Memaparkan catatan dengan label blog Jejari Runcing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog Jejari Runcing. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2022

NISA KAY - I'm still here.

 


Assalamualaikum semua!


Fuhhh...!!! It has been a great while. Hampir dua tahun tak menaip. Kekok rasanya. I never wanted to leave from blogging. I have always wanted to keep writing. Tak tahulah apa sebabnya tiba-tiba terus tak menulis apa-apa. So much things happened within these 2 years. The good, and bad ones too. So many things nak diluahkan. But maybe not all. Not on this platform really. 


I AM STILL HERE.

Yes. Masih di sini. Blog dan domain ini pun masih sangat Nisa sayang. Sebab tu Nisa keep renew domain ni. Bayar je setiap tahun walaupun tak berupdate. I want people to still find this blog, benefit from it in any way. 


ASSALAMUALAIKUM, TV Al-Hijrah, siaran 5 Februari 2021.

Ups, downs. Happy, sad. Relationships, heartbreaks. Gain, loss. Semuanya. Terlalu banyak nak diluah tapi I made peace with most part of it. Ada perkara yang tak perlu diceritakan malah dihebahkan lagi dah. I'm moving on with life and will only tolerate with things that will make me gain nothing but peace and happiness. 


SO WHY AM I HERE?

Rindu sangat nak menulis. Nak mencurah idea dan isi hati. I wanna move further. Aku harus melangkah lebih jauh lagi. Nak share banyak lagi experience dekat sini. Baru-baru ni ramai screenshot satu video tiktok oleh Elia Jejari Runcing. Ada video mengenai throwback rakan-rakan blogger satu zaman rupanya. Awwwhh malu kita haha. Terus terkenang jatuh bangun dengan blog ni. Bermacam nama, bersilih-ganti URL, bertukar design blog entah berapa puluh kali dah. Dari design gelap ala jiwa emo, kepada warna barbie pink. Semua pernah haha!


Thanks to that Tiktok video. I realized I still wanna do this. I still wanna be an active blogger, or at least blog ni masih hidup dengan update from time to time. I still wanna make time to write something here. Maybe this time around, my approach will be a lil bit different. HOW? I don't know, yet. Kita tengok lah nanti macam mana.


SO BLOG, I AM HOME.




xoxo, 
NK.





Read More»

Sabtu, 2 Februari 2013

[EVENT] Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku ade menyebut dalam entry aku, lepas majlis resepsi sepupu aku di KL, aku berkejar pula naik LRT pergi ke Petaling Jaya untuk menghadiri event blogger yang aku rasa memang aku taknak lepaskan peluang. Biarlah lambat sekalipun, janji jangan tak datang langsung ye dak..

 

Event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati telah aku hadiri jugak walaupun lewat dalam sejam gitu… Nak wat camne, dah lah ade majlis keluarga, pergi ke PJ pun naik public transport aje.. Tapi takpe, aku tetap gembira sebab berjaya jugak menghadirkan diri ke event ini. Acara ini dihadiri oleh blogger-blogger dari Malaysia, turut serta jemputan dari Brunei, Indonesia dan Kemboja. Wahhh salam 1Dunia gituu!

 

P1011067

Sampai-sampai aje terus duduk kat sebelah hakak omeyy omeyy Yuyu Zulaikha. Turut duduk semeja dengan beliau ialah Deqnoor dan Pen Merah yang tak merah pulak on that day. Majlis dah pun bermula dan dorang semua dah sudah makan dah kot. Aku ni haa masih kekenyangan makan kat kenduri sepupu aku memang tak makan dah la kan.

 

 

P1011075

Beberapa sesi mini forum telah diadakan, membincangkan mengenai dunia blog semasa, serta beberapa isu berkaitan.. Masa sesi yang ini, akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha telah menjadi ahli panel bersama-sama bos aku yang tengah pegang microphone tu Tekong mewakili Amanz Network dan yang kanan sekali tu Bang Iwan, blogger dari Indonesia. Manakala Bro Framestone yang berbaju merah tu moderator untuk sesi ini.

 

 

P1011080

Para hadirin untuk SBB2013. Meriahnye sebab ramaiii yang hadir! Semua taknak lepaskan peluang untuk pengalaman yang best ni. Selain mini forum, SBB2013 pun ada lucky draw yang mana hadiahnya sangat sangat lah best seperti iPad Mini, basikal, pakej percutian dan umrah, dan barang kemas.

 

 

P1011104

Official bloggers – Rebuild GAZA.

 

 

P1011107

Camwhore kejap with akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha.

 

 

P1011111

Bersama ZARUL UMBRELLA, the singing blogger! Akhirnya bertemu jugak face to face yee.. Beliau nampak muda sangat.. Agaknye.. berapa umur abang Zarul ni ye.. Kekeke…

 

 

P1011112

Dengan blogger hebat Malaysia si kacak ARIFF SHAH. Depan depan lagi hensem wohh. Nasib aku single lagi, so boleh lah cakap macam ni en? Hahah Ape aku mengarut tak memasal je ni? Haha!!

 

 

P1011116

Muka masam yang tak menjadi bersama UNCLE GEDEK bukan gedik. Hhahaa!!!

 

 

P1011118

Jejari iolss tak berapa nak runcing ler.. so mari bergambar dengan si jejari runcing ELIA JEJARI RUNCING gituuu~ Curlass tak? Hahaa~

 

 

P1011121

Lama dah tak bertemu dengan cik NAMIA CINTA kite niii… Last jumpe masa MSMW 2012 kan? Kat PWTC? Hahaaa tak berapa nak ingat lak :p

 

 

P1011125

With HAZWAN HAIRY. Ni kali kedua bertemu dengan beliau… First jumpa masa event PETRONAS…

 

 

P1011128

Ni pulak BONI KACAK (kacak ke ko??) Hakhakhakkk…

 

 

P1011133

Yeayyy tahniah CIK NURUL sebab menang pakej percutian ke Kemboja dan Vietnam! Wowww best nyeee ! Bolehlah buat berbulan madu ye Cik Nurullll… Ehemmm :P

 

 

P1011144

Dari kanan : BRO FRAMESTONE, his wife kak Iera, me and Leeza dari blog SANTAI LEEZA.

 

 

P1011149

Mamat yang sepet macam Cina ni bukan anak Cina tapi anak melayu ye… Huahuaa.. with SYUKRI TAHIR.

 

 

P1011154

Tak perlu diperkenalkan lagi.. Mesti korang kenal dengan personaliti TV ni kan… Karl Shafek yang kacak host untuk SBB 2013… Hikss pujaan hatiku. Ehhh! Kbai!

 

 

P1011165

Ini lak Kpop style dari ABANG ENSEM SANGAT SANGAT herherherrr…. Thanks sebab menjemput aku ke event niii! Best!

 

 

P1011117

With ABANG EYRIQAZZ yang memenangi sebuah iPhone 5 ! Tahniah Bang Eyriqazz!!

 

 

P1011167

Dan akhirrrr sekaliiii… Inilah dia orangnya di sebalik blog DenaiHati. Kalau nak menang hadiah-hadiah best, pergilah follow blog DenaiHati ye… Blog DenaiHati sentiasa menganjurkan contest gadget idaman.. yang memberi peluang untuk kita memenangi gadget hebat!

 

Terima kasih DenaiHati dan wakil beliau yang menjemput aku ke event ni iaitu Abang Ensem.. Great event! Semoga di tahun-tahun berikutnya, acara SBB ini akan terus berlangsung dan lebih ramai blogger Malaysia nak join. Berkongsi ilmu dan membincangkan topik yang menarik.. Apa yang baik kita ambil buat iktibar bersama-sama…

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 5 Mac 2012

Meeting bloggers at Celcom LG Prada’s launch

 

Assalamualaikum…

 

Baru-baru ni aku berpeluang meng-join-kan diri untuk majlis pelancaran telefon bimbit pintar terbaru dari jenama LG yang menggunakan jenama Prada sebagai perantara dan imej telefon bimbit it, sekali gus memepamerkan imej telefon yang mewah, elegan dan bergaya.

 

P3021322

Inilah rupa telefon bimbit LG Prada yang hanya boleh didapati daripada Celcom tau! Haaa siapa yang meminati jenama LG dan Prada bolehlah rembat handphone ini secepat mungkin ye. Nipis, ringan dan imej yang mewah bergaya!

 

 

P3021330

Tu dia… aku dan abang Eyriqazz menjadi model Celcom LG Prada yang tak bertauliah. Herherher.. Mentang-mentanglah aku berpakaian serba biru yek! Abam Eyriqazz pulak hensem memakai kot dengan tie biru, aku ingat staff Celcom dah! Hikhik…

 

 

P3021342

Yaaa.. tu dia blogger dan model yang gojes lagi penuh kontrolbesi iaitu Jejari Runcing uolllss!! Haaa aku yang bergambor dengan beliau kontrolbesi tak?? Oke tak, aku ni kontrolBASI ade lahh… Harharharr…

 

 

P3021403

Tu diaaaa aku Nisa Kay yang suam-suam kuku kaki bergambor bersama blogger + model + pelakon hangat panas lagi jelitawansss uolls, tak lain tak bukan Hanis Zalikha!!! Turut bergambar sama ialah ibu Hanis iaitu akak Nani Rostam. Aku nak panggil aunty segan sebab aku tengok Kak Nani kita ni muda lagi uolls. Cantik vouge de vass lagi okay. Tengok lah muka jelita Hanis menurun dari maknye yang cantik uolls.

 

 

P3021422

Yaaa… lagi bersama blogger panas dan fofuler uolls… Si kecik bertudung hijau ialah Yuyu Zulaikha dan diva berwarna merah Red Mummy de vass all the time. Semua yang datang blogger femes ames uolls, malu pulak aku nak mingle around dengan dorang.. Hikhikk..

 

 

P3021392

See?? Aku dah cakap kan semua blogger fofuler uolls.. malu pulak aku… In picture : Red Mummy , adik beradik Jejari Runcing & Aimie Hazerin , Yuyu Zulaikha , Cik Epal dan Wawa Tasliman. Turut bergambar sama ialah Farah, one of the Nuffies.

 

 

P3021381

Yang best nye semestinya makanan!!! Hahahaa yeahhh ada angel’s hair pasta. Kuahnya sangat sedap okayhhh!!!

 

 

P3021383

And makan pulak dengan meatball memang meraung anak tekak sebab sedap sangat uolls. Speechlees kejap. Aku dengan budak tecik tomey Yuyu Zulaikha siap makan dua kali. Hakhakhak…

 

 

P3021339

And nasib baik sangat sebab ada pistachio macarons yang sedap sangat wehhh!! Hahahaa…

 

 

P3021414

Malam tu ada contest best posing. Semua hadirin yang datang boleh bergambar dengan Model-model Celcom LG Prada dan dua tetamu yang bergambar dengan pose terbaik akan bawa pulang sebuah telefon LG Prada setiap seorang!!! Dalam gambar di atas tu salah seorang blogger yang menang telefon bimbit LG Prada. Wahhh bertuah badan!!

 

 

P3021373

Okay sekian kisah aku bermingle-around dengan blogger letop pom pom di Celcom LG Prada launch ceremony. Jangan lupa usha website Celcom untung mengetahui lebih lanjut mengenai LG Prada phone hanya dari Celcom!

 

 

 

Like Saya Suka Menaip’s facebook page for more picture!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 31 Julai 2011

Khairul Fahmi Che Mat putus tunang???

 

Assalamualaikum semua…

 

Pagi ni bangun macam biasa, dok mengadap laptop tapi tak online. Sebab aku dok edit video aku. Haaa jangan tak tahu aku akan upload vlog dengan mat kelawar. Haha!!

 

Hah! Pagi ni agak kecoh dengan berita mengenai hubungan hero Harimau Malaya, siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat dengan tunangnya, Aimie Harmelia atau lebih dikenali sebagai Elia Jejari Runcing.

 

frontpage

Keluar frontpage okayh! Kenapa ni hadoiii… Tak sefahaman mungkin? Jodoh dah tak kuat mungkin? Tu semua kuasa Allah SWT. Kalau jodoh tak ke mana, berpisah 10 tahun pun pasti bertaut kembali. Wahhh bermadah pulak aku!

 

 

165340_126304864103999_120909204643565_192273_6172428_n

Pic credit to Semerah Jembal

 

Mula-mula memang dah kecoh pasal keretakan hubungan dorang. Khairul Fahmi dikatakan ada skandal. Huuuu ternyata ia tidak benar setelah Khairul Fahmi tampil beri keterangan kepada pihak Harian Metro.

 

Kat blog Jejari Runcing pun ada puisi bertajuk Doaku Buat Kekasih, rasanya puisi tu merujuk kepada keretakan yang dihadapi oleh pasangan ni. Lepas tu dok kecoh gambar Khairul Fahmi dengan perempuan lain lah, pasal status Elia di facebook lah..

 

Diharap kedua-dua Khairul Fahmi Che Mat dan Elia Jejari Runcing bersabar hadapi dugaan ye… Moga dikuatkan jodoh antara kalian. Tapi kalau ini kesudahannya, sama-samalah berdoa kepada Allah supaya ada yang terbaik untuk kita semua.. Amin..

 

 

 

P/S : JOM UNDI SAYA UNTUK CONTEST PHOTOGRAPHY!! CHECK IT OUT!

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay