Assalamualaikum…
Bila putus cinta ni, kadang kadang rasa macam then end of the world je kan… rasa pening la, sesak nafas la, sakit kepala la… tu semua dalam fikiran korang je.. sebab korang dalam state yang sangat sedih dan jiwa kacau, jadi tanda tanda sakit tu ada. Tapi yang paling utama nya ialah HATI korang tu yang sakit ! Sedih kehilangan orang yang disayangi.. sedih sebab hubungan cinta korang terputus di tengah jalan.. ha macam macam lagi lah !
Tapi ! Ada antara kita yang MASIH BELUM MOVE ON walaupun sudah putus cinta beberapa lama ! Haaa tanda tanda korang belum move on ialah…
1. SEGALA BENDA BUAT KORANG TERINGAT KAT SI DIA
Lagi lagi bila dengar lagu tema perchentaan korang ! Mulalah emo semacam, rasa sayu je, rasa macam segala kenangan kau dengan si dia bergentayangan di ruang mata, tak gitu ? Lepas tu apa apa jadi dalam kehidupan korang, korang masih berfikir nak bagitahu atau cerita kat si dia bila korang bertemu dia nanti. Parah betul. Well, korang mungkin akan bercerita dengan besties korang, mak korang atau sesiapa yang terdekat.. tapi akan terdetik kat hati korang macam nak bercerita dengan si dia macam dulu dulu…
2. MELUAHKAN RASA MARAH DI LAMAN SOSIAL
Korang masih bercerita perkara buruk mengenai bekas korang tu kat laman social, supaya semua orang Nampak, semua orang tahu pasal si dia. Ade je yang korang tweet pasal dia, atau tulis status status jiwa lara yang ditujukan kepada dia.. Hehh belum tentu bekas kekasih korang tu baca ye dak ? Wakakaa..
3. OVERCOMPENSATING !
Hahaaa ini susah aku nak translate, maksudnya, korang nak tunjuk yang korang jadi lebih baik danlebih bagus walaupun selepas putus dengan bekas kekasih. Ada yang ampai tukar imej, tukar gaya rambut, pakai mekap lebih sikit, pakai baju lawa sikit.. dengan harapan nanti korang bertembung kat mana mana, si dia akan Nampak korang lebih bagus dan lawa berbanding sebelumnya.. Ceh, mesti korang mengharap si dia rasa menyesal break dengan korang kenz ?
4. TIDAK BERMINAT DENGAN LELAKI LAIN
Dah namanya belum move on, kompem kompem dalam hati jiwa dan raga korang masih ada bekas kekasih korang tu kan, so kalau korang ada kenal or kawan dengan lelaki hot mana mana sekalipun, korang mesti macam kureng berminat, atau kureng melayan mereka.. sebab belum move on, so harapan nak get back dengan bekas kekasih tu masih ada walaupun sikit kan kan ?
5. MEMBANDINGKAN ORANG LAIN DENGAN SI DIA
Kalau pun korang cuba mencari pengganti, mestiii korang tak lari daripada membandingkan orang yang baru dengan kekasih lama korang. Kan ? Ade je yang tak kena di mata dorang, mulalah hati korang terdetik “Hmmm pakwe aku dulu takde pun suke paksa aku macam ni..” atau pun korang terlepas cakap “Hmmm ex aku suke buat surprise kat aku, yang sekarang ni takde pulak macam tu..” haaa boleh mengundang sakit hati kot.
6. TIBA TIBA KORANG PAKAR MENYIASAT KALAH CSI
Atauuuu dalam erti kata lain, korang STALK si dia bekas kekasihmu itu ! Haaaa kompem ramai yang buat ni kan, usahlah menafikannya ! Hahaha… kalau boleh korang akan stalk setiap akaun media social yang si dia ada, twitter.. instagram.. facebook, blog / tumblr, paling parah sekali korang stalk sekali kawan kawan rapat dia, ahli keluarga dia dan sedara mara ! Wowowoooo ini tidak sihat ! You need help babe !
7. TAK MAMPU NAK MELEPASKAN KENANGAN SEMASA PERHUBUNGAN
Masa couple dulu, korang ada jalan jalan kat taman, tiba tiba si dia hulur bunga kat korang, alololoo suwitnya.. tanpa pengetahuan si dia, korang rupanya simpan bunga tu kat celah celah buku, sampai dia kering. Korang siap laminate bunga kering tu ! Lepas tu sampai laa ni korang duk tatap la bunga kering tu sebelum tido lepas tu mulalah duk flashback zaman dating lah, zaman berkenalan lah… pergi ke kedai makan, korang teringat first date korang kat kedai tu. Pergi wayang, teringat pulak filem pertama ditonton bersama. Lepas tu siap simpan setiap tiket filem yang korang pernah tonton sama sama! Amboii parah betul ni. Bakar je lah !
8. BERTEMU DENGAN SI DIA MASIH BUAT KORANG BERDEBAR
Dalam hati tu kemain dup dap dup dap !! Nampak muak dia, korang rasa lemah, lutut rasa longgar. Kalau berpeluang bertegur sapa, mesti korang akan tergagap, tak tahu nak kata apa, menggeletar tangan, rasa berpeluh. Masih ! Jika kau rasa getarnyaa.. amboi lirik lagu pulak !
9. MASIH BERFANTASI UNTUK HIDUP BERSAMA
Ouhhh this is quite scary for me haha.. Maklumlah bila dah sayang sangat sangat pun, susah nak move on kalau takde jodoh.. Tapi korang masih membayang-bayangkan masa depan korang dengan dia, berkeluarga dengan si dia… geez korang memang perlukan bantuan. Memang korang kena cari jalan untuk melepaskan orang tu, itupun kalau memang takde harapan nak bersama semula..
Apa apa pun, perkara macam ni memang mencabar, lagi lagi kepada kita wanita yang hatinya rapuhh gitu.. Aku pun pernah sangat mengalami semua tanda di atas… lagi lagi aku ni jenis kalau dah sayang tu, sayang sungguh dan sayang untuk jangka masa panjang.. yes, aku susah nak move on.. tapi itu semua just a matter of time, so yeah aku memang take time sikit nak move on, sebab tu status semua jiwa kacau aje. HA HA HA.
Apa apa pun, selagi tak memudaratkan, takpe korang take time lah untuk move on tu.. Kalau rasa macam dah teruk sangat korang punya jiwa lara tu, baiklah korang mintak nasihat sesiapa untuk move on, tak pun korang buang je lah segala barang kenangan dengan si dia. YES, memang perit, tapi kena buat jugak ! Sampai bila nak hidup dalam kenangan yang tak berkesudahan ye dak ?
Entry asal : Credit Here
(SAYA TIDAK COPY PASTE ENTRY ASAL. SATA CUMA BACA, FAHAMKAN DAN SAYA KONGSI PULA DARI SISI KEHIDUPAN DAN PENDAPAT SAYA. CUMA INSPIRASI DAN POINT DI ATAS SAYA DAPAT DARI ENTRY ASAL.)
XOXO,
Putewi Hensem
Read More»