Assalamualaikum..
Fuhhh nervous jugak nak bercerita dan berkongsi mengenai ini. Apa-apa pun sebelum Nisa teruskan berkongsi kisah, jom Nisa kongsikan juga kisah Nisa dan dunia pengacaraan ni. Nisa memang minat bercakap di khalayak ramai sejak sekolah lagi... memang minat join perbahasan, sajak, pengucapan awam, choral speaking.. dan sekali sekala jadi emcee untuk majlis perhimpunan sekolah.
Kemudian, bila dah masuk alam universiti, Nisa jadi makin berani nak bercakap depan kamera. Bermulalah episod di mana Nisa gemar merakam video menggunakan kamera pada laptop. Dan sekali sekala upload di Facebook atau YouTube. Masa tu baru sangat lagi buat video di YouTube. Minat mengacara tu makin meluap-luap lepas buat assignment untuk subjek Psikologi dan Nisa serta rakan Nisa dapat pujian untuk assignment tu, alhamdulillah.
Read More»