Jumaat, 21 Julai 2017

RIP Chester Bennington




Ohaiii...


Kali ini lain sikit intipati blogpost kali ini. Jarang-jarang lah Nisa nak update mengenai isu semasa, lagi-lagi kalau berkaitan dengan artis. Pagi ini Nisa terjaga awal dek kerana mimpi sepilu drama petang-petang. Celik saja mata terus capai telefon pintar, buka aplikasi Twitter.. dan seterusnya membawa kepada longgokan tweets mengenai berita kematian vokalis band yang sangat popular iaitu Chester Bennington dari Linkin Park.


Read More»

Rabu, 19 Julai 2017

Family




It has been tough for me for the past few weeks. There are problems, terasa hati, stress.. yang I simpan dalam hati. Dan menaip segalanya di sini bukanlah dengan niat membuka pekung di dada pun. This blog started initially as my diary, then turned into a commercial space where I share more about products, tutorial and so much more.


I am grateful that I am here today, that I'm doing what I'm doing now. But, as a normal human being, Nisa tak terlepas dari permasalahan dunia. Dari segala salah silap, dari segala nasib tidak baik dan bermacam lagi lah.


Read More»

Isnin, 17 Julai 2017

Jaga Instagram feed - perlu ke ?




Assalamualaikum....

Instagram bukan lah lagi asing dalam kehidupan masa kini yang serba serbi menggunakan telefon pintar. Banyak benda dah di hujung jari je, memandangkan kemudahan internet pun makin mudah didapati kan. Haa bercakap mengenai Instagram ni, semua sedia maklum dekat Instagram ni lah kita upload gambar-gambar. Macam-macam jenis gambar la kan. Ada yang suka upload selfie, wefie, gambar tak nampak muka lah, gambar kucing lah, makanan lah dan macam-macam lagi lah..


Ada yang menjadikan galeri, siap susun feed Instagram tu cantik-cantik.. Gambar pulak kena ada tema bila nak edit.. supaya nampak identical camtu.. Ada yang jenis main upload je gambar, lantak lah. Ada yang rajin menyusun feed Instagram agar nampak kemas. Haa ramai yang bertanyakan Nisa mengenai feed Instagram Nisa. Tak penat ke nak susun ?


Read More»

Rabu, 12 Julai 2017

Perkhidmatan cetak gambar berkualiti secara online - THESEPLAY



Assalamualaikum...


Nisa memang sejenis orang yang suka simpan gambar-gambar yang telah dicuci. Walaupun dah upload berbelas ribu gambar di laman sosial, masih tidak dapat menggantikan betapa istimewanya gambar-gambar yang dicuci dan ditampal kemas di dalam album gambar. Cara yang mungkin pada anda sangat ketinggalan zaman. Tapi Nisa suka begitu ! Ada sentimental value. Well.. lain orang lain caranya, kan ?


Sebelum popularnya perkhidmatan mencuci gambar secara online, agak sukar untuk mencari perkhidmatan yang boleh mencuci gambar mengikut saiz yang kita biasa upload di laman sosial macam di Instagram. Sebab ada gambar kita dah edit dan crop saiz petak cantik-cantik. Jadi kalau cuci saiz petak pun mesti cun. Jadi Nisa pernah order dari London sana hah. Harga boleh tahan lah. Tapi masa tu ada sale. Kualiti memang tip top. Tapi tak larat laa nak order jauh sangat !

Read More»

Jumaat, 7 Julai 2017

My TV Host Journey : Fasa permulaan bersama Pesona Muslimah





Assalamualaikum...

Rasanya sudah agak lewat untuk Nisa throwback kembali kepada detik-detik Nisa mula-mula jadi pengacara TV, di Astro Oasis khususnya. Boleh baca Nisa ceritakan kembali mengenai minat untuk mengacara dan bagaimana Nisa menghadiri ujibakat dan terpilih di link di atas ya.. sebenarnya, Pesona Muslimah sudah pun melabuhkan tirainya, setelah tamat satu musim sebanyak 16 episod. 


Jadi.. Nisa sengaja nak throwback jauh sikit ke belakang, sekitar awal Mac 2017, di mana bermulanya perjalanan sebenar menjadi hos kepada rancanan Pesona Muslimah ni. Biasalah rancangan baru kan, so kami melalui proses mempromosi rancangan tersebut, antaranya bersiaran secara langsung di Hlive (11 Mac 2017). 

Read More»

Copyright © Nisa Kay