Sabtu, 2 Februari 2013

[EVENT] Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku ade menyebut dalam entry aku, lepas majlis resepsi sepupu aku di KL, aku berkejar pula naik LRT pergi ke Petaling Jaya untuk menghadiri event blogger yang aku rasa memang aku taknak lepaskan peluang. Biarlah lambat sekalipun, janji jangan tak datang langsung ye dak..

 

Event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati telah aku hadiri jugak walaupun lewat dalam sejam gitu… Nak wat camne, dah lah ade majlis keluarga, pergi ke PJ pun naik public transport aje.. Tapi takpe, aku tetap gembira sebab berjaya jugak menghadirkan diri ke event ini. Acara ini dihadiri oleh blogger-blogger dari Malaysia, turut serta jemputan dari Brunei, Indonesia dan Kemboja. Wahhh salam 1Dunia gituu!

 

P1011067

Sampai-sampai aje terus duduk kat sebelah hakak omeyy omeyy Yuyu Zulaikha. Turut duduk semeja dengan beliau ialah Deqnoor dan Pen Merah yang tak merah pulak on that day. Majlis dah pun bermula dan dorang semua dah sudah makan dah kot. Aku ni haa masih kekenyangan makan kat kenduri sepupu aku memang tak makan dah la kan.

 

 

P1011075

Beberapa sesi mini forum telah diadakan, membincangkan mengenai dunia blog semasa, serta beberapa isu berkaitan.. Masa sesi yang ini, akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha telah menjadi ahli panel bersama-sama bos aku yang tengah pegang microphone tu Tekong mewakili Amanz Network dan yang kanan sekali tu Bang Iwan, blogger dari Indonesia. Manakala Bro Framestone yang berbaju merah tu moderator untuk sesi ini.

 

 

P1011080

Para hadirin untuk SBB2013. Meriahnye sebab ramaiii yang hadir! Semua taknak lepaskan peluang untuk pengalaman yang best ni. Selain mini forum, SBB2013 pun ada lucky draw yang mana hadiahnya sangat sangat lah best seperti iPad Mini, basikal, pakej percutian dan umrah, dan barang kemas.

 

 

P1011104

Official bloggers – Rebuild GAZA.

 

 

P1011107

Camwhore kejap with akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha.

 

 

P1011111

Bersama ZARUL UMBRELLA, the singing blogger! Akhirnya bertemu jugak face to face yee.. Beliau nampak muda sangat.. Agaknye.. berapa umur abang Zarul ni ye.. Kekeke…

 

 

P1011112

Dengan blogger hebat Malaysia si kacak ARIFF SHAH. Depan depan lagi hensem wohh. Nasib aku single lagi, so boleh lah cakap macam ni en? Hahah Ape aku mengarut tak memasal je ni? Haha!!

 

 

P1011116

Muka masam yang tak menjadi bersama UNCLE GEDEK bukan gedik. Hhahaa!!!

 

 

P1011118

Jejari iolss tak berapa nak runcing ler.. so mari bergambar dengan si jejari runcing ELIA JEJARI RUNCING gituuu~ Curlass tak? Hahaa~

 

 

P1011121

Lama dah tak bertemu dengan cik NAMIA CINTA kite niii… Last jumpe masa MSMW 2012 kan? Kat PWTC? Hahaaa tak berapa nak ingat lak :p

 

 

P1011125

With HAZWAN HAIRY. Ni kali kedua bertemu dengan beliau… First jumpa masa event PETRONAS…

 

 

P1011128

Ni pulak BONI KACAK (kacak ke ko??) Hakhakhakkk…

 

 

P1011133

Yeayyy tahniah CIK NURUL sebab menang pakej percutian ke Kemboja dan Vietnam! Wowww best nyeee ! Bolehlah buat berbulan madu ye Cik Nurullll… Ehemmm :P

 

 

P1011144

Dari kanan : BRO FRAMESTONE, his wife kak Iera, me and Leeza dari blog SANTAI LEEZA.

 

 

P1011149

Mamat yang sepet macam Cina ni bukan anak Cina tapi anak melayu ye… Huahuaa.. with SYUKRI TAHIR.

 

 

P1011154

Tak perlu diperkenalkan lagi.. Mesti korang kenal dengan personaliti TV ni kan… Karl Shafek yang kacak host untuk SBB 2013… Hikss pujaan hatiku. Ehhh! Kbai!

 

 

P1011165

Ini lak Kpop style dari ABANG ENSEM SANGAT SANGAT herherherrr…. Thanks sebab menjemput aku ke event niii! Best!

 

 

P1011117

With ABANG EYRIQAZZ yang memenangi sebuah iPhone 5 ! Tahniah Bang Eyriqazz!!

 

 

P1011167

Dan akhirrrr sekaliiii… Inilah dia orangnya di sebalik blog DenaiHati. Kalau nak menang hadiah-hadiah best, pergilah follow blog DenaiHati ye… Blog DenaiHati sentiasa menganjurkan contest gadget idaman.. yang memberi peluang untuk kita memenangi gadget hebat!

 

Terima kasih DenaiHati dan wakil beliau yang menjemput aku ke event ni iaitu Abang Ensem.. Great event! Semoga di tahun-tahun berikutnya, acara SBB ini akan terus berlangsung dan lebih ramai blogger Malaysia nak join. Berkongsi ilmu dan membincangkan topik yang menarik.. Apa yang baik kita ambil buat iktibar bersama-sama…

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 1 Februari 2013

NINETOLOGY Black Pearl 2

 

Assalamualaikum..

 

Walaupun isu rebat RM200 untuk telefon pintar macam dah kureng diperkatakan, aku tetap nak berkongsi dengan korang mengenainya… Dalam senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan rebat RM200 oleh SKMM, salah satu jenama yang turut tersenarai ialah telefon pintar NINETOLOGY.

 

Mungkin ramai yang belum tahu apakah NINETOLOGY ini?? Haa aku pon belum tahu sangat pasal phone ni. Masa NINETOLOGY buat roadshow kat Low Yatt aku berlalu begitu sahaja tanpa singgah dan tengok apa yang dorang offer untuk pengguna. Amboi mementang jenama belom populer kannn.. So sejak jenama NINETOLOGY dimasukkan ke dalam senarai telefon pintar rebat RM200 ni. aku pon macam berminat nak tahu..

 

ninetology 2

So basically inilah rupa NINETOLOGY Black Pearl 2 tu.. macam Samsung Galaxy Y pon ade, tapi aku yakin pon ni lagi nipis, selain dari skrinnye yang lagi besar.. Well.. mungkin korang sedang mempertimbangkan nak beli smartphone ape dengan rebat RM200 tu kann…

 

ninetology 1

Setelah ku godek-godek Google, aku terjumpa spec phone ni. Not bad lah phone ni. Wajarlah dengan harganya.. Kalau beli dengan rebat RM200 tu, NINETOLOGY akan tambah rebat RM100 pulak. So tolak RM300 lah kan.. Boleh tahan la kan..

 

Mungkin korang pon macam tertanya-tanya.. phone ni dah lah jenama baru di Malaysia, so korang masih belum tahu rupa bila phone ni di-on-kan, performance dalam dia.. antaramuka dia dan bermacam-macam lagi kesangsian lah katakan. Haa aku nak share video mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2 ni, hope boleh mengurangkan rasa ingin tahu korang.

 

 

Hope video ni membantu korang mengenali serba sedikit mengenai NINETOLOGY Black Pearl 2.. Mana tahuuuu ada antara korang yang nak beli smartphone dengan rebat RM200 dan mahu try beli NINETOLOGY ni kee…

 

Pada pandangan aku, phone ni not bad lah kalau ikut spesifikasi dia.. Kalau nak pakai smartphone yang murah, mungkin boleh masukkan NINETOLOGY dalam pertimbangan anda… Tapi kalau berangan nak henpon mahal jugak.. kumpul la duit bebanyok ye.. Aku ni jenis panas sikit telinga dengan orang yang cakap gebang nak beli phone cecanggih tapi poket habuk je ada. #Ehh tetibe. Haha kbai.

 

 

XOXO


Read More»

Kawen

 

SEKADAR BERKONGSI….

 

aku kampung sikit bab nikah kawen ni. bagi aku-- cinta mati tahap tertonggeng cane pun, mak bapak cakap:
jangan / nanti / tengok dulu--
aku patuh.


dua puluh tahun hidup--
tahi dicebok, makan disuap--
pasal cinta kau humban mak bapak dalam lombong--
memang kalau ada depan aku--
aku bahasakan.


tak kiralah kau siapa.
kalau aku kenal, aku pakej dengan penampar. kalau tak kenal-- jenis bertekak depan orang kat bus stop pun aku mmg kasi tepet je.


orang tua kita tak sempurna.
KITA pun satu hari akan tua.
kita ni--
sempurna?

orang tua tetap orang tua.
ada bahasa sikit.
kau nak anak orang.
kalau jadi kawen, seumur hidup kau hadap orang tua pasangan kau.
orang tua2 dah pesan:
sebusuk2 daging, direbus dimasak; dimakan jua.


darah daging tetap takkan putus.


belum kawen dah kongkong pasangan mengalahkan mak bapak dia--
kau siapa?


kalau aku jadi orang tua pun aku tak hingin menantu macam ni. anak aku terkinja2 nak pun-- memang aku lari2.


ye la. kang aku sound tepet aku tak kenan kang--
anak aku gantug diri.


kesian orang tua.
orang muda banyak mulut zaman ini.
ada saja jawab dia.


semua benda nak ada hak bersuara.

 

FULLY CREDIT TO : FYNN JAMAL

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay