tahan nafsu makan jap.. kita posing duluuu… Kekekeee…

 

 

IMG_8868

Posing jangan tak posing ye Eazy.. Kekekee… Gembira bila dapat makan pizza ye. Aku pon happy jugak dapat mengenyangkan perut!

 

 

IMG_8863

Maaf la ye Eazy dan El.. Aku ni memang pelahap sikit. Tak menyempat terus ngappppp!!!!

 

 

IMG_8878

Yearrgghhh perut sudah kenyang. Pizza dengan 7 jenis keju! Cant you handle it??? Huuu memang sangat mengenyangkan sebab pizza tu padat dengan keju! Tapi dapat pizza yang fresh baked memang aku terus ngap! Sebab makanan yang masih panas membuka selera aku.

 

So maafkan aku ye buat entry makanan tengah-tengah malam ni. Kang berhabuk gambar-gambar ni aku dok peram dalam hard disk! Kui kui kui~ So kesimpulannya, Ultimate Cheesy Pizza, yeahh we can handle it!!!

 

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Rabu, 9 November 2011

Dinner! Tiba-tiba teringin spaghetti!

 

Assalamualaikum…

 

Wuihhh tak habis-habis dengan spaghetti lah aku ni. Siapa yang baca blog aku dari dulu mesti tahu kan yang aku ni peminat spaghetti. Hohohoo… Semalam ingat nak dinner dengan kawan-kawan lepas habis discussion, tapi Afif dengan Iejam taknak join pulak.

 

So, aku calling-calling Kak Norin, roommate aku yang baru balik dari kerja. Aku suruh dia turun bas kat Kompleks PKNS, jumpa kat sana terus. So aku terus rushing balik, simpan lappy, then amik handbag and off to Kompleks PKNS. Sampai kat sana aku settle hal payment sikit, then melilau cari tempat makan.

 

Mula-mula nak makan kat PKNS, tapi macam tak banyak choice, tak kena dengan selera pulak. Cehhh kemain aku ni cerewet! Jalan-jalan dalam SACC pulak, adehhh ada sale Elianto, tapi tahan kan aje.. sebab tengah tak ade fulus. Hakhakhak.. Last sekali baru decide makan kat Pizza Hut aje lah.

 

Bandar Shah Alam-20111108-01608

Errgghhh abaikan muka aku yang tengah meriah dihinggapi jerawat sebab hormon tak stabil. Senyum pun tak ikhlas??? Grr!

 

 

IMG-20111108-01607

Meet Kak Norin. Heeee first time dinner dengan roommate kat pizza. Kitorang ni simple aje. Kalau malas keluar makan aje maggi kat rumah, kalau rajin sikit keluar beli burger kat lorong belakang rumah. Hohoo~

 

 

IMG-20111108-01611

Yeahhhh pembasah tekak dah sampai! Itu dia iced lemon tea kak norin punya, dan Mango Tango Yoghurt Smooties kegemaran aku! Perghhh suka suka!!!

 

 

IMG-20111108-01614

Aku order set spaghetti penne with meatball. Sebenarnya aku order spghetti meatball aje, waitress yang ambil order tu salah dengar kot? Tapi tak kisahlah, sedap jugak?

 

 

IMG-20111108-01615

Yang ni pulak personal pan Pepperoni Delight pizza yang Kak Norin order. Huuuu disebabkan aku kenyang, maka tak sempat lah merasa pizza nye. Sempat rasa sikit aje, keraknya rangup weh!

 

 

IMG-20111108-01620

Aummmm!! Makan laju tak hengat, kejap aje dah habis separuh pinggan. Sedap juagk eh penne ni? Boleh order lagi lepas ni. Herherherr… Tuuuu dia pizza Kak Norin kecil-kecik jangan disangka kurang cheese! Waahaa…

 

 

IMG-20111108-01621

Tak lama lepas adegan makan laju tak hengat itu, maka licinlah pinggan spaghetti penne meatball aku tadi. Alhamdulillah kenyang! Heheee entah kenapa lah malam tu tekak aku nak spaghetti. Gedik betol lahhh…

 

Lepas makan kitorang lepak-lepak minum kejap… Then pergi Pasaraya Giant yang terletak kat basement SACC Mall ni. Bila lalu kat lobi SACC ni, terpaksa lah buat tak nampak dengan sale Elianto, padahal dalam hati ni dah geram dah dengan lipstick matte terbaru dia. Hakhakhak…

 

 

 

Lepas beli apa-apa yang patut, so masa untuk balik dan rehat. Hohooo…. So thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dah lama tak melantak di Pizza Hut !!!

 

Assalamualaikum semua..

 

Wahh aku rasa macam dah lama aje aku tak update pasal makan-makan ye tak. Maklumlah sekarang aku ni busy dengan final year project. So aku dah jarang keluar makan-makan dan berjimba dengan kawan-kawan. Tapi entry kali ni pun dah agak basi…

 

IMG_7843

Aksi makan-makan di Pizza Hut Sunway Pyramid berlaku dengan jayanya lepas aku menghadiri Sidang Media Pilih Kasih musim ke-3. Maklumlah, masa event berlangsung masing-masing busy ambik gambor aje, makan nye sikit aje. So kitorang ke Sunway Pyramid untuk main bowling dan makan. Sayangnya tempat main bowling tutup sebab ada tournament.

 

IMG_7846

Inilah para jejaka yang turut serta dalam sesi mengenyangkan perut. Wuuuu…

 

 

IMG_7847

Senyuman kegirangan tiada batasan bila perut dah lapor dan tak sabar nak makan!!! Wuargghhh!!!

 

 

IMG_7854

Hausss!!! Sangat sangat best! 3 orang order Asam Boi Fizz, sorang order Tropical Fizz, dan aku pula order Mango Tango Yoghurt Smootie. My favorite okayh!

 

 

IMG_7856

Cheese-baked meatball. Bebola daging dengan kuah masala, dibakar penuh kasih sayang bersama limpahan keju dan dihidang segarrrr dari ketuhar! Terbaikk!!!

 

 

IMG_7858

Fettuccine Creamy carbonara! Aummm ini sedap jugak! Aku memang suka lahh pasta!!!

 

 

IMG_7861

Ini pulak spaghetti meatball dengan taburan cheese! Wawwww…

 

 

IMG_7869

Oriental wing is back okayhh!!!

 

 

IMG_7863

Epul dengan asam boi fizz dan spaghetti meatball.

 

 

IMG_7864

ANDYHOWTT dengan asam boi fizz dan creamy carbonara.

 

 

IMG_7870

KAIZEN SHINOBI dengan creamy carbonara dan tropical fizz.

 

 

IMG_7875

Akak PEN MERAH dengan oriental wings, spaghetti meatball dan asam boi fizz. Amboiii tamak nyerr~

 

 

IMG_7872

Ini sapa lak nih??? Hahaaa ni lah tuan tanah kedaung blog nih. Semestinya aku kenyangkan perut dengan cheese-baked meatball dan mango tango yoghurt smoothie!!! Wuhuuu….

 

Burrppp… memang sendawa lima belas kilometer sejam aku hari tuh! Alhamdulillah ada juga rezeki aku makan di Pizza Hut… Maklumlah, last time aku makan di Pizza Hut.. errr sebulan setengah yang lepas? Okayyy thanks kepada semua blogger di atas yang sudi luang masa dengan haku. Lain kali makan lagi hoyeahh??

 

 

Bye bye! Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay