Memaparkan catatan dengan label Shawl Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shawl Tutorial. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2016

VIDEO | Tutorial Shawl (bersama Picohontas KL)



Assalamualaikum...



Haa kali ni special sikit sebab nya Nisa nak kongsikan video tutorial ringkas pemakaian shawl dan juga berkongsi antara shawl-shawl yang dijual oleh instashop @picohontas.kl . Haa menarik nya kali ini video ini dibawakan oleh @picohontas.kl ! Shawl yang mereka jual banyak corak yang menarik tau ! Jom tengok video..





Hee thanks for watching to those yang tonton video Nisa sampai habis. Video simple tutorial dan juga sedikit close-up corak-corak shawl yang ditawarkan oleh instashop @picohontas.kl  ni. Haa teruskan scroll ke bawah.. ni ada gambar-gambar corak shawl yang Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl nii. semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih yang manaa haha...




Haa ini shawl corak ala geometri, Nisa suka gabungan warna-warna pada corak ni. Tema ala pink dan purple gitu. Shawl yang banyak warna macam ni memang boleh masuk dengan banyak kaler baju. Kaler merah bata boleh, peach, purple (gelap atau lembut) dan of coss baju kaler pink !






Yang ini pulak corak abstrak dengan warna hitam sebagai warna asas. Corak dia pun ada beberapa warna. Nisa memang suka corak abstrak. Kalau corak dia ada few colours pun bagus sebab macam Nisa mention tadi, Nisa senang nak match dengan banyak jenis baju.





Yang ini menarik perhatian Nisa sebab coraknya ala Burberry gitu. Haa memang femes corak ni. Dan sekarang corak ni dah ada banyak warna. Nisa pilih shawl ni, sebab Nisa suka corak dia, dan Nisa suka warna kuning. Rasa macam naik seri muka pakai kaler kuning kah kah. Oh ye, pada yang nak tengok tutorial camne nak pakai shawl seperti dalam pic ni, boleh tengok video ini.





Last but not least... Shawl dengan corak bunga-bunga.. Yes tema floral pulak ya ! Sebagai perempuan, tak sah la kalau takde printed shawl dengan tema bunga kan ? Nisa suka coraknya yang terletak di bahagian bawah shawl. Nampak ala-ala ada gradient kat situ.. Atas plain, bawah corak. Nisa suka kaler kelabu jugak, sebab tu pilih shawl ini dari instashop @picohontas.kl.



Nisa suka sangat semua shawl-shawl di atas ! Semua Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl haha memang sangat lah memeningkan.. sebab mereka ada banyak juga corak-corak yang menarik, terkini dan of cos la cantik-cantikk.. 


Oh ye, shawl di atas ni semua WIDE SHAWL tauu... lebar dan panjang. Senang sangat nak buat stail labuh tutup dada, dan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai lagi jenis stail tanpa perlu singkatkan tudung. Plus material dia sangat ringan dan mudah bentuk. Ada yang Nisa tak payah nak gosok pun, dapat je terus pakai! Haha.. Jadi, jom lah ramai-ramai follow instashop @picohontas.kl dan shopping shawl dengan dorang ye ?




Dibawakan oleh :








Read More»

Jumaat, 15 Januari 2016

TUTORIAL SHAWL - Layer-Cross Style



Assalamualaikum...




Sesejak Nisa upload gambar dengan gaya tudung ini mesti ada seorang dua yang minta Nisa buatkan tutorialnya... Ada juga beberapa gambar lain yang mempamerkan Nisa mengenakan gaya selendang seperti ini. Ada masa pakai shawl saiz biasa, ada masa pakai shawl saiz lebar sikit.. Juga ada beberapa followers di instagram yang meminta Nisa melakukan tutorial bagi stail ini..








Bagi tidak menghampakan peminat (puihh perasannya!) Nisa buat jugak video tutorial untuk stail shawl ini. Hehehee. sebenarnya stail ini antara stail kegemaran Nisa sebab rasa macam ayu sangat jer bila mengenakan stail ini HAHAHA kemain ko ye Nisa !!!








Heee mudah kan.. Tapi video ni agak lama (3 minit lebih untuk satu tutorial rasanya macam lama) sebab Nisa nak tunjuk satu persatu secara perlahan cara nak pakai ni. Kang buat laju-laju kang marohhh lak Hik okay gurauuu !








Ahaaaa tiga minit lebih tu sebenarnya duk feeling-feeling depan kamera jahhh ! Haha mohon jangan kecam sis !







Baiklahh sampai di sini sahaja entry ringkas mengenai shawl tutorial ni. Mudah sangat laaa.. Haa bagi yang nak tampil agak berlainan untuk majlis atau acara tertentu boleh lah cuba tutorial ini atau cuba Gaya Shawl Ala Elfira Loy hahahah over tau tajuk ! 




Okay lah.. Selamat mencuba dan jangan jemu untuk terus mencuba agar dapat hasil stail yang anda inginkan dan juga yang sesuai dengan bentuk muka masing-masing ya ! Muahhhh !!




XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Ahad, 20 Disember 2015

TUTORIAL SHAWL - Gaya Shawl Ala Elfira Loy



Assalamualaikum...

























Ahaaa... Sebenarnya, gaya shawl ni orang duk panggil ala ELFIRA LOY maybe sebab Elfira masa mula-mula berhijab tu dia rajin mengenakan gaya sebegini.. Haa bila artis dah bergaya, orang ramai pun berpusu-pusu nak ikut sebab tengok dia pakai lawanyaaa...


Nisa pun tak ketinggalan nak mencuba. Sebelum tidur sekilas Nisa lihat tutorial shawl yang bermain di skrin henpon, tah pukul berapa Nisa tertidur Nisa pun tak sure. Haha.. Esok nya pergi event, Nisa cuba-cuba mengenakan gaya shawl ni. Ehh jadi pulak ! Padahal Nisa tengok video ni takdelah tengok sangat pun, Nisa tengok dengan mata separuh tertutup pulak tu haha.


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi dan Nisa rasa serasi dengan gaya ni. Nisa suka sebab gaya ni menutup dada - namun ia bergantung kepada lebar shawl juga yaaa... Kalau pakai shawl yang lebar, memang akan dapat hasil yang menutup dada macam ni. Sooo jom tengok tutorial versi Nisa pulak !







Heeee segan pulak rasanya.. macam dah lama tak buat tutorial shawl macam ni.. Banyak juga permintaan buat tutorial shawl ni instagram, di twitter.. Nisa sangat sangat hargai ingatan dan sokongan penonton video-video Nisa yang terdahulu... Sekarang bila dah free sikit dan ada kemudahan tu,





Kepada mereka yang dah tengok video Nisa ni dan mencuba style shawl ni, boleh kongsikan dengan Nisa di Twitter Nisa ya ! Nanti Nisa RT style kalian tu yaaa... Oh yaa.. style macam ni nampak lebih berbeza dengan style ringkas dan biasa yang kita pakai setiap hari tu kan, so boleh lah pakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti dinner, acara dan juga kenduri-kendara gituuu... Apa-apa pun HAPPY TRYING ya !







XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Jumaat, 23 Ogos 2013

VIDEO – My everyday basic style wearing shawl

 

Assalamualaikum..

 

Haihhh bila tak boleh tido ni macam ni la jadinya.. Start develop habit update entry pagi-pagi buta macam ni.. Memang tak tahu apa punca takleh lelap langsung dah sekarang. Badan penat dan lesu, mata dah kuyu pun tak leh nak lelap.. Hmm xpelah.. it will be okay soon, I guess.

 

save

 

Okay macam ni citer dia.. Aku memang kalau pegi event, aku lebih suka pakai shawl sebab nampak lebih ayu (cehh) dan juga lebih kemas berbanding tudung bawal. Entah kenapa la aku rasa bila pakai tudung bawal nak gi event apa-apa, mesti tudung tu buat hal. Senget la.. kemek laaa. Adoi stress daku !

 

 

cara 2

So ramai jugak orang yang bertanya melalui laman instagram aku, macam mana aku pakai shawl.. macam mana aku pakai shawl.. Aku ase dah bape puluh kali aku jawab, cari saja di Youtube.. cari saja di Youtube.. Namun masih ramai yang tanya macam mana aku pakai shawl. Disebabkan mereka bersungguh-sungguh nak tahu, maka aku pun dengan penuh kesungguhan buat video di bawah ni untuk korang :

 

 

Ok dah sudah tengok dah? Haa siapa yang ade account Youtube bolehlah subscribe dengan channel aku ya ! Hahaha kemain tauu aku promoteee !! Bila aku usha balik channel Youtube lama aku, agak sedih lah sebab terpaksa bertukar ke channel yang baru.. sebab ada video lama yang dah lebih 1 juta views.. and subscriber lak dalam 2000 lebih gitu.

 

Tapi apakan daya, channel yang satu lagi tu sangatlah caca marba. Takpe nanti aku upload balik video-video mekap aku dulu ye. Hahahah bila tengok video lama rasa kelakar nak mati pulak. Isskk betapa tak matangnya perangai!

 

cara 3

 

Okayy lah! Thanks for watching ya semua ! Lebih kurang macam ni laa gambar penuh (bahagian deoan) kalau aku pakai shawl biasa. Tapi sekarang tengah gemar halfmoon shawl ahahh! Boleh usha gak tutorial halfmoon shawl kat channel youtube aku eh..

 

Daaa !! Muah muah !

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 19 Ogos 2013

VIDEO – Macam mana aku pakai selendang halfmoon

 

Assalamualaikum…

 

blog1

Ini antara gambar raya yang aku upload hari tu. Maka berduyun-duyunlah orang menanyakan tutorial dan juga mana nak beli tudung ini. Adik-adik, akak-akak cantik sekalian.. Pertama sekali, yes aku mendengar luahan korang dan aku dah ade video tutorial. Kedua, ini halfmoon shawl adalah produk akan datang online shop FSYN by NK aku.

 

 

DSC08019

Ini adalah produk percubaan ya.. Aku baru try test beberapa warna.. And try test ukuran juga.. Memandangkan saiz yang sekarang ni agak singkat (mungkin ramai yang suka labuh) aku tengah try test uji supaya saiz yang paling ideal dapat dikenalpasti. Apa-apa pun nantikan produk terbaru dari FSYN by NK ya ! Dan selamat menonton video tutorial dibawah !

 

 

 

Psssttt !! Halfmoon shawl merupakan kegemaran terbaru aku. Sebab depan belakang curvy lawa sangat dan tak payah nak lilit sampai lima enam kali untuk nampak kemas. Bila tak lilit berlapis-lapis macam kuih lapis, pakai pun lebih selesa, ringan dan tak panas.

 

 

 

Thanks semua !

 

P/S : Senarai peserta giveaway masih belum siap ye… Nantikannn!!


Read More»

Ahad, 13 Januari 2013

VIDEO – Tutorial Cara Saya pakai long wide shawl

 

Assalamualaikum..

 

Duhhh i has been ages since the last time I posted my last video on my Youtube channel ! Well, I kinda lose interest in making videos, tutorial videos especially. I dont know why.. Maybe because of the bad responses that I’ve been receiving. Or because there are already too many tutorials in Youtube.

 

And lately I’ve been receiving quite a lot of requests, asking me how I wear my shawl, the one that super long and wide shawl. So I made this video. Well, I think I left my camera at home. Or.. hmmm where is it ya?? (only now I feel worried!) So I recorded this video using the front camera of my Galaxy Note 2. So not bad eh? And make sure you watch it in 480p quality for clearer video.

 

 

Heee there you go. Messy me and messy shawl! I was extremely lazy to iron the shawl. But if you like the idea of crumple or crinkle style shawl, don’t bother to iron it. Just wear it as it is. AHAH!! Andddd I dont know why I talked slowly. When I watch this video back I feel like,"What’s wrong with me? Why I was so afraid to speak a lil’ bit louder?” Heh!

 

Okay by the way thank you for those who have been requested my tutorial video. You guys are so sweet.. but I’m such a mess in the video :( But anyway thank you once again! Muahhh!!

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 20 Julai 2012

Menangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets !

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni banyak habiskan masa di facebook juga twitter… Blogwalking sana sini, dan tak lupa juga tengah mencari-cari apa isu best yang sedang melanda laman web sosial yang saban hari kita guna ni.. Dan.. jeng jeng jeng… aku ada berita best untuk gadis-gadis berhijab yang amat sukakan gaya trendy!

 

sunsilk

Aku duk usha page Sunsilk kat facebook, dan wowww mereka akan mengadakan Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets! Gadis-gadis berhijab mesti kenal Scarflets kan, kumpulan gadis berhijab yang pandai bergaya dan menjadi inspirasi dalam dunia fesyen muslimah masa kini..

 

Sunsilk akan menjemput mereka-mereka yang bertuah untuk menghadiri Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ni! Wahh mesti best siapa yang dapat tu kan. Dapat jumpa dengan gadis fashionista Scarflets, dan dapat juga belajar tentang gaya hijab terkini! Ohhh macam mana nak dapatkan jemputan tu???

 

(1) First sekaliii korang klik LINK INI untuk ke page Sunsilk Malaysia di facebook.

sunsilk 1

Bila dah klik link yang aku bagi tadi tu, korang kena pastikan yang korang dah klik LIKE untuk fanpage Sunsilk Malaysia ni. Bila dah like, satu paparan macam yang kat atas ni akan muncul. Klik tab CARA UNTUK MENANG untuk maklumat lanjut bagaimana nak menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets.

 

 

(2) Lepas tu paparan macam kat bawah ni akan muncul :

sunsilk 5

Untuk minggu pertama hingga minggu kedua ni, korang perlu undi gaya hijab kegemaran korang… Share banyak kali mengenai gaya hijab yang korang suka tu dan lagi banyak korang share lagi besarlah peluang untuk korang menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Hanya 10 yang bertuah aje akan dijemput!

 

sunsilk 6

Haaa untuk minggu ke 3 hingga minggu ke 7 pulak, Sunsilk akan mengeluarkan video tutorial untuk 4 gaya hijab dengan undian tertinggi. Satu minggu, satu video sahaja yang akan dikeluarkan. Haa masa ni lah kita kena cuba gaya hijab berkenaan dan berpakaian mengikut tema mingguan. Upload foto dan jika anda dipilih sebagai penyertaan paling kreatif, anda boleh menang hadiah lumayan!!

 

 

(3) Lepas dah baca segala maklumat tadi bolehlah klik semula di tab LAMAN UTAMA.

sunsilk 1

Memandangkan sekarang ni masih lagi di peringkat undian, korang kena undi dan share banyak kali gaya kegemaran korang! Klik pada yang aku label bombor 4 tuu…

 

 

(4) Lihat kesemua gaya hijab yang dipertandingkan. Ada 12 gaya hijab kesemuanya.

sunsilk 3

Pilih gaya hijab pilhan hati anda, kemudian klik UNDI !

 

 

(5) Jika anda belum mendaftar, bila anda klik UNDI tu, paparan borang pendaftaran akan keluar.

sunsilk 4

Daftar sekarang jika anda belum mendaftar, dan undilah gaya hijab kegemaran korang! Jangan lupa klik butan SHARE di sebelah butang UNDI tadi dan share mengenai gaya kegemaran korang kat Facebook!

 

Apa lagi korang tunggu? KLIK SINI! KLIK SINI !, undi dan share gaya hijab kegemaran korang! Lagi banyak korang share, lagi besar peluang untuk memenangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Mungkinkah korang yang bertuah yang akan memenangi jemputan tersebut?

 

Dan setialah bersama Sunsilk untuk video mingguan dan anda boleh cuba sendiri gaya hijab tersebut! Mungkinkah korang yang fashionista dan kreatif dan bakal dipilih sebagai pemenang wang tunai RM1500??? Mungkinkahhh? Apa lagi gadis hijab! Jom join!!

 

 

KLIK SINI : Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 14 Jun 2011

VDEO : Cara Saya Pakai Satin Shawl

 

Assalamualaikum semua…

Malam ni aku nak keluar. Nak berjimba yeahh! Paper terakhir pagi tadi, Writing for Media boleh tahan lah. Tak susah, tak senang. Hahahaa boleh??? Ohh ye, aku dah janj untuk langsaikan senarai peserta giveaway yang aku buat seminggu lebih yang lepas kan? Sorry buat korang tertunggu-tunggu…

 

Memandangkan aku dah habis exam.. so boleh lah aku buat senarai peserta tanpa sebarang kekangan ye. Tapi sebelum aku memulakan kerja siapkan senarai peserta, aku nak share dengan korang video terbaru dari aku.

 

SATIN SHAWL. Sekarang ni bukan main semua nak pakai satin shawl kan. Satin shawl bukanlah mahal sangat, tapi ia menampilkan gaya elegan dan moden. Kat youtube pun dah macam-macam tutorial yang aku tengok. Tapi aku lebih suka menggayakan sesuatu shawl tu ikut keselesaan aku. Berikut adalah CARA AKU pakai satin shawl.

 

 

UNTUK KELAJUAN MAKSIMUM, KLIK SINI !!!

 

Haaa ini bukan tutorial ye. Just a video sharing, menunjukkan CARA AKU pakai satin shawl. Ye lah.. semua orang ada cara masing-masing untuk pakai shawl kan. So menerusi video-video CARA SAYA, aku share dengan orang cara aku pakai shawl.

 

So jangan ade mulot longkang mengata aku bajet pandai pakai shawl nak buat tutorial bagai ye. Tak nampak ke nama video ni CARA SAYA pakai satin shawl?? Haiyahhh pergi sekolah tapi tak pandai baca buat apa? Erkkkk pedas nye daku!!!!

 

Ohhh ye, shawl yang aku guna dalam video di atas, aku beli kat akak gorgeous di bawah :

satin

 

Satin shawl yang aku beli dari beliau memang TAK SAMA dengan satin shawl yang pernah aku beli dari orang lain. Kainnya Alhamdulillah selesa sangat dan senang nak urus. Sangat terletak, tak lembik sangat, tak berat sangat. So, aku rekemen kan korang beli satin shawl dengan beliau ye?

 

Nak beli sila contact Nadya Syafanis yang gorgeous. Heheee :)

 

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 31 Januari 2011

Skodeng Youtube.. Jumpa video..

  • Hah! Sebut je youtube jangan nak ber-prasangka sangat yeh. Hohohooo korang ingat aku tengok ape kat youtube haa???
  • Balik kelas tadi, aku dengan rushing ke ATM Maybank nak bayar sewa rumah dan bil api air..
  • Lepas tu kena hujan rintik rintik banjir bergelora, memang pening laa kepala aku wuwuuuu~ Sensitip!
  • Takde ahhh tadi aku pergi tengok klip video lagu Only One by Yellow Card. Lama tak dengar lagu ni. Best!
  • Ouhh lepas tu entah macam mana boleyh pulakkk jumpa video tutorial yang best!

 

Tuan punya video bernama Nur Nasuha. Dan menurut kajian yang telah aku lakukan, hehehee beliau mempunyai laman Tumblr, jom terjah !!!

  • Haaaa.. ohh menarik sunggoh! Satu wide pashmina, ade laa dalam tiga or empat gaya boleh buat..
  • Nasib laa aku ada pashmina yang makteh aku bagi, telah ku rembat dari emak. Weeeee…
  • pashmina lembut lagi best itu telah aku gunakan untuk ber-eksperimentasi dengan gaya shawl yang ditunjukkan di atas

 

Picture2233

  • Erkkkk!! Taliban!! Eh bukan! Ni aku laaaa.. hahaa ni gambor kengkonon malu ahh nak tunjuk hasil eksperiment aku tadi.

 

Picture2240

  • Yeaaaaaa inilah rupa aku yang tak semenggah selepas mencuba gaya gaya yang ditunjukkan dalam video tutorial di atas.
  • Ouhh ye gambar aku nih aku amik yang style last sekali (kot????) dalam tutorial nih.

 

muke burok

Nahhh muke burok! Hahahaaa…

 

 

Bye bye.


Read More»

Khamis, 6 Januari 2011

VIDEO : Gadis Suka Menaip Bebel Lagi & Quick Shawl Tutorial

p/s : This entry is supposed to be post on Wednesday (yesterday)

Ahhaaaa… bangun pagi gosok gigi, cuci muka pakai Olay.. Ahahaa ni serius tak tahu apa yang Nisa merepekkan. Hari ni satu aje kelas. Kelas ekonomi. Itu pun  tergesa gesa ke kelas gara gara mata bengkak dan tak boleh buka, sebab apa bengkak tak perlu lah tahu. Hek hekk~

Balik kelas, dengan malasnya nak buat assignment, Nisa turn on webcam.

 

Picture2042

Ahah!! Nampak tak?? Nampak tak?? Tu diaaaaaa mata bengkak macam bontot kerengga tuh! Alahaiii… sila lah buat buat tak nampak ye? Boleh ye plish plishhh :D

Tengok gaya shawl ni pun gaya malas nih. Actually nak cover la yang Nisa nih sebenarnya almost lambat pergi kelas! Hahaa tapi pagi tadi tak pakai macam ni la. Ingat nak pakai macam ni esok. Boleyh?

 

Inner syria fuschia pink from AYUNAR.

Hahaaa oke Nisa ngaku, Nisa rasa nak tergelak lah tengok muka sendiri dalam video ni. Nisa ni kan tak habis habis nak membebel kan kan :P

Takde idea dah nak buat video. Kalau buat video joget I want nobody nobody tu buleyh? Hahahaaa mati lah nanti kena baling botol. Hahahaaa~ Oke lah, nak tidur. Thanks for watching. Mmuuaahhx!

P/S : Thanks to these people because mention my name / my blog’s name in their entries :

Jom ramai ramai terjah entry dorang :D

 

 

Tidur. Bye bye.


Read More»

Copyright © Nisa Kay