Memaparkan catatan dengan label Eazy Izzuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eazy Izzuddin. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2012

Ultimate Cheesy Pizza! Can you handle it?

 

Assalamualaikum…

 

Hamboi hamboiii tak menahan tau letak tajuk entry slogan pizza dengan 7 jenis keju tu. Haaa dah alang-alang aku sebut, so korang dah tahu lah ye aku akan menulis satu entry mengenai PIZZA !!! Yaaa pizza!!!

 

IMG_8846

Okay kejap aku nak tayang gambar a good friend of mine. In fact daripada semester satu lagi kawan aku ni sangat baik, tak pernah gaduh dengan aku dan selalu tolong aku mana-mana yang dia mampu. Dan dia tak berkira pun dengan aku. Meet Elfiandri :)

 

 

IMG_8848

Makan-makan di Pizza Hut juga disertai oleh tetamu khas aku iaitu Eazy Izzuddin. Aku memang dah lama niat nak belanja Eazy makan pizza sebab dia tolong aku buat video mekap Maybelline aku dulu. Dan video tu lah yang melayakkan aku menjadi salah seorang finalis Maybelline’s Favourite Blogger.

 

Walaupun aku tak menang pun dalam contest tu, tapi menjadi salah seorang finalis adalah sesuatu yang masih boleh dibanggakan. So thank you so much kat Eazy Izzuddin sebab sudi tolong rakam video Maybelline aku walaupun aku mintak tolong last minute.

 

 

IMG_8851

Appetizer… Garlic bread dan mushroom soup yang masih panas! Pergghh memang membuka selera! Aku suka garlic bread cicah sup cendawan!

 

 

IMG_8852

Memandangkan aku beli satu set pizza, maka air yang sedia ada dalam menu ialah Mountain Dew. Aku malas nak tukar ke apa. Walaupun aku jarang sangat minum air ni, tapi aku tibai aje…

 

 

IMG_8855

Yeahhhh large Ultimate Cheesy Pizza! Dengan 7 jenis keju di dalam pizza ni cukup buat air liur kitorang meleleh-leleh beb!! Baunye pun buat aku terangkat! Tak sabar nak makan oiii!!!

 

 

IMG_8856

Kejappp.. tahan nafsu makan jap.. kita posing duluuu… Kekekeee…

 

 

IMG_8868

Posing jangan tak posing ye Eazy.. Kekekee… Gembira bila dapat makan pizza ye. Aku pon happy jugak dapat mengenyangkan perut!

 

 

IMG_8863

Maaf la ye Eazy dan El.. Aku ni memang pelahap sikit. Tak menyempat terus ngappppp!!!!

 

 

IMG_8878

Yearrgghhh perut sudah kenyang. Pizza dengan 7 jenis keju! Cant you handle it??? Huuu memang sangat mengenyangkan sebab pizza tu padat dengan keju! Tapi dapat pizza yang fresh baked memang aku terus ngap! Sebab makanan yang masih panas membuka selera aku.

 

So maafkan aku ye buat entry makanan tengah-tengah malam ni. Kang berhabuk gambar-gambar ni aku dok peram dalam hard disk! Kui kui kui~ So kesimpulannya, Ultimate Cheesy Pizza, yeahh we can handle it!!!

 

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


Read More»

Rabu, 26 Oktober 2011

JOM JOIN CONTEST – Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh hari ni aku nak promote satu contest yang da ba boom sangat okayh! Korang ni rugi sangat lah kalau tak joinnnn. Maklumlah, mana tahu rezeki korang nak menang ke kan kan kan???

 

6162826004_a1a90bcee9_z

 

Hadiah Utama
1x  iPOd Shuffle


Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup


Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup


Hadiah Tempat Ketiga
3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup


10x Hadiah Saguhati

 

 

Whoaaaa kemain hadiahnya sangat lah menyentap hati dan perasaan kalau tak join okayh! So sila lah join ramai-ramai okay. Hadiah contest bukan sebarang hadiah. So sesiapa yang nak join contest, sila klik klik banner contest Eazy Izzuddin ni ye. Dan good luck semua yang nak join !

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 6 Oktober 2011

(GAMBAR) Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa kemain lamanye aku dok peram gambar-gambar semasa Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011 yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September yang lepas. Mak aihhh nak sebulan dah pun! Hampeh benor diriku ini! Lambat update  nye!

 

Bukan apa, bila aku nak update aje mesti ade benda lain yang aku nak update dulu. Hikhik… Alamak tergedik lak. Okay okay jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang ada ye… Sorry tak banyak idea nak letak caption, sebab gambar pun dah lama kan..

 

IMG_6776

Gambor camwhore ada lah gambor wajib untuk entry kali ini ye. Sekarang ni aku suke sangat sangat camwhore, ni sume gara-gara terpengaruh dengan Uncle Gedek. Herherherr uncle jangan marah yee…

 

 

IMG_6768

Sebenarnya aku ni buttons collector tau! So bila aku nampak button yang pelbagai design dan bentuk ni aku jadi berpinar kejap mata aku! So aku rembat lerr.. banyak lak tuh! Hekhekhek…

 

 

IMG_6772

Simple me. Kata nak pergi karnival dengan konsert kan, baju takleh beria sangat, nanti nak berasak tengah orang ramai acane???

 

 

IMG_6820

Blogger Eazy Izzuddin dan Nur Aizuddin.

 

 

IMG_6855

IMG_6883

Bersama Cik Epal, dan pemilik online shop CALAQISYA : Farah Mislina, Farah Ilyana & Farah Azrina.

 

 

IMG_6892

IMG_6895

Blogger lelaki : Nur Aizuddin, Eazy Izzuddin, Mejah, Koqin Karemo, Akmal Hilmi & errr sorang lagi aku tak ingat siapa…

 

 

 

IMG_6899

Pentas Konsert SUARA KAMI 2011.

 

 

IMG_6928

Pengacara : AZNIL HJ NAWAWI.

 

 

IMG_6970

IMG_7012

Kpop star : RANIA.

 

 

IMG_7049

 

 

Okayyy itu ajelah yang aku nak share kat sini dengan korang. Sorry sangat sangat sebab jamu korang dengan entry cukup-cukup makan ni. Huuuu sumpah takde idea + aku rushing nak bersiap pergi kelas, dan lepas kelas I need to go to KL untuk pick up some stuffs. Haihhh busy meyh!

 

Okaylah, sekarang laptop aku pun dan siap service, so aku boleh resume kerja-dan assignment aku yang terbengkalai. So uodate blog pun akan kembali menjadi konsisten insyaAllah… Bye semua, take care muah!!

 

 

P/S : For more pictures, you guys can go to SAYA SUKA MENAIP's fan page.

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 27 April 2011

UPDATE ON THE SPOT : Dalam bilik meeting! Selamba jadah je aku online.=!

Assalamualaikum semua...

Malam ni aku menghadiri meeting. Wakil-wakil kelab dan persatuan bertemu dan bersuai-kenal mesra dengan barisan perwakilan pelajar kampus aku. Kahkahkah! Mesra ke? Ehhh adatlah mana-mana meeting pun, berapa aja yang seronok?

Ohh ye, aku datang ke meeting ni bukan sebab aku presiden atau pengerusi mana-mana kelab, tapi aku mengiringi Iejam Hosen selaku presiden Communication & Media. Position aku? Alaaaaa yang tukang catat tuuu...




Haaaa tu dia! Boleh pulak aku terrrrrr-serempak dengan seorang blogger nih! Seingat aku, first time aku jumpe mamat neh masa Mini Gathering group Sahabat Blogger di Extreme Park 15hb Februari 2011. Sapa mamat neh????




Hah!!! Tengok tuh! Orang duk meeting, aku dengan mamat neh dok ber-webcam laa pulak! Bajet muke comel laa masing-masing! Ptuihhh...




Hahhh buat muke comel lagi! Hohh!!! Sape ni??? Oke lah malas aku nak suruh korang teka pownnnn.. Ni lah   
Eazy Izzuddin si photographer dan videographer. Lepas ni sapa nak buat vlog boleh upah belia eyh? Kuang kuang kuanggg...

Oke oke malas dah merapu. Dah macam debat perdana pulak meeting nih. Apa aku buat? Update blogggg. Hekhekhek!!  Oke nak sambung terlelap. Bye bye... 







P/SEazy Izzuddin kirim salam kat semua awek single kat luar sana. Beliau kata, sapa sudi pergi laa apply borang.kahkahkah!

Read More»

Copyright © Nisa Kay