Rabu, 31 Mac 2010

It’s Raining and I’m Smiling

  • ha ha ha
  • ape la yang jadi kat aku ni, aku pon tak tahu
  • hari ni, lepas kelas photo comm, terpaksa aku stay kejap kat kampus
  • sebab.. it’s raining. ye aku balik jalan kaki memandangkan rumah aku hanya seberang jalan raya tu aje
  • dan lepas kawan kawan aku balik masa hujan reda, aku stay lagi
  • for a chance, that changes my life. wakaka~ (betul ke ape aku tulis nih????)

1318389547_a293b34fab

oke hujan itu hujan rahmat

aku… aku dah tak tahu nak cakap macam mana

aku hanya mampu tersenyum =)

 

perasaan : Tuhan je yang tahu  ♥ ♥ ♥


Read More»

Contact Lens Berwarna Pertama Saya


  • minggu lepas aku ader order contact lens dari Mirror Store
  • saje ngade ngade aku nak try pakai contact lens yang berwarna pulak
  • aku bank in kan duit hari jumaat, selasa dah dapat
  • bagus bagus aku suke perkhidmatan yang simple dan tak menyusahkan orang camni
  • aku dengan mengadanye konon nak lawa (errrkkk..!!) telah beli contact lens Angel Colour.. aku amik yang kaler brown.. biar lebih natural
  • ye la, malu la nak try contacts yang ade warna sebenarnye, ni pon saje mengada kui kui~
  • dah la harga murah oke!!
  • aku tahu pasal blog ni pon sebab aku di rekemen kan oleh kawan blogger yang pernah beli lens dengan online shop nih

DSC05100 lens yang dah sampai disertakan dengan name card Mirror Store


  • memang aku suke sangat la kan
  • ye la batak baru first time pakai lens yang berwarna
  • wakaka~
  • dan aku mengaku, inilah first time aku beli barang menerusi online shop

so maybe ade antara korang yang berminat nak beli?? jenguk lah ke Mirror Store kalau kalau ade yang berkenan di hati.

perasaan : excited tahap burung untaaaa~

Read More»

Selasa, 30 Mac 2010

Minta Maaf Kepada Para Blogger~

 

  • maaf, saya suka hati jek post pasal teh o ais
  • ini adelah karena saya tidak punya idea yang zassss atau woww untuk ditaip di sini, tak pasal-pasal para blogger sekalian terpaksa baca post hampuih tadi..
  • haihhhhhh (asyik mengeluh je aku nih!) oke sudah sudah lah ayat skema ayam.
  • banyak perkara berlaku even dalam dua tiga hari sekali pon..
  • masalah dalaman, luaran, kewangan pelajaran.. sume ade la

 

dalaman – personal bhai… ini melibatkan hati dan perasaan aku serta insan insan sekeliling aku

luaran – kawan aku accident, aku sedeyh, orang lain sedeyh, suasana dah x seceria dulu, hurmm.. mahu lela~

kewangan – dah la ATM buat masalah, x pasal pasal guna duit member aku untuk breakfast, sadis gilerr kot! semenjak dua menjak nih, duit lak keluar macam air mengalir dari paip yang x ditutup. aku bukan nak membazir, tapi sekarang ni memang banyak guna duit ahhh…

pelajaran – assignment berlambak, dateline makin dekat.. dah makin dekat tu, makin banyak tension nye. exam pon tinggal lagi dua bulan lebih jo kott…

oke, sekian masalah yang menimpa. ha ha ha~ tak malu betol aku tulis problems sume kat sini, tapi takpe sebab aku tahu, so ini general.. semua pon menghadapi masalah yang lebih kurang sama. ye lah, masing masing punya life, so masing masing ademasalah sendiri……..

Snapshot_20100307_1 oke dalam ape keadaan sekali pun, kita mesti senyummmmm~ insyaAllah everything will be allright.  ♥ ♥

 

 

perasaan : senyum, sebab hari ini kelas seronok. Good Job Classmates!


Read More»

Teh O Ais

 

  • Hai semua.
  • Nama saya Kay Nisa. Panggil saya Nisa.
  • Saya suka sarapan di kedai Khulafa, kedai mamak dekat kampus.
  • Saya suka teh o ais kedai ni. Sangat sangat sangat sedap.
  • Kalau saya balik cuti or keluar dari Shah Alam, mesti saya tak sabar-sabar nak minum teh o ais Khulafa bila balik sini.
  • Kalau saya datang makan sini, saya mesti order air teh o ais paling kurang dua gelas.

DSC05097 oke teh o ais saya dah habis, mau order yang baru!!

*Khulafa, 30 Mac 2010 12.02pm*

 

 

 

perasaan : nak minum banyak banyak~


Read More»

Isnin, 29 Mac 2010

Menyesal Ke?

haihhh... banyak benda dah berlaku sebulan dua ni
dan yang paling terbaru, berita kemalangan lela.
sekarang dah 4 pagi, aku still x boleh tido. thank God wafiey pon x tido lagi, buleh jugak la aku berkomen romen ngan dia uh~ herherherr..

hmm.. aku dah lama fikir kan perkara ni, dah lama sangat, sejak tahun lepas lagi.. cuma sekarang kot aku punye hati untuk menaip pasal nye...
BLOG.
most of us ada blog. pendek kata, sekarang memang ramai sangat sangat la yang dah ade blog. ye la, sekarang guna blog pon duit mahsyukkk.. guna blog leh jual barang, promote itu promote ini. ada yang tulis blog untuk suka-suka, bukan untuk diri hanya untuk tatapan umum.
ya.. itu yang aku kata kita semua sama-sama ada blog tapi tak serupa.
serius (macam post lepas) aku rindu blog Gatal Menaip aku. aku bukan lah baik sangat dan pandai berpura-pura, aku suka guna blog aku untuk melepas geram atau marah.
sebab kat situ la timbul penjelasan.
but something had happen.. something personal.
aku dah janji pada dia yang aku takkan tulis macam tu lagi dalam blog aku, dan atas beberapa sebab blog Gatal Menaip aku terpaksa di delete. pedihh wooo.. aku sayang wooo blog uh..

 Header blog lama aku. in pic : my lil sis



hmm.. aku rindu nak tulis blog macam dulu.
dan sebenarnya aku tak kesah langsung ape orang lain nak buat dengan blog masing-masing. hak asasi kan, mana yang aku suke aku baca aku komen, mane yang aku sangat suke aku baca aku senyum je, xde komen..
hahhh.... sekarang aku rase macam nak stop blogging pun ade.
ape jek yang aku tulis mesti mengundang kontroversi yang tak diingini.
semua yang aku tulis aku dah decide untuk buat secara bersifat general, takde tuju pada sesiapa pon, lebih kepada peringatan diri sendiri.

aku dah janji pada orang yang aku hormat tu untuk jadi a better person afterwards. tapi ape yang aku dapat cemuhan makian cacian ejekan. salah ke decision aku? i'm trying very hard here, but it seems like no one supporting me or like it. why?? or.. is it only my feeling??? i tried to be myself, aku cuba untuk kembali kepada keadaan di mana aku bernama NISA. and yet, there are people who said now i'm no longer call myself with my name. NISA is my name! i am sooo sad. i tried to better, for you... for my friends. foer those people that i love the most.





perasaan : feeling like i'm regret with the decision coming here.

Read More»

Minta Semua Doakan Lela......

baru petang tadi, aku komen komen dengan lela kat facebook
baru petang tadi aku luah perasaan kat lela
baru petang tadi lela tenangkan hati aku
dan sekejap je, berita tu membunuh perasaan aku




saat aku baca status Kak Sya, aku rasa macam....
........................OH NO...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
LELA..!!!! tak mungkin!
dalam otak aku dah macam macam benda negatif muncul. aku buang semua tu cepat cepat
aku harap dia selamat. aku tanya kak sya ape yang jadi pada lela
tapi kak sya pon takde info lengkap. aku makin tak keruan
baru petang tadi aku heppy komen komen dengan lela!!
OH TUHAN...  dugaan!! kitorang memang tak nampak macam rapat sangat..
berbanding dengan kak sya atau ana, aku memang x serapat tu dengan lela.
tapi, lela KAWAN aku!! aku sayang semua kawan aku!
lela kawan yang baik, dia suke wat lawak. gelagat dia selalu buat aku gelak or senyum.
(as i'm typing this, tears keep rolling down to my cheek)
aku rasa macam.. ohh tidak! berita lengkap pasal lela masih aku tak ketahui (setakat ni, 29 Mac 2010 1.33am)
aku harap dia selamat. aku taknak hilang sorang lagi kawan.
aarrgghhh!! aku nak pergi tengok dia...!!


 fazdilaila fazilah @ lela



p/s : kepada kawan kawan yang membaca, kepada bloggers yang singgah, atau sesiapa yang kenal lela, please i'm begging you guys doakanlah kawan aku ni cepat sembuh! AMIN~





perasaan : sad, cried~

Read More»

Ahad, 28 Mac 2010

Lu Apeadehal Bro?

yeahhh.. dah beberapa lama jugak la aku menceburrrrkan diri dengan blogosphere ni~
tapi actually baru tahun ni aku mula promote promote blog aku kat GengBlogger dan jugak dah pandai pandai letak iklan suruh orang klik klik klik~
by the way, aku suka blog baru aku walaupun tak setajam atau selahanat blog lama, ahaks~
takpe takpe... aku ni dah jauh terpesong nampaknye dengan matlamat asal post ini ditaip.

aku nak cerita, sejak aku join apekebenda namanya GengBlogger itu, aku kenal ramai kengkawan baru, 
yang aku tahu ahli ahli GengBlogger semua nya sporting amat dan besh serta rajin klik klik iklan aku. tenkiuuuu semua~
dan dari blog jugak lah aku kenal sorang mamat yang sentiasa apeadehal? ngan aku. aku kenal mamat ni pon dari sorang member aku iaitu Iejam Hosen yang suka sangat merapu. haihh.. nama dia Muhammad Muzammil a.k.a Muhammad Ijam. haaa.. nama pon dah nak sama dengan nama member aku. nak cerita panjang panjang pon malas, aku post benda ni pon sebab si Muhammad Ijam tu suruh aku balas post dia pasal aku. keh3~

 ni la wajah Muhammad Ijam yang mana gambar nye aku cilok dari Facebook beliau~



Ha ha ha .. yang aku tahu Muhammad Ijam ni stalker terhebat masa kini. sebab dia boleh ingat status status yang aku post kat facebook. dan beliau guna kepakaran mengingat tuh untuk menganjengggg kitorang (yakni aku dan Iejam Hosen). ha ha ha.. tak percaya lagi?? nahhhh tengok!







haaaa... nak jadi stalker ye Muhammad Iejam?? ha ha ha.. aku lagi stalker dari kau~ nak tahu kenapa??
tengok nih pulak :


ha ha ha.. aku lagi terer kan?? wahhhh kembang hidong seyh!! kui kui kui~ Muhammad Ijam jangan marahhhhhhhh~ peace yo!





perasaan : menggila la kau






Read More»

Jangan Parah Dek Kerinduan!

hahahaa.. dah macam ape pulak aku tengok blog kudus aku nih
ala ala website motivasi Fadzilah Kamsah pon ade
ye la dengan segala post post renungan teguran insaf bagai
tapi oke lah kan? manfaat untuk aku.. untuk korang jugak kan? he he he tu pun kalau mendatangkan manfaat untuk korang lah. kalau ye, syukurrrrr Alhamdulillah~


huhuuu.. itu URL lama saya~ eh3~ ade muke innocent takkk???


ahah! tadi sudah post pasal "menerima hakikat". sekarang aku nak cerita penangan rindu lah pulak~ ha ha ha~ sebenar nye post ni pasal diri aku sendiri dan pasal sebuah blog.. hah! blog ape? blog siapa? haa.. tu yang kita nak tahu~ kuang3~

sebenarnye aku rindukan blog lama aku. blog Gatal Menaip. masa zaman aku bersama blog Gatal Menaip tu, memang gatal betul tangan ni nak taip sesuka hati mak ayah punye jiran tetangga aku. ape yang aku rasa, aku taip je, ape yang yang aku marah benci ejek perli sindir atau tak suke aku taip jek. update pulak, x payah cakap. dalam sehari tuh ade la lima or enam kali update. pendek kata blog Gatal Menaip aku dulu memang aku buat dah macam biografi hidup dah. untung-untung kalau dah besar aku boleh buat buku (errrkkk!!!!!! ade ke yang nak baca???) 

tapi.. atas sebab sebab tertentu, aku dah buat keputusan pasti! cehhh.. huhuu~ untuk DELETE blog itu, justeru memadam semua kenangan dan apa-apa sahaja yang pernah termaktub dalam blog itu. bagi aku blog lahanat itu yang aku sayang, blog lahabau itu yang aku suka, tapi yang lahabau dan lahanat itu orang pulak tak suka.. takpe takpe.. sekarang blog Saya Suka Menaip aku akan gunakan sebaiknye.





perasaan : nak jadi baik, lebih baik, dan lebih baik.

Read More»

Jumaat, 26 Mac 2010

Jangan Lah Jadi Manusia Yang Tak Mahu Terima HAKIKAT!

  • huuu.. ayat nak kontroversi jek
  • tapi inilah realiti hidup kan..
  • dalam banyak-banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita (yang menyedihkan), banyak di antara kita yang masih tak mahu menerima kenyataan atau hakikat
  • meh sini aku dengan baik hati nak bagi contoh :


Contoh Pertama : Tak dapat mencapai target.
Yela kan, usaha dah gila gila, study bukan main, 24 jam bertepek jek kat library sampai abang library dah muak tengok muka korang.. then bila x dapat capai target, lebih lebih lagi yang masih jauh dari target, mesti lah kecewanya hingga x boleh terima hakikat, jangan sampai bunuh diri lak yeh







Contoh Kedua : kematian orang yang disayangi.
ohhh ini memang  lumrah. bagi Islam, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada yang Pencipta (oke oke dah macam ustazah pulak aku nih).. bila orang yang kita sayang sangat, yang rapat ngan kita, yang selalu ada untuk kita, dan orang tu dah takde dan sememangnye takkan kembali balik, mesti pedihhhh jek kita nak terima hakikat. jangan pulak kita buat tindakan bodoh dengan “mengikut” orang tu ke “sana” !!




Contoh Ketiga : tidak berjaya dalam percintaan.
ouhhh ini lah paling pedihhhh dowh. ha ha ha~ kenapa aku cakap macam tu? ye la, orang yang kita anggap chenta mati (lah sangat!) tiba-tiba meninggalkan kita, yang paling besh menjauhkan diri dan bermusuh dengan kita. kalau yang berkawan balik tu paling bagus, sebab bagi aku kasih sayang tu dha bertukar kepada perasaan sayang kepada kawan. (aku suke camni ngeh ngeh ngeh~)


  • huuu.. aku malas nak cakap lebeyh lebeyh
  • aku post benda ni secara general ye
  • tak mengata sesiapa, peringatan untuk diri sendiri jugak
  • ye lah aku bukan manusia sempurna, aku sedar diri
  • bagi yang lain di luar sana yang baca atau tidak, marilah kita bersama-sama menginsafi diri
  • dan berusaha menjadi orang yang lebih baik



perasaan : tazkirah jumaat la pulak =)

Read More»

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Blogger Berikut

yea... sekarang kat dunia blog (blogosphere) ni aku dah tengok dan tahu macam-macam jenis award dan tagging
yang mana para blogger perlu pass pada orang yang dirasakannye layak
kalau dulu aku masih mampu melayan semua dan tag balik blogger lain
tapi sekarang dengan kesibukan yang melanda
assignment yang beratur panjang kalah keretapi Tanah Melayu, serta persediaan untuk Mid-Term
memang aku menulis blog pon curi-curi masa


  • sekarang saya nak ucapkan JUTAAN LEMON LEMON pada blogger berikut kerana sudi bagi saya award dan tag saya

  1. Faez Naem - for the Top Blogger 2010 tag
  2. Gadis Terbilang  a.k.a GT - for the Beautiful Blogger Award
  3. maheyra  - for the Top Blogger 2010 tag
  4. Amad  - for the Beautiful Blogger Award






  • sorry guys aku memang tengah takde masa sekarang
  • ada masa nanti aku wat tag aku sendiri dan tag balik korang eyhh??
  • hehehee thanks tau korang
  • sayang blogger semua




perasaan : gembira sebab dapat award dan tag, sedih sebab betul betul tak sempat nak balas balik

Read More»

Rezeki Bertambah ♥ ♥ ♥

  • hari ni aku bangun awal walaupun takde kelas
  • dengan segala kerajinan yang masih bersisa dalam diri aku, aku pergi ke kampus terchenta
  • dengan harapan dapat buat assignment
  • serta bertemu rakan-rakan aku untuk diskusi mengenai assignment kami
  • dan.. oh ya, sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita
  • hari ni aku dapat kiriman nun dari bangi 
  saya suka tulisannya yang kemas~

dan bila aku buka… jeng jeng jeng…
pashmina shawl..!!!
aku pon seakan mahu melompat kegirangan~ yeayyy~
nak tahu macam mana aku dapat shawl free??
herherherherr…

  • satu hari yang nyaman
  • aku melakukan rutin blogwalking aku
  • sampai la aku ke satu blog milik Ery Farieha
  • dan beliau telah menawarkan giveaway shawl dan beberapa barang lain
  • cuma perlu pilih salah satu barang yang berkenan, then email dia
  • siapa cepat dia dapat la kiranya
  • dan aku tak sangka email aku di balas dan barang yang dijanjikan pon tiba
  • aku dengan rakus membuka sampul surat dan terus menggayakan shawl tersebut dengan kembangnya
 muke excited gilers..!!





sengaja mencuba kelainan~





by the way, thank you sooo much sahabat dari UKM Bangi..!!
hehehee.. anda sungguh baik hati
korang pun jangan lupa singgah ke blog beliau (klik di sini)
thanks a lot farieha~


perasaan : bersyukur~

Read More»

Khamis, 25 Mac 2010

Ade Jugak Yang Aku Suka

 

  • application facebook yang tak buat annoying sikit je la
  • ade yang mampu buat aku senyum sengih gelak suka hati
  • macam yang kat bawah ni haaa~

suka a a Iejam : my fren

 

bella n shah

Bella & Shah : dua dua Classmates aku~

 

kwn afiq ari ni

Kawan Masscomm

 

suka je lah

Iejam : my fren, Pn Norazian : my lecturer

perasaan : ingin senyum. most of the time facebook really made my day  ♥ ♥ ♥


Read More»

Rabu, 24 Mac 2010

Malaysia Pon Ada F4-nya Jugak…~

 

  • hahahhaaa~
  • mood agak kureng waras hari ni (Selasa 23 Mei)
  • ini post untuk menggembirakan hati
  • selesainye aku melepas kemarahan petang tadi, aku dapat pulak berita yang amat amat menggembirakan!!
  • yeaaa… sekarang saya ada super hero~
  • hero hero hero hero yang akan melindungi saya jika diancam oleh tuttttt…!! (maaf tak perlu saya sebut siapa)
  • 4 hero yang sayang pada saya hekhekhekkk~ (ye la kalau tak sayang nape sanggup jadi hero saya kan???)
  • tak sangka sangat sangat mereka sanggup buat ini untuk saya tanpa saya berkata apa-apa
  • bila mereka menyatakan kesanggupan mereka untuk protect saya dari tuttttt…!! , aku macam terharu dan x tahu nak cakap apa!

 

74892378923752 walaupun her04 saya x se-kiut F4 korea….

 

f4 ….dan walaupun hero4 saya semacho F4 jepun..

(saya mahu yang rambut perang kat belakang tuh! itu Hanazawa Rui..!! )

 

 

  • tapi saya sangat bersyukur
  • mereka sanggup pertahankan saya
  • lindungi saya
  • dan saya gembira
  • mereka seperti melindungi adik perempuan mereka
  • cehhh bangga giler, berlagak lah aku sekarang
  • ahhahahah~ saya suke ini

 

 

 

perasaan : bangga. so now stalker, ko tak payah nak gelabah, berambus je la~ (suka aku tengok ko dah macam cacing kepanasan)


Read More»

Isnin, 22 Mac 2010

AWAS..!! Jangan Mudaratkan Diri Jika Anda Frust..!!

 

  • yea… menyakitkan.. itu yang kita rasa bila tengah frust
  • macam-macam sebab boleh menyebabkan kita frust

contoh pertama : tak berjaya dalam pelajaran. ye la, dah target baikk punya, belajar pon separuh mati, then result cikai jugak, maunye tak frust!

contoh kedua : tak dapat apa yang diinginkan. macam orang dah berjanji dan bagi hadiah or ape2 je la kat kita, then bila dah letak harapan, x dapat pulak atau ade halangan.

contoh paling besh : putus chenta. yeaa… ni la penyebab utama frust di kalangan remaja. eh eh ayat macam pakar kaunseling lak. ye la, putus chenta atau chenta x kesampaian la yang paling pedih sekali, maunye x frust!

frust

  • tapi kawan-kawan.. perlu diingatkan bahawa jangan lah kita frust sampai memudaratkan diri sendiri~
  • takde guna nye kita telan pil tidur berbotol-botol, tak pun teguk klorox or kelar tangan
  • kita jugak yang derita sakit sebelum mati
  • kalau kita tengah nazak, bekas makwe / pakwe kita buat ape? merangkak balik kat kita??
  • no no no no absolutely no~
  • dorang maybe dah ade pengganti baru, so what’s the point kita nak bunuh diri bagai kan??
  • so, suck it up! live with it! (bak kata lecturer aku)
  • baik kita think positive, teruskan hidup, terima kenyataan, dan CARI PENGGANTI..!!
  • ada yang buat keputusan untuk terus solo, ikut keselesaan masing-masing la kan~
  • jodoh pertemuan di tangan Tuhan
  • tapi jangan pulak korang ni disebabkan frust, terus ubah haluan! (selera songsang)
  • huiii.. mintak dijauhkan insya-Allah

pesanan penaja – kalau saya tengah frust marah bengang or sedih, saya akan :

  • makan
  • tido
  • makan
  • facebooking
  • makan
  • blogging
  • makan
  • dengar lagu-lagu
  • makan

perasaan : marah benci bengang sedih frust kecewa tak suka


Read More»

Oke.. Aku Redha. Ape Nak Jadi, Jadilah!

 

kita semua dah masak sangat dengan facebook yang banyak sangat  application yang entah apa-apa..

gift, pillow fight antara application yang AKU rasa kan sangat sangat annoying sebab benda benda alah nih akan dipapar kat wall anda secara automatik. hal ini sekaligus telah ‘menyemakkan’ wall dan aku sangat-sangat tak suke oke!

dan ade juga application yang akan publish kat wall kita secara automatik, dalam bentuk harian atau pun mingguan.

contohnye macam application kat bawah nih :

suke 1

  • haihh.. sekali kawan aku nih kena pulak dengan abang aku!
  • ngeh ngeh ngeh~
  • ape-ape je la facebook nih.. hahahhaaa~ lantak lah~

 

 

perasaan : xpe, aku faham yang facebook ni mengarut! redha je la.. =)


Read More»

Ahad, 21 Mac 2010

Beautiful Blogger Award.. Aku????

 

  • hari ni macam biasa aku blogwalking sana sini
  • follow blog sana sini
  • komen kat shoutbox sana sini
  • dan check shoutbox aku kalau-kalau ade sesiapa yang hensem dan chantek singgah kat blog aku
  • sekali aku nampak sesuatu

noney

  • hehheee tak tahu nak cakap ape
  • aku ade nampak banyak betul post pasal nih
  • tak sangka ada yang  tag aku
  • oke2 aku balas balik ehhh

award

First Thing First, ini adalah 7 fakta mengeani diri saya

  1. suka baju, beg, kasut (gila kasut wedges maa)
  2. makan sikit, tapi banyak kali
  3. suka menyanyi, tapi bukan di “bilik kecik”
  4. suka warna hitam putih dan merah
  5. currently i’m crazy about pashmina shawl (baru belajar kott)
  6. i’m a very sensitive person
  7. suka Coklat oke… C-O-K-L-A-T..!! bukan gula-gula ehehhee

oke sekarang saya nak tag bloggers yang saya rasa blog mereka besh dan saya suka bukak dan yang penting chantek =)

  1. Emira Saizali – my classmate ♥
  2. Noney
  3. meera^da cute..*_*
  4. Nana Silentphotography
  5. Emmanuna – my classmate ♥
  6. Zalikha Nasuha – my ex housemate, miss u gurl  ♥
  7. Amira Farhana – my classmate  ♥
  8. Cik Minie
  9. Hana Fana
  10. Gadis Terbilang a.k.a GT
  11. Cik Ailebiu
  12. Rowena
  13. Adila Norliz – my classmate  ♥
  14. Dya – my classmate  ♥
  15. Annyz Hazwani – my classmate  ♥

oke saya sudah tag 15 orang.. rasa nak tag banyak banyak lagi laa… hehehehee~ tak pela.. and million thanks kat blogger yang berikut sebab tag aku dalam Beautiful Blogger Award nih ♥ ♥

award aku 1 tag by : meera^da cute..*_*  ♥

award aku 2 tag by : Noney  ♥

perasaan : entah, bangga atau suka? hehheee ♥ ♥


Read More»

Abang Aku Hensem, Percaya Tak??? Kalau Tak Percaya Tengok Sini~

 

IMG_4021 smaller Click On Picture To Go To His Blog

IMG_3921

  • heee… sebenarnya post kali ni bukan la niat aku nak promote abang aku semata-mata
  • jauh sekali niat aku nak jual along aku (haishhh!! Astaghfirullah..!!)
  • sebenarnye aku nak mengucapkan ribuan jutaan lemon lemon kat abang aku, Meuz Angelo sebab dah bersusah payah buatkan banner untuk aku
  • kalau korang baca entry Special Tag Dari Meuz Angelo, aku tulis  mengenai along aku buat special tag untuk insan-insan terpilih (aku le tuh.. cewahhhh!!)
  • dan seperti yang dijanjikan, ini lah hadiahnye!!

banner along buat 2

banner along buat 1

  • oke oke aku mengaku yang aku sangat bangga dengan along aku
  • sebab dia pandai guna photoshop semudah memakan nasi
  • dan dia memang suke buat benda-benda alah macam ni
  • dan aku suka blog Gulai Tempoyak Ikan Patin beliau yang banyak tutorial pasal internet dan macam-macam
  • oke oke sudah lah mengampu dan bodek (hahahhaaa..!!!)
  • aku suke banner itu dan aku nak cakap tenkiuuuuu MEUZ..!!

 

 

perasaan : kembangnya tak terkata!


Read More»

Seharian Tanpa Internet Hidup Aku UpSideDown..!!!!

 

  • yeaa… ketagihan terhadap internet tak dapat disangkal lagi
  • semalam (sabtu 20 Mac 2010), aku teman housemate aku, kak Norin pergi ambil gambar majlis pertunangan
  • aku pon bawak jugak lah 1000D tuh, sebab nak jugak test testing ambil gambar majlis
  • then, selesainya majlis tu, pergi pulak ke Extreme Park di Seksyen 13 sebab kak Norin nak basuh kereta
  • ye la, budak semester 7 ade buat pre-event, so ade carwash service kat situ
  • then dari seksyen 13 terus ke Nilai Utara, kak Norin nak berjumpa abangnya
  • aku pon ikut je la (walaupun hati gundah gulana ingat facebook dan blog)

  • heheee… sampai di Nilai, kitorang pun merehat-rehatkan lah badan yang penat berjalan jauh
  • lebih-lebih kak Norin yang memandu Persona Silver nye, aku tido jekkk.. herherherherr
  • then, pukul 5, masa minum petang, channel TV ditukar ke 103, dan aku hampir tercekik kentang goreng yang dihidangkan oleh kakak ipar Kak Norin
  • kenapa??? apa yang aku tengok kat TV??
  • semestinya muka selenga aku dan Iejam Hosen ade terselit di kaca TV, dalam rancangan Muzik-muzik
  • sesekali wajah hensem Elfiandri Eldafri pon ade jugak
  • menjerit aku kejap! ahahhaa~ aku harap-harap takde sape la perasan sangat
  • then, aku online facebook, nampak pulak ini :

kak zaty 

  • oke, sekarang muka aku tengah tebal sangat sangat sangat
  • then hidup aku tambah melara,
  • sebab pulangnya aku dan kak Norien ke rumah jam 12.08 malam, kak momo pulak sampaikan berita yang streamyx umah sekali lagi (berkali-kali) buat hal
  • dan aku rasa hidup aku dah takde makna
  • TAKDE internet TAKDE life wooo!!!
  • dah la semua classmates aku balik weekend nih
  • hanya facebook dan blogging pengubat jiwa!! cehhhh~
  • dan ini buat aku lepas geram dengan membasuh baju yang bertimbun itu

 

 

 

perasaan : benci!! asal weekend jek streamyx buat hal!! terpaksa mengadap muka mamak khulafa untuk online!


Read More»

Okey, Masa Untuk Menerima Kenyataan!!

 

  • dah tiada lagi Madam G yang saya suka komen di facebook
  • lepas ni saya dah tak boleh buat muka selenga dan muka mengantuk kat kelas Madam G
  • hakikatnya, saya sangat sangat suka fotografi
  • entah nape saya suke sangat buat muka mengantuk dalam kelas
  • lepas ni saya takkan jumpa Madam G kat fakulti dah

IMG_4307 edited Madam G bersama rakan seperjuangan~

 

IMG_4311 edited ouhh Madam G, ini gambar kita bersama yang pertama dan juga yang terakhir

 

  • walaupun sekejap, cuma tiga bulan
  • tapi we have great times in your class
  • nampak je diam tapi semua excited bila sampai bab assigment or outing
  • kami berlumba-lumba nak practice teknik yang Madam G ajar
  • dan share dengan kawan-kawan
  • things will never be the same anymore
  • yang pasti, we will miss you
  • harap lepas ni Madam G rajin-rajin online facebook dan komen status kitorang lagi, ahaks~

 

 

perasaan : sedih!!! i even cried at the farewell party~


Read More»

Sabtu, 20 Mac 2010

Surat Chenta Aku Lagi Hebat Lah Rara ♥ ♥ ♥

 

  • oke.. lecturer bikin kami x senang duduk hari ni
  • sebab disuruhnya kami tulis surat chenta pada gf / bf untuk pinjam RM5000 untuk percutian ke Bandung
  • so, ape aku tulis untuk pujuk “so-called” bf aku bagi RM5K kat aku??

IMG_4342 oke, ini raw material surat chenta aku, sorry, dah keronyok!

  • oke, semua orang dalam kelas kena tulis surat chenta nih
  • dan semua kena baca kat depan kelas
  • so semua hari ni dalam segan-segan kunun telah menunjuk sisi jiwang masing-masing
  • kat bawah ni aku nak taip semula surat chenta-lah sangat karya agung aku
  • ape yang aku tulis ni lain dai raw material di atas
  • sebab yang aku hantar pada lecturer sudah diedit sebaik mungkin
  • so, hayatilah

Untuk Jebon Sayang,

Sayang, I tahu you sayangkan I. I pun sayang sangat pada you. Sepanjang kita menyemai kasih, I tak pernah meminta apa-apa daripada you, sebab you dah terlalu baik dan setia pada I. Tapi sayang, I sedang terdesak. I merancang untuk bercuti ke Bandung, tetapi institusi kewangan I sedang rapuh. Jadi, I perlukan RM5000 daripada you, sayang.

Sayang, I tahu you rajin bekerja dan dapat bonus bulan lepas, jadi you mesti ada RM5000 untuk dipinjamkan kepada I. Sayang, tiada salahnya jikalau you tunjukkan kasih sayang you yang seluas Danau Toba itu dalam bentuk wang ringgit. Kasih sayang memang tiada ukuran, namun I pasti you boleh tunjukkan chenta mati you pada I dengan meminjamkan I RM5000 itu.

Sayang, I tahu you seorang yang sangat baik hati. Jadi, apalah gunanya kebaikan itu jika you tidak tunjukkan pada I. Sayang, andaikata you bagi I pinjam RM5000 itu, semestinya you akan menjadi calon menantu pilihan mak dan abah I. Sebab you percayakan I sebagaimana I percayakann you.

Sayang, kalau you cinta agung pada I, bahagiakanlah I dengan meminjamkan I RM5ooo itu. Percutian ke Bandung ini sangat penting buat I, dan jikalau you adalah orang yang merealisasikan impian I, pastinya jumpa tok kadilah kita sepulangnya I ke Malaysia

Sekian.

 

 

 

  • hahahahaaa.. inilah karya aku
  • aku tak reti lah nak tulis jiwang-jiwangs macam shah tu, kalau buat ngorat konfem dapat!
  • hahahaa.. tapi yang aku tahu warkah berlagu jiwangs aku nih lagi panjang berjela-jela dari surat chenta Rara tulis
  • oke, rara.. aku pon nak publish jugak! hahahaha

 

 

 

perasaan : kelakar, tak sangka semua orang sebenarnya sangat jiwang!


Read More»

Jumaat, 19 Mac 2010

Dunia Blogger Dicabul…!!

 

  • pagi ni indah betol..
  • aku bangun awal dengan cuaca yang ala-ala cool gitu. ye la pagi lagi kan…
  • then aku mula kan la rutin aku iaitu facebooking dan blogging
  • sedang aku blogwalking dengan riangnya, terhenti mata aku kat satu post ni.
  • post yang bertajuk Perhatian! Ancaman Terhadap Blogger, aku baca di blog Ahmad Zaimi. aku pon terus klik dan baca.
  • yaa… pasal dunia blogger (atau disebut blogosphere) yang diganggu ketenteramannye.
  • kalau masih blur, sila baca blog Ahmad Zaimi atau pon boleh terus ke link MyMetro.
  • bila aku baca berita kat MyMetro tuh.. aku terfikir camni : “Mak aihhh..!!! gila ke apa banyak betul aduan pasal kandungan laman web!!”
  • tapi actually tak heran la
  • sekarang ni macam-macam boleh jadi kat dunia siber

masa awal tahun hari tu aku ada pergi Seminar Penggunaan Internet Secara Positif, anjuran SKMM jugakkk~

IMG_4580 edited

IMG_4586 edited

IMG_4609 edited Iejam Hosen, aku, Att, Pong

IMG_4652 edited Arip, aku, Akmal

SO….. dari seminar tu, dia explain :

  • macam mana kita boleh guna dunia siber dengan baik
  • akibat kalau salah guna
  • cara untuk secure akaun laman web sosial kita
  • melindungi diri dalam talian internet
  • garis panduan dalam talian (online)

aaa… macam-macam la.. sebut satu-satu kang mati kebosanan lak orang yang baca blog aku… so berbalik pada blog Ahmad Zaimi tadi, suka lak kan aku nak jawab persoalan dia.

 

 

SOALAN : Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju tindakan diambil terhadap blogger-blogger ni?

  • oke, pada pendapat aku, memang patut pon!!!!
  • pendapat aku ngan abang ni sama, iaitu blog tempat nak kongsi pendapat dan idea
  • mungkin ada yang guna blog ni untuk meluah perasaan, bagi pendapat terhadap isu semasa
  • tapi kena ingat, kita kena jaga bahasa serta adab sopan..
  • nak lepas geram boleh, tapi bahasa kena jaga dan jangan la sentuh sentimen-sentimen yang buat mana-mana pihak terasa justeru menyaman anda dengan kadar juta-juta (macam trend lak saman lima enam juta sekarang)
  • dan jangan lah kita jadi anonymous yang dok mengganggu orang lain (baca : para blogger) dengan komen-komen yang macam mengutuk tu semua
  • tindakan dan amaran memang perlu diambil supaya bagi pengajaran pada orang macam tu dan juga bagi peringatan kat orang lain
  • supaya lepas ni janganlah salah gunakan nikmat dunia siber ni, kita dah cukup bertuah bebas gunakan dunia siber ni~

 

 

perasaan : bagi pendapat je, still blur~


Read More»

Special Tag Dari Meuz Angelo dan Aku Dapat Free Gift

 

satu pagi yang mulia.. (errkkk macam raya lak) entah nape aku leh bangun awal dengan sendiri nye. then ape lagi, aku bukak le pesbuk dan blog aku.. then kat ruangan komen aku nampak la pulak abang aku hantar komen, dia kata dia ada special tag untuk aku? aku pun macam.. ha? err? errmm?? hoh???

ye laa.. aku bukan selalu kena tag pon, so tenkiu laa along tag aku. then aku dah kena tag ni, nak buat apa??? jom jom tengok~

 

 

Capture page dari blog abang aku, Meuz Angelo

 

 

ni lah soalan yang aku kena jawab :

berikan dua warna feveret – hitam & putih 

lagu feveret? – lagu Faizal Tahir, Katy Perry, Lady Gaga

nickname korang? – Kay @ Nisa

dah berapa lama berblogging? – 2 tahun lebih, sejak sekolah menengah, tapi baru sekarang aktif giler

kalau dapat kereta free, nak kereta ape? - BMW Z4 ROADSTER..!!!

haiwan paling korang suke? – aaaa…. arnab kott

mana lagi rapat dengan korang, mak atau ayah? – aaa… ngan abah kot

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

mybanner_thumb[4]

oke…. dah jawab! hah along, now gimme the banner!! buat lawa-lawa taw!!  herherherherherherr… (gila rakus x penyabar tol..)

 

ohh ye.. suka aku nak promote abang aku kan. dia banyak buat post yang macam tutorial, dan jugak disertai ayat-ayat bodo wakakaa… (along jangan marahhh~)

kalau nak ke blog Meuz Angelo, sila klik kan link ni ye… tenkiuuuuu~

perasaan : blurrr.. sebab terjaga awal hari ni~


Read More»

Khamis, 18 Mac 2010

Ada Sesiapa Nak Menaip Ke?

 

hurm… tengah blogwalking, baca lak blog kawan.. hmm perkara yang sama aku dah fikir dari dulu…

HMM…. aku suka betul bila senior-senior buat event, atau kelab fakulti aku anjurkan sesuatu acara. seboleh-bolehnya aku akan join, tak pun memberi sumbangan walau tak seberapa.

dan aku tumpang gembira bila ada event yang dapat sambutan hangat. jadi… aku pun berfikir, satu hari nanti, aku dan kawan-kawan aku jugak akan sampai di tahap macam mereka, macam senior aku. kitorang nak tak nak kena jugak anjurkan event untuk subjek-subjek akan datang.

pada masa tu, baru kita tahu, saling menyokong tu penting. pada masa tu, baru kita tahu sokongan padu dari semua pihak tu la yang akan menjayakan event atau aktiviti kita. ape perasaan bila kita buat aktiviti atau event tapi takde sambutan? MENYEDIHKAN….!! dan juga memalukan..

so, tak nak jadi macam tu? then kita JANGAN buat macam tu. kenapa aku cakap gitu??? sebab aku terfikir, kalau kita tak support atau bagi sumbangan pada event orang, layak ke kita mengharap orang akan support kita ????

aku tak post benda ni untuk kondem sapa-sapa.. aku just suka menaip, dan disebabkan hal ni dah disentuh, aku jadi terfikir kan benda ni dan aku just nak luahkan apa aku rasa???

so.. konklusi nye, aku support event or aktiviti dorang bukan sebab aku mengharapkan balasan. tapi aku tahu apa itu karma. what goes around comes around bebeh! apa yang kita buat, itu yang akan datang balik kat kita, terutamanya yang negatif.

jadi.. ni kesedaran untuk aku jugak. thanks sudi membaca sampai habis.

 

IMG_5565 abaikan URL pada gambar~

 

 

perasaan : hormon tak stabil~


Read More»

Copyright © Nisa Kay