Memaparkan catatan dengan label lelaki seksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki seksi. Papar semua catatan

Ahad, 25 September 2011

Satu hari di rumah Koqin Karemo…

 

Assalamualaikum semua..

 

Whuaaaa siapa pulak KOQIN KAREMO ni?? Kemain lagi beliau aku letak namanya di tajuk entry! Ahaaa hari ni antara kenangan manis aku bersama kengkawan blogger disebabkan insan bernama Koqin Karemo ini lah. Huahuaaa…

 

 

IMG_7398

Oke gambar syiok sendiri wajib ditempek di sini ye. Hari ni aku ke Jalan Bangsar, ada makan-makan sikit kat rumah Koqin Karemo ni haa.. Aku beria nak pergi sebab beliau sanggup masak spaghetti untuk aku!! Warghhh perasan kan diri sekejap ye!!!

 

 

IMG_7460

Taraaaaaaa… inilah tuan rumah berhormat Koqin Karemo. Majlis makan-makan beliau sepatutnya bertemakan red fusion, tapi aku bantai pakai pink habis. Dah ingat cute sangat lah tuh. Sekali sama dengan alas meja. Haaa pasrah aku!!!

 

 

IMG_7421

Okay gambar ni diambil di depan rumah Akmal Hilmi (baju jersey). Yang pakai sweater dengan tshirt merah tu Kyerull L Fresco, beliau ialah driver F1 kitorang hari ni yeahh!! Aqu Api lak yang semangat berbaju melayu. Dan Andyhowtt macam biasalah bajet retis. Haha!!

 

 

IMG_7487

Juadah hari ini. Kitorang sampai agak lambat, sebab jalan jammed woo!! Sampai aje rumah Koqin Karemo terus cari makanan. Lapar weh! Hohoo berselera sungguh aku tengok spaghetti tuh! Siap tambah dua kali!!

 

 

IMG_7430

Aku dengan Andyhowtt nampok benor kelaparannya sampaikan bila makan pun dah tak pandang kiri kanan. Kyerull L Fresco pulak kemain meratah ayam wuargghh. Dan aku masih tak faham kenapa Akmal Hilmi  buat tangan macam tu..

 

 

IMG_7446

Yeahhhh Taufiq Helios pon pakai pink! So ade jugak geng pakai sama warna dengan alas meja. KAHKAHKAH!!! Tapi tak nampak pulak baju aku yang warna pink tuh. Kalau tak dah sweet dah kami pinky pinky gurls. Ehhh!!

 

 

IMG_7440

Menggila. Dorang ni sama macam aku sebenarnya, pantang nampak aku halakan camera terus posing!

 

 

IMG_7494

Menggila lagi. Tak tahu apa motif gambar ni, aku dapat merasakan yang Akmal Hilmi sengaja nak melawan kecomelan aku HUH????

 

 

IMG_7483

Lepak kejap selepas makan. Lantak arr teleng kepala korang na tengok gambar ni. Haaa kenyang woii!! Hahaa.. kuah spaghetti terpaksa ditambah oleh tuan rumah. So aku makan la sikit, nak rasa kuah baru, HAHAHA!!!

 

 

IMG_7511

Haaaa ni lah sebahagian blogger yang bersama-sama melakar kenangan manis dengan aku hari ni. Okay ayat nak muntah. Werrkkk…

 

 

IMG_7517

My outfit for today. Okay aku posing macam tiang letrik!!! Posisi yang tidak tepat membuatkan aku nampak lebih kurus daripada tiang letrik!!

 

 

IMG_7451

Okayyy last but not least, MY FAVORITE PICTURE OF ALL!! Hahaha aku tak tahu kenapa aku suka gambar macam ni. Thanks a lot kat Tetaufiq, Imamuddin si Jamban Comel dan Taufiq Helios sebab aksi spontan korang buat aku suka gambar nih! HAHA!!!

 

Heee okaylah, penat dah menaip. Ingatkan nak publish sebelum 12.00am tapi aku lembab sangat menaipnya, kejap-kejap BBM dengan kawan, cari link, edit gambor.. so lambat lah! Huhuhuuuu…

 

Terima kasih kepada tuan rumah dan rakan-rakan blogger yang memeriahkan suasana hari ni!! Jom ramai-ramai terjah blog dorang :

 

 

Okayy kalau ada yang tertinggal bagitahu ye kawan-kawan! Nanti aku tambah dalam list di atas okayh!! Thank you so much once again kepada tuan rumah yang susah payah memasak. Hehehe !! Lain kali jemput lah lagi :D

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Rabu, 24 Ogos 2011

#12 Wordless Wednesday

 

 

IMG_4685

 

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

JOM KE : Fan Page Wordless Wednesday | Blog MalaysianWW

 

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 23 Ogos 2011

Iftar bersama rakan-rakan blogger di Armanee Condo

 

Assalamualaikum semua..

 

Aku pernah suarakan hasrat untuk iftar dengan kawan-kawan blogger ni tak lama dulu. Konon-konon nak plan dengan geng kat Sahabat Blogger tuh. Tapi malangnya ramai yang sibuk atau duduk jauh.

 

Akhirnya Darkbatman telah menganjurkan iftar bersama blogger-blogger yang dia telah invite aku. Wahhh terharunye aku blogger retis invite dowh! Yang datang nanti pon sume retis-retis!! Errr aku aje la yang tak retis??

 

IMG_5423

Blogger yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis iftar ni adalah : Cik Epal Gonjeng, Nisa Kay (aku le tuhh), Akmal Hilmi, Shaheizy Sam si buah hati Cik Epal, Anak Perak, Red Linda, Yuyu Musa dan of course le tuan rumah si Darkbatman.

 

Yang tiada dalam dalam gambar ialah akak Pen Merah sebab dialah photographer of the day, dan juga abang besar a.k.a. SpiderGelap sebab beliau pemalu sangat. Setahu aku, Aizul Marcello turut dijemput tapi beliau ada hal yang tak dapat dielakkan makan tak dapatlah beliau datang.

 

DSC_1300

Haaaa ni gambor entah ke berapa kali nak snap. Sekali ternampak uban kat kepala Darkbatman! Aku ni pulak pantang nampak uban terjuntai kat kepala mesti geram nak tarik! Hahaa tak senonoh wey aku ni la. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1274

Ni first time aku pergi rumah Darkbatman di Armanee Condo tu. Selama ni aku ke Armanee hanyalah untuk photoshoot, tu pun kat area kolam aje. Fuhhh besau nye rumah beliau! Condo pon banyak retis duduk. Kelas kaw batman. Kohkohkoh!!!

 

Baru aje sampai dah excited nak bergambar. Feeling ambil gambar kat balkoni kejap. Turut layan feeling ialah Lelaki Seksi dan Budak Gonjeng. Kohkohkoh!!!

 

 

cats

Yeahhh melihat kepada hidangan nye memang meronta-ronta perut aku minta diisi. Haihhhh terasa lambat benor waktu berlalu, tertunggu-tunggu je waktu berbuka. Aku ambil lauk daging aje, ayam aku tak rasa pulak.

 

Tapi aku rasa kuih-muih lebih banyak dari lauk pauk. Hoho!!! Tapi tak semua gambar aku ambil. Aku sibuk nak bergambor jugak. Huahua…

 

 

DSC_1287

Dah masuk waktu berbuka. Apa lagi? Seranggggg!!!!! Hohoo turut menyerang meja makan ialah Darkbatman, Yuyu Musa dan Lelaki Seksi. Sorry guys, kamera tu fokus kat aku aje. Sebab tu gambar korang blur sikit. Kohkohkoh!!!

 

 

IMG_5430

Time berbuka ni laaa Darkbatman sibuk nak ber-vlog pulak. Mentang-mentang la blogger retis kan, vlog harus ada! Vlog dirakamkan oleh akak Pen Merah.

 

 

IMG_5439

Haaa tu dia batman bersama abang besar a.k.a. SpiderGelap . Alamak aii abang besar ni pemalu gila meyh! Sampai guna DSLR nak cover muka terlebih hensam tuh. Kohkohkoh!!!

 

 

DSC_1392

Aku dan retis Cik Epal Gonjeng.

 

 

DSC_1389

Aksi skandal terhangat bersama Akmal Hilmi lelaki seksi. Cik Epal Gonjeng kata pasangan bahagia????!! Kohkohkoh! Nasib laa si seksi ni takde awek, kalau tak nanti ade pulak yang datang bawak meriam besor serang aku!!

 

 

Okay dah tu aje nak share. Aku ada buat video sebenarnya tapi malas nak upload lagi. Kalau batman buat video semasa majlis iftar berlangsung, aku lak buat video selepas majlis iftar. Nanti kan ye. Kohkohkoh!!!

 

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Ahad, 7 Ogos 2011

[VIDEO] Terjah Blogger Akmal Hilmi feat. Nisa Kay & Aziz Hazmi

 

Assalamualaikum semua….

 

Hari ni nak update banyak-banyak, tapi malas nak taip banyak-banyak. Haaa boleh tak macam tu??? Korang kenal AKMAL HILMI si lelaki seksi tuh?? Meh aku nak kenalkan.

 

IMG_0641

Hahhh mamat yang menongkat dagu da bercermin mata sebelah aku tu lah AKMAL HILMI SI LELAKI SEKSI. Gambar ni dah lama okayh. Masa ni first time aku jumpe beliau masa beliau buat vlog dengan 1tube kat BB.

 

Ouhhh ape nih? Aku dah kata aku taknak taip banyak-banyak kan? Aku rasa macam terbanyak pulak aku taip? Erghhh! Mengarut lagi! Huahua… masa aku menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video Promo GRADUAN ASPIRE 2011 yang berlangsung di ASWARA, Akmal Hilmi sempat merakamkan vlog TERJAH BLOGGER.

 

IMG_7567_thumb[5]

Turut buat penampilan istimewa, aku dan juga blogger Aziz Hazmi. Aku pernah bekerjasama dengan beliau dalam satu shooting video korporat. Masa tu aku naif lagi, taktahu apa-apa dan takde pengalaman sangat dalam shoot-shoot nih.

 

Okay, tanpa buang masa jom lah kita tengok video terjah blogger by AKMAL HILMI feat. Nisa Kay.

 

 

(Untuk kelajuan video yang lebih baik, tonton video KLIK DI SINI)

 

Huahuaaa aku rasa muka aku comel+kelakar lah dalam video nih. Haha suka hati je aku puji diri sendiri kan. Ahh peduli apa aku, kalau dah takde orang nak puji kita maka kita puji lah diri sendiri kan. At least dapat boost confidence walaupun perbuatan tu dianggap PERASAN. Hahaaa…

 

Okaylah.. tu aja nak kongsikan dengan pembaca semua.. Banyak yang aku dah ketinggalan sebab  masalah internet, balik kampung dan lain-lain… So… thank you so much kepada sesiapa yang drop komen tuh. Love you all!!

 

 

 

Thanks for reading.

sign NISA


Read More»

Selasa, 2 Ogos 2011

Majlis Penyampaian Hadiah – Peraduan Video Promo Graduan Aspire

 

Assalamualaikum semuaa…

 

Wuarghhh nampak aku sangat sangat terlambat lorh update entry pasal event nih! Ni semua gara-gara internet rumah yang buat hal. Dan dijangka akan bermasalah dalam masa seminggu ni. Oh noooo!!!! TM please kasihani aku yang gila update blog ni!

 

aswara1

Oke jom ke berita selanjutnya. Pada Jumaat minggu lepas (29 Julai 2011) yang lepas aku ke ASWARA bersama beberapa blogger lain untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan video promo GRADUAN ASPIRE 2011.

Tahniah kepada pemenang iaitu Nur Aizuddin, Akmal Hilmi dan Bro Framestone! Wahhh jadi orang kaya baru sekejap ye korang! Weweeee…

 

 

IMG_4634

Ni gambor masa memula sampai. Bapaklah segan nye daku sebab kena duduk depan. Sebaris dengan para pemenang. Padahal aku bukanlah pemenang ponnn? Kahkahkah…

 

 

aswara2

Tiba waktu yang best! Persembahan daripada pelajar-pelajar ASWARA. Memang superb. Terutamanya persembahn gendang-gendang yang berlangsung di tingkat atas ruang mini stage tuh. Wawawaaa…

 

 

IMG_4676

Masa untuk melantak! Tengoklah pemenang pertama peraduan video promo nih, si Nur Aizuddin. Terkenyit-kenyit mata. Kepada gegadis di luar sana, maaf leewww korang takleh ngorat beliau. Sebab beliau dah kata beliau taknak cari awek, biar mak dia aje yang carikan bakal bini. Maka dengan itu, pergilah ngorat mak beliau! :P

 

 

IMG_4679

Orang dok sibuk makan, aku pulak sibuk nak camwhore. Memang tak senonoh bhaiii! Hahaha.. tu dia Eazy Izzuddin selaku photographer sambilanku malam itewww.

 

 

IMG_4671

Lepas tu jumpa pulak Aziz Hazmi yeaww. Dah lama tak jumpa beliau since last kitorang shooting sama-sama untuk video korporat. Jangan tanya napa aku posing macam burung belatuk patah leher. Kahkahkah!!

 

 

IMG_4691

Sementara kitorang camwhore macam tak hengat, Akmal Hilmi pon dengan sesi terjah beliau, maka Nur Aizuddin pun takkan lepaskan peluang untuk buat vlog punyaaa. Hahahaa..

 

 

aswara3

Jumpa pulak port baek punyeee nak bergambar. Huahuaaa… Memang tak hengat dunia aku bergambor dengan Akmal Hilmi dan Amal Espraza.

 

 

IMG_4737

Bersama Rafil Ramli, pengasas 1tube.my. Aku suka pulak cara aku berdiri kemain haaa elegan. Hahahakkk. Kelakor weh!

 

 

IMG_4742

Aksi muka riak lagi takabbur. Kahkahkah. Tahniah weh! Lepas ni boleh la BBM dengan kau eh eh eh :D

 

Okay lahhh.. tu aje nak cerita. Sorry lah kalau entry kali ni banyak gambar pulak. Ni dah bukan SAYA SUKA MENAIP dan ni. Ini dah boleh tukar SAYA SUKA GAMBAR. Kahkahkah!! Okay lah.. thanks for reading! Bubbye.

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 23 Jun 2011

Aku di entry mereka

 

Assalamualaikum semua….

 

Hari ni aku nak promote 10 blog yang mana blogger-blogger nye sangat lah baik hati sebab dah emntion aku dalam entry-entry dorang. Hehehee walaupun ada yang mention sekali je, aku tak kesah, janji mention, so aku promote kat sini lah ye.

 

Aku mungkin tak mampu membalas jasa baik mereka, namun ape aku mampu buat cuma promote kat sini. Korang jangan lupa singgah ye blog-blog mereka!

 

Cik Tasya

shafinaz :)

cik botol besar

Saybee

Syafik Way

andyhowtt

akmal hilmi lelaki seksi

ima miszu

tetaufiq

::SimpleGirlOfMe::

 

 

Thank you so much! Mmuuahhh!!

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 6 Jun 2011

Blogger lelaki yang buat aku terjebak.

 

Selamat tengah malam…

Aku baru selesai study-study ayam. Kahkahkah. Esok final exam untuk paper Communication Ethics & Law… Aku online la kejap, nak kendurkan urat-urat otak yang dah tegang nih.

Mana tak nye, dari tadi dok baca notes. Stress tahuuu! Sekali bukak twitter….

 

hindustan

 

Perghhh sekali Akmal Hilmi si lelaki seksi post link lagu Hindustan bebbb. Har Dil Jo Pyar Karega pulak tuh! Apa nihhh LELAKI SEKSI, KAU BUAT AKU TERJEBAK DOWH!!

Alamak… kantoi lak aku layan hindustan. Arghhh peduli apa aku kalau orang tahu.

Ohh ye, aku tengok cite ni dulu pun sebab dapat CD free. Kahkahkah. Dua kali pulak tu dapat CD yang sama. So, layan je laaaa…. Tapi aku lagi suka watak Preity Zinta dalam cerita ni. Ehh membebel lak aku.

Jom layan mood ngeng aku jap malam ni, turut bersama mood ngeng ialah Akmal Hilmi. Kahkahkah!

 

 

Oke dah? Jom tido.

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 4 April 2011

Kerinduan terhadap kawan-kawan blogger kini terubat!

Yeahhh macam yang aku cakap dalam entry semalam, aku keluar ke Subang Parade bersama beberapa rakan blogger untuk jenjalan dan menyelesaikan misi aku untuk shopping!!! Barang yang aku target ialah beg dan kasut! So… adakah misi aku berjaya???

Apa-apa pun meh aku bagi korang jeles sikit tengok gambar kami bergumbira kat Subang Parade semalam… Hua hua haaa…

 

IMG_2955Jangan keliru! Kepala anda mungkin sedikit teleng untuk melihat gambar ni. Gambar ni aku ambil dalam lif, syiling lif tu lak bercermin. Heeee ape lagi aku suruh semua dongak ke atas dan aku pon snap gambar nih.

 

IMG_2963Baru je sampai dan berjumpa dengan Eman The Halia dan Aman Firdaus. Belum apa-apa lagi dah merakam! Eazy Izzuddin ni betul-betul jurukamera handal. Huahuaa~

 

IMG_3050Gara-gara Ery Farieha yang terbabas tidur, aku ingat aku seorang aje gadis yang datang. Sob sob~ Nasib baik laa lelaki seksi datang membawa Tia comel, yeahhhh!!! Ohh Akmal Hilmi abang terjah, anda sudah menyelamatkan saya!!! Hohooo~

 

IMG_2998Bila tengok gambar ni, aku teringat kat gambor BEN ASHAARI dan si kecik comeyl Yuyu Zulaikha! Huahuaaa!!! Sorry ye koranggg.. aku sebenarnye nak cakap aku pon kecik comel jugakkk sampaikan nampak perbezaan ketara bila aku duduk di sebelah Eazy Izzudin!

 

IMG_3043Muka memasing dah lemau. Habes satu Subang Parade dah kami jelajah. Satu demi satu booth yang kami terjah, collecting name cards for those online shop owners. Ohhhh yaaaa… aku dengan Akmal Hilmi telah merancang untuk buat review online shop yang kitorang ambil name card.

 

So… seminggu aku mungkin review satu atau dua online shop??? Hmmm sebenarnya aku tak check pon lagi bape banyak name card yang aku dah kutip semalam. Heheheee… apa-apa pun, thanks a lottttttt kepada kengkawan blogger yang sudi datang semalam. Wuaaaa dah lama kot tak hangout dengan kawan blogger camnih!

Wuuuu kerinduan aku untuk lepak sesama kawan blogger kini terubat! Love you all lahh!!! Mmmuuahhh!! Nantikan video “gila” kami. Hek hek hekk,,,

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Februari 2011

Wowww siapa nak jadi BLOGGER IDOL?? Menang duit pulak tuh!!

Yeahhhhhh contest BLOGGER IDOL sudah pon dilancarkan.. oopppsss!! Bukan aku yang anjurkan ye… Dan entry ini bukan entry penyertaan ye… Entry ini entry promo okeh….

Kepada para blogger di luar sana, anda ada bakat menyanyi? Atau suka menyanyi? Haaaaaa jangan tunggu lama lama meh sini semua rapat rapat… Aku nak cerita tentang satu contest yang best gilaa.. boleh menang duit okeh!! DUITTTTTT… (haha sengaja bold kan) Sape taknak?? Gile ke taknak? Hahahaaa~

Jom tengok nih :

 

BLOGGER IDOL anjuran Tia Fazunia. Dengan kerjasama Andyhowtt dan juga Akmal Hilmi.

Video by : Tia

 

Haaaa menarik kan?? Menarik kan???? Ohh ye, setiap video nyanyi WAJIB upload kat web 1tube.my okeh! Baru laa valid. Sambil kita ber-contest suka ria, apa salahnya kita sokong produk local? Tak gitu? Heheee

 

 

Haaaaa sesiapa yang nak join, jangan lupa baca terma dan syarat sampai habis tau! Baca dengan teliti okehhhh…  Kalau korang tak memenuhi syarat-syarat, penganjur contest tidak teragak-agak untuk reject penyertaan korang. Haaaa nak camtu ke? Tak nak kan… Tak nak kann… so BACA SYARAT DENGAN TELITI oke… Kalau ada apa apa yang tak faham, tanya aje kat penganjur.

Jangan tanya aku lak! Aku bukan penganjur! Aku nak promote contest aje nih. Hahahaaaa…

Oh ye, untuk terma dan syarat : KLIK SINI

Jom la ajak kawan kawan join ye…

 

 

 

Peace.


Read More»

Copyright © Nisa Kay