Selasa, 5 Februari 2013

[EVENT] Sekitar majlis pratonton filem WAWA SEMPUT

 

Assalamualaikum…

 

Hee agak lambat lak aku update mengenai majlis pra tonton filem Wawa Semput.. Hari tu aku dah tulis review filem Wawa Semput lakonan Yana Samsudin, Along Rajalawak, Angah Rajalawak dan Adibah Yunus. Memang kelakar woi! Bergelak sampai krem sudah perut gua. Hahaha!! Jadi entry kali ni nak share gegambor dengan uolls pembaca blog.

 

_MG_0844

Rerakan blogger. Jejaka semuanya.. dari kiri : Hafiz Cyber, Bro Framestone, Ujang, Eazy Izzuddin dan Pak Lan yang tak suke letak muke di blog beliau.

 

 

_MG_0855

IMG_0907

“Kita target 5 juta!!!”

 

 

_MG_0856

Bersama David Teo yang berkali-kali cuba pujuk aku datang office dia, boleh discuss katanye. Ahakss.. sorry Mr David, muka gua kampungan je, tak cukup pakej nak dibuat artis. Tengok tudung gua dalam gamba tu kelepet!!

 

 

_MG_0868

Tergelak Yana Samsudin bila wartawan tanya,”Dengar kata Yana nak kahwin?” Okay tipu.

 

 

_MG_0878

Hikhikhikk!!

 

 

_MG_0931

Bloggers Malaysia featured in MiG Online’s video! Watch the video HERE !!!

 

 

_MG_0935

Bintang baru MiG yang comel, Atikah Suhaimie!

 

 

_MG_0944

With artis baru yang kian bersinar, Shima Anuar. Perghhh nak pengsan gua bila dia tanya,”Ni Nisa kan???” Boleh pengsan mulut berbuih-buih! Hahahah!!!

 

 

_MG_0947

Rakan-rakan YSF, Melaka Boy, dan Angah Rajalawak!

 

 

_MG_0966

Kejutan hari jadi buat Along Rajalawak oleh kelab peminat beliau.

 

 

_MG_0973

“Dengar kata encik ni ade gosip bercinta dengan pelakon terkenal? Ke propa je?”

_MG_0980

Kita terjah Adibah Yunus pulak! Herherherr…

 

 

_MG_1003

Rakan-rakan YSF dan Yana Samsudin woot woot!!

 

 

IMG_0924

Rakan-rakan SHILALAS + YSF. Hohohoo.. Dari kiri Amman Spark, Patenisme, aku, Syada Amzah dan Syahir Amzah (adik Shila Amzah budak berdua ni)

 

 

_MG_1014

Lepas penat bergambar sana sini, geng-geng YSF lepak minum-minum pulak dengan Yana Samsudin and Fadil Zahari sekali…

 

 

_MG_1027

_MG_1019

 

InshaAllah aku akan sentiasa sokong Yana Samsudin and akan sentiasa bersama YSF! Sekali aku free atau ade peluang, inshaALLAH event dengan YSF atau yang melibatkan Yana aku akan pergi…. Thanks korang semua! Thanks MiG! Muahh!! Jangan lupa tengok filem WAWA SEMPUT di pawagam tau!

 

XOXO


Read More»

Isnin, 4 Februari 2013

Perkara menakjubkan di dalam sebuah kotak – VANITY TROVE !

 

Assalamualaikum..

 

Macam biasa.. setiap hari kita pasti dengan rutin harian kita. Bagi yang student tu, setiap hari pergi kelas. Kalau takde kelas buat assignment atau having discussion.. And then bagi yang bekerja pulak, hari-hari mengadap kerja, jalan yang jem, bla bla bla.. Tekanannye kalau hidup kita sentiasa sama dan plain setiap hari kan?

 

Kadang-kadang kita perlukan sesuatu… maybe satu kejutan yang mampu membuatkan kita tersenyum bahagia? Haaa gitu.. Hmmm kalau macam tu, macam mana dengan sekotak produk kecantikan yang terkini untuk kita cuba???

 

VT_logo

 

Yeahhh aku ada satu website yang tepat untuk korang dapatkan kejutan menarik setiap bulan! VANITY TROVE ! Apa tu Vanity Trove? Vanity Trove adalah satu laman web yang menawarkan langganan barangan kecantikan dengan harga RM60.00 sahaja! Tapi apa yang kita akan dapat dalam kotak tu tidaklah kita ketahui dan akan menjadi kejutan bila kita mendapatnya!

 

Dengan hanya belian RM60.00 kita akan dapat beberapa barangan kecantikan terkini untuk kita cuba, dan percayalah, kita yang melanggannya dari Vanity Trove ini akan menjadi antara yang pertama untuk menggunakan produk yang terbaru di pasaran!

 

aboutVTMY

 

steps123my

Tiga langkah mudah untuk join Vanity Trove! Hanya daftar di website Vanity Trove dan langgan produk kecantikan dengan hanya RM60.00! Trust me, apa yang anda dapat dalam kotak tu lebih dari RM60.00 tau! Selain daripada langganan bulanan, korang semua berpeluang dapat voucher yang best best!

 

 

Timeline2

So, gambar di atas merupakan gambaran mengenai langganan bulanan. Anda boleh membuat langganan bermula 1hb hingga 14hb pada setiap bulan. Pada 15hb pulak Vanity Trove akan menyiapkan bungkusan kejutan anda dan siap sedia untuk di pos!  InshaAllah lebih kurang 21hb tu kita akan menerima our beautiful surprises! Ohh ye Vanity Trove turut membuat penghantaran ke luar negara!

 

 

Capture

Klik untuk tumbesaran yang lebih padu. Korang boleh juga langgan secara sebulan sekali, 3 bulan sekali.. 6 bulan sekali.. dan langganan tahunan. Hikss nampak tak teaser MARCH EDITION kat bawah tu? Oh myyy Temptress??? Apa agaknya kejutan untuk bulan Mac nanti ye?

 

 

Capture 2

Korang boleh juga check di website Vanity Trove mengenai produk-produk di dalam senarai mereka. Bagi mereka yang dah pernah melanggan dengan Vanity Trove, korang boleh kongsi review mengenai produk tersebut untuk rujukan pelanggan lain!

 

cats

 

Selain daripada langganan bulanan, Vanity Trove turut menyediakan option “GIFT”, khas untuk anda yang nak bagi surprise kat adik beradik ke.. saudara mara, kawan-kawan atau kekasih hati! Cewahhh!

 

Apa salahnya sebulan sekali manjakan diri dengan kejutan produk terbaru di pasaran kan? Produk kecantikan yang ditawarkan Vanity Trove termasuk produk penjagaan muka, barangan mekap, rangkaian mandian dan syampu, dan bermacam-macam lagi! Kalau nak tahu, daftar di Vanity Trove dan langgan your own beautiful surprise!

 

VANITY TROVE

WEBSITE : https://www.vanitytrove.com/my

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/VanityTroveMalaysia

TWITTER : https://twitter.com/VanityTroveMY

INSTAGRAM : @vanitytrove

 

 

XOXO


Read More»

TIPS KECANTIKAN – Memilih foundation yang paling tepat untuk kulit?

 

Assalamualaikum…

 

Selama aku blogging ni banyak jugak aku terima soalan yang bertanyakan mengenai cara-cara atau tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka. Mesti ramai yang tanya.. “MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS??”

 

makeup_foundation

TANGGAPAN YANG SALAH #1 :

Haiyaaa kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni… Untuk pengetahuan kalian, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita nampak flawless okay? Tapi lebih tepat lagi, berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.

 

TANGGAPAN YANG SALAH #2 :

Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Iskkk ini pon sedih tau. Aku pun kadang-kadang tak sedor diri beli foundation yang tona dia lebih cerah dari kulit sendiri. Sudahnye, bila pakai nampak sangat pelik, sebab warna kulit kat tangan lebih gelap!

 

Jadi jika dari awal lagi kita dah ada tanggapan yang salah mengenai fungsi foundation, macam mana kita nak pilih foundation yang tepat untuk kulit muka kita ye dak? Jadi berdasarkan pengalaman aku bertanyakan kepada beauty consultant, kepada jurumekap, membaca tips di majalah dan internet, aku nak share tips tu dengan korang :)

 

found

TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!

Ada yang main taram aje beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Contohnya, aku review barang mekap. Alhamdulillah kulit aku jenis tak sensitif dan aku boleh pakai pelbagai jenis dan jenama mekap. Tapi korang yang membaca review aku tu jangan pulak pergi beli sebelum periksa produk tu sesuai ke tidak dengan kulit muka korang?

 

Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.

 

 

foundation-color-comparison

TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !

Aku tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Kejadahnye? Aku dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan aku beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”.

 

TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA

Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni aku tengok kita yang muda ni pon dah mula ada fine lines kat wajahhh! Oh nooo!! Menurut pembacaan aku, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.

 

TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT!

Sekarang ni kan ade pengukur kecerahan ape benda entah tuu. Hahah. Macam yang aku sebut awal-awal tadi, foundation ni BUKANNYE untuk mencerahkan wajah tetapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pulak. Serius pelik. Iskk. Tapi kalau aku ler, nak ber-photoshoot memang pakai foundation yang menampakkan kulit cerah supaya masuk je dengan apa-apa warna yang aku pakai.

TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!

Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak kat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit. Macam aku ni ha, masa duk kat Penang aku selalu pakai foundation sun screen dengan SPF tinggi.

 

TIPS 6 : PILIH PRODUK YANG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!

Haaa dah membeli tu jangan main taram beli yang kat pasar malam punye pulak! Ye memang kita nak beli barang yang murah.. Tapi apa guna kalau ia memudaratkan kulit wajah di masa akan datang? Kos perubatan bukan murah, dan kalau kulit wajah bermasalah, ia akan menjejaskan keyakinan kita nak jumpa orang ye dak? So pilihlah produk yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan merbahaya kepada kulit.

 

 

cosmoderm

Bagi yang nak kulit nampak flawless, mula-mula sekali mestilah jaga kulit dari langkah asas. CONTOH : Membersihkan muka setiap hari sebelum tidur, pakai pelembap atau produk yang sesuai. Bagi yang ada masalah parut jerawat di muka, pakailah krim atau minyak yang boleh memudarkan parut.

 

Macam aku ni, aku pakai produk Cosmoderm, Vitamin E Cream macam dalam gambar di atas. Aku selalu ada jerawat degil kat dagu and kat situ memang selalu meninggalkan parut sebab aku rajin picit jerawat. Kat pipi pon ape kurang. Setiap malam aku tak miss bersihkan muka dan pakai pelembap Vitamin E Cream ni sebelum tidur. Alhamdulillah dalam sebulan dan nampak jerawat pudar dan aku dah tak payah nak tepek banyak sangat concealer lepas pakai foundation!

 

founda

Apa-apa pun, nak kulit yang sihat bolehlah amalkan minum air masak banyak-banyak, air wuduk dan pelbagai lagi petua Islamik dan petua menggunakan bahan semula jadi. Bila kulit sihat inshaAllah kurang le masalah kulit lepas tu tak yah pikir banyak nak pakai produk apa.. Tak gitu?

 

Well, semoga tips yang aku kongsikan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca.. Itu je tips yang aku ingat.. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh selak-selaklah majalah kesihatan dan website serta blog-blog tips kecantikan. Thanks!

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay