Assalamualaikum...
Haaa apakah yang manis tapi tanpa gula? Yes, people... SUGAR FREE ! Tapi makanan yang dibuat rasa manis ! Haaa macam mana lah tu kan... Tanpa perlu aku berbelit-belit nak explain, meh la aku leraikan kekusutan hew hew...
SUGARUSH CAFE - merupakan cafe yang menghasilkan makanan seperti kek, cupcakes dan banyak lagi menggunakan pemanis (bukan gula). Pendek kata dorang tak guna gula yang biasa kita beli kat kedai tu... sebab gula tu bahaya untuk kesihatan kalau ambil banyak sangat. Mereka di Sugarush Cafe ni guna pemanis yang diperbuat daripada bahan lain seperti buah. So lebih natural dan selamat gitu.
Gambar credit to : Budak Lelaki |
Kisahnya kawan kami Qarl (pakai baju kotak-kotak hujau) ajak jumpa di Damansara, sebab beliau nak ajak dinner di Sugarush Cafe sempena pembukaan cafe ni... Masuk-masuk je kedai ni terus tertarik dengan banner yang menyatakan bahawa makanan di kedai ni (kek, cupcakes, cookies) merupakan makanan yang SUGAR FREE !!
Gambar credit to : Budak Lelaki |
Haaaa ini dia antara cupcakes yang dihidang kepada kami malam pembukaan tu... (Note that kami pergi ni dah beberapa minggu lepas). Aku paling suka red velvet. Sedap dan padu kek nya... Yang coklat dengan blueberry pun sedapp!!! Memang best.. Tambah lagi bila tau makanan ni SUGAR FREE, memang ngap ngap ngap je laa takde rasa bersalah dah haha!!
Gambar kedai ni aku dapat dari instagram @sugarushcafe sebab masa kami datang tu, waktu malam.. So tak berpeluang nak snap gambar kawasan kedai... Haa comel dan kemas je kedai nya. Simple dengan warna tema merah putih, and a bit of colourful finishings. Gituhhh dah macam rancangan deco-deco pulak aku ni.. Hehehee...
Haa ini antara kek yang boleh korang order dari Sugarush okay... Fuhh menyesal pulak buat entry ni time tengah puasa.. mencabar iman betul hahaha !!! Apa apa pun korang boleh usha instagram @sugarushcafe untuk maklumat dan lebih gambar yee..
Gambar credit to : Budak Lelaki Sahabatttt untuk selamanyaaa.... Gituhhh pinjam lagu Upin Ipin.. |
Gambar credit to : Budak Lelaki Lighting plus Camera360. Nampak lebih cerah wajah kami di situ. Tapi errr Budak Lelaki memang dah cerah pon. Muahahahaa.... |
Okay okayyy.... Sekian entry kali ini... tulis panjang panjang kang terasa nak gigit je skrin komputer ni duk menatap gambar kek yang sedap sedap. Ishhh macam boleh batal puasa la pulak sebab duk terbayang rasa sedap cupcakes nya hahahaa...
Kepada yang nak singgah kafe ni, nak beli kek SUGAR FREE dorang, boleh singgah ke :
Bangunan The Place, Damansara Perdana.
Masuk je entrance bangunan ni, kafe ni terletak di sebelah kanan korang okay...
Thank you for your time reading this entry ! Xoxo.
Read More»