Memaparkan catatan dengan label meuz angelo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meuz angelo. Papar semua catatan

Isnin, 19 November 2012

Jom join giveaway pertama oleh MEUZ ANGELO !

 

Assalamualaikum…

 

Yaaa tanpa berbicara panjang lagi, aku nak umumkan bahawa abang aku, pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin telah melancarkan giveaway yang julung-julung kali diadakan..

 

Ehem ehem… ramai yang tanya, Meuz Angelo ni abang betol aku ke? Abang angkat ke? Abang tipu ke? Haaa jangan mengada buat spekulasi. Beliau ni abang betul, abang kandung, sama mak sama ayah okay! Hahaha.. Korang tengok header blog aku, haaaa Meuz Angelo la yang buat.

 

GA

 

Haa bercerita pasal giveaway pertama yang abang aku jalankan ni, adalah bersempena nak meraikan followers blog beliau yang selama ni setia mengunjungi blog beliau walaupun beliau malas ya hampun nak update nye ! Oke jom tengok apa hadiahnye :

Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(perfume name will be added soon)
Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.
Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10
Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5

 

Dannnnn marilah kita ramai-ramai mengunjungi blog-blog para penaja untuk giveaway pertama blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner untuk mengunjungi mereka :

banner1

banner2

banner3

banner4

banner5

 

Marilah ramai-ramai joinnnn giveaway abang aku

[ KLIK DI SINI ]

~Nisa Kay~


Read More»

Isnin, 9 Januari 2012

Wajah baru blog Saya Suka Menaip tahun 2012

 

Assalamualaikum…

 

headernw

Korang ingat tak header blog yang ni??? Aku pernah guna tapi tak lama.. Heee mungkin gambar awek dalam header di atas seksi sangat, berlawanan dengan aku kot? Hahaa…

 

 

header_nisa

Kemudian aku guna header ini. Header yang banyak dapat pujian sebab efek 3D nya. Dan juga beberapa item dalam header ni banyak berkaitan dengan aku, seperti spec mata dan DSLR di atas.

 

Setelah hampir setahun guna header ini, aku decide nak tukar header. Bukan mengada bukan dah menyampah dengan header ni, tapi sebab aku inginkan wajah baru yang lebih kemas dan lembut untuk blog kesayangan aku.

 

Sepanjang bulan Disember aku duk survey designer blog, sebab sejujurnya aku agak cerewet bila nak memilih designer blog. Kang dapat yang tak memahami citarasa kan dah tak best?

 

 

nisakay

Akhirnya setelah aku berputus asa nak survey, abang aku iaitu MEUZ ANGELO offer untuk buat header blog aku. Errr sebenarnya aku yang paksa. HAHA!! Mula-mula header yang dia design macam skema ayam sangat. So aku paksa jugak nak header yang gegurl.

 

Dan taraaaa…. header yang tersergam ayu kat blog aku ni dia pasang petang tadi. Hehehe suke makkkk. Ayu, lembut, gegurl semua adalah! Tak lupa aku suruh dia tepek gambar aku walaupun tak berapa nak ayu.

 

Aku saja suruh dia tempek nama NISA KAY besor-besor sebab mulai tahun 2012 ni aku nak blog ni beridentitikan nama aku! So, “Saya Suka Menaip” tu biarlah menjadi caption, atau pun penerangan diri aku.

 

Aku ada suruh dia edit sikit-sikit blog aku ni. Dan Alhamdulillah blog aku dah kemas sikit berbanding sebelum ni. Jadi.. inilah imej tahun baru blog Nisa Kay ini… Terima kasih along aku MEUZ ANGELO sebab edit blog aku.

 

 

headernisakay1

**UPDATED** Tak sampai sehari pun header yang tadi menghiasi blog ni, baru tadi along aku tukar header aku kepada bentuk yang lebih jelita ahaksss!! Ditambah dengan corak kerawang sangat cantik!! Backgoround pun dah tukar sikit. Ohh hebat along aku si MEUZ ANGELO sebab aku tak payah bagitahu aku nak macam mana.. He already knows. HAHA!!

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 20 Mei 2011

Facebook aku semakin comel dan kemas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!

Wahhh bukan main semangat ye aku nak bercerita pasal facebook aku yang semakin comel, semakin kemas. Hahahahaa…. Aku sebenarnya malas nak cerita banyak. Jom layan gambar yang aku printscreen dari laptop aku.

 

fbHaaa.. gedabak siot!! Tapi aku suka gilaa macam ni. Sangat simple!

 

fb clearKlik pada gambar untuk tumbesaran paling best. Korang akan nampak thumbnail dia dah bertukar menjadi rounded-corner. Dah takde petak-petak dah. Cun lah weyh!

 

fb clear 2Haaa ce tengok! Ce tengok!! Aku suka lah macam ni! Tapi ingat, semua ni hanya untuk pengguna Google Chrome sahaja!

 

Macam mana aku ubah interface facebook ni? Hanya dengan beberapa klik, semuanya jadi. Mudah! Tak payah susah susah dah!

P/S : Ada yang kata kalau notification banyak, dia tak boleh scroll ke bawah, so penyelesaiannya… bukak aje notification tu in new tab. hehehe

 

NAK TAHU MACAM MANA CARANYA, JOM KE BLOG MEUZ ANGELO

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 2 Mac 2011

ENTRY BALAS BALIK : Bukan aku yang nakal lah !!!

Kepada sesiapa yang baca blog along aku, mesti korang ade baca entry beliau yang bertajuk Beraksi Nakal Di Hujung Minggu. Lepas tu dalam entry tu sesedap karipap aje abang aku mengata aku buat muke entah apa apa.

Hahahaaa jeles la tuuuuuu… Hekhekhekk…. Tak kesah lah dia dah update dulu pasal ni, tak kire nak update jugak! Hekhekhekk…

 

IMG_1506

HOH..!! Ni lah gambor yang dia kata aku suke buat muka entah apa-apa tuh… Sampai hati ko ye along… Hekhekhekk.. Ni muke penat der… Bukan aku sengaja nak “ziarah” setiap kedai yang ada… Cuma, aku tak jumpa lagi ape yang aku nak. Huhuu….

 

IMG_1482

Weeeeeeee!!! Spaghetti! My fav food ever. Hekhekhekk… Apa tah nama spaghetti ni.. panjang bebenor, aku tak ingat! Hohohooo… Tapi serius sedap weyhh!!! Beli kat foodcourt kat Times Square tu aje, tapi memang sedap!! Kalau aku pergi TS lagi, aku nak makan lagi benda alah ni! Hekhekhekk…

 

IMG_1514Pasangan jenayah aku pada hari kejadian.. Faten Rosli, rakan blogger yang aku kenal masa gathering ni. Yang sebelah kanan pulak, berbaju merah tu Nadhirah, kawan lama aku dari sekolah menengah! Dia sekarang study UiTM Shah Alam.. Senang laa aku berjimba dengan beliau. Hahahaa…

 

IMG_1515Tu dia tak cukup tangan nak angkat beg-beg semua…. Alhamdulillah ada sikit rezeki pada hari tu, yang membolehkan aku membeli sikit. Hekhekhekk… Tak ada lah.. Aku sebenarnya nak pergi TS tu sebab nak beli barang sikit untuk dinner fakulti aku… Dah alang-alang tuh jumpa laa along aku. Hehehe..

 

catsSesi bergambor bersama lelaki hensem, poster kedai barangan sukan. Hahahahaaa… Muke sume nak excited abes aje. Hekhekhekk…

 

IMG_1540

Muke cemerlang pada hari itu.. Tak lupa juga kepada kawan saya, Hisyam sebab join sekaki menziarah sekitar Times Square.. At least abang aku tuh ade gak geng jantan. Tak ade lah kesepian aje. Hekhekhekk!!! Ohh ye gambor kawan yang sorang nih takde lak.. sebab dia yang dok mengambil gambor. Hahahaaa….

Oke, lepas exam kalau ade duit nak shopping lagi. Kali ni nak beli something untuk adik kat rumah. Hehehee… INSYAALLAH…

P/S : saya dah penah cite saya ade jumpa seorang blogger. hhehhehee…. nnt sy update ye :D

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Februari 2011

Diari Seorang Blogger Tegar : Kenapa?

Tetiba datang mood giler. Apakah? Mahu tulis diari lak? Haktuihhh. Mahukah orang baca? Setakat penulisan picisan macam aku punya nih. Harus ke? Harus ke di baca???

Kisah hari Sabtu.. harap belom basi…

Semalam pusing Times Square bagai nak gila. Cari boots. Cehhhh boots konon! Selepas aku try beberapa boots, aku rasa boots tak lawa pulak. Motif? Aku rasa boots buat aku nampak pendek. Pulak dah!

Dah tu semua pakat nak pakai boots pulak sekarang. Huuu aku malas beli semata mata nak compete dengan sesiapa, atau nak ikut orang lain. Kalau orang lain beli, aku kena beli lah? Aku kena berlumba-lumba sape beli dulu? Gitu? Cheeiitttt~

Alaa biarlah orang lain pakai, dorang lawa pakai ape pon lawa. Aku tak lawa. So biar aku jadi diri aku. Aku suka heels! So aku rembat ini satu…

IMG_1512

Nasib baik tengah sale! Thanks along! *wink wink* Ouhh di dalam kejakunan aku membelek gelang, aku di approach oleh seorang blogger. Wargghh sapekah? Next entry ye.

Hari ini . . .

Bangun awal la sangat. Kepala masih ting tong. Penat sangat kot. Celik mata bukak facebook.. bukak blogspot. Yeahhh! Cemerlang betol!

 

Dah pukul 11pagi . . .

Aku tergopoh gapah bersiap. Mekap macam kena lumur tepung gomak sikit. Ada apa pulak?? Nak pergi Putrajaya, nak interview blogger! Ben Ashaari yang otai tu pun ade! Ramai lagi blogger yang datang… Siapa kah?? Next next entry oke?

 

What??? Dah gelap? Seram wooo….

Shooting video bersama para blogger berakhir bila hari dah gelap pon! Haiyohh haiyoh.. seram okeh! Dah lah kat area tu macam kureng homo sapien aje.. Aiyokkk tak tahu! Nasib baik shooting dah habis! Lapar oke… Mia.. Phil.. Abang Zul.. jom balik!

 

Ehhh pukul 1.49 pagi dah?

Aku tengah tulis entry ni. Teringat banyak lagi gambar yang belum aku go through… Nak sort out kan, delete mana2 yg tak jadi.. Haiyahhh.. along sudah bising, bila mau send gambor di TS. Nanti la ye. Koi tengah ada gangguan emosi di sini.

Entry sedang ditulis. Aku tengah sakit mata. Aku malas. Sorry entry tak bermanfaat.

 

PEACE.


Read More»

Sabtu, 19 Februari 2011

Abang aku kata kalau letak gambar, orang lagi berminat nak klik? ? ?

Haaaa tajuk yang aku utarakan nih adalah mengenai abang aku… Siapa lagi kalau bukan pemilik blog Gulai Tempoyak Ikan Patin, iaitu Meuz Angelo. Beliau laa yang cakap kalau letak gambar, orang lagi minat nak klik.

 

Capture

Hoh??? Klik apa? Gambar apa.. Gambar apa? Hehehee meh aku terangkan… Abang aku menganjurkan sesi link exchange. Kui kui kui. TETAPI! Bezanya link exchange yang abang aku buat nih, dia suruh kita sertakan gambar… Tak kira lah gambar ape pun… Nanti biar dia crop kan sendiri…

Haaa… bila dah buat entry tuh, letak laa gambar yang korang nak guna untuk link exchange ni… Along!!! Koi nak guna gambor ni ye ye ye…

DSC_3823Pic credit to : Syam Creativeheart

 

Haaa… bila dah siap entry, submit aje link entry anda itu ke entry abang aku YANG INI TAU !!!! Syarat-syarat penyertaan sesi link exchange ni pon ade kat situ…

So, bila abang aku dah crop gambor korang, dia akan jadi macam ini :

Untitled

Haaa nampak tak, abang aku susun dalam bentuk thumbnail??? So bagi aku memang menarik la kan…. Kemungkinan untuk orang klik gambar lebih tinggi daripada letak link semata-mata…. Korang boleh letak gambar korang yang pose menarik. Jangan letak gambor lucahan pulakk. Adehhh…

So… nak join? Nak join link exchange???? SILA SERBU ENTRY INI. Pastikan korang baca dulu terma dan syarat ye..

Peace.

 

 

 

P/S : Letak gambar diri sendiri lah.


Read More»

Copyright © Nisa Kay