Memaparkan catatan dengan label Spider Gelap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spider Gelap. Papar semua catatan

Selasa, 23 Ogos 2011

Iftar bersama rakan-rakan blogger di Armanee Condo

 

Assalamualaikum semua..

 

Aku pernah suarakan hasrat untuk iftar dengan kawan-kawan blogger ni tak lama dulu. Konon-konon nak plan dengan geng kat Sahabat Blogger tuh. Tapi malangnya ramai yang sibuk atau duduk jauh.

 

Akhirnya Darkbatman telah menganjurkan iftar bersama blogger-blogger yang dia telah invite aku. Wahhh terharunye aku blogger retis invite dowh! Yang datang nanti pon sume retis-retis!! Errr aku aje la yang tak retis??

 

IMG_5423

Blogger yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis iftar ni adalah : Cik Epal Gonjeng, Nisa Kay (aku le tuhh), Akmal Hilmi, Shaheizy Sam si buah hati Cik Epal, Anak Perak, Red Linda, Yuyu Musa dan of course le tuan rumah si Darkbatman.

 

Yang tiada dalam dalam gambar ialah akak Pen Merah sebab dialah photographer of the day, dan juga abang besar a.k.a. SpiderGelap sebab beliau pemalu sangat. Setahu aku, Aizul Marcello turut dijemput tapi beliau ada hal yang tak dapat dielakkan makan tak dapatlah beliau datang.

 

DSC_1300

Haaaa ni gambor entah ke berapa kali nak snap. Sekali ternampak uban kat kepala Darkbatman! Aku ni pulak pantang nampak uban terjuntai kat kepala mesti geram nak tarik! Hahaa tak senonoh wey aku ni la. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1274

Ni first time aku pergi rumah Darkbatman di Armanee Condo tu. Selama ni aku ke Armanee hanyalah untuk photoshoot, tu pun kat area kolam aje. Fuhhh besau nye rumah beliau! Condo pon banyak retis duduk. Kelas kaw batman. Kohkohkoh!!!

 

Baru aje sampai dah excited nak bergambar. Feeling ambil gambar kat balkoni kejap. Turut layan feeling ialah Lelaki Seksi dan Budak Gonjeng. Kohkohkoh!!!

 

 

cats

Yeahhh melihat kepada hidangan nye memang meronta-ronta perut aku minta diisi. Haihhhh terasa lambat benor waktu berlalu, tertunggu-tunggu je waktu berbuka. Aku ambil lauk daging aje, ayam aku tak rasa pulak.

 

Tapi aku rasa kuih-muih lebih banyak dari lauk pauk. Hoho!!! Tapi tak semua gambar aku ambil. Aku sibuk nak bergambor jugak. Huahua…

 

 

DSC_1287

Dah masuk waktu berbuka. Apa lagi? Seranggggg!!!!! Hohoo turut menyerang meja makan ialah Darkbatman, Yuyu Musa dan Lelaki Seksi. Sorry guys, kamera tu fokus kat aku aje. Sebab tu gambar korang blur sikit. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5430

Time berbuka ni laaa Darkbatman sibuk nak ber-vlog pulak. Mentang-mentang la blogger retis kan, vlog harus ada! Vlog dirakamkan oleh akak Pen Merah.

 

 

IMG_5439

Haaa tu dia batman bersama abang besar a.k.a. SpiderGelap . Alamak aii abang besar ni pemalu gila meyh! Sampai guna DSLR nak cover muka terlebih hensam tuh. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1392

Aku dan retis Cik Epal Gonjeng.

 

 

DSC_1389

Aksi skandal terhangat bersama Akmal Hilmi lelaki seksi. Cik Epal Gonjeng kata pasangan bahagia????!! Kohkohkoh! Nasib laa si seksi ni takde awek, kalau tak nanti ade pulak yang datang bawak meriam besor serang aku!!

 

 

Okay dah tu aje nak share. Aku ada buat video sebenarnya tapi malas nak upload lagi. Kalau batman buat video semasa majlis iftar berlangsung, aku lak buat video selepas majlis iftar. Nanti kan ye. Kohkohkoh!!!

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay