Isnin, 25 April 2016

VIDEO | Tutorial Shawl (bersama Picohontas KL)



Assalamualaikum...



Haa kali ni special sikit sebab nya Nisa nak kongsikan video tutorial ringkas pemakaian shawl dan juga berkongsi antara shawl-shawl yang dijual oleh instashop @picohontas.kl . Haa menarik nya kali ini video ini dibawakan oleh @picohontas.kl ! Shawl yang mereka jual banyak corak yang menarik tau ! Jom tengok video..





Hee thanks for watching to those yang tonton video Nisa sampai habis. Video simple tutorial dan juga sedikit close-up corak-corak shawl yang ditawarkan oleh instashop @picohontas.kl  ni. Haa teruskan scroll ke bawah.. ni ada gambar-gambar corak shawl yang Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl nii. semua lawa-lawa sampai tak tahu nak pilih yang manaa haha...




Haa ini shawl corak ala geometri, Nisa suka gabungan warna-warna pada corak ni. Tema ala pink dan purple gitu. Shawl yang banyak warna macam ni memang boleh masuk dengan banyak kaler baju. Kaler merah bata boleh, peach, purple (gelap atau lembut) dan of coss baju kaler pink !






Yang ini pulak corak abstrak dengan warna hitam sebagai warna asas. Corak dia pun ada beberapa warna. Nisa memang suka corak abstrak. Kalau corak dia ada few colours pun bagus sebab macam Nisa mention tadi, Nisa senang nak match dengan banyak jenis baju.





Yang ini menarik perhatian Nisa sebab coraknya ala Burberry gitu. Haa memang femes corak ni. Dan sekarang corak ni dah ada banyak warna. Nisa pilih shawl ni, sebab Nisa suka corak dia, dan Nisa suka warna kuning. Rasa macam naik seri muka pakai kaler kuning kah kah. Oh ye, pada yang nak tengok tutorial camne nak pakai shawl seperti dalam pic ni, boleh tengok video ini.





Last but not least... Shawl dengan corak bunga-bunga.. Yes tema floral pulak ya ! Sebagai perempuan, tak sah la kalau takde printed shawl dengan tema bunga kan ? Nisa suka coraknya yang terletak di bahagian bawah shawl. Nampak ala-ala ada gradient kat situ.. Atas plain, bawah corak. Nisa suka kaler kelabu jugak, sebab tu pilih shawl ini dari instashop @picohontas.kl.



Nisa suka sangat semua shawl-shawl di atas ! Semua Nisa pilih dari instashop @picohontas.kl haha memang sangat lah memeningkan.. sebab mereka ada banyak juga corak-corak yang menarik, terkini dan of cos la cantik-cantikk.. 


Oh ye, shawl di atas ni semua WIDE SHAWL tauu... lebar dan panjang. Senang sangat nak buat stail labuh tutup dada, dan juga boleh bereksperimen dengan pelbagai lagi jenis stail tanpa perlu singkatkan tudung. Plus material dia sangat ringan dan mudah bentuk. Ada yang Nisa tak payah nak gosok pun, dapat je terus pakai! Haha.. Jadi, jom lah ramai-ramai follow instashop @picohontas.kl dan shopping shawl dengan dorang ye ?




Dibawakan oleh :








Read More»

Ahad, 24 April 2016

VIDEO | Sekitar acara bersama innisfree dan membeli-belah di innisfree Sunway Pyramid




Assalamualaikum...


Bukan duta.

Haaa tempoh hari Nisa ada update mengenai innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store yang berlangsung di Pavilion KL. Selain pop-up store tu, ada juga aktiviti menarik bersempena Earth Day. Haa ada yang pergi tak ? Cer kongsi sikit apa korang dapat hehe... Nisa tak sempat nak pergi yang Earth Day tu sebabnya tak sihat sangat hari tu.. Okay di bawah ni ada sikit video sekitar acara pop-up store hari tu... Enjoy !







Oh yee kalau nak tahu, bersempena acara tersebut juga Nisa ada menerima voucher produk innisfree bernilai RM500. Alhamdulillah.. seronok sangat tau ! Maka rezeki dari Allah ni hendak Nisa share kan dengan kawan-kawan. Nak share dengan adik, dia jenis tak pakai skincare pulak. Kosmetik jauh sekalii...


Jadi Nisa ada tweet, tanya sesiapa nak ikut shopping tak. Maka ada kawan yang respon ! Hehehe kawan yang istimewa itu ialah rakan blogger dari blog MEKONIE.COM ! Hehe kesayangan saya niii.... Tak sangka jugak dalam rezeki yang Nisa terima, ada bahagian dia.. Hehe.. Nisa memang dah niat nak buat vlog masa shopping dan nak orang tolong rakam video. So sebagai reward, Nisa akan belanja shopping sekali. Hehe maka, ada lah sikit videoo. hehehe jemput tengok ya..






Alhamdulillah we had a great time shopping at innisfree (outlet Sunway Pyramid). Mulanya macam konon tak tahu nak beli apa.. Bila dah belek satu persatu, banyak jugak produk yang menarik perhatian gituuu hahaha. Alhamdulillah makin banyak pilihan produk kat innisfree ni. Hehehe..





Auwww thank you sayanggg Mek Onie comey dari blog MEKONIE.COM sebab sudi tolong rakam video sikit-sikit untuk vlog kiteee.. Yang pembaca blog semua, jemput tonton video Nisa ye.. Hehee kalau bukak channel YouTube Nisa, kat situ banyak lagi video lain.. Hehehe..





Sekali lagi, thanks Onie sayang yeee... Hope lepas ni kerap sikit jumpa sayang saya ni. Rindu nye lahaiii susah nak jumpa akak busy ni Hehehe.. Kawan-kawan blogger lain pun, harap dapat spend masa sama-sama lagii !


Oh ya.. sekarang ni Nisa makin aktif buat video YouTube jugakk.. Alhamdulilah, I'm trying to get things back together.. I used to post lots of shawl tutorial video back then. Maybe Nisa akan re-create semula video-video tutorial Nisa dulu. Rakam pakai DSLR, better lighting better equipments.. Yeah maybe la kan? InshaAllah kalau ada masa.. Sebabnya, sekarang ni pun dah banyak material tunggu turn nak publish kat YouTube..



Jemput semua subscribe channel YouTube Nisa yee hehehe thank you so much for your support !








Read More»

Sabtu, 23 April 2016

Terbang ke Busan, Korea bersama Air Asia X !!




Assalamualaikum..





Haaa.. siapa yang memang follow instagram Nisa mesti dah tengok gambar-gambar percutian Nisa di Korea lebih kurang dua minggu yang lalu.. Cantik-cantik tempat kat Korea ni kan ? Seronok sangat kalau dijadikan lokasi percutian anda yang seterusnya ! 


Biasanya kalau ke Korea, mesti kebanyakan orang fokus ke Seoul, Nami Island atau Pulau Jeju.. kan kan kan ? Haa jangan tak tahu, di bahagian lain di Korea terdapat banyak lokasi yang boleh dilawati.. Jom Nisa kongsikan dengan you guys apa yang best ya !






Baiklah, sebelum ni ingin Nisa jelaskan.. trip kali ini tidak bertumpu di Busan, Korea sahaja. Kami turut meneroka kawasan menarik di sekitar Busan. So dalam blog post ni, Nisa akan kongsi sekali kawasan lain yang kami pergi menerusi Busan dan kembali ke Busan sebelum pulang ke Malaysia.


Penerbangan :

  • Kami terbang ke Busan menaiki pesawat Air Asia X, tiba di Gimhae International Airport
  • Kalau anda nak tahu, penerbangan Air Asia X ni merupakan syarikat penerbangan tambang rendah yang PERTAMA memperkenalkan "Premium Flatbed", seterusnya penumpang yang booking seat ni boleh menikmati pelbagai kelebihan lain - Pick A Seat, Priority Check-in, Priority Boarding, Priority 40kg Baggage Allowance, Complimentary Premium Meal dan juga dapat guna bantal dan selimut. Wahhh best nya ! Mudah perjalanan !
  • Air Asia X juga telah dianugerahkan dengan anugerah World's Best Low Cost Airline Premium Cabin
  • Air Asia X turut menerima anugerah Best Low Cost Airline Premium Seat di acara tahunan Skytrax World Airline Awards untuk tiga tahun berturut-turut dari tahu 2013 ke 2015.


Hari pertama (Rabu, 6 April 2016) sekitar Daegu :
  • Dari Busan kami ke Daegu menaiki bas.
  • Menikmati deretan pohon-pohon cherry blossoms yang sedang kembang mekar di sepanjang Suseong Lake. 
  • Membeli belah di Seomun Market 
  • Menikmati lebih pemandangan di E-World Daegu, turut kunjungi Trick-Eye Museum, 83 Tower dan nikmati suasana malam penuh lampu dan suasana romantis di sini
  • Penginapan : Hotel Interbulgo Daegu



Hari kedua (Khamis, 7 April 2016) sekitar Mungyeong dan Andong :

  • Pengalaman menghasilkan facial mask sendiri di Skylake Cosmetic Cafe yang terletak di Dongseong-ro Daegu. 
  • Kami naiki bas ke Mungyeong
  • Lawati Mungyeong Coal Museum dan juga bergambar di sekitar lokasi penggambaran yang dibina oleh KBS.
  • Singgah di Ceramic Museum untuk melihat skil menghasilkan mangkuk dari tanah liat.
  • Kemudian kami ke Andong. Kami berpeluang menikmati angin malam dan pemandangan di Woelyeong Bridge
  • Penginapan : Andong Grand Hotel


Hari ketiga (Jumaat, 8 April 2016) sekitar Yeongju dan Gyeongju :
  • Kami bertolak ke Yeongju Train Station untuk menaiki V-Train menuju ke Cheoram Station
  • Dari Cheoram Station kemudian kami teruskan perjalanan menaiki V-Train ke Buncheon Station
  • Kami bertolak ke Gyeongju
  • Tonton persembahan teater tanpa dialog - teater yang berdasarkan jalan cerita sejarah BaSilla
  • Penginapan : Gyeongju Hyundai Hotel


Hari keempat (Sabtu, 9 April 2016) sekitar Busan :
  • Kami menyaksikan acara Gyeongju Cherry Marathon
  • Kemudian kami bersiar-siar di Shilla Millenium Park
  • Melihat kawasan sekitar Tumuli Park, menyaksikan Flying Horse Tomb di Cheomseongdae
  • Bertolak ke Busan menaiki bas
  • Makan malam di Oase Seafood Buffet, Jagalchi Market
  • Membeli belah di sekitar kawasan BIFF Plaza, Nampodong, Gwangbok Shopping Street
  • Penginapan : Homers Hotel


Hari kelima (Ahad, 10 April 2016) sekitar Busan :
  • Nakdong River Canola Flower Festival
  • Membeli belah di kawasan Busan National University
  • Melawat Al-Fatah Mosque di Dusil, Busan
  • Makan tengahari : makanan Turki di Restoran Capadoccia
  • Menikmati pemandangan dari atas Geumjeong Fortress
  • Makan malam seafood di Cheongsapo Hajininae
  • Penginapan : Homers Hotel


Hari keenam (11 April 2016) pulang ke Malaysia :
  • Sekali lagi penerbangan pulang kami naiki Air Asia X. Wahh rindu sangat dengan makanan Malaysia ! Di dalam pesawat Air Asia X, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu makanan apa yang anda nak ! Boleh check website Air Asia untuk pra-tempahan makanan. Pssst ! Nasi Dagang tu sedap sangat ! Pada yang belum cuba, boleh tempah yang tu hehe !




Haaa ini dia Nisa belanja la sikit suasana di Nakdong River Canola Flower Festival di Busan. Khasss untuk musim bunga tau ! SERONOK SANGAT ! Gambar pun kemain lawaa je masing-masing posing. Hehehe memang tak rugi lah terbang dengan Air Asia X pergi ke Busan, Korea ni tau. Busan ni bandar besar jugak macam Seoul. Tapi bonusnya, dia ada laut yeah! Nak tahu dengan lebih lanjut nantikan blog post lanjutan Nisa mengenai trip ke Korea bersama Air Asia X dan Korea Tourism Organization (KTO) ni okayyy !






XOXO,
Putewi Hensem








Read More»

Copyright © Nisa Kay