Memaparkan catatan dengan label Nisakay In The Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nisakay In The Media. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Jun 2015

[DAY 7] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

 

 

TheSW-Logo-Clear

 

Assalamualaikum...

 

Aiyoooo… tertunggak lagi entry entru cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. sebabnya Nisa baru je balik dari Bangkok untuk satu acara bersama Air Asia Blogger Community. Memang best ! Apa apa pun.. mari kita teruskan dengan soalan seterusnya iaitu….

 

7)      Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point

 

 

Ahaa… ini satu topik yang memerlukan aku memikir sedalam-dalam nye gituuu…… DI MANA AKU SEKARANG ???? Mari rujuk rajah di bawah dulu ehehee…

 

SUFYA Promo 7

Sekarang aku masih lagi struggle dengan kehidupan. And I bet everyone is. Masih lagi struggle nak memperkenalkan blouse label nama aku sendiri. Serius susah… bukan mudah nak meet customers’ demand and sediakan yang terbaik untuk semua…Macam dalam gambar di atas ni, ini merupakan koleksi pertama jenama aku sendiri iaitu FSYN by Nisakay. Antara yang menjadi dilemma ialah kos produksi yang tinggi, tapi orang nak beli cheap cheap. Haha.. Adoi nakkk, harga yang diletak tu dah setara laa dengan kualiti yang kami deliver. Gitu. So far itu aje lah dilemma setiap hari..

 

 

nisakay WHI

Dann… where I thought I would be at this point ? Haaa setiap hari berangan sekarang ni aku merupakan seorang pengacara di kaca TV… doing what I do best ! Bercakap bercakap. Tapi nak bercakap bukan boleh cakap kosong, cakap tanpa fakta dan sebagainya. Sebagai pengacara kena banyak membaca juga, kena buat homework juga supaya boleh berkongsi info dengan penonton. Gituu..

 

Oh ye.. gambar di atas diambil semasa sesi pertama aku mock run shooting untuk rancangan Wanita Hari Ini di TV3. InshaAllah kalau ade rezeki aku, aku akan terpilih… Buat masa ni sesi mock run shooting masih lagi berjalan.. sampai masanya nanti pihak pengurusan akan memilih di antara 4 orang calon untuk menjadi wajah baru Wanita Hari Ini… Doakan ya ! :)

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 13 Februari 2015

Nisa Kay cover girl Majalah Online ETERNITY

 

Assalamualaikum…

 

DSC09988

 

Ahahahaa… terlebih teruja nampaknya nak berkongsi pengalaman hebat bersama team yang saya kenali dan bekerjasama baru-baru ini.. Buat pertama kalinya, aku akhirnya menjalani sesi photography untuk dijadikan gadis muka depan majalah. Hehehe sebenarnya pernah ditawar jadi cover girl sebuah majalah tempatan baru-baru ni. Tapi sebab kekangan masa, maka aku tak sempat nak respon kepada tawaran tersebut. Tidak mengapa, Allah sudah tulis bukan rezeki aku :)

 

Tidak lama lepas tu, aku dipanggil untuk jadi cover girl sebuah majalah online yang aku rasa ramai jugak tahu… Sebabnya blogger terkenal dan hebat seperti Cik Epal… Shea Rasol.. Yuyu Zulaikha.. dan Irine Nadia pernah jadi cover girl majalah yang sama… Alhamdulillah langkah permulaan ke arah tahun 2015 yang lebih meriah inshaAllah !

 

cover

Opppsss.. bagi sikit lah kan. Hahahaa… majalah ETERNITY oleh Media Glam ! Temanya kali ini sweet vintage. Memandangkan aku pun tak berapa pandai nak cari pakaian sendiri (maklumlah tak berapa pandai bergaya) , maka pihak majalah ETERNITY telah bermurah hati nak mencarikan untuk aku stylist yang sekaligus membawa koleksi pakaian untuk aku gayakan..

 

 

DSC00013

Pewwittt ! Ini adalah kakak-kakak cantik yang bertanggungjawab membawa koleksi pakaian sekaligus menjadi penata gaya aku. Wah pengalaman pertama kali ni ditata rias sebegitu rupa ! Akak-akak stylist pulak semuanya cun melecun ! Nak dijadikan cerita sebenarnya aku kenal jugalah dengan akak-akak ini.. sebab pernah berkunjung ke butik mereka dan dorang ni kawan boss aku !

 

 

DSC00015

Makeup artist yang meletop ! I super loveee mekap yang dilakukan ke atas muka aku. Kawan-kawan pun ramai yang cakap mekap ni sesuai dengan aku. Alhamdulillah… aku hanya tadah muka ja.. CikQu lah yang bertanggungjawab menata muka ini…

 

cats

Mekapnya tampak simple tapi sungguh sweet ! Aku suka sangat ! Terima kasih CikQu !

 

 

DSC09961

“Okay kena topup blusher ni.. Kemain senyum nampak gigi sampai hatuh bertabur blusher kat pipi ! Tudung pun kena betul-betulkan nih!”

Hahahaa.. gurau-gurauan manja je ye…

 

 

DSC00003

Actually gambar ni akak stylist yang cun tu tolong snap kan. Masa ni aku tengah posing untuk kamera abang photographer hebat ! Hehehe.. Dan fungsi filter automatik di kamera menjadikan wajahku mulussss tak yah edit dengan lebih lanjut. Amboii ~

 

 

DSC00002

Amazing team ! Terima kasih pihak majalah online ETERNITY oleh Media Glam yang sudi menemuramah dan shoot gambar-gambar aku untuk edisi Jan-Feb 2015. Syukur ke hadrat Ilahi aku merasa jugak jadi cover girl untuk majalah ! Hehehee..

 

 

Nak gambar meletop, photog ceria ? Contact abang Azhar Ghazali

Nak mekap lawa sangat sangat ? Contact CikQu D’Touch (instagram @cikqu)

Nak bergaya sakan untuk photoshoot atau acara lain ? Contact stylist Azlia Idha

 

 

10373974_718434341608332_3157055428661258977_n

Jemput like page MEDIA GLAM
https://www.facebook.com/Mediaglam13

 

Jom baca majalah ETERNITY secara online
http://www.mediaglam.com/


 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Copyright © Nisa Kay