Memaparkan catatan dengan label Cala Qisya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cala Qisya. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Januari 2012

CALAQISYA @ REFLECTION 2012

 

Assalamualaikum….

 

Buat pengetahuan semua, entry ini aku dedikasikan khas untuk Yana iaitu salah seorang pengasas dan pemilik online shop Calaqisya sebab hari ni hari jadi beliau! Yeayy tepuk tangan tepuk tangan! Haha…

 

Entry ini khas untuk Calaqisya sebagai tanda terima kasih aku kerana sudi invite aku jadi guest dorang untuk event REFLECTION 2012 yang berlangsung pada 15 Januari yang lalu. Agak terkejut bila ditawarkan menghadiri event ini di bawah jemputan untuk para designers. Wahh terharu sangat!! Love you Calaqisya !!

 

IMG_0087

Pakcik Brek Pitt dan Makcik Yana, serta Auntie Farah and her friends. Kekekekeee…

 

 

IMG_9271

Seperti yang diwar-warkan oleh Calaqisya, mereka akan membawakan new arrival items khas di event Reflection ini! Maknanya kalau nak membeli dengan lebih berpuas hati datang shopping kat booth dorang, pilih dan  pegang sendiri bajunya.

 

 

IMG_9273

Yeahhh kasut power dari CalaMan pasti adaaaa di booth ni! Haaa tak keruan semua yang datang ke Reflection bazaar tau! Tapi kasut ni limited. Kalau nak lebih banyak pilihan tunggu la CalaMan update lagi ye!

 

Cala Qisya’s collection on the runaway! Semuanya gojes okayh!! Ada design yang bakal dijual tak lama lagi di Calaqisya.

IMG_9816

IMG_9818

IMG_9823

IMG_9835

IMG_9839

IMG_9850

Haaaaaaa……. cecantik kan semuanye? Gojes jelita lagi menawan kan? Hamboi kemain over tau aku. Tapi kalau dah cantik kenalah cakap cantikkan? Semua peminat Calaqisya mesti ternganga-nganga tengok collection yang awesome ni sume! CALA POWER kan!!

 

 

IMG_9866

Alhamdulillah fashion show Reflection 2012 berlangsung dengan jayanya.. Tahniah kepada Calaqisya kerana berpeluang menyertai fashion show Reflection 2012 dan menampilkan koleksi tersendiri. Semoga maju jaya Calaqisya dan juga CalaMan !

 

 

IMG_0125

Ouhhh last but not least! Hahaha meh tepek muke aku sattt. Malu sebab muka comot ya amat. Saja nak tunjuk aku pakai Bleubell Outerwear by CalaQisya yang aku beli kat event REFLECTION 2012 . 5 bintang for this outerwear! Rugi sapa tak beli!! Hahahaa (gelak jahat).

 

Sekali lagi terima atas jemputan ke event Reflection 2012. Calapowers! Head to Saya Suka Menaip's fan page for more pictures.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 18 Januari 2012

Awesome people at REFLECTION 2012

 

Assalamualaikum..

 

Ya, masih bercerita mengenai event REFLECTION 2012. Gambar terlalu banyak.. tu yang aku buat entry asing-asing. Hahaaa sorry pada mereka yang rasa semakkkk sangat aku buat entry pasal REFLECTION 2012 aje. Hehehee…

 

IMG_0055

With the gorgeous VIVY YUSOF dari blog Proud Duck. Heee akhirnya dapat jumpa depan-depan! Hikhikhikk…

 

 

IMG_0064

Farah Diba yang sangat sangat sangat peramahhhh. Like like!!

 

 

IMG_0070

With the founders and designers of Pastelina, SHEA RASOL and ADRIANA ADNAN. Sorry gambar sangat tak berkualiti. Hikhikk tunggu masa nak DSLR baru insyaAllah :p

 

 

IMG_0076

Weee lawan gigi !! Lawan gigi!! Hahahaa… With the sweetest and cutest girl IRINE NADIA MARCELLO !!! Akhirnye bertemuuuu jugak di event REFLECTION 2012 ! Dah lama dah plan nak jumpa tapi selalu takde rezeki. Hehehe dah jumpe dahhh :D

 

 

IMG_0088

With Yana Petisuara , Farah Mislina and their friend (sorry lupa tanya namaaa). Heheee walaupun datang event awal ya amat, tapi nasib lah si Farah-Farah ni sangat sporting melayan aku Kekekee…

 

 

IMG_0091

Reramai. Dari kiri : The cute Irine Nadia, the stylo Rina Salleh, the gorgeous sangat Fatin Suhana, the selekeh amat Nisa Kay dan the sweet Sakina…

 

 

IMG_0094

Inilah Kak Ika comels from Radiusite. Aku suka lahh hijab baru dari Radiusite yang Kak Ika pakai tu.. Model gojes Radiusite, Kak Uyun pun pakai. Tak amik gambar dengan dialah.. Dia gojes gila kott…

 

 

IMG_0109

Last but not least Ara Lee, model terhangat di pasaran. Dia adalah antara finalis untuk pusingan akhir Porject X by Annas Easkey photographer kebaboom tauu! Kenal dia thru Project X, and eventually I found her pics here and there. Model lah katakan. Akhirnya dapat jumpa depan-depan.

 

 

Okay sekian gambar-gambar bersama antara mereka yang awesome yang aku jumpa semasa event REFLECTION 2012. Yang lain pun awesome gila okayh. Thanks to those yang approach saya and minta bergambar bersama. Sorry kalau aku nampak awkward sangat sebab aku ni malu. Maklumlah siapalah aku ni kan…

 

 

Ouhhh gambar dengan Heliza adaaa. Tapi taknaklah. Muka aku pelik sangat. Mungkin sebab gambar di snap sebelum aku betul-betul bersedia untuk senyum ERKKK!! Hihiii… Dan maafkan muka comot aku sebab aku tak mekap sangat pon for this event.

 

 

Next entry aku cerita pasal models and the collections during the fashion show eh. Byee muah muah!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 3 November 2011

Update Gempak dari CALA QISYA – Size Does Not Matter

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh hari ni entah apa mood aku nak promote satu online shop ni. Bukan main banyak betul barang dalam update terbarunya. Dah lah semua produknya memang rekaan dan style yang eksklusif. Memang salute kat tuan punya online shop sebab aku rasa bisnes dorang agak sukses walaupun banyak saingan.

 

bnner

CALA QISYA ialah salah satu online shop yang aku rekemen kan korang untuk shopping. Dengan baju-baju yang cantik-cantik, tapi masih mengekalkan gaya sesuai untuk para muslimah. Memang aku tengok pon berpinar mata weh!!!

 

308142_153307358100272_129341103830231_214581_1448140065_n

Korang saiz apa? Semua tu tak penting! Update terbaru dari CALA QISYA sesuai untuk semua!!! Meh aku berkongsi dengan korang sebahgian daripada koleksi terbaru CALA QISYA yang da bomm!!!

 

photo (81)

photo (86)

photo (60)

photo (54)

 

Haaa apa ternganga kat sini weh??? Pergi CALA QISYA cepat-cepat untuk tengok koleksi penuh update kali ni. Jangan salahkan aku kalau dalam sekelip mata semua baju-baju yang da bomm ni habis dijual atau reserved okay! Go go go!!!

 

 

sign NISA


Read More»

Khamis, 6 Oktober 2011

(GAMBAR) Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011

 

Assalamualaikum…

 

Whoaaa kemain lamanye aku dok peram gambar-gambar semasa Karnival & Konsert SUARA KAMI 2011 yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September yang lepas. Mak aihhh nak sebulan dah pun! Hampeh benor diriku ini! Lambat update  nye!

 

Bukan apa, bila aku nak update aje mesti ade benda lain yang aku nak update dulu. Hikhik… Alamak tergedik lak. Okay okay jom lah cuci mata dengan gambar-gambar yang ada ye… Sorry tak banyak idea nak letak caption, sebab gambar pun dah lama kan..

 

IMG_6776

Gambor camwhore ada lah gambor wajib untuk entry kali ini ye. Sekarang ni aku suke sangat sangat camwhore, ni sume gara-gara terpengaruh dengan Uncle Gedek. Herherherr uncle jangan marah yee…

 

 

IMG_6768

Sebenarnya aku ni buttons collector tau! So bila aku nampak button yang pelbagai design dan bentuk ni aku jadi berpinar kejap mata aku! So aku rembat lerr.. banyak lak tuh! Hekhekhek…

 

 

IMG_6772

Simple me. Kata nak pergi karnival dengan konsert kan, baju takleh beria sangat, nanti nak berasak tengah orang ramai acane???

 

 

IMG_6820

Blogger Eazy Izzuddin dan Nur Aizuddin.

 

 

IMG_6855

IMG_6883

Bersama Cik Epal, dan pemilik online shop CALAQISYA : Farah Mislina, Farah Ilyana & Farah Azrina.

 

 

IMG_6892

IMG_6895

Blogger lelaki : Nur Aizuddin, Eazy Izzuddin, Mejah, Koqin Karemo, Akmal Hilmi & errr sorang lagi aku tak ingat siapa…

 

 

 

IMG_6899

Pentas Konsert SUARA KAMI 2011.

 

 

IMG_6928

Pengacara : AZNIL HJ NAWAWI.

 

 

IMG_6970

IMG_7012

Kpop star : RANIA.

 

 

IMG_7049

 

 

Okayyy itu ajelah yang aku nak share kat sini dengan korang. Sorry sangat sangat sebab jamu korang dengan entry cukup-cukup makan ni. Huuuu sumpah takde idea + aku rushing nak bersiap pergi kelas, dan lepas kelas I need to go to KL untuk pick up some stuffs. Haihhh busy meyh!

 

Okaylah, sekarang laptop aku pun dan siap service, so aku boleh resume kerja-dan assignment aku yang terbengkalai. So uodate blog pun akan kembali menjadi konsisten insyaAllah… Bye semua, take care muah!!

 

 

P/S : For more pictures, you guys can go to SAYA SUKA MENAIP's fan page.

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 13 Mei 2011

Makan berdua je, harganya nak cecah RM100 !

Assalamualaikum semua….

Hari ni cerita pasal makan lagi! Lagi lagi makan! Hohoo tapi badan aku tak naik ponnnn??? How? Huhuuu… Oh ye, Baru-baru ni aku ada pergi meneman orang pergi makan kat TGI Friday’s. Hamboii tempat nak grand aje kan. Tapi takpelah, dah orang nak belanja. Hik hikss!!

 

IMG00582-20110508-2103

IMG00590-20110508-2119

Sorry la kalau dalam entry ni mata cantek anda terpaksa menahan pedih yang amat gara-gara kualiti gambar yang agak low. Biasalah… bawak blackberry aje… Takde DSLR nye… SO, nasib korang lah ye. Kahkahkah!

 

IMG00598-20110508-2127Pasta : Chicken & Shrimp Diablo

 

IMG00591-20110508-2119Strawberry milk shake. Errrr jus tembikai tu tak tahu laa sapa punya. Kahkahkah!

 

IMG00602-20110508-2128

Hamik kauuuuu muke excited nak makan woi.. Maklumlah, belum pernah jejak kaki ke TGI Friday’s kannn… So bila nak makan pon muke excited semacam aje… Pandangan aku? Environtment nye boleh tahan lah.. cuma malam tu TGIF cawangan The Curve agak crowded.

 

IMG00584-20110508-2107

IMG00603-20110508-2202I was wearing plain pashmina in grey, Lacey Lace Maxi Dress from CalaQisya, unbranded grey boots (bought at The Curve Street Market), handbag from BONITA.

 

Heee alhamdulillah, ada jugak rezeki aku merasa makanan kat tempat macam ni. Harganya.. ya Allah, bagi orang macam aku mungkin ia terlalu mahal.. Bayangkan, anda makan dua orang and it cost you about RM90++ !!!

Tapi, masa aku pergi ni, ada orang kesayangan nak belanja. Ehemm ehemm.. Kahkahkah! Perasan gila kot aku. So itu sahaja… Bubbye!

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay