Memaparkan catatan dengan label Blog Pilihan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Pilihan Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2022

NISA KAY - I'm still here.

 


Assalamualaikum semua!


Fuhhh...!!! It has been a great while. Hampir dua tahun tak menaip. Kekok rasanya. I never wanted to leave from blogging. I have always wanted to keep writing. Tak tahulah apa sebabnya tiba-tiba terus tak menulis apa-apa. So much things happened within these 2 years. The good, and bad ones too. So many things nak diluahkan. But maybe not all. Not on this platform really. 


I AM STILL HERE.

Yes. Masih di sini. Blog dan domain ini pun masih sangat Nisa sayang. Sebab tu Nisa keep renew domain ni. Bayar je setiap tahun walaupun tak berupdate. I want people to still find this blog, benefit from it in any way. 


ASSALAMUALAIKUM, TV Al-Hijrah, siaran 5 Februari 2021.

Ups, downs. Happy, sad. Relationships, heartbreaks. Gain, loss. Semuanya. Terlalu banyak nak diluah tapi I made peace with most part of it. Ada perkara yang tak perlu diceritakan malah dihebahkan lagi dah. I'm moving on with life and will only tolerate with things that will make me gain nothing but peace and happiness. 


SO WHY AM I HERE?

Rindu sangat nak menulis. Nak mencurah idea dan isi hati. I wanna move further. Aku harus melangkah lebih jauh lagi. Nak share banyak lagi experience dekat sini. Baru-baru ni ramai screenshot satu video tiktok oleh Elia Jejari Runcing. Ada video mengenai throwback rakan-rakan blogger satu zaman rupanya. Awwwhh malu kita haha. Terus terkenang jatuh bangun dengan blog ni. Bermacam nama, bersilih-ganti URL, bertukar design blog entah berapa puluh kali dah. Dari design gelap ala jiwa emo, kepada warna barbie pink. Semua pernah haha!


Thanks to that Tiktok video. I realized I still wanna do this. I still wanna be an active blogger, or at least blog ni masih hidup dengan update from time to time. I still wanna make time to write something here. Maybe this time around, my approach will be a lil bit different. HOW? I don't know, yet. Kita tengok lah nanti macam mana.


SO BLOG, I AM HOME.




xoxo, 
NK.





Read More»

Sabtu, 2 Februari 2013

[EVENT] Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati

 

Assalamualaikum..

 

Baru-baru ni aku ade menyebut dalam entry aku, lepas majlis resepsi sepupu aku di KL, aku berkejar pula naik LRT pergi ke Petaling Jaya untuk menghadiri event blogger yang aku rasa memang aku taknak lepaskan peluang. Biarlah lambat sekalipun, janji jangan tak datang langsung ye dak..

 

Event Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran DenaiHati telah aku hadiri jugak walaupun lewat dalam sejam gitu… Nak wat camne, dah lah ade majlis keluarga, pergi ke PJ pun naik public transport aje.. Tapi takpe, aku tetap gembira sebab berjaya jugak menghadirkan diri ke event ini. Acara ini dihadiri oleh blogger-blogger dari Malaysia, turut serta jemputan dari Brunei, Indonesia dan Kemboja. Wahhh salam 1Dunia gituu!

 

P1011067

Sampai-sampai aje terus duduk kat sebelah hakak omeyy omeyy Yuyu Zulaikha. Turut duduk semeja dengan beliau ialah Deqnoor dan Pen Merah yang tak merah pulak on that day. Majlis dah pun bermula dan dorang semua dah sudah makan dah kot. Aku ni haa masih kekenyangan makan kat kenduri sepupu aku memang tak makan dah la kan.

 

 

P1011075

Beberapa sesi mini forum telah diadakan, membincangkan mengenai dunia blog semasa, serta beberapa isu berkaitan.. Masa sesi yang ini, akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha telah menjadi ahli panel bersama-sama bos aku yang tengah pegang microphone tu Tekong mewakili Amanz Network dan yang kanan sekali tu Bang Iwan, blogger dari Indonesia. Manakala Bro Framestone yang berbaju merah tu moderator untuk sesi ini.

 

 

P1011080

Para hadirin untuk SBB2013. Meriahnye sebab ramaiii yang hadir! Semua taknak lepaskan peluang untuk pengalaman yang best ni. Selain mini forum, SBB2013 pun ada lucky draw yang mana hadiahnya sangat sangat lah best seperti iPad Mini, basikal, pakej percutian dan umrah, dan barang kemas.

 

 

P1011104

Official bloggers – Rebuild GAZA.

 

 

P1011107

Camwhore kejap with akak kecik omey omey yakni Yuyu Zulaikha.

 

 

P1011111

Bersama ZARUL UMBRELLA, the singing blogger! Akhirnya bertemu jugak face to face yee.. Beliau nampak muda sangat.. Agaknye.. berapa umur abang Zarul ni ye.. Kekeke…

 

 

P1011112

Dengan blogger hebat Malaysia si kacak ARIFF SHAH. Depan depan lagi hensem wohh. Nasib aku single lagi, so boleh lah cakap macam ni en? Hahah Ape aku mengarut tak memasal je ni? Haha!!

 

 

P1011116

Muka masam yang tak menjadi bersama UNCLE GEDEK bukan gedik. Hhahaa!!!

 

 

P1011118

Jejari iolss tak berapa nak runcing ler.. so mari bergambar dengan si jejari runcing ELIA JEJARI RUNCING gituuu~ Curlass tak? Hahaa~

 

 

P1011121

Lama dah tak bertemu dengan cik NAMIA CINTA kite niii… Last jumpe masa MSMW 2012 kan? Kat PWTC? Hahaaa tak berapa nak ingat lak :p

 

 

P1011125

With HAZWAN HAIRY. Ni kali kedua bertemu dengan beliau… First jumpa masa event PETRONAS…

 

 

P1011128

Ni pulak BONI KACAK (kacak ke ko??) Hakhakhakkk…

 

 

P1011133

Yeayyy tahniah CIK NURUL sebab menang pakej percutian ke Kemboja dan Vietnam! Wowww best nyeee ! Bolehlah buat berbulan madu ye Cik Nurullll… Ehemmm :P

 

 

P1011144

Dari kanan : BRO FRAMESTONE, his wife kak Iera, me and Leeza dari blog SANTAI LEEZA.

 

 

P1011149

Mamat yang sepet macam Cina ni bukan anak Cina tapi anak melayu ye… Huahuaa.. with SYUKRI TAHIR.

 

 

P1011154

Tak perlu diperkenalkan lagi.. Mesti korang kenal dengan personaliti TV ni kan… Karl Shafek yang kacak host untuk SBB 2013… Hikss pujaan hatiku. Ehhh! Kbai!

 

 

P1011165

Ini lak Kpop style dari ABANG ENSEM SANGAT SANGAT herherherrr…. Thanks sebab menjemput aku ke event niii! Best!

 

 

P1011117

With ABANG EYRIQAZZ yang memenangi sebuah iPhone 5 ! Tahniah Bang Eyriqazz!!

 

 

P1011167

Dan akhirrrr sekaliiii… Inilah dia orangnya di sebalik blog DenaiHati. Kalau nak menang hadiah-hadiah best, pergilah follow blog DenaiHati ye… Blog DenaiHati sentiasa menganjurkan contest gadget idaman.. yang memberi peluang untuk kita memenangi gadget hebat!

 

Terima kasih DenaiHati dan wakil beliau yang menjemput aku ke event ni iaitu Abang Ensem.. Great event! Semoga di tahun-tahun berikutnya, acara SBB ini akan terus berlangsung dan lebih ramai blogger Malaysia nak join. Berkongsi ilmu dan membincangkan topik yang menarik.. Apa yang baik kita ambil buat iktibar bersama-sama…

 

 

XOXO


Read More»

Isnin, 2 Januari 2012

Terima kasih 2011 (Part 2)

 

Assalamualaikum…

 

Haaa hari tu aku dah update pasal Terima kasih 2011 (part 1) kan.. Itu baru ringkasan tahun 2011 aku sepanjang bulan Januari, Februari dan Mac… Banyak lagi yang aku nak ingat balik… So sebab tu aku bahagi-bahagikan.. Aku malas lah buat entry meleret ape semua.. Okay jom kita teruskan dengan imbasan tahun 2011 aku..

 

APRIL – MEI – JUN 2011

 

Hmmm… satu ujian melanda aku dan keluarga aku… Aku kehilangan atuk tersayang (keluarga belah abah). Di saat aku menangis sebab tak dapat balik (masa tu duit tak cukup), ada insan berhati mulia tolong aku sampai aku dapat balik Temerloh.. Semoga roh arwah atuk aku dicucuri rahmat. Al-fatihah.

 

 

Kerinduan terhadap sahabat-sahabat blogger semakin menjadi-jadi. Then aku ajak dorang berjumpa kat Subang Parade. Masa tu ada kawan kampus UNISEL turut join sekaki. Memang best! Thank you korang!

 

 

Dapat jumpa Lisa Surihani buat pertama kalinya di The Curve! Beliau sangat sweet dan cantik walaupun tak mekap sangat! Awww jelesnye dengan beliau! Hikhikss.. Lepas tu siap buat vlog dengan Lisa. Kau hado! [BACA ENTRY DI SINI]

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Taman Metropolitan Kepong. Walaupun hujan.. tetap meriah!!

 

 

Gathering Sahabat Blogger di Mid Valley. Yang ni aku asyik kena bahan aje dengan mereka-mereka yang hadir. Hehe yang penting dorang semua sporting!

 

 

Ini peristiwa yang palingggg best tahun 2011 !!! Tak pernah aku sangka yang kawan-kawan aku akan buat surprise untuk birthday aku !! Ya Allah bersyukurnya aku ada mereka! Muah muah!!

 

 

Satu pengalaman bermakna juga bila aku berpeluang join kelas penampilan diri by Dya Romantika. Sangat best berjumpa dengan gadis-gadis yang minat kecantikan macam aku errr?? Kekekee..

 

Wahhh berjela jugaklah entry aku nih!! Hahahaa bukan senang aku nak compile kan kisah 3 bulan dalam satu entry! Yang ada gambar tu aku highlight kan pengalaman yang best. Yang aku letak link tu antara kisah yang aku suka… Okay jumpa lagi di bahagian seterusnya!

 

 

 

SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Jumaat, 25 November 2011

#8 Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum…

 

Sekali lagi, aku datang dengan entry bersiri ”Aku di entry mereka”. Ramai yang berpendapat aku buat entry bersiri ni kerana aku bajet fofuler sangat. Ehh hello? Kalau korang nak cakap pasal orang fofuler pergi cakap pasal Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha or Cik Epal okay? Aku bukan fofuler.

 

Aku buat entry bersiri ni sebagai simbol penghargaan aku kepada blogger-blogger yang sudi mention nama aku atau blog aku yang cabuk ni dalam blog dorang. Ia adalah satu pernghormatan bagi aku. Terharu betol aku rasakan, sebab aku rasa blog aku ni biasa saja. Mungkin takde input berkualiti, hanya pasal hidup budak comot seperti aku.

 

blog ciap

doodleheader

header

New Header 2 copy

 

Empat blog di atas aku tayang kat sini untuk suruh korang terjah beramai-ramai yek! Ribuan terima kasih buat blogger-blogger di atas sebab dorang pernah mention aku dalam salah satu entry dorang. Terima kasih banyak-banyak! Rasa kecik pulak diri ini sebab blog aku tak seberapa kalau nak dibanding dengan blog lain.

 

Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang aku dapat sepanjang menempuh perjalanan sebagai seorang blogger. Sesungguhnya segala kesenangan tidak datang bergolek. Masih banyak yang perlu aku belajar.

 

 

So apa lagi, sila terjah blog-blog di atas!!!

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Sabtu, 16 April 2011

Keputusan Header Blog Lelaki/Wanita Pilihan [Blog Pilihan Malaysia]

Assalamualaikum….

Selesai sudah MUET tepat pukul 12.30 tengahari tadi. Yeahuuuu!! Alhamdulillah aku tak rasa tertekan sangat kot. Tapi aku tak cakap aku konfiden dapat band 4 or 5??? Hahahahaa Dapat band 3 pon kire bersyukur sangat dah tu. Kalau dapat bawah dari band 3 aku rasa macam nak ambik balik je MUET…

Ouhhh ye, aku balik aje, bukak blog… sekali aku nampak ade komen dari Auni Hanis yang bagitahu aku dapat top 3 dalam Header Pilihan… sila rujuk ENTRY INI .

 

keputusan

 

Haaaa tu diaaa keputusan dah keluar lah!! Aku boleh pulak lupa yang undian ditutup pukul 11 malam, 15 April hari tu. Huahuahuaaa.. Sabor je la yep! Dan aku betul-betul tak sangka yang aku terpilih dalam kalangan TOP 3 tuuuu!

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang mengundi. Love you all!! Nahh kiss satu sorang! Mmuahh! Mmuahh! Hahahaaa~

Ohh ye tahniah jugak kat CIK ABANG KUAT KENTUT sebab menang nombor 1 dalam Header Blog Lelaki Pilihan. Hek hek hek~

 

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 12 April 2011

Aku tak tahu pulak aku tercalon ! !

Assalamualaikum…

Hari ni banyak benda yang berlaku. Daripada aku tak boleh tidur malam tadi, hinggalah aku terlelap selepas subuh… dan terjadinya perkara-perkara yang menggembirakan… Dapat pulak makan cendol idaman kalbu. Hui hui hui~

Daripada pagi yang tidak berapa produktif, bertukar menjadi lebih baik dan baik! Alhamdulillah.. I’m getting better eventhough the fear is still there :’)

Ohhh ye aku tercalon dalam kategori Header dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA…!!!

Capture

Bila dah tengok aku baru percaya. Wowwww sapa yang calonkan aku nih??? Terharunya… sob sob sob~ Meh aku peluk ketat-ketat! Hehehee….

Haaa meh sini adik abang kakak sepupu sepapat, sedara mara.. meh undi header aku yeh :)

KLIK SINI untuk undi header blog Saya Suka Menaip

Cepat undi tau…. Undian akan tamat pada 15 April 2011 jam 11.00 malam. Segala jasa anda amat dihargai dan hanya Allah SWT yang mampu membalas. Amin…

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay